23 April 2014

Zulfaqar Lelaki Melankolik

Assalamualaikum
 Images by Facebook


"Tapi bila baru belajar, benda basic pun susah kan?"

      
       Siapa dia? Setakat ini, di sini, biarlah aku kata dia adalah kawan baik aku. Macam yang aku kata, kita tak tahu ke mana masa depan akan bawa kita. Utamakan yang utama. Letak Allah sebagai keutamaan. Jaga batas jaga pergaulan. Tapi usaha ke arah yang lebih baik kena ada. Selebihnya biar Allah sahaja yang tahu. Alhamdulillah, dia memang kawan yang baik. kawan yang memahami. dia ada je kekurangan, aku pun ada. macam biasalah, bertolak ansur, faham, percaya, setia dan jangan sesekali rahsiakan apa apa daripada ibu dan ayah kita. at least kalau kita buat salah diorang boleh tegur.

       Mula mula aku tak tahu pun apa personaliti dia ni. Sengaja aku masukkan manusia manusia yang dekat dengan aku dengan ujian personaliti yang aku buat melalui pemerhatian. supaya senang aku kenal dia. supaya senang aku tahu apa do and don't terhadap dia. well manfaatkan ilmu yang dah dipelajari mann. haha. mula mula aku ingat dia ni berpersonaliti Plegmatik. tapi macam salah je tekaan aku ni. macam ada yang tertinggal. aku buat pemerhatian lagi, kenapa dia ni macam kaya dengan emosi je. kaji punya kaji, suai dan padan baru aku sedar dia ni Melankolik. dan aku yakin dengan diri aku. hahaha.

       He is Iskandar Zulfaqar, pelajar engineering di salah sebuah IPT di Terengganu. Peminat subjek Fizik dan alat-alat muzik. Lelaki ni seorang pemain piano, gitar dan ukulele. Dengar cerita sekarang tengah belajar main eletric drum. Semua alat muzik tu ada dekat rumah dia. kadang-kadang aku kagum dengan dia sebab dia budak yang sepanjang pengajian dia dikelilingi dengan buku Fizik, Kimia, Add Math dan apa apa lagi lah subjek yang dia ambil but still dia belajar main alat muzik. Kalau aku pelajar bidang bahasa, tak peliklah kalau aku suka menulis. Dia budak sains tapi hobi bahagian seni. Anugrah Allah, alhamdulillah. asalkan kita ada minat nak belajar ;)

       Aku kenal dia ni tak lama jugak la. Lebih kurang 4 tahun macam tu. Kelas sebelah-sebelah masa tu kitorang sama sama Badan Pembantu Tadbir Sekolah tu yang jadi member tu. Tapi jadual jaga pagar sekolah tak sama. hahaha. Masa tingkatan 5, aku pindah sekolah lepas tu agak lama jugak kami lost contact. Masa aku sem satu baru dia contact aku semula, terkejut jugak tetiba dia call kan. Percaya tak percaya je aku angkat call masa tu. rupa-rupanya dia ada hajat.

       Pertama kali jumpa family dia, jujur aku kata, aku tak tahu nak kata apa. tergamam terdiam. Aku ni jenis orang yang suka memerhati lepas tu aku buat kesimpulan sendiri atau lepas tu aku jadikan pengajaran. Aku perhati je semua, aku diamkan, aku buat kesimpulan sendiri. Apa yang aku nampak bukan lakonan, bukan dibuat buat. Iskandar tunjukkan aku semua kelebihan dan kekurangan dia. Aku kenal keluarga dia. Tanpa segan atau rendah diri. Dia jadi diri dia sendiri. Tapi apa yang aku nampak hanya ikatan cinta. Ikatan cinta di antara keluarga dia lah yang buat aku rasa aku kenal siapa the real Zulfaqar.

       Serba sikit aku tahu perangai dia. alhamdulillah menyejukkan hati. bukan dia yang bagi tahu tapi adik-adik dia. adik-adik dia yang rapat dengan aku walau baru pertama kali jumpa. kadang-kadang aku uji dia. aku tak tahu la dia sedar ke tidak aku tengah menguji. tenang je dia jalankan ujian aku satu per satu. nak tahu apa ujian aku? tunggu beberapa tahun akan datang aku update dekat entri lain. haha. Nenek dan makcik-makcik dia subhanaAllah baik sangat walau baru pertama kali jumpa. Adibah pernah kata "Kau rapat dengan keluarga dia lebih dari kau rapat dengan dia" I am. sebab aku selesa. atas nama Islam kami bersaudara.

