04 December 2014

Berpaut pada tali

Assalamualaikum


       Nak capai benda yang kita nak bukan mudah kan? Mula mula nampak je mudah. Tapi bila dah ada dekat landasannya ya Allah.. tersusun ujian satu per satu. Kalau diberi pilihan sama ada nak nangis dulu atau ambil tindakan dulu. aku pilih nangis dulu baru ambil tindakan. Kadang kadang, aku sendiri keliru aku ambil Perguruan Bahasa Inggeris atau Kejuruteraan sebenarnya? Nak cerita dekat manusia, aku sangat sangat pasti tak akan ada manusia yang faham sebab diorang bukan aku. Hanya tahu bagi kata-kata semangat dan letakkan pengharapan ke atas aku tapi tak pernah tanya aku mampu ke?

       Hanya tahu yes, Azwa boleh buat. Habis kalau Azwa tak boleh buat macamamana?

       They said, 'yeah we did it'. They said 'You did it Azwa' aku diam je. apa yang did it nya? apa yang aku berjaya laluinya? Memang la aku hidup lagi. Sem lepas tak bunuh aku pun. masalahnya pointer aku turun. apa yang aku berjaya buat? Aku gagal lah. Kalau tanya aku, nak je aku jawab. Jasad aku dah terkubur bersama sem lepas. sem ni wujud roh je.



       Mana ada orang tahu what exactly I do to survive. Diorang bising sebab aku terlibat banyak program. Nak buat macammana, bukan aku yang pilih diri aku masa pilihan raya dulu. Aku cuba untuk letak jawatan but again. They said 'Azwa boleh.' Sekarang semua yang aku terlibat tu tanggungjawab aku. Takkan aku nak abaikan? Kena jaga pointer, kena bahagi masa. Tambah, aku cari duit. Bising lagi. Kenapa nak cari duit? Duit parents bagi tak cukup ke? Duit MARA aku tabur mana? cakap senang la. Aku mana suka minta duit ibu ayah ni. Sedap je menadah padahal umur dah nak cecah 20. A ah. Semua salah aku sebab aku yang pilih jalan ni.

       Keadaan yang aku lalui sekarang sangat menongkah arus dari orang lain. Sebabnya aku drop short sem masa sem 2.5 sebab pergi umrah. Sangat sangat bahagia sebab dijemput Allah sebagai tetamu. Setiap hari aku meminta minta untuk pergi, Allah jemput masa short sem. Mula mula tak nak pergi sebab banyak sangat ujiannya. Terlalu banyak. Kalau disenaraikan kat sini akan nampak seperti tak bersyukur dan mengungkit. Tapi bila fikir balik, mesti ada hikmah. Peluang datang sekali je. Jadi aku pergi dan drop short sem. hadiahnya, semua yang aku lalui sem lepas, sem ni dan sem akan datang.

       23 jam kredit sem ni tu bukannya totally 23 jam kredit untuk aku sebab aku kena bahagikan dengan beberapa tanggungjawab lain. Jumaat yang sepatutnya tak ada kelas akan ada kuliah. Ahad pun ada kuliah sebab jadual clash. banyak programmes, banyak projects. Probably akan berada di kolej setiap hari sepanjang semester. Orang ni tuntut hak dia. Orang sana tuntut hak dia. Semua orang tuntut hak yang berlainan pada tubuh yang tak berapa nak besar ni. No, you won't understand.



       Tolonglah jangan berpaut pada orang yang bernama Azwa lagi. Aku tak paksa orang ikut aku. I go my own way. You go your way. Kemampuan kita berbeza. Situasi kita berbeza. Masa depan kita tak sama. Aku kenal diri aku. Aku tahu apa yang terbaik untuk aku. Kita tengah mempertaruhkan masa depan kita kot. Mahal sangat harganya. Tolonglah. Masa depan aku sangat penting untuk aku. Masa depan kau penting untuk kau. Aku sanggup korbankan apa sahaja untuk masa depan aku. Sama ada kau percaya atau tak. kadang kadang keputusan aku akan berada di luar jangkaan.

       Do remember this. kadang kadang berkumpulan tu lebih baik dan kadang kadang bergerak sorang sorang lebih baik. padankan dengan sitausi.



11 August 2014

Stay healthy stay fit

Assalamualaikum,



Berapa ramai orang yang suka exercise? Kalau ikut orang sekeliling aku, agak ramai juga yang malas exercise. bila aku ajak jogging je mesti last sekali aku sorang-sorang. memang hambar la kalau aku nak ajak orang exercise. kawan exercise terbaik aku dekat kuis adalah kak Hanum. Selain daripada menjadi kawan gym aku, dia juga menjadi penasihat makanan aku. haha. Sebenarnya penting tau exercise ni. Paling tidak pun, beli tali skipping dan skipping. Tu benda paling mudah yang aku sarankan. Kita kena ingat, kita nak hidup lama lagi. memang la ajal tu dah ditentukan but please live healthy.

Keluarga aku especially ayah dan angah memang suka exercise. aku tabik dekat ayah sebab still boleh berjogging walaupun sibuk dengan kerja and dah berusia >< heee. Setiap hujung minggu, ayah akan kejutkan satu keluarga supaya semua pergi berjogging. mengantuk memang mengantuk. tapi bukan ada pilihan pun. ayah suruh bangun dan jogging juga. kami pernah panjat bukit sama sama. selain daripada menyihatkan badan, kita juga boleh menikmati masa dengan keluarga dan hirup udara segar ^^

Orang yang malas exercise tu, cepat sedar. masih belum terlambat untuk mulakan kehidupan dengan cara yang sihat. tinggalkan junk food and carbonate drink. Aku memang dah lama tak sentuh air gas. Sekarang tinggal nak tinggalkan junk food je. Sini aku nak berkongsi diet yang aku buat selama ni. amat mudah sebab aku manusia yang pemalas :P


1. Tidur awal. Bangun awal. Paling lewat aku tidur kalau ada assignment sangat sangat penting, 2am. Paling awal 12am. biasalah pelajar uni, awal mana sangat kau nak tidur woi.

2. Kurangkan nasi, lebihkan protein dan serat. Aku kurangkan makan nasi. aku makan benda lain. buah paling senang nak makan sebagai pelajar uni adalah pisang, jagung, kurma dan epal. Kurangkan kuantiti nasi dalam pinggan, lebihkan sayur okay. tapi kadang kadang aku ni pengkhianat juga. time aku tanak makan sayur, orang tanya kau tak makan sayur ke? dengan selamba badaknya aku jawab tak --"

3. Exercise. Come on dude. aku ni tunggu masa je orang ajak daki bukit ke, berenang ke. tak ada sorang pun mengajak. tapi takpe. Kem Jungle Survival ada. haha. Exercise yang selalu aku buat : skipping, jogging, push up, reverse crunshes and single leg drops. Ni memang tahap pemalas gila la. Kalau rajin sikit aku pergi gym. tekad aku, aku takkan berhenti berlari. even sampai tua pun aku tetap bertekad aku kena capai mampu untuk berlari. uhukk. stay healthy kawan kawan.

4. Jangan abaikan sarapan.  Ayah kata makan banyak masa pagi, tengah hari kurangkan makan.

5. Jangan membazir makanan. Serious ni. Nanti makanan tak redha, tubuh tak redha. apa yang kau usahakan, work out apa bagai semua tak jadi.

Goodluck!


03 July 2014

Semua nak jadi cantik

Assalamualaikum.


       Semua orang nak jadi cantik kan? sama la macam aku. aku pun kalau boleh nak jadi cantik. tak tahu kenapa kalau aku tengok sekeliling aku akan nampak diorang cantik. kalau badan dia besar, muka dia bersih. kalau muka dia tak bersih pun tapi kulit dia putih. yang ada pakej lengkap tu memang cantik la aku cakap. cantik. aku selalu puji orang cantik sebab aku memang jenis yang terus je keluar dari mulut aku kalau benda tu baik. lancar je aku menyebutnya. kadang kadang sampai berkali kali aku sebut sampai adik aku suruh diam --' semua orang berimpian nak jadi cantik. tipu la kalau tak ada. bukan tak bersyukur cuma sekadar menjaga jasad yang Allah bagi pinjam ni. at least mesti ada yang pakai something something kat muka.

       Dulu kulit aku bersih tak ada jerawat. kalau ada pun sebab hormon tak stabil nak period. tapi start tingkatan 5 dah start ada jerawat. aku ada je cuba untuk hilangkan tapi tak dapat. lepas hilang tempat ni, dia datang dekat sana pulak. tak pernah la kalau sebulan pun aku tak ada jerawat memang tak pernah. pernah je aku teringin nak kulit yang lama tapi dah tak boleh diubah, redha jela.
 

