21 May 2014

Mimpi yang nyata

Assalamualaikum,

       Mula mula aku nak minta maaf kat Habeb sebab lambat update. Benda ni pun sebab Habeb yang suruh update. Excited nampak dia ni. Aku lambat update sebab mensuri rumahkan diri. Harus lah kau fahami kan. busy kalah menteri :P lagi satu internet slow sangat sebab quota dah habis. thats why -_- Habeb suruh cerita perjalanan sepanjang kerjakan umrah. Aku pun tak tahu macammana nak cerita. Aku ada 12 hari takkan nak cerita semua kan. aku cerita mana yang aku rasa nak cerita jela. I try my best Beb. Beb je aku panggil dia --"

        Kami punya flight naik Saudi Arabia. Aku tak pernah pergi luar negara. dan belum pernah naik MAS pergi luar negara. Ni first time aku merentas lautan dan kami naik Saudi Arabia jadi aku cerita pasal kapal terbang ni jela. hehe. dari Malaysia nak ke Lapangan Terbang Jeddah ambil masa 6 jam. Sepanjang perjalanan tu aku berdoa je banyak banyak. Aku pandang sebelah, adik bongsu aku sibuk melayan cerita kartun. ayah masih berdoa. ibu baca panduan umrah. Doa yang orang pesan aku dah start baca dalam musafir dah. makan, tidur, terbangun sambung berdoa balik. tu jela kerja aku sebab ni peluang terbaik nak berdoa. tak buat apa, keep praying la. doa orang musafir kan makbul. apa lagi musafir untuk buat umrah :)
      
       Sampai je di Lapangan Terbang Jeddah, kaki pijak di atas jalan yang dah bertar, masa tu pun aku masih tak percaya aku bukan lagi berada di Malaysia. Nak mengalir air mata. Nak sujud syukur dekat situ jugak. Sumpah aku tak tahu apa aku rasa masa tu. Kami sampai dalam pukul 7 malam. Lama gila dekat imigresen. Pukul 12 baru kami bertolak ke Madinah. Masa dekat Lapangan Terbang tu, ramai orang yang pakai ihram. Cantik. Putih dan bersih. Yang paling bersih mereka datang dengan hati yang ingin berjumpa tuhan. Masa tu juga lah first time aku bersembang dengan orang Arab. heheh. Perempuan tu berpurdah sampai mata pun tak nampak, dia tutup. Dia nak duduk sebelah aku, lepas tu dia tanya kenapa aku pakai topeng. well sebab virus MASCOF tu la. kalau tak aku pun tak nak pakai. Tapi kami borak guna Bahasa Inggeris la. Nasib baik dia pandai cakap BI kalau tak memang awkward je.

      Sampai je dekat Madinah, mutawif dah kejut dan bimbing semua orang baca doa bangun tidur. dia suruh ikut dia selawat kepada Rasulullah memandangkan kami dah sampai ke Bumi Madinah. Keadaan sepanjang berada dekat Madinah tenang, aman macam dalam mimpi. Panas yang orang cakap aku rasa macam mendung pula. Dekat Madinah semua tempat bersih. Jalan raya macam dicuci je. Masa masuk waktu solat, orang yang berniaga tinggalkan je barang barang diorang dekat tepi jalan. Fuhh respect! Orang orang Madinah ramah, baik dan murah dengan senyuman. Aku takkan lupakan diorang. Walaupun aku jumpa diorang sekali imbas je, tapi aku rindukan diorang ouh. jujur ni. Kadang-kadang masa berjalan nak beli barang atau nak ke masjid, aku lemparkan je senyuman dekat perempuan yang pandang aku. Diorang balas balik. Manis. dah la cantik :)

       Kalau sampai dekat Masjid Nabawi, bermalam dekat sana pun kau takkan kesah. Sebab bila dah ada dekat sana, hati dah terikat. Macam orang bercinta. Lagi lagi bila kau sedar dalam masjid tu ada jasad Rasulullah. Setiap kali sujud dalam masjid tu, sayu. Bayangkan, kepala kau benar benar berada selevel dengan kaki kau. Kita tunduk kepada Tuhan pemilik nyawa kita. Kepala kita yang selama ini berada di atas, sekarang berada sama rendah dengan kaki kita. sedar bahawa kita adalah hamba Allah! bukan hamba harta, pangkat atau apa apa. Dekat sana walaupun suhu 43'C, aku rasa macam Malaysia lagi panas pulak. sedar sedar je bibir dah pecah, kulit dah kering. Jadi banyakkan minum air ye. Tak apalah, sakit tu kifarah dosa dosa :)