Aku dapat rasa 'kimia' dekat situ.

       Dia selalu pesan dekat aku, utamakan pelajaran. dia bukan sekadar cakap tapi dia buat. dia utamakan pelajaran dia dan dia utamakan pelajaran aku. dia suruh aku utamakan pelajaran aku dan keluarga aku. Dia tahu study plan aku macammana dan tentu-tentu study plan aku tu kena ada pengorbanan. either dia yang berkorban atau aku yang berkorban atau dua dua yang berkorban. demi cita-cita. tak apa, yang tu biarkan dulu bila masa dah tiba baru fikirkan apa jalan yang terbaik. 

       Seriously jarang contact dia. sebab masing-masing tahu apa yang nak dicapai. tapi tak pernah mengabai la. Kan kawan baik? haha. aku jarang contact dia tapi aku selalu contact family dia tanya khabar. biar ukhuwwah tu erat dan jalan yang selamat. InsyaAllah hari demi hari akan lebih cuba menjaga. Aku tak pernah rahsiakan hal ini daripada ibu dan ayah. aku tahu aku remaja. kadang-kadang kaki aku melangkah ke arah yang salah. dan 19 tahun aku hidup, aku masih perlukan bimbingan dari ibu dan ayah. Aku redha, mana yang ibu dengan ayah kata jangan, aku tak buat. Selagi mana ibu dengan ayah redha aku takkan hampakan mereka. same goes to him. dia tak pernah rahsiakan hal ni dari semua family dia. at least kalau salah ada orang tegur.

Aku manusia. Tipu kalau kau tak tahu hakikat seorang manusia. atau akukah yang berbeza?

       Lelaki melankolik ni gilakan badminton, basketball, skateboard dan futsal. Tapi skateboard dah kurang kot since dia pun dah dewasa. agaknyalah. aku kan memerhati je. lagi satu aku kagum cara dia adik beradik layan ibu dia. Ibu dia sakit itu je yang aku boleh cakap, selebihnya biar aku simpan. tapi layanan diorang, Allahu rabbi. You will never can imagine it. semuanya tentang cinta. aku tak kisah apapun orang nak bercakap tentang Iskandar sebab aku rasa aku kenal dia dan percayakan dia. InsyaAllah kawan baik sampai syurga.

       Aku percaya pada setiap apa yang Allah tetapkan untuk kita. apa yang Dia tetapkan adalah yang terbaik untuk hambaNya. Dia lebih tahu sedangkan we have no idea tentang apa masa depan kita. Kita hanya mampu berpegang pada Allah sebab hanya Allah akan menjaga kita. Apapun yang terjadi, have a faith in Allah. Allah adalah sebaik baik penentu kehidupan. Allah atur dengan cinta. Kita usaha sehabis baik selebihnya kita serahkan kepada Allah. 

I know you trust me.

P/s : hanya salah satu cara untuk menghargai

22 April 2014

Adik, please do not grow up.

Assalamualaikum,


       Semalam along tengok video Iman masa kecik-kecik dulu. Along tengok dalam bilik lepas tu along gelak sorang-sorang. Lawak la Iman dulu-dulu. Comel. haha. Rindu dekat Iman. Rindu masa Iman kecik-kecik dulu. Sekali Iman tolak pintu bilik along tanpa ketuk, tanpa rasa bersalah Iman tersengih. Along pandang Iman. Inilah budak yang dalam video along tengah tengok tu. Along kembali ke realiti sebaik sahaja Iman tolak pintu bilik along dengan kuat. Dah besar dah Iman ni. Dulu botak je. Nak jalan pun tak reti. haha. adik adik.. To be honest, I miss you :) *aku dah cakap kadang kadang orang yang aku rindu ada depan mata aku je*

       Sekarang Iman dah 6 tahun, along toleh ke belakang, along rindu masa Iman 1 tahun dulu. kemudian along pandang hadapan semula. I realized, kalau masa umur Iman 12 tahun nanti, along mesti akan rindukan Iman yang sekarang. Iman yang selalu nak along buatkan semua. Iman yang setiap masa nak along main dengan Iman. Iman yang suka peluk along dari belakang. Iman yang suka terkejutkan along dari belakang. Iman yang pukul 6am lagi dah kejut along ajak main. Iman yang selalu kata sayang along. Iman yang selalu cium along sebelum tidur dan Iman yang akan berlari lepas tu peluk along dengan erat sebab lama tak jumpa along. Nanti bila Iman dah besar, Iman nak tak buat semua tu lagi dengan along?


       Dulu masa Iman kecik-kecik, penat-penat along layan Iman pun, along gagahkan juga kaki untuk bangun dan dukung Iman masa ibu tengah memasak. (lama weh tak dapat adik, tetiba dapat adik, siapa tak excited. haha) along suka belikan Iman kasut dan baju dan mainan juga. haha. dulu Iman suka makan anggur walaupun tak ada gigi. Along masih ingat lagi suara Iman menangis. masa Iman baby dulu, itu je kepakaran Iman. menangis. kadang-kadang Iman ketawa mengekek bila along main cak cak dengan Iman. haha. Along antara saksi dari mula Iman hanya tahu meniarap sehingga Iman mula meniarap, merangkak, bertatih, berjalan dan kini boleh berlari dan melompat.

       Dulu, along biarkan Iman buat sepah satu rumah. takpe, nanti boleh kemas. angah biarkan Iman conteng kaki Iman guna pen, katanya takpe, nanti boleh padamkan. kaklang biarkan Iman conteng muka guna alat makeup ibu. takpe, katanya nanti boleh hilangkan. kitorang biarkan apa yang Iman nak buat. biarkan Iman belajar. biarkan Iman teroka benda baru. setiap bunyi ketawa Iman buat along rasa puas. tak kisah betapa susah masa dulu dengan dugaan yang Allah bagi tapi kehadiran Iman buat kitorang termasuk ibu dengan ayah jadi kuat. Allah hadiahkan Iman sebelum bagi kami dugaan. Masa tu Iman kecik lagi. Iman mana tau.
 

       Sekarang Iman dah besar, semua benda Iman nak buat sendiri. Along memasak Iman nak memasak. mula-mula tak nak bagi tapi Iman merayu-rayu kesian pulak. nyaris nyaris Iman nak pegang kuali panas tau.  Berderau jantung along. Ni kalau wan ke nenek ke datuk ke nampak ni habis along kena marah. Layankan sangat kerenah Iman. Kalau dulu Iman suka buat sepah, sekarang Iman dah pandai mengemas. Iman dah pandai susun kasut sendiri. Iman dah pandai disiplinkan diri. tak nak makan selagi kerja sekolah belum siap. tak nak tidur selagi belum ulang kaji untuk esok. tidur mesti tepat pukul 9 malam. bila along tengok Iman, along puji Iman dalam diam. sebab dulu masa along sebaya Iman along tak macam tu. hahaha.

       Kadang-kadang kan, jujurlah, along penat layan Iman sebab setiap masa setiap benda Iman nak along yang buat. Tapi bila along fikir balik, kalau along penat, ibu lagi penat. Tapi ibu layan je Iman setiap masa, tak pernah pulak ibu bagi tahu along dia penat layan Iman. Jadi along tabahkan juga hati layan setiap kerenah Iman. Takpelah, orang jarang hargai sesuatu sebab dia masih ada sesuatu tu sampailah dia hilang sesuatu tu baru dia akan sedar. along tak nak la macam tu, sementara Allah masih pinjamkan along kebahagiaan ni along nak hargai setiap masa. cewah. haha.


       Setiap kali Iman ketawa dan menangis, Iman lebih kenal dunia ni. Masa ni, masa Iman masih kecik ni, Iman nampak dunia ni macam taman permainan dekat tempat Iman selalu pergi jogging tu. Semua seronok. Tak nampak bahaya pun. Kalau adapun benda yang Iman risaukan, Iman tak sorang-sorang. Ada orang lain dengan Iman. Kann? Nanti bila Iman dah besar baru Iman nampak dunia ni macammana. Dunia ni bukan macam taman permainan dalam imagenasi Iman tu. Tak tak, transformer, ultraman semua tu tak wujud. bukan diorang yang selamatkan dunia. Bukan raksaksa yang musnahkan dunia. Yang selamatkan dan musnahkan dunia ni adalah tangan manusia itu sendiri.

       Iman, kalau Iman rasa along banyak buat benda dengan Iman, ketahuilah ibu lagi banyak habiskan masa dengan Iman. korbankan itu ini. along sengaja tak nak suarakan sebab along lebih suka memerhati. nanti bila Iman dah ada ramai kawan, tolong, tolong jangan rasa kawan itu yang setia ada dengan Iman masa susah dan senang. tolong jangan jauhkan diri dari keluarga dan dengar cakap kekasih. Nanti Iman tolonglah bijak bezakan yang mana betul yang mana salah.

       Thats all. Take care adik :)


13 April 2014

Cadbury's Marriage

Assalamualaikum,

       Here is the second kaksu's marriage. yang first post Kak Suhaida. Here Kak Suraya. kakak yang selalu menggila dengan aku. melayan aku bila tidur lewat sebab stay up buat assignment. kaksu, thanks tau melayan kerenah kita ni. Jasamu ku kenang ^^ hehe. I can't help myself but laugh when I look at their pictures. So sweet! Kaksu ni perangainya gila gila sebab tu aku asyik nak gelak je bila tengok gambar kahwin dia. Abang pulak malu malu je tapi senyum. haha. comel comel ^^



A few days before their marriage, aku ada takut takutkan kaksu. haha. kejam jugak aku ni kadang kadang. sekali dia takutkan aku balik. hambar punya kaksu --' tak baik tau uolls buat iolls macam ni. haha. kaksu, im so sorry cannot come to your wedding day. Saya nak sangat datang sebab pengantin makan sikit je boleh saya tolong makan untuk pihak kaksu :P haha. tapi nak buat macammana den ado final exam keesokkannya. huu ><





Well abang, you look so handsome on your wedding day. I know you are happy. nanti jaga kaksu baik baik tau. jangan bagi dia nakal nakal sangat. hehe. I pray for your happiness I hope it will last forever. I nak anak buah. please please kaksu please~ Dear kaksu, you are the great one. Kaksu memang gila gila tapi kaksu baik sangat. Saya suka lepak dengan kaksu. Rasa macam ada kakak. I love you I love kakla. thanks for being a good sisters :) and pengantin baru, semoga kekal sampai syurga. 

Love,
Nurul Azwa Addy

12 April 2014

Etude House Preview

Assalamualaikum,

      Benar benar, aku terpikat mula mula sebab barang dekat Etude House ni comel comel. Serious aku kata, sebab dia comel aku pergi meneliti barang barang dia. Gila materialistik aku ni. haha --' lepas tu aku tengok harga dia, ehem boleh tahan mahal. RM50++ tapi aku peduli apa. Well men, you know nothing about women. When they are crazy, they really are. Rupa, harga next aku baru pandang apa kandungan dia. Kebanyakkan mengandungi bahan pelembab. Good. I like it.
Product Preview







       Cantik kan barang barang kat atas ni? Elegant macam pemaisuri aku kata. sini aku pegang, sana aku pegang. muka aku jangan tanya la macammana. mulut mungkin berbentuk O excited punya angkara.











       Ni bukan makanan tau. Ni Etude Sweet Recipe. Comel kan? aku dah kata dah. Separuh gila aku pergi kedai kedai yang ada banyak benda comel comel ni. haish nafsu, jangan lebih lebih tabiat kau. aku azankan kang --'


Yang ni aku dah cuba. Blending Sleeping Cream. mula mula rasa lembab je muka lepas tu rasa lembut. Bau dia pun lembut. Seriously aku suka sangat. Harga yang ni tak mahal sangat. sebab tu aku beli. haha



 Ini yang paling aku nak. dia ada dua warna je yang moistfull cream tu. warna pink dengan oren. yang bawah tu blooming spray. segarkan muka and buat muka jadi shining. seriously kalau ada duit aku beli. cerita dia aku kena guna duit aku bayar yuran. haha. kalau ada orang belikan untuk aku, serious ni aku akan jaga elok elok, manfaatkan, hargai dan mungkin akan guna sampai 100 tahun! buat hantaran mungkin? haha. ni bukan idea aku haa ni busu lieza punya idea. hahaha

p/s : Saje je nak share dengan korang apa yang aku suka ni. mana tahu ada yang seperangai dengan aku suka beli benda comel comel. haha. kaja! ;) ^^

07 April 2014

Blog preview : Esel Green Enterprise

Assalamualaikum



Blog Esel Green Enterprise ni dimiliki oleh sepasang pengantin baru ni. Jemput la melawat blog mereka. InsyaAllah banyak yang dapat membantu. Macam produk kesihatan, penanda arah, bunting dan lain lain. Rugi tau tak melawat. Klik dulu, baru nilai. won't regret ^^

Luke & Su