03 March 2015

Pergi lebih jauh.



Sebelum aku teroka dunia menggunakan mata, tangan, kaki dan semua deria yang ada. Aku dah teroka dunia menggunakan imagenasi. Aku dah pergi jauh lebih jauh daripada kaki ni pernah jejak pada awal umur 20 tahun. A ah. akulah orang yang cakap aku tak nak hanya lihat bumi tempat aku lahir apabila aku dah lahir ke dunia. ya, itu ayat aku. Dah alang alang aku lahir di dunia, aku tak nak hanya melihat Malaysia. Sebab Allah jadikan dunia ni bukan hanya Malaysia. Aku mahu melangkah lebih jauh untuk lihat semua kekuasaan tuhan. Aku tahu, lebih jauh aku berjalan, lebih dekat aku dengan tuhan.

Bila orang bagitahu semua impian aku adalah mustahil. Itu lagi menguatkan aku untuk capai semua impian aku. kutip satu per satu. Because you said I can't. Im going to show you how great I am. Sebab dulu masa sekolah aku tak pernah capai straight As. Sebab tu sekarang aku bangkit untuk dekan. Sebab aku nak bagitahu aku tak bodoh. Sebab tu aku dahagakan Anugerah Rektor. Aku tahu susah. Aku tahu akan selalu kena marah. aku tahu nak capai tu tak mudah. untuk capai apa yang aku nak, aku selalu juga buat salah. jangan takut untuk jatuh dan bangkit semula. jangan takut untuk buat perubahan. 

Aku cuma nak bagitahu. Semua impian yang kau pernah simpan dalam ingatan kau. yang semua orang tahu ianya susah. yang semua orang tahu ia tidak mudah. Adalah boleh dicapai! Kita akan lalui banyak sangat kekecewaan. banyak sangat air mata. banyak sangat kegagalan. Aku cuma nak cakap, jangan mengalah.


Ada satu saat, kau kena percaya yang kau hanya seorang dalam dunia ni. Tak ada orang lain dalam dunia ni macam kau. Because you are the one and only. Sebab ada ramai orang dalam dunia ni mereka hidup dan mati. Diorang tak buat apa apa dalam dunia ni. Mereka hanya bersenang lenang lalu melupakan tuhan. Mereka hanya tahu merungut tapi mereka tak pernah bertekat untuk lakukan apa apa. Dan hampir semua orang dalam dunia ni hanya tahu bermimpi dan berangan tapi tak pernah cuba untuk capai semua impian mereka.

KENAPA?

Sebab mereka takut gagal. Macammana kalau kita buat dan benda tu tak jadi? oh macammana kalau kita masak banyak banyak dan cuba jual tapi tak ada orang nak beli? macammana kalau aku buat juga dan semua orang benci aku dan aku tak boleh nak hadapi semua tu? Kau habiskan masa cuba kenal orang. Nak jadi kaya macam dia. Nak belajar tinggi tinggi macam dia. Nak cantik macam dia. Sibuk habiskan masa cuba mengenal orang lain tapi kau dah 20 tahun masih tak kenal siapa diri kau.


Kalau kau sibuk tiru orang lain. Kau cuba jadi macam dia. Sebab kau adore dia. Sebab kau rasa dia sempurna. Kalau kau sibuk meniru, kau takkan mengatasi dia. Sebab mana ada seorang peniru boleh lakukan lebih baik dari orang yang ditiru. sebab kau hanya meniru. You won't be the best. Tapi kalau kau bangkit sendiri. Cuba jadi diri sendiri. Cari identiti diri. Kau boleh jadi the best among the best. Aku cabar kau Nurul Azwa, untuk cari nilai diri kau sendiri. Aku cabar kau readers, untuk cari nilai diri kau.

Kalau. KALAU semua orang dalam dunia ni kata kau tak boleh buat. Kau tak mampu. walaupuan keluarga kau sendiri cakap, tak, kau tak boleh buat. Kau kena bagitahu diri kau yang kau mampu buat. Kau boleh buat. kau kenal siapa diri kau.

"Walaupun tak ada orang percaya aku boleh buat, aku percaya aku boleh buat. Kalau bukan untuk orang lain, aku buat untuk diri aku. For the sake of myself"

Hey, kau bagitahu aku kau nak jadi doktor, nak jadi jurutera, pakar bedah, angkasawan, nak jadi jutawan. Aku nak bagitahu kau yang kau takkan dapat semua tu until you start invest in your mind. Aku cabar kau untuk invest masa. Aku cabar kau untuk be alone. Kalau kau masih belum buat apa apa, just take your first step. jangan izinkan sesiapa pun rampas impian impian kau.

Kau bagitahu aku kau nak dapat tajaan MARA atau JPA untuk ke United Kingdom. Kau bagitahu aku kau nak jadi pelajar contoh. Kau bagitahu aku kau nak lihat dunia. Kau bagitahu aku kau the one and only. Selepas semua yang kau lalu. kau tahu ianya bukan mudah. Bila kau dah buat yang terbaik dan kau masih belu dapat. Bila kau cuba tulis buku dan banyak kali dimakan virus dan hilang macam tu je. dan bila orang kata mereka akan sentiasa bersama kau dan bantu kau tapi mereka tak buat macam tu pun. 


Dan semua orang kata impian kau terlalu tinggi dan kau takkan mampu. Mereka suruh kau berpijak dunia realiti. Bagitahu diri kau "semua ni takkan berakhir sampai aku berjaya." Sebab kau tahu kau boleh buat. Satu hari nanti, macam yang kau pernah cakap. Kau akan jumpa semua orang yang pernah cakap tak boleh dan bagitahu mereka, Allah dah janjikan kejayaan untuk orang yang berusaha. aku serahkan semua yang aku ada termasuk nyawa ni pada pemilik sebenar. Aku hanya berusaha. Aku tahu aku tak ada kuasa untuk tentukan apa yang aku akan dapat pada masa depan aku. But all I can do is do it and make it happen. Jangan berhenti berdoa. Allah tak kejam. percayalah yang Allah tak kejam. Jangan takut ambil risiko. Jangan takut jatuh. Sebab kalau kau takut, sampai bila pun kau takkab berjaya.

Aku ingat lagi, satu masa dulu. Lepas dapat keputusan SPM, tak ada satu IPTA pun nakkan aku. A ah, keputusan SPM aku langsung tak memberangsangkan walaupun aku dah buat yang terbaik. Belajar siang malam. Aku dah buat yang terbaik dan Allah takdirkan kegagalan. Aku ingat lagi, aku pernah cakap..

"Satu hari nanti, aku akan buktikan pada Malaysia yang aku pun boleh berjaya"