       Masa dah nak sampai ke Masjid Kuba, kami sama sama ikut mutawif ucapkan apa yang orang Madinah pernah ucap masa sambut Rasulullah sampai ke Madinah dulu. Tola'al badru alaina.. until the end. Rindu. Rindu sangat. Orang Madinah sambut Kekasih kita dengan kasih sayang. Semua orang tua dan muda keluar bagi menyambut Baginda. Gembira sebab aku dah sampai ke Masjid Kuba. Gembira bila alunkan benda yang sama hati jadi rindu pada Muhammad bin Abdullah s.a.w :') Datang la ke sini.. Kau takkan jumpa lagi nikmat lain sebesar nikmat Islam. Kau akan terus bersyukur kerana kau adalah Islam. Kau akan terus bersyukur.

       Dalam perjalanan nak ke Makkah pula, sempat la tidur dalam bas sebab penat sangat. Sampai Makkah pukul 10.30 macam tu. dia bagi masa letak barang dan solat Isyak lepas tu baru buat umrah yang pertama. Masa masuk je ke dalam Makkah tu, kami sekali lagi ikut mutawif bertalbiah. Faham maksudnya, dan kita takkan berhenti bertalbiah sebab kita mengaku kita datang kepada Allah. Aku datang menyahut seruanMu Ya Allah. Aku datang menyahut seruanMu. Tiada sekutu bagiMu. Aku datang memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya segala nikmat dan kekuasaan adalah milikMu dan tiada sekutu bagiMu.

       Kami buat umrah pertama pada waktu malam. Bukan terik matahari yang menjadi teman tapi sinaran bulan. Masjidil Haram yang bercahaya setiap masa. Dari awal lagi aku dah terpesona. aura awal awal lagi dah rasa. Jasad dekat hotel tapi hati rindukan masjid. aku betul betul dah tak sabar nak masuk masjid. Nak tengok Kaabah! Bila masuk je, benda pertama yang aku buat tengok Kaabah. Terdiam sebab terpesona. Ya Allah cantiknya Kaabah! inilah arah kiblat kita semua. Seluruh umat Islam di dunia berkiblatkan Kaabah. Seluruh anggota tubuh badan kau takkan berhenti memuji percayalah, walaupun mulut kau diam. Malah setiap molekul darah, air dan gas yang ada dalam tubuh badan kau juga memuji kekuasaan Allah. Allahu..

       Masa tengah tawaf pun, mata aku tak lari dari memandang Kaabah. Bayangkanlah kekasih yang dah lama menunggu masa nak berjumpa kini benar benar berjumpa. Rindu.. Rindu sangat. Pernah tengok tak pandangan lelaki yang jumpa perempuan yang cantik, ayu, solehah macammana? mata dia pun tak nak lari kan? pandangan aku pada Kaabah lebih dari tu. Lepas habis tawaf, kami semua buat solat sunat depan Kaabah. Dan itulah kali pertama aku sujud benar benar di hadapan Kaabah. Aku teringat janji aku yang aku nak lafazkan syukur aku atas dekan depan Kaabah. Siapa sangka, semalaman aku tunggu result Sem 2. Semua orang dah tahu result diorang, aku sorang je tak boleh buka. Pagi tu, lepas siap siap nak ke KLIA untuk buat umrah, ayah dengan ibu keluar bilik bagi tahu ayah dah tahu result aku. Muka gembira gila sambil pegang fon. Pointer aku lagi tinggi dari apa yang aku harap. dekan dekat KUIS 3.75 ke atas. dan yang bahagia bila aku tengok senyuman ibu dan ayah untuk pencapaian aku. Syukur. Aku benar benar bersyukur untuk semua yang aku punya.
      
       Lepas tu buat saie dan kemudian baru bertahallul ataupun bergunting sekurang kurangnya 3 helai rambut. Sebelum buat saie, aku bagi salam pada Siti Hajar. Semoga dia dengar salam aku. Di sinilah salah satu lambang cinta seorang ibu kepada anaknya. Masa nak saie tiba tiba pulak kena gastrik. Kami aku memang dah tak larat sangat nak pijak lantai. Tapi aku teruskan juga. Ibu dengan Iman tak ada masa ni sebab hal hal perempuan yang tak dapat dielakkan. Aku pegang tangan ayah masa saie. Sakit tapi aku teruskan berjalan sambil ikut apa yang mutawif baca. Semoga sakit tu menjadi kifarah kepada dosa dosa lalu aku. Alhamdulillah lepas bertahallul, gembira sangat. Alhamdulillah dah selesai buat umrah. alhamdulillah.