       Aku tak pernah la berdoa untuk jadi cantik. ya, cantik dari hujung rambut sampai hujung kaki. tapi Allah tahu apa yang aku nak walau aku tak melafazkannya. Akhirnya, hari ini aku jumpa jawapannya. sini, aku nak kongsikan. kepada mereka yang merasakan orang lain lagi cantik dari kita. rasa macam tak diperhatikan ke rendah diri ke. sini sini. aku nak kongsikan sesuatu. sebenarnya Allah nak jaga kita daripada fitnah dan hati yang jauh daripada Dia. apa guna kita cantik kalau cantik kita tu menjadi igauan lelaki? aku pun tak nak. aku cuma nak cantik untuk suami. apa guna kita cantik sampai kita memuji muji kecantikkan sendiri sampai kita lupa itu ujian daripada Allah?  hm.. kalau kecantikkan itu hanya mendatangkan fitnah buat diri, aku rela kekal begini. tak mengapa. aku hidup bukan untuk dunia. bukan selamanya aku akan kekal di dunia. sedang aku orang yang beriman pada hari akhirat. yakin bahawa hari akhirat itu ada.

       Aku mula sedar semua ni bila salah seorang kawan aku mula berubah. dulu dia sangat jaga ikhtilat, malu malu, tunduk. tapi sekarang.. Allah. dia dah banyak berubah. dia dah pandai message lelaki ajak keluar. mula mula aku sendiri tak sangka tapi aku husnuzon je. semoga Allah lindungi dia. sebab aku sayangkan dia. rasa bersalah sebab aku selalu puji dia cantik. kerana pujian aku ke dia lupa diri? kalau ya, ya Allah aku berdosa. aku akan hentikan semua pujian kalau tu membuatkan mereka lupa diri. mula dari saat inilah aku rasa bersyukur Allah tak makbulkan doa aku. aku mula nampak hikmah. rasa kasih sayang Dia. sungguh Dia sentiasa menjaga kita kalau kita lihat dari mata hati.


       Sebenarnya kita semua ni cantik. tapi tahu tak kenapa kita tak rasa pun kita ni cantik? sebab kita terlalu sibuk mengejar kecantikkan tu sampai kita tak sedar yang sebenarnya kita ni cantik. semua orang ada kecantikkan sendiri. dan kecantikkan yang sebenar adalah kecantikkan dalaman. sebab apabila dalamannya cantik, automatik luaran akan cantik. tapi kalau luaran sahaja yang cantik, dalaman tak cantik aku tak nampak motif dekat situ. kecantikkan luaran selalu menipu.

       "Aisyah tahu tak? mula mula kita tak kenal Aisyah pun. then since kena buat kerja DPLP dulu, baru kita kenal Aisyah. kita macam cantiknya dia!"
 "Azwa tahu tak, dulu masa sem 1 kita tengok Azwa, Ya Allah cantiknya budak ni. kita ingat lagi masa tu Azwa tengah sembang dengan miss." 
"Aisyah salah orang la kita rasa"
 "Eh tak. kita siap tanya dekat Syafiqoh lagi siapa nama Azwa." 
"Tapi Aisyah memang cantik la." 
"Tapi Azwa pandai. kita lagi suka pandai dari cantik."

       Pengajaran : sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. husnuzon dengan Allah. untuk nampak cantik, kita hanya perlu yakin dengan diri sendiri, berani dan gembira. hati yang cantik akan membuatkan seluruh tubuh cantik. well, kecantikkan adalah pantulan dari dalam hati kita. dan kecantikkan luaran bukan segala-galanya.

30 June 2014

Study Hard vs Study Smart.

Assalamualaikum,


       Study maniac sekalian. Memandangkan hari ni kelas cancel, jadi aku menggunakan kesempatan ni untuk update blog sebab macam dah lama je tak update. haha. ada beberapa orang junior datang jumpa aku dan tanya macammana cara aku belajar. em.. ni angkara Aainaa la sebab pergi promosikan aku masa taaruf hari tu. haish. Kalau nak tahu, aku tak rasa pun cara aku study tu betul sepanjang sem 1 dan sem 2. Pointer memang la okay. Tapi to be honest, it is not a good one.

        Just nak share satu benda yang amat amat amat penting untuk orang yang menghargai erti kehidupan dan mahukan kejayaan. Aku seorang yang jenis study hard. Aku tak boleh kalau seharian tak usik buku atau tak berada dekat meja study aku. Aku tak boleh kalau masa belajar aku diganggu. Mood aku akan swing dan orang yang dekat dengan aku akan terima impact dia. Disebabkan aku tak berapa mahir marah orang, impact yang dikatakan adalah aku akan bermasam muka dan tak bercakap. dalam hati panas je. stress. Ini jenis study aku sepanjang sem sem lepas. study macam orang gila. Bandingkan. Ada sorang pelajar Engineering ni pula jenis yang study smart. Masa belajar dia belajar sungguh sungguh. Tiada gangguan telefon atau apa apa yang mengganggu. Dia ada masa untuk bersukan dan masa untuk kawan kawan. Tapi result kitorang, hampir sama. Nampak tak siapa yang rugi kat situ? aku la --"

       Perbezaan antara dia dan aku adalah, aku selalu stress dia tak stress tapi hasilnya sama. So sem ni aku dah buat pilihan, aku kena tinggalkan tabiat lama aku tu. Ini universiti, bukan sekolah. Kita bukan belajar untuk peperiksaan tapi kita belajar untuk survive. Jadi kalau tanya cara aku belajar macammana, aku tak nak sarankan cara study aku yang lepas. stress you know. Ni study plan untuk sem ni dan aku cadangkan yang ini. Jom ramai ramai guna. haha. tak la. kalau korang rasa sesuai dengan korang, guna. tak sesuai jangan guna sebab lain individu lain cara belajarnya.

- Do coursework with your heart.
- Put 100% effort on it.
- Do lots of draf.
- Accept criticism
- Focus in class.
- Put 100% attention in study week
- Be well prepared.
 
       Lepas tu aku jenis suka bertanya. Aku tanya senior dan lecturers. Soalan soalan yang aku tanya pada senior adalah tentang lecturers dan soalan yang aku tanya pada lecturers adalah tentang subjek dia. Aku tak tanya sorang dua, aku tanya ramai. Dah dapat info, aku combine semua then aku tahu apa nak buat. Tu je. Rezeki masing masing, siapa tahu. Kadang kadang kita dah usaha kuat dah tapi Allah belum izinkan kita berjaya. Tak apa, cuba lagi. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Kadang kadang kita nampak orang study pun macam main main je, tapi result dia lagi baik dari kita. Cemburu? mesti lah. haha. Tapi siapa tahu hubungan dia dengan tuhan lebih baik dari kita? Hubungan dia dengan manusia lebih baik dari kita? Siapa tahu kesusahan apa yang dia alami? mungkin berkat sabar dia, Allah tolong dia capai apa yang dia nak. Siapa tahu.


       Nasihat untuk diri aku yang selalu lupa diri dan selalu mengejar kesempurnaan dalam setiap benda yang aku buat. Sebenarnya hidup ni bukan tentang kejayaan dalam pelajaran je. Kalaulah erti hidup ini adalah tentang kecemerlangan dalam pelajaran, bagaimana kalau Allah takdirkan gagal? seluruh hidup kita akan musnah? kita akan menderita? hidup akan sia-sia? lalu bagaimana dengan tujuan sebenar kehidupan seorang manusia iaitu menjadi hamba kepada tuhan? Ya, memang ilmu tu penting. tapi jangan sampai kita mengabaikan orang-orang di sekeliling kita dan terlupa untuk menikmati nikmat hidup yang sebenar. Redha Allah tu penting. Redha ibu bapa dan guru guru. Hubungan dengan kawan kawan.

       Bayangkan kalau kita ni memang jenis study maniac. Kita belajar dari UPSR, PMR, SPM semua straight A. Lepas tu kita ambil Diploma, sambung Degree, sambung Master last sekali PhD. Tu pun Degree siap ambil double. sedar sedar je bila kita tamat PhD, kita berjaya capai langit cita-cita tapi masa tu kita dah tua. Kita berjaya capai satu benda tapi bila kita toleh ke belakang, banyak benda lain yang telah kita abaikan. Ni nasihat untuk diri aku. Sebab aku lebih kenal siapa diri aku. sebab tu aku tak segan untuk bagi tahu, aku jumpa kaunselor untuk masalah aku yang ini. sampailah hari ini aku telah buat pilihan untuk mengubah dari study hard kepada study smart. Jangan. Jangan sesekali abaikan pelajaran. pelajaran tu penting. tapi ingat. hakikat kehidupan juga jangan diabaikan. dapatkan redha Allah dan ibu ayah. buat orang lain gembira. ada bersama mereka yang kita sayang. yang paling penting, buat diri sendiri gembira. agar kita dapat capai impian dan cita-cita kita.

 

       "Saya pernah gagal dulu. saya takkan biarkan saya gagal lagi." "Awak rasa kehidupan awak ni tentang kejayaan dalam pelajaran? bagaimana kalau awak gagal lagi?" Aku pandang mata dia dengan pandangan penuh pengharapan. Dia yang mengajar aku subjek Psikologi. "Jangan la.. saya tak boleh jatuh lagi." dengan suara yang hampir menangis. Aku memang macam tu. Senang menangis kalau melibatkan kejayaan dalam pelajaran. Akhirnya dia mengeluarkan dua keping kertas kecil yang kelihatan agak lama. "Baca dan bagi saya dengar." Aku memerhatikan setiap baris ayat di atas kertas itu dengan teliti.

Sekiranya kita mampu memilih
Hati ini pada siapa yang layak diberikan
Sudah tentulah kita akan pilih
Seseorang yang tidak pernah menghancurkan
Tapi Allah lebih mengetahui
Tiada manusia yang tidak pernah mengecewakan
 Untuk kita sama-sama nilai segala kesilapan
Dan sama-sama membuat pembetulan
Sekiranya kita mampu mengetahui
Apa yang bakal berlaku esok hari
Tentu malam ini kita takkan bermimpi
Malah kita takkan pernah kenal erti sepotong doa
Takkan ada insan yang menikmati
Erti sujud dan rendah diri
Jua tiada rintihan di dinihari
Yang merayu untuk dikasihani
Sekiranya kita mampu menentukan sendiri
Takdir dan jalan hidup yang kita ingini
Pasti kita takkan pernah rasa
Jernih kasih tuhan dalam ukhuwwah kita
Juga kita takkan pernah tahu
Ada manis dalam hempedu
Sebab itu, kerana itu, oleh itu
Kita tak pernah diberi peluang
Untuk memilih, mengetahui dan menentukan
Jalan hidup, ajal maut, pertemuan dan perpisahan
Itu tanda keagunganNya
Jua kasih sayangNya pada hamba
Pada dia yang layak tercurah segala cinta
PadaNya juga yang layak terletak segala pengharapan
Bukankah itu tujuan kita hidup
Mengenal diri bagi mengenal tuhan?

21 May 2014

Mimpi yang nyata

Assalamualaikum,

       Mula mula aku nak minta maaf kat Habeb sebab lambat update. Benda ni pun sebab Habeb yang suruh update. Excited nampak dia ni. Aku lambat update sebab mensuri rumahkan diri. Harus lah kau fahami kan. busy kalah menteri :P lagi satu internet slow sangat sebab quota dah habis. thats why -_- Habeb suruh cerita perjalanan sepanjang kerjakan umrah. Aku pun tak tahu macammana nak cerita. Aku ada 12 hari takkan nak cerita semua kan. aku cerita mana yang aku rasa nak cerita jela. I try my best Beb. Beb je aku panggil dia --"

        Kami punya flight naik Saudi Arabia. Aku tak pernah pergi luar negara. dan belum pernah naik MAS pergi luar negara. Ni first time aku merentas lautan dan kami naik Saudi Arabia jadi aku cerita pasal kapal terbang ni jela. hehe. dari Malaysia nak ke Lapangan Terbang Jeddah ambil masa 6 jam. Sepanjang perjalanan tu aku berdoa je banyak banyak. Aku pandang sebelah, adik bongsu aku sibuk melayan cerita kartun. ayah masih berdoa. ibu baca panduan umrah. Doa yang orang pesan aku dah start baca dalam musafir dah. makan, tidur, terbangun sambung berdoa balik. tu jela kerja aku sebab ni peluang terbaik nak berdoa. tak buat apa, keep praying la. doa orang musafir kan makbul. apa lagi musafir untuk buat umrah :)
      
       Sampai je di Lapangan Terbang Jeddah, kaki pijak di atas jalan yang dah bertar, masa tu pun aku masih tak percaya aku bukan lagi berada di Malaysia. Nak mengalir air mata. Nak sujud syukur dekat situ jugak. Sumpah aku tak tahu apa aku rasa masa tu. Kami sampai dalam pukul 7 malam. Lama gila dekat imigresen. Pukul 12 baru kami bertolak ke Madinah. Masa dekat Lapangan Terbang tu, ramai orang yang pakai ihram. Cantik. Putih dan bersih. Yang paling bersih mereka datang dengan hati yang ingin berjumpa tuhan. Masa tu juga lah first time aku bersembang dengan orang Arab. heheh. Perempuan tu berpurdah sampai mata pun tak nampak, dia tutup. Dia nak duduk sebelah aku, lepas tu dia tanya kenapa aku pakai topeng. well sebab virus MASCOF tu la. kalau tak aku pun tak nak pakai. Tapi kami borak guna Bahasa Inggeris la. Nasib baik dia pandai cakap BI kalau tak memang awkward je.

      Sampai je dekat Madinah, mutawif dah kejut dan bimbing semua orang baca doa bangun tidur. dia suruh ikut dia selawat kepada Rasulullah memandangkan kami dah sampai ke Bumi Madinah. Keadaan sepanjang berada dekat Madinah tenang, aman macam dalam mimpi. Panas yang orang cakap aku rasa macam mendung pula. Dekat Madinah semua tempat bersih. Jalan raya macam dicuci je. Masa masuk waktu solat, orang yang berniaga tinggalkan je barang barang diorang dekat tepi jalan. Fuhh respect! Orang orang Madinah ramah, baik dan murah dengan senyuman. Aku takkan lupakan diorang. Walaupun aku jumpa diorang sekali imbas je, tapi aku rindukan diorang ouh. jujur ni. Kadang-kadang masa berjalan nak beli barang atau nak ke masjid, aku lemparkan je senyuman dekat perempuan yang pandang aku. Diorang balas balik. Manis. dah la cantik :)

       Kalau sampai dekat Masjid Nabawi, bermalam dekat sana pun kau takkan kesah. Sebab bila dah ada dekat sana, hati dah terikat. Macam orang bercinta. Lagi lagi bila kau sedar dalam masjid tu ada jasad Rasulullah. Setiap kali sujud dalam masjid tu, sayu. Bayangkan, kepala kau benar benar berada selevel dengan kaki kau. Kita tunduk kepada Tuhan pemilik nyawa kita. Kepala kita yang selama ini berada di atas, sekarang berada sama rendah dengan kaki kita. sedar bahawa kita adalah hamba Allah! bukan hamba harta, pangkat atau apa apa. Dekat sana walaupun suhu 43'C, aku rasa macam Malaysia lagi panas pulak. sedar sedar je bibir dah pecah, kulit dah kering. Jadi banyakkan minum air ye. Tak apalah, sakit tu kifarah dosa dosa :)

       Masa dah nak sampai ke Masjid Kuba, kami sama sama ikut mutawif ucapkan apa yang orang Madinah pernah ucap masa sambut Rasulullah sampai ke Madinah dulu. Tola'al badru alaina.. until the end. Rindu. Rindu sangat. Orang Madinah sambut Kekasih kita dengan kasih sayang. Semua orang tua dan muda keluar bagi menyambut Baginda. Gembira sebab aku dah sampai ke Masjid Kuba. Gembira bila alunkan benda yang sama hati jadi rindu pada Muhammad bin Abdullah s.a.w :') Datang la ke sini.. Kau takkan jumpa lagi nikmat lain sebesar nikmat Islam. Kau akan terus bersyukur kerana kau adalah Islam. Kau akan terus bersyukur.

       Dalam perjalanan nak ke Makkah pula, sempat la tidur dalam bas sebab penat sangat. Sampai Makkah pukul 10.30 macam tu. dia bagi masa letak barang dan solat Isyak lepas tu baru buat umrah yang pertama. Masa masuk je ke dalam Makkah tu, kami sekali lagi ikut mutawif bertalbiah. Faham maksudnya, dan kita takkan berhenti bertalbiah sebab kita mengaku kita datang kepada Allah. Aku datang menyahut seruanMu Ya Allah. Aku datang menyahut seruanMu. Tiada sekutu bagiMu. Aku datang memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya segala nikmat dan kekuasaan adalah milikMu dan tiada sekutu bagiMu.

       Kami buat umrah pertama pada waktu malam. Bukan terik matahari yang menjadi teman tapi sinaran bulan. Masjidil Haram yang bercahaya setiap masa. Dari awal lagi aku dah terpesona. aura awal awal lagi dah rasa. Jasad dekat hotel tapi hati rindukan masjid. aku betul betul dah tak sabar nak masuk masjid. Nak tengok Kaabah! Bila masuk je, benda pertama yang aku buat tengok Kaabah. Terdiam sebab terpesona. Ya Allah cantiknya Kaabah! inilah arah kiblat kita semua. Seluruh umat Islam di dunia berkiblatkan Kaabah. Seluruh anggota tubuh badan kau takkan berhenti memuji percayalah, walaupun mulut kau diam. Malah setiap molekul darah, air dan gas yang ada dalam tubuh badan kau juga memuji kekuasaan Allah. Allahu..

       Masa tengah tawaf pun, mata aku tak lari dari memandang Kaabah. Bayangkanlah kekasih yang dah lama menunggu masa nak berjumpa kini benar benar berjumpa. Rindu.. Rindu sangat. Pernah tengok tak pandangan lelaki yang jumpa perempuan yang cantik, ayu, solehah macammana? mata dia pun tak nak lari kan? pandangan aku pada Kaabah lebih dari tu. Lepas habis tawaf, kami semua buat solat sunat depan Kaabah. Dan itulah kali pertama aku sujud benar benar di hadapan Kaabah. Aku teringat janji aku yang aku nak lafazkan syukur aku atas dekan depan Kaabah. Siapa sangka, semalaman aku tunggu result Sem 2. Semua orang dah tahu result diorang, aku sorang je tak boleh buka. Pagi tu, lepas siap siap nak ke KLIA untuk buat umrah, ayah dengan ibu keluar bilik bagi tahu ayah dah tahu result aku. Muka gembira gila sambil pegang fon. Pointer aku lagi tinggi dari apa yang aku harap. dekan dekat KUIS 3.75 ke atas. dan yang bahagia bila aku tengok senyuman ibu dan ayah untuk pencapaian aku. Syukur. Aku benar benar bersyukur untuk semua yang aku punya.
      
       Lepas tu buat saie dan kemudian baru bertahallul ataupun bergunting sekurang kurangnya 3 helai rambut. Sebelum buat saie, aku bagi salam pada Siti Hajar. Semoga dia dengar salam aku. Di sinilah salah satu lambang cinta seorang ibu kepada anaknya. Masa nak saie tiba tiba pulak kena gastrik. Kami aku memang dah tak larat sangat nak pijak lantai. Tapi aku teruskan juga. Ibu dengan Iman tak ada masa ni sebab hal hal perempuan yang tak dapat dielakkan. Aku pegang tangan ayah masa saie. Sakit tapi aku teruskan berjalan sambil ikut apa yang mutawif baca. Semoga sakit tu menjadi kifarah kepada dosa dosa lalu aku. Alhamdulillah lepas bertahallul, gembira sangat. Alhamdulillah dah selesai buat umrah. alhamdulillah.

       Sedih sikit sebab hari kedua ke ketiga di Makkah aku pulak yang kena berhadapan dengan hal hal perempuan. stress tapi last last redha jela. Allah yang mahukan begitu. Siapa aku nak stress? Menangis dalam bilik, mengadu dekat tuhan. Saat orang lain boleh pergi ke masjid dan beribadat kepada Allah. Saat orang lain sedang asyik melihat Kaabah, aku terperap dalam bilik. Teruskan berdoa dan berzikir. Merayu agar tuhan dengar doa aku dan kasihani aku. Tempat yang kami buat lawatan antaranya di Jabal Rahmah. tempat pertemuan Adam dan Hawa. Aku bagi salam pada mereka. Aku berdoa apa yang terlintas dalam fikiran aku. sambil tu bagi merpati makan dengan Iman. Ayah dengan ibu tolong ambil gambar je. Then kami dibawa tengok Istana raja Saudi yang ada atas bukit. Lepas tu pergi dekat tempat tempat orang buat Haji.

       Masa nak tinggalkan bumi Makkah, berat sangat hati. Semua orang pun berat hati nak tinggalkan. Sedih la.. Siapa tak sedih. Aku tak puas lagi tatap Kaabah yang aku rindu. Kami salam dan cium pipi satu sama lain dalam keluarga. sampai dekat Malaysia ni pun, masa aku sujud, terbayang bayang Kaabah depan mata. Terbayang bayang setiap benda di Makkah dan Madinah. Terbayang bayang Masjid Nabawi. Ayah asyik cakap yang dia rindukan Madinah. Kalau boleh sekarang juga dia nak daftar umrah. tapi mana boleh. setahun 2x je boleh pergi. 6 bulan sekali. InsyaAllah soon ayah nak bawa satu keluarga pergi lagi.

        Kalau kau tanya aku sama ada aku dapat pegang Hajarul Aswad ke tak, tak aku tak dapat. Tak banyak pun benda aku dapat buat dekat Makkah sebab ada 'halangan masalah perempuan'. ayah dapat dua kali pegang Kaabah tu. Dapat banyak kali solat dan berdoa di tempat tempat mustajab berdoa tanpa halangan. Masa birthday ayah pulak, hujan turun pagi, petang dan malam. gembira betul dia. Ayah kata hujan rahmat sempena birthday ayah :)

       Aku tak tahu nak cerita apa lagi. tak mampu nak ucap dengan kata kata ataupun ditulis dengan tulisan. Macam mimpi. mimpi yang nyata. Semoga kau juga dapat menjejakkan kaki di sini. tekadkan dalam hati. berdoa tanpa henti. Berdoa dengan penuh yakin. selagi kau yakin Allah dengar dan Maha Memakbulkan doa, insyaAllah doa kau dengan mudahnya diperkenankan. insyaAllah :)

15 May 2014

Assignment arahan Adibah

Assalamualaikum,

       Jadah pulak kan si Bob tu bagi aku assignment masa aku cuti. dengki la tu aku tak ada assignment nak suruh aku perah otak jugak. haha. sengaja aku panggil dia Bob sebab aku tahu dia tak suka nama tu. Aku, Amni dengan Adibah fikir Bob tu panggilan untuk orang yang suka buat orang serba salah. dalam kami bertiga yang paling banyak buat kami rasa serba bersalah adalah Adibah jadi kami panggil dia Bob. kekeke~ Dah diam, nak buat assignment ni.


    This assignment begins here   

       Sebagai seorang pelajar kan, dekat universiti la paling banyak benda yang kita belajar. bukan setakat dalam kelas je kita boleh kaut tapi kat luar pun kita kaut sama. Masa tu la nak upgrade sabar, tabah, iman, kawan dan up kan diri. haha. aku tak nak cerita pasal budak laki kat sini sebab aku teringat Aizat pernah kata "Apa laa nak terasa terasa, tengok kami ni lelaki, relaks je. tak ada pun gaduh gaduh" kau diam doh Zat. Perempuan lain. Complicated punya cerita. perempuan ni dia kaya sikit dengan emosi kau mana tahu. lelaki kan emotionless. jadi aku lantakkan lelaki kat sini. aku tak kesah la kat depa lantak. haha.

      Kosongkan hati dari kedengkian. Manusia especially Melayu memang tak suka nampak orang atas sikit dari dia. Asal? nak marah? Aku pun Melayu jugak. Bangun la sendiri kalau tak nak ada dekat bawah. Ingat orang yang ada dekat atas tu tiba-tiba ada dekat atas ke? dia usaha dulu. Dengar sini Adibah, abaikan apa orang nak kata pasal kita. Selagi kita tahu kita buat benda yang betul, do not listen to them. Mereka hanya cemburu. Trust me. I know. Kalau kita asyik dengar apa tanggapan orang dekat kita, sampai bila pun kita akan berada di bawah mereka.


      Just enjoy your way to catch your dreams. Nikmati setiap jatuh dan bangunnya. Nikmati kesusahannya. Nikmati airmata tekanannya. Sini. Aku ada dengan kau. perjuangan kita sama. Kita datang di tempat yang sama atas tujuan yang sama. Datang sini nak belajar. Kita tak keseorangan pun. Kau ada aku dan Amni. Same goes to me and Amni. Kita ada kawan kawan kita. they support us well. Really well. Bila kau leka, kami ingatkan. bila aku leka, korang ingatkan. mesti boleh kan? Aku tak harap aku berjaya sorang-sorang. Aku berharap kita berjaya sama-sama. sampai dekan pun aku harap sama-sama. sebab kita usaha sama-sama. dan aku hargai setiap teguran dan ingatan yang kau bagi dekat aku. kalau semangat kau jatuh, tak mungkin aku akan biarkan macam tu je kawan.

       Bangun la. Jangan sesaat pun terleka. Time flies. Kau dah menghampiri final exam 2.5 pun. kau sepatutnya bersyukur sebab di saat aku rehat tak sentuh buku belajar dekat rumah, kau dengan yang lain tengah menuntut ilmu. kau tak rasa tu satu keistimewaan ke? aku jealous ouh dekat korang. Sini aku bagi tahu pesanan Ali dekat aku. aku turunkan kat kau supaya kau buat jugak. Ali kata short sem adalah kesempatan terbaik untuk kita ambil kesempatan dapat four flat. kau patut bersyukur sebab di saat kau hanya ada 9 jam kredit, aku kena bawa 9 jam kredit tu dan agihkan ke sem sem akan datang menyebabkan jam kredit aku bertambah.


       Bila jatuh, bangun. Ingat la apa yang kau nak kejar. Takkan nak biarkan mimpi kau berkubur macam tu je kan? plan elok elok. susun betul betul. buat jangan sekadar buat Adibah, buat sampai puas! Angan jangan sekadar angan, angan sampai dapat! Kau perasan tak weh? kadang kadang apa yang keluar dari mulut aku yang aku nak buat kadang-kadang kedengaran tak logik kan? kadang-kadang orang tak percaya pun aku akan dapat buat. semua orang ingat aku sekadar cakap kosong. tapi dah banyak juga yang aku dah lepas buat. sebab dalam kepala aku semuanya nampak mudah. sama seperti dulu masa aku kecik kecik, aku ikat kain dekat leher dan terjun dari kerusi sebab ingat aku boleh jadi superman. (ganas kau aku dulu nak jadi superman. haha)

       Cuba kau fikir, kalau kau berundur. kau lemah. kau izinkan orang lain naik, naik dan naik. aku biarkan kau. aku pun naik. naik dan naik. aku berada di puncak kejayaan aku. aku capai mimpi aku satu per satu. sedangkan kau berada di line terakhir kau berundur dan mengalah. sebab kau sibuk fikirkan apa yang orang fikir pasal kau kalau kau buat itu dan ini. kau nak balik ke zaman dahulu ke? masa lama kau dengan masa lama aku tak jauh beza adibah. result lama kau dengan result lama aku tak jauh beza. pointer kau sekarang dengan pointer aku sekarang hanya beza 0.01 je Adibah. kau tak takut ke kalau aku pintas kau? ke kau relakan je? come on, kita bersaing secara sihat. aku lalai kau ingatkan, kau lalaikan tak mungkin aku diamkan saja.

       Sorry aku update dekat blog je memandangkan kau kata ni assignment aku kan? haha. nak taip dekat message panjang ouh aku nak ceramahkan kau ni. haha. alang alang tu boleh orang lain baca sekali mana tahu ada yang dalam keadaan sama dengan kau ke. hehe. Dear Adibah's soul, please come back :)


Tertanya-tanya apa tajuk assignment ni? tajuk dia.. Kembalilah identiti diri. kehkeh ><
                                                                                                                                                                   

INFO : Dari Malaysia ke Tanah Suci

Assalamualaikum,


       Baru hari ni aku nak update entri ni. hahaha. pemalas benau. haha. emm ibu suruh update untuk tolong orang yang baru pertama kali nak buat umrah mahupun haji. aku pergi masa 1 mei 2014. Masa tu suhu 43' kalau tak salah. dinasihatkan untuk jangan membawa baju banyak banyak sebab nanti beg penuh nak bawa barang dari sana ke Malaysia. percayalah. beg yang bawa dari Malaysia tu untuk isi barang sana ke sini je. untuk orang yang buat umrah barang solat bawalah 2 pasang. contoh macam telekung kan, bawa 2 je. nanti senang satu basuh, satu guna. baju bawa 2 jugak. baju rumah pun bawa dua.

       Duit kalau tukar kat sana lagi untung. pergi tukar kat pengurup wang. mula-mula kitorang tukar kat Malaysia. ingat nanti kat sana senang. tapi rugi. tukar dekat Malaysia RM100 dapat 110 Riyal je. kalau tukar kat sana dapat 120 Riyal. hehe. memandangkan sekarang tengah ada virus MERS-Cov tu, anda dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan tutup la apa yang nak ditutup kecuali masa tawaf.

Ayah dan mutawif Indonesia, Rizqan Soleh

       Sebab masa tawaf kan tak boleh tutup muka kan, nanti masa sebelum naik flight akan ada ceramah dari pihak agency. kalau ikut Andalusia, dia ada jual penapis hidung tu. nanti beli je yang tu. tak mahal sangat. 1 RM20. beli satu sorang cukup. seriously dengar cakap aku jangan membazir. sebab dalam tu ada 2. kalau ikut Andalusia memang ada mutawif Indonesia dan memang ramai pun mutawif Indonesia tapi diorang tu baik je dan beradab dan berpengalaman dan muda serta sihat dan berdaya lagi (macam banyak je dan aku tu) Bahasa diorang kita boleh faham punya. jangan risau. alahh macam tak biasa tengok sinetron. Makanan semua okay, jangan risau. kalau kita terlepas makan nanti keluar je dari hotel cari kedai makan. berlambak. tak ada kelaparan punya.

       Kalau sim card pula, guna Zain SA. murah dari Mobili. Ntah macammana ntah ejanya. Nanti dekat airport pun diorang ada jual. dalam tu dia dah bagi RM30. Nak guna internet pun murah guna si Zain ni. sebab ayah guna internet, aku yang tolong kerjakan. siap ada wifi lagi aku guna la. haha. Alaa beli je yang Zain SA, nanti dah guna baru kau tahu murah. susah la nak cerita sebab yang bayar tu ayah bukan aku jadi aku tak tahu macammana nak terangkan. Ibu guna mobili dan mahal. kalau nak message Malaysia 0.15 Riyal. Kalau Malaysia message sini tengok guna sim card apa la. Kalau Digi RM0.50 kalau celcom RM0.58 (kalau tak salah sebab adik aku guna bil) Kalau Maxis RM0.45. Beria aku promote si Zain ni. Sepatutnya dia bagi aku komisyen. hahahaha


       Kalau nak topup pulak, kalau dekat Madinah senang je. merata rata orang jual. kat hotel ada, dalam perjalanan nak ke Masjid Nabawi pun ada. kat kaki lima je dia jual. kalau dekat Makkah susah sikit nak cari. Kau kena pergi satu ke satu kedai tanya ada jual topup tak. haa macam tu. Yang barang keperluan peribadi, macam syampu, sabun basuh baju semua tu tak payah bawa dari Malaysia. buat penat je. Beli dekat sana je botol kecil. barang kat sana pun murah murah je. ubat kalau tertinggal kat sana merata-rata Farmasi.

       Kalau naik Andalusia (aku tak tahu agensi lain macammana sebab tu aku cerita pasal Andalusia je) tak payah risau la kalau tak hafal doa itu dan ini, tak hafal nak kena baca apa. lek je. nanti mutawif baca kau ikut je sebab dia baca bahasa arab pun sepatah sepatah nak bagi kita dapat tangkap. Kalau dapat Ustaz Rizqan tu lagi bagus. Suara dia bapok jelas, kuat dan mudah difahami. kalau macam masa nak Miqat tu pun dia ulang sampai 3x takut ada yang tak dapat tangkap. lepas tu dia tanya lagi dapat ke tak? lagi pun sebelum pergi Andalusia akan buat ceramah umrah. so pergi jela dengar mana tak faham sila tanya. aku pernah pergi sekali je ceramah sebab tengah belajar kat kolej kan. ibu dengan ayah sokmo la pergi.


      Dekat sana nanti panas dan berdebu, banyak banyakkan minum air. dah ada dekat sana tu, manfaatkan air zam zam yang ada. sakit je ambil air zam zam minum. haus je minum air zam zam kalau tak nanti rindu. kat sana nanti kulit akan jadi kering, bibir pecah pecah. sakit jugak la sebab tu aku suruh minum air banyak banyak. lagi pun air yang kau guna untuk mandi, ambil wuduk tu air laut. pandai pandai pilih pencuci muka dan syampu. bawa la pelembab ke serum ke, lepas tu bawa lip balm yang mengandungi bahan pelembab dan losyen yang dapat melembabkan badan. aku kat sana guna serum, lip balm dengan losyen je. tayah makeup makeup nak pergi solat je pun. beg jaga elok elok, ubat jangan tertinggal dalam flight pulak. benda penting jaga elok elok la sebab kat sana ada je perampoknya walaupun tempat yang baik. lumrah la.

       Kalau nak suruh upah tolak kerusi roda, 300 riyal. Orang melayu yang tolak. diorang berpengalaman la. Andalusia yang carikan orang. Dia ambil dekat bilik dan dia akan hantar ke bilik. Bacaan bacaan semua akan diajar oleh orang yang menolak. jangan suruh orang Bangla atau orang Arab sana yang tolak. bayaran memang murah. 50 Riyal je. Tapi nanti dia buat kerja aci lebur je. Tolak cepat cepat, kiraan tak cukup. nanti sia sia je datang jauh jauh, umrah tak sah sebab tak cukup 7 kali tawaf. Pasal kurma dan kacang kacang semua tu, dicadangkan beli dekat pasar sebab pasar murah. Pasar tu agak dekat jugak dengan Masjid Nabawi. Kalau kat ladang mahal. tapi mungkin segar. ke macammana? ikut kau la. point dia nak cakap yang beli kat pasar murah, ladang mahal. thats all.


       Nanti kalau ada apa apa nak tanya pasal umrah ataupun nak tanya pasal KUIS ke nak tanya pasal Andalusia ke, add je FB aku. Nurul Azwa Addy. Aku jawab dengan jujur kelebihan dan kekurangannya. insyaAllah tolong saudara sendiri. sebab atas nama Islam kita bersaudara. Kalau dah pergi sana memang rasa tak nak balik. Nak balik tu rasa aduhh sayu je. ingat lagi masa kita bersujud dekat sana. Allahu.. rasa dia berkesan dekat hati. rindu rindu. nak sampai KLIA tu rasa macam nak tempah balik flight nak pergi sana balik. Dan aku masih ingat kali terakhir dia pandang muka aku sampai aku hilang dari pandangan dia. *tiba tiba*

       Disebabkan aku tak boleh solat, ayah solat zohor berdua je dengan ibu. Ayah jadi imam, ibu makmum. lepas tu ayah baca doa. sedih, sayu, menangis. tapi aku nangis dalam hati je. ahh tak suka la menangis family nampak. aku tak suka. hahaha >< ibu salam tangan ayah, ayah cium dahi ibu. ayah peluk ibu ayah bisik apatah kat ibu aku tak dengar. sweet gila kat depan aku, aku rasa macam aku tak patut ada kat situ. haha. lepas tu aku salam ayah, cium tangan ayah, cium pipi ayah, peluk ayah sambil kata "Along sayang ayah" ayah kata "Ayah pun sama. Ayah minta maaf ye?" haa sama lah. kalau ayah minta maaf aku ni lagi la beribu dosanya. lepas tu aku buat benda yang sama dekat ibu. Iman pun buat jugak. Itulah detik terakhir sebelum tinggalkan bumi anbiya. dalam bas aku bisik dalam hati, "Kaabah yang dirindui, aku akan kembali" THE END.


14 May 2014

Bebelan Impian Azwa

Bismillah,


      Terlalu banyak benda yang aku nak capai. Kadang-kadang aku rasa ianya terlalu tinggi. Di pandangan aku, semuanya nampak mudah. Macam biasalah, semua benda aku kata boleh walaupun aku tak tahu macammana nak lakukannya. Bila diberi arahan, cepat je mulut aku jawab "boleh boleh boleh" sampai Adibah pernah cakap "Kau ni Azwa, semuanya boleh. Apa je yang tak boleh." Hakikatnya jalannya tak semudah yang ada pada anggapan aku. Bila aku sampai dekat situ, baru aku tahu susah payahnya macammana.

       Dunia ni nampak luas di mata aku. Sampai semua benda aku nak buat walaupun hakikatnya kadang-kadang aku takut. Macam impian nak main bungee jumping dan payung terjun. sebenarnya aku takut ketinggian tapi dua benda tu tak pernah hilang pun dari senarai yang aku nak buat. Aku takut tapi aku tetap nak buat. Dan aku selalu ambil risiko masa final exam. Masa final exam PMR, SPM dan Sem 2 la masa tu tiba-tiba aku nak buat benda yang tak pernah-pernah aku buat. Masa tu la tiba-tiba aku pilih soalan yang tak pernah pernah aku pilih. Masa tu la aku nak guna hook yang tak pernah pernah aku guna. Aku takut markah aku jatuh tapi dalam hati aku tekad. Alhamdulillah A jugak akhirnya. Asalkan kau percaya.



       Di sepanjang kehidupan aku, aku tak nak habiskan keseluruhannya hanya untuk melihat Malaysia. I do love Malaysia. Tapi izinkan aku melihat negara-negara lain juga. Aku tahu aku akan nampak lebih banyak kekuasaan tuhan jika aku pergi lebih jauh. Biarlah, aku ada alasan aku sendiri. bukan aku tak nak dekat dengan orang yang aku sayang. bukan aku nak tinggalkan ibu dan ayah. tapi aku punya cita-cita juga.. dah lama aku simpan mimpi, nak lihat negara-negara lain. banyak benda yang aku nak tahu. banyak benda yang aku nak rasa, pegang dan lihat. aku akan tetap buat sesuatu untuk capai apa yang aku nak. 

       Ayah kata, kalau kita tak mampu mengapai langit pastikan kita mengapai awan. Kalau aku tak mampu capai 100% impian aku, aku akan pastikan aku capai sekurang-kurangnya 80%. Aku ingat lagi, dulu masa lepas SPM, UPU tolak aku. tak ada satu pun IPTA terima aku. Aku pernah berjanji yang satu hari nanti aku akan buat Malaysia bangga dengan aku. Satu hari nanti aku nak bagi tahu dunia aku lah manusia yang pernah gagal dahulu walaupun dah banyak kali usaha keras. Aku nak cakap pada dunia "Lihatlah aku sekarang. Akhirnya aku dapat apa yang aku nak walaupun dahulu aku pernah jatuh di tempat kaki kamu berpijak" Aku nak buktikan pada dunia yang takkan pernah mengalah itu adalah kekuatan yang paling utuh.



       Benar, hidup ni penuh dengan kesusahan dan dugaan. Tapi lebih banyak lagi benda untuk kita nikmati. Terlalu banyak kegembiraan untuk kita rasakan. Ya, senang untuk aku bercakap sebab aku tak rasakan kesusahan yang kau lalui sekarang. Terpulang. Hak kau untuk menilai sebab yang akan membahagiakan diri kita adalah diri kita bukan orang lain. Pilihan di tangan kita. Kosongkan hati kita dari kedengkian. Jangan disebabkan satu kejatuhan, kita percaya yang kita takkan mampu untuk lakukannya. Lalui hari ni dengan gembira. 
       
       Azwa, sana pandang depan. Lihat pada seberang lautan. Itu destinasi citamu. Jambatan London berdiri teguh, burung berkicau, bunga tulip mekar berwarna warni di Keukenhof, salji turun di California, sakura yang jatuh di Jepun. Andai kau serahkan cintamu pada jalan citamu. Bersama redha restu tuhanmu. Itu takkan pernah menipu. Kadang-kadang adalah lebih baik kita perhatikan sekeliling dan nikmati apa yang kita ada sekarang. Kalau kita asyik menanti 'kalau' menjadi kenyataan, bahagia takkan datang pada kita.

psst. bahagia adalah salah satu tips awet muda ^^

13 May 2014

Cerita Cinta Tanah Suci

Assalamualaikum,


       Ada 2 cerita berbeza yang aku nak ceritakan hasil perhatian aku masa buat umrah 1 mei 2014 hari tu. haha. tak senonoh azwa suka perhatikan orang >< well, aku belajar ouh masa memerhati. kepoci betul lah. dan aku bersyukur sebab Allah bagi aku belajar melalui orang orang macam tu. sampai ada sekali masa lepas mikat di Bir Ali untuk umrah wajib, aku menangis sebab sedar hakikat tu.

       Cerita pertama adalah tentang sepasang warga emas. aku kenalkan diorang sebagai nenek dan datuk sebab aku pun tak tahu nama diorang siapa. heheh. kenapa diorang yang aku nak ceritakan kat sini? sebab umur datuk tu 73 tahun. nenek tu aku tak tahu. tapi dua dua dah tua sangat. datuk tu menggigil je, kencing manis and sakit jantung. nenek tu sakit lutut, tak boleh berdiri lama lama. masa first aku start perhatikan pasangan ni sebab masa tunggu imigresen nenek tu duduk sebelah aku sebab bapok lama gila kat imigresen sampai 5 jam. memang tak la aku nak diri. ayah sorang je berdiri beratur. nenek tu duduk sebelah aku sementara datuk tu beratur tunggu giliran.


       Nenek tu bagitahu pada aku yang ubat dia tertinggal dalam flight. dia kata ada telekung dia dalam tu. ada ubat sakit jantung datuk tu, ubat sakit lutut, ubat segala ubat la. sebab tu aku start perhatikan diorang. mana tahu diorang perlukan aku bila bila ke, tak adalah aku terlepas pandang kan. masa tunggu tu kadang kadang nenek tu berdiri tengokkan suami dia, suami dia toleh belakang then cakap "duduk lah" sambil tangan dia suruh nenek tu duduk. aku suka tengok gaya datuk tu jaga isteri dia. dia pun macam memerlukan pertolongan tapi dia jaga nenek tu macam dia sihat sangat sangat. 
      
       Diorang tak duduk bilik sama sebab mahal katanya. masa dekat Madinah, bilik aku sebelah bilik nenek tu. bilik datuk tu sebelah bilik nenek tu. kira bilik nenek tu tengah tengah la. diorang datang berdua je tanpa anak ataupun cucu. banyak kali aku terserempak dengan datuk tu kat depan pintu bilik dia. aku tegur lah. dia kata tunggu nenek kau ni. sepanjang di Makkah dan Madinah, tak nenek tu tunggu depan pintu, datuk tu tunggu. ada je yang menunggu. macam orang baru bercinta padahal dah bercucu. sweet gila~


       Setiap masa dia pimpin tangan nenek tu even aku rasa dia pun perlu dipimpin. kalau nak makan, dia akan pastikan nenek tu duduk dulu, nenek tu dah selamat, dah duduk, baru dia ambil makanan dia. dia tak bagi nenek tu berdiri lama lama. nenek tu tengah pegang makanan dia pun, datuk tu suruh ketepi dia tolong pegangkan. masa dekat Makkah, datuk tu tak bagi nenek tu turun pun ambil makanan. datuk tu turun, ambil makanan then dia bawa makanan tu dekat bilik nenek. sampaikan boleh dia jumpa roti canai dekat Makkah tu. jangan tanya aku mana dia jumpa. aku tak tahu. yang aku tahu diorang makan sama sama je. haha. and nenek tu cerita, ada sekali tu dia nak rasa roti arab yang besar tu, boleh datuk tu cari sampai jumpa. 

        Nak pergi toilet masa berhenti makan pun datuk tu temankan. aku tak tahu la kalau kau rasa geli kan. dah tua tua pun nak sweet. tapi aku tak. aku pernah cakap dengan ibu "Mesti isteri dia pun taat dengan suami dia kan?" ibu angguk. ibu kata "Ha ah, ibu nampak dia saling melengkapkan". Masa nak buat umrah, datuk tu berkeras nak tolak isteri dia sendiri even sebenarnya aku rasa dia pun tak tahu macammana. dia cakap je dia nak buat. kira main aci redah jela asalkan bini dia ada dengan dia. aku ceritakan dekat sini sebab aku kagum. benar benar fight for love.

       Sebab aku takut lately banyak berita tentang penceraian. Sebab aku berharap lebih ramai lagi orang yang sweet even dah tua. sebab aku harap akan lebih ramai lagi yang setia. sebab aku harap lebih ramai lagi bahagia. Dan aku berharap aku punya cerita lebih baik lagi.


        Next story, pasal sepasang suami isteri yang dah lama kahwin tapi tak dapat anak lagi. diorang datang bertiga. dengan mak kepada abang tu. mak dia tak boleh nampak. tapi tak buta. kakak tu jaga baik gila. lembut je. nak pergi tandas, ambil wuduk semua kakak tu uruskan dengan sabar. sebelum dia makan, dia akan pastikan mak mentua dia makan dulu. nenek tu sentiasa dengan kakak tu sebab biasalah perempuan dengan perempuan la senang nak urus. masa tu nak makan, masa otw nak ke Makkah. tempat semua penuh. aku tengok kakak tu berjalan ke hulu hilir. sementara tempat aku masih kosong, aku tarik tangan dia. Aku tanya dia dah ada tempat ke belum? dia kata "Belum. Akak tak kesah. Yang penting mak. Mak tak makan lagi." Lepas tu aku suruh dia letak mak dia kat tempat aku, biar aku jagakan nak basuh tangan ke apa. mak dia dah duduk, dah makan baru dia tenang.

       Aku tak tahu kenapa aku kagum dengan kakak tu. mungkin sebab aku nampak dia sabar kot. dia layan mak mentua dia macam dia layan mak dia. atau mungkin sebab aku nampak dia tabah kot. dekat mata dia aku tahu dia nak kan zuriat. akak, kalau akak baca entri ni, saya berdoa akak akan dapat anak soon. insyaAllah berkat sabar akak. Masa dalam flight nak balik ke Malaysia, diorang bertiga duduk depan aku. aku pandang abang tu dari celah kerusi sementara kakak tu uruskan mak mentua dia nak pergi toilet. aku doa dalam hati, semoga abang tu terus setia dengan kakak tu. 

Dia mungkin tak sempurna, 
Belum mampu bagi cahaya mata
Tapi dia ada setiap masa untuk kau bercerita

Dia mungkin tak sempurna
Belum mampu bagi yang kau pinta
Tapi dia ada menjaga ibu kau dengan penuh cinta

Dia mungkin tak sempurna
Dengannya kau punya segala
Hilangnya kau takkan ada apa apa
Kerana dia cinta pertama

23 April 2014

Zulfaqar Lelaki Melankolik

Assalamualaikum
 Images by Facebook


"Tapi bila baru belajar, benda basic pun susah kan?"

      
       Siapa dia? Setakat ini, di sini, biarlah aku kata dia adalah kawan baik aku. Macam yang aku kata, kita tak tahu ke mana masa depan akan bawa kita. Utamakan yang utama. Letak Allah sebagai keutamaan. Jaga batas jaga pergaulan. Tapi usaha ke arah yang lebih baik kena ada. Selebihnya biar Allah sahaja yang tahu. Alhamdulillah, dia memang kawan yang baik. kawan yang memahami. dia ada je kekurangan, aku pun ada. macam biasalah, bertolak ansur, faham, percaya, setia dan jangan sesekali rahsiakan apa apa daripada ibu dan ayah kita. at least kalau kita buat salah diorang boleh tegur.

       Mula mula aku tak tahu pun apa personaliti dia ni. Sengaja aku masukkan manusia manusia yang dekat dengan aku dengan ujian personaliti yang aku buat melalui pemerhatian. supaya senang aku kenal dia. supaya senang aku tahu apa do and don't terhadap dia. well manfaatkan ilmu yang dah dipelajari mann. haha. mula mula aku ingat dia ni berpersonaliti Plegmatik. tapi macam salah je tekaan aku ni. macam ada yang tertinggal. aku buat pemerhatian lagi, kenapa dia ni macam kaya dengan emosi je. kaji punya kaji, suai dan padan baru aku sedar dia ni Melankolik. dan aku yakin dengan diri aku. hahaha.

       He is Iskandar Zulfaqar, pelajar engineering di salah sebuah IPT di Terengganu. Peminat subjek Fizik dan alat-alat muzik. Lelaki ni seorang pemain piano, gitar dan ukulele. Dengar cerita sekarang tengah belajar main eletric drum. Semua alat muzik tu ada dekat rumah dia. kadang-kadang aku kagum dengan dia sebab dia budak yang sepanjang pengajian dia dikelilingi dengan buku Fizik, Kimia, Add Math dan apa apa lagi lah subjek yang dia ambil but still dia belajar main alat muzik. Kalau aku pelajar bidang bahasa, tak peliklah kalau aku suka menulis. Dia budak sains tapi hobi bahagian seni. Anugrah Allah, alhamdulillah. asalkan kita ada minat nak belajar ;)

       Aku kenal dia ni tak lama jugak la. Lebih kurang 4 tahun macam tu. Kelas sebelah-sebelah masa tu kitorang sama sama Badan Pembantu Tadbir Sekolah tu yang jadi member tu. Tapi jadual jaga pagar sekolah tak sama. hahaha. Masa tingkatan 5, aku pindah sekolah lepas tu agak lama jugak kami lost contact. Masa aku sem satu baru dia contact aku semula, terkejut jugak tetiba dia call kan. Percaya tak percaya je aku angkat call masa tu. rupa-rupanya dia ada hajat.

       Pertama kali jumpa family dia, jujur aku kata, aku tak tahu nak kata apa. tergamam terdiam. Aku ni jenis orang yang suka memerhati lepas tu aku buat kesimpulan sendiri atau lepas tu aku jadikan pengajaran. Aku perhati je semua, aku diamkan, aku buat kesimpulan sendiri. Apa yang aku nampak bukan lakonan, bukan dibuat buat. Iskandar tunjukkan aku semua kelebihan dan kekurangan dia. Aku kenal keluarga dia. Tanpa segan atau rendah diri. Dia jadi diri dia sendiri. Tapi apa yang aku nampak hanya ikatan cinta. Ikatan cinta di antara keluarga dia lah yang buat aku rasa aku kenal siapa the real Zulfaqar.

       Serba sikit aku tahu perangai dia. alhamdulillah menyejukkan hati. bukan dia yang bagi tahu tapi adik-adik dia. adik-adik dia yang rapat dengan aku walau baru pertama kali jumpa. kadang-kadang aku uji dia. aku tak tahu la dia sedar ke tidak aku tengah menguji. tenang je dia jalankan ujian aku satu per satu. nak tahu apa ujian aku? tunggu beberapa tahun akan datang aku update dekat entri lain. haha. Nenek dan makcik-makcik dia subhanaAllah baik sangat walau baru pertama kali jumpa. Adibah pernah kata "Kau rapat dengan keluarga dia lebih dari kau rapat dengan dia" I am. sebab aku selesa. atas nama Islam kami bersaudara.

Aku dapat rasa 'kimia' dekat situ.

       Dia selalu pesan dekat aku, utamakan pelajaran. dia bukan sekadar cakap tapi dia buat. dia utamakan pelajaran dia dan dia utamakan pelajaran aku. dia suruh aku utamakan pelajaran aku dan keluarga aku. Dia tahu study plan aku macammana dan tentu-tentu study plan aku tu kena ada pengorbanan. either dia yang berkorban atau aku yang berkorban atau dua dua yang berkorban. demi cita-cita. tak apa, yang tu biarkan dulu bila masa dah tiba baru fikirkan apa jalan yang terbaik. 

       Seriously jarang contact dia. sebab masing-masing tahu apa yang nak dicapai. tapi tak pernah mengabai la. Kan kawan baik? haha. aku jarang contact dia tapi aku selalu contact family dia tanya khabar. biar ukhuwwah tu erat dan jalan yang selamat. InsyaAllah hari demi hari akan lebih cuba menjaga. Aku tak pernah rahsiakan hal ini daripada ibu dan ayah. aku tahu aku remaja. kadang-kadang kaki aku melangkah ke arah yang salah. dan 19 tahun aku hidup, aku masih perlukan bimbingan dari ibu dan ayah. Aku redha, mana yang ibu dengan ayah kata jangan, aku tak buat. Selagi mana ibu dengan ayah redha aku takkan hampakan mereka. same goes to him. dia tak pernah rahsiakan hal ni dari semua family dia. at least kalau salah ada orang tegur.

Aku manusia. Tipu kalau kau tak tahu hakikat seorang manusia. atau akukah yang berbeza?

       Lelaki melankolik ni gilakan badminton, basketball, skateboard dan futsal. Tapi skateboard dah kurang kot since dia pun dah dewasa. agaknyalah. aku kan memerhati je. lagi satu aku kagum cara dia adik beradik layan ibu dia. Ibu dia sakit itu je yang aku boleh cakap, selebihnya biar aku simpan. tapi layanan diorang, Allahu rabbi. You will never can imagine it. semuanya tentang cinta. aku tak kisah apapun orang nak bercakap tentang Iskandar sebab aku rasa aku kenal dia dan percayakan dia. InsyaAllah kawan baik sampai syurga.

       Aku percaya pada setiap apa yang Allah tetapkan untuk kita. apa yang Dia tetapkan adalah yang terbaik untuk hambaNya. Dia lebih tahu sedangkan we have no idea tentang apa masa depan kita. Kita hanya mampu berpegang pada Allah sebab hanya Allah akan menjaga kita. Apapun yang terjadi, have a faith in Allah. Allah adalah sebaik baik penentu kehidupan. Allah atur dengan cinta. Kita usaha sehabis baik selebihnya kita serahkan kepada Allah. 

I know you trust me.

P/s : hanya salah satu cara untuk menghargai

22 April 2014

Adik, please do not grow up.

Assalamualaikum,


       Semalam along tengok video Iman masa kecik-kecik dulu. Along tengok dalam bilik lepas tu along gelak sorang-sorang. Lawak la Iman dulu-dulu. Comel. haha. Rindu dekat Iman. Rindu masa Iman kecik-kecik dulu. Sekali Iman tolak pintu bilik along tanpa ketuk, tanpa rasa bersalah Iman tersengih. Along pandang Iman. Inilah budak yang dalam video along tengah tengok tu. Along kembali ke realiti sebaik sahaja Iman tolak pintu bilik along dengan kuat. Dah besar dah Iman ni. Dulu botak je. Nak jalan pun tak reti. haha. adik adik.. To be honest, I miss you :) *aku dah cakap kadang kadang orang yang aku rindu ada depan mata aku je*

       Sekarang Iman dah 6 tahun, along toleh ke belakang, along rindu masa Iman 1 tahun dulu. kemudian along pandang hadapan semula. I realized, kalau masa umur Iman 12 tahun nanti, along mesti akan rindukan Iman yang sekarang. Iman yang selalu nak along buatkan semua. Iman yang setiap masa nak along main dengan Iman. Iman yang suka peluk along dari belakang. Iman yang suka terkejutkan along dari belakang. Iman yang pukul 6am lagi dah kejut along ajak main. Iman yang selalu kata sayang along. Iman yang selalu cium along sebelum tidur dan Iman yang akan berlari lepas tu peluk along dengan erat sebab lama tak jumpa along. Nanti bila Iman dah besar, Iman nak tak buat semua tu lagi dengan along?


       Dulu masa Iman kecik-kecik, penat-penat along layan Iman pun, along gagahkan juga kaki untuk bangun dan dukung Iman masa ibu tengah memasak. (lama weh tak dapat adik, tetiba dapat adik, siapa tak excited. haha) along suka belikan Iman kasut dan baju dan mainan juga. haha. dulu Iman suka makan anggur walaupun tak ada gigi. Along masih ingat lagi suara Iman menangis. masa Iman baby dulu, itu je kepakaran Iman. menangis. kadang-kadang Iman ketawa mengekek bila along main cak cak dengan Iman. haha. Along antara saksi dari mula Iman hanya tahu meniarap sehingga Iman mula meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan kini boleh berlari dan melompat.

       Dulu, along biarkan Iman buat sepah satu rumah. takpe, nanti boleh kemas. angah biarkan Iman conteng kaki Iman guna pen, katanya takpe, nanti boleh padamkan. kaklang biarkan Iman conteng muka guna alat makeup ibu. takpe, katanya nanti boleh hilangkan. kitorang biarkan apa yang Iman nak buat. biarkan Iman belajar. biarkan Iman teroka benda baru. setiap bunyi ketawa Iman buat along rasa puas. tak kisah betapa susah masa dulu dengan dugaan yang Allah bagi tapi kehadiran Iman buat kitorang termasuk ibu dengan ayah jadi kuat. Allah hadiahkan Iman sebelum bagi kami dugaan. Masa tu Iman kecik lagi. Iman mana tau.
 

       Sekarang Iman dah besar, semua benda Iman nak buat sendiri. Along memasak Iman nak memasak. mula-mula tak nak bagi tapi Iman merayu-rayu kesian pulak. nyaris nyaris Iman nak pegang kuali panas tau.  Berderau jantung along. Ni kalau wan ke nenek ke datuk ke nampak ni habis along kena marah. Layankan sangat kerenah Iman. Kalau dulu Iman suka buat sepah, sekarang Iman dah pandai mengemas. Iman dah pandai susun kasut sendiri. Iman dah pandai disiplinkan diri. tak nak makan selagi kerja sekolah belum siap. tak nak tidur selagi belum ulang kaji untuk esok. tidur mesti tepat pukul 9 malam. bila along tengok Iman, along puji Iman dalam diam. sebab dulu masa along sebaya Iman along tak macam tu. hahaha.

       Kadang-kadang kan, jujurlah, along penat layan Iman sebab setiap masa setiap benda Iman nak along yang buat. Tapi bila along fikir balik, kalau along penat, ibu lagi penat. Tapi ibu layan je Iman setiap masa, tak pernah pulak ibu bagi tahu along dia penat layan Iman. Jadi along tabahkan juga hati layan setiap kerenah Iman. Takpelah, orang jarang hargai sesuatu sebab dia masih ada sesuatu tu sampailah dia hilang sesuatu tu baru dia akan sedar. along tak nak la macam tu, sementara Allah masih pinjamkan along kebahagiaan ni along nak hargai setiap masa. cewah. haha.


       Setiap kali Iman ketawa dan menangis, Iman lebih kenal dunia ni. Masa ni, masa Iman masih kecik ni, Iman nampak dunia ni macam taman permainan dekat tempat Iman selalu pergi jogging tu. Semua seronok. Tak nampak bahaya pun. Kalau adapun benda yang Iman risaukan, Iman tak sorang-sorang. Ada orang lain dengan Iman. Kann? Nanti bila Iman dah besar baru Iman nampak dunia ni macammana. Dunia ni bukan macam taman permainan dalam imagenasi Iman tu. Tak tak, transformer, ultraman semua tu tak wujud. bukan diorang yang selamatkan dunia. Bukan raksaksa yang musnahkan dunia. Yang selamatkan dan musnahkan dunia ni adalah tangan manusia itu sendiri.

       Iman, kalau Iman rasa along banyak buat benda dengan Iman, ketahuilah ibu lagi banyak habiskan masa dengan Iman. korbankan itu ini. along sengaja tak nak suarakan sebab along lebih suka memerhati. nanti bila Iman dah ada ramai kawan, tolong, tolong jangan rasa kawan itu yang setia ada dengan Iman masa susah dan senang. tolong jangan jauhkan diri dari keluarga dan dengar cakap kekasih. Nanti Iman tolonglah bijak bezakan yang mana betul yang mana salah.

       Thats all. Take care adik :)


13 April 2014

Cadbury's Marriage

Assalamualaikum,

       Here is the second kaksu's marriage. yang first post Kak Suhaida. Here Kak Suraya. kakak yang selalu menggila dengan aku. melayan aku bila tidur lewat sebab stay up buat assignment. kaksu, thanks tau melayan kerenah kita ni. Jasamu ku kenang ^^ hehe. I can't help myself but laugh when I look at their pictures. So sweet! Kaksu ni perangainya gila gila sebab tu aku asyik nak gelak je bila tengok gambar kahwin dia. Abang pulak malu malu je tapi senyum. haha. comel comel ^^



A few days before their marriage, aku ada takut takutkan kaksu. haha. kejam jugak aku ni kadang kadang. sekali dia takutkan aku balik. hambar punya kaksu --' tak baik tau uolls buat iolls macam ni. haha. kaksu, im so sorry cannot come to your wedding day. Saya nak sangat datang sebab pengantin makan sikit je boleh saya tolong makan untuk pihak kaksu :P haha. tapi nak buat macammana den ado final exam keesokkannya. huu ><





Well abang, you look so handsome on your wedding day. I know you are happy. nanti jaga kaksu baik baik tau. jangan bagi dia nakal nakal sangat. hehe. I pray for your happiness I hope it will last forever. I nak anak buah. please please kaksu please~ Dear kaksu, you are the great one. Kaksu memang gila gila tapi kaksu baik sangat. Saya suka lepak dengan kaksu. Rasa macam ada kakak. I love you I love kakla. thanks for being a good sisters :) and pengantin baru, semoga kekal sampai syurga. 

Love,
Nurul Azwa Addy