       Sedih sikit sebab hari kedua ke ketiga di Makkah aku pulak yang kena berhadapan dengan hal hal perempuan. stress tapi last last redha jela. Allah yang mahukan begitu. Siapa aku nak stress? Menangis dalam bilik, mengadu dekat tuhan. Saat orang lain boleh pergi ke masjid dan beribadat kepada Allah. Saat orang lain sedang asyik melihat Kaabah, aku terperap dalam bilik. Teruskan berdoa dan berzikir. Merayu agar tuhan dengar doa aku dan kasihani aku. Tempat yang kami buat lawatan antaranya di Jabal Rahmah. tempat pertemuan Adam dan Hawa. Aku bagi salam pada mereka. Aku berdoa apa yang terlintas dalam fikiran aku. sambil tu bagi merpati makan dengan Iman. Ayah dengan ibu tolong ambil gambar je. Then kami dibawa tengok Istana raja Saudi yang ada atas bukit. Lepas tu pergi dekat tempat tempat orang buat Haji.

       Masa nak tinggalkan bumi Makkah, berat sangat hati. Semua orang pun berat hati nak tinggalkan. Sedih la.. Siapa tak sedih. Aku tak puas lagi tatap Kaabah yang aku rindu. Kami salam dan cium pipi satu sama lain dalam keluarga. sampai dekat Malaysia ni pun, masa aku sujud, terbayang bayang Kaabah depan mata. Terbayang bayang setiap benda di Makkah dan Madinah. Terbayang bayang Masjid Nabawi. Ayah asyik cakap yang dia rindukan Madinah. Kalau boleh sekarang juga dia nak daftar umrah. tapi mana boleh. setahun 2x je boleh pergi. 6 bulan sekali. InsyaAllah soon ayah nak bawa satu keluarga pergi lagi.

        Kalau kau tanya aku sama ada aku dapat pegang Hajarul Aswad ke tak, tak aku tak dapat. Tak banyak pun benda aku dapat buat dekat Makkah sebab ada 'halangan masalah perempuan'. ayah dapat dua kali pegang Kaabah tu. Dapat banyak kali solat dan berdoa di tempat tempat mustajab berdoa tanpa halangan. Masa birthday ayah pulak, hujan turun pagi, petang dan malam. gembira betul dia. Ayah kata hujan rahmat sempena birthday ayah :)

       Aku tak tahu nak cerita apa lagi. tak mampu nak ucap dengan kata kata ataupun ditulis dengan tulisan. Macam mimpi. mimpi yang nyata. Semoga kau juga dapat menjejakkan kaki di sini. tekadkan dalam hati. berdoa tanpa henti. Berdoa dengan penuh yakin. selagi kau yakin Allah dengar dan Maha Memakbulkan doa, insyaAllah doa kau dengan mudahnya diperkenankan. insyaAllah :)

15 May 2014

Assignment arahan Adibah

Assalamualaikum,

       Jadah pulak kan si Bob tu bagi aku assignment masa aku cuti. dengki la tu aku tak ada assignment nak suruh aku perah otak jugak. haha. sengaja aku panggil dia Bob sebab aku tahu dia tak suka nama tu. Aku, Amni dengan Adibah fikir Bob tu panggilan untuk orang yang suka buat orang serba salah. dalam kami bertiga yang paling banyak buat kami rasa serba bersalah adalah Adibah jadi kami panggil dia Bob. kekeke~ Dah diam, nak buat assignment ni.


    This assignment begins here   

       Sebagai seorang pelajar kan, dekat universiti la paling banyak benda yang kita belajar. bukan setakat dalam kelas je kita boleh kaut tapi kat luar pun kita kaut sama. Masa tu la nak upgrade sabar, tabah, iman, kawan dan up kan diri. haha. aku tak nak cerita pasal budak laki kat sini sebab aku teringat Aizat pernah kata "Apa laa nak terasa terasa, tengok kami ni lelaki, relaks je. tak ada pun gaduh gaduh" kau diam doh Zat. Perempuan lain. Complicated punya cerita. perempuan ni dia kaya sikit dengan emosi kau mana tahu. lelaki kan emotionless. jadi aku lantakkan lelaki kat sini. aku tak kesah la kat depa lantak. haha.

      Kosongkan hati dari kedengkian. Manusia especially Melayu memang tak suka nampak orang atas sikit dari dia. Asal? nak marah? Aku pun Melayu jugak. Bangun la sendiri kalau tak nak ada dekat bawah. Ingat orang yang ada dekat atas tu tiba-tiba ada dekat atas ke? dia usaha dulu. Dengar sini Adibah, abaikan apa orang nak kata pasal kita. Selagi kita tahu kita buat benda yang betul, do not listen to them. Mereka hanya cemburu. Trust me. I know. Kalau kita asyik dengar apa tanggapan orang dekat kita, sampai bila pun kita akan berada di bawah mereka.


      Just enjoy your way to catch your dreams. Nikmati setiap jatuh dan bangunnya. Nikmati kesusahannya. Nikmati airmata tekanannya. Sini. Aku ada dengan kau. perjuangan kita sama. Kita datang di tempat yang sama atas tujuan yang sama. Datang sini nak belajar. Kita tak keseorangan pun. Kau ada aku dan Amni. Same goes to me and Amni. Kita ada kawan kawan kita. they support us well. Really well. Bila kau leka, kami ingatkan. bila aku leka, korang ingatkan. mesti boleh kan? Aku tak harap aku berjaya sorang-sorang. Aku berharap kita berjaya sama-sama. sampai dekan pun aku harap sama-sama. sebab kita usaha sama-sama. dan aku hargai setiap teguran dan ingatan yang kau bagi dekat aku. kalau semangat kau jatuh, tak mungkin aku akan biarkan macam tu je kawan.

       Bangun la. Jangan sesaat pun terleka. Time flies. Kau dah menghampiri final exam 2.5 pun. kau sepatutnya bersyukur sebab di saat aku rehat tak sentuh buku belajar dekat rumah, kau dengan yang lain tengah menuntut ilmu. kau tak rasa tu satu keistimewaan ke? aku jealous ouh dekat korang. Sini aku bagi tahu pesanan Ali dekat aku. aku turunkan kat kau supaya kau buat jugak. Ali kata short sem adalah kesempatan terbaik untuk kita ambil kesempatan dapat four flat. kau patut bersyukur sebab di saat kau hanya ada 9 jam kredit, aku kena bawa 9 jam kredit tu dan agihkan ke sem sem akan datang menyebabkan jam kredit aku bertambah.


       Bila jatuh, bangun. Ingat la apa yang kau nak kejar. Takkan nak biarkan mimpi kau berkubur macam tu je kan? plan elok elok. susun betul betul. buat jangan sekadar buat Adibah, buat sampai puas! Angan jangan sekadar angan, angan sampai dapat! Kau perasan tak weh? kadang kadang apa yang keluar dari mulut aku yang aku nak buat kadang-kadang kedengaran tak logik kan? kadang-kadang orang tak percaya pun aku akan dapat buat. semua orang ingat aku sekadar cakap kosong. tapi dah banyak juga yang aku dah lepas buat. sebab dalam kepala aku semuanya nampak mudah. sama seperti dulu masa aku kecik kecik, aku ikat kain dekat leher dan terjun dari kerusi sebab ingat aku boleh jadi superman. (ganas kau aku dulu nak jadi superman. haha)

       Cuba kau fikir, kalau kau berundur. kau lemah. kau izinkan orang lain naik, naik dan naik. aku biarkan kau. aku pun naik. naik dan naik. aku berada di puncak kejayaan aku. aku capai mimpi aku satu per satu. sedangkan kau berada di line terakhir kau berundur dan mengalah. sebab kau sibuk fikirkan apa yang orang fikir pasal kau kalau kau buat itu dan ini. kau nak balik ke zaman dahulu ke? masa lama kau dengan masa lama aku tak jauh beza adibah. result lama kau dengan result lama aku tak jauh beza. pointer kau sekarang dengan pointer aku sekarang hanya beza 0.01 je Adibah. kau tak takut ke kalau aku pintas kau? ke kau relakan je? come on, kita bersaing secara sihat. aku lalai kau ingatkan, kau lalaikan tak mungkin aku diamkan saja.

       Sorry aku update dekat blog je memandangkan kau kata ni assignment aku kan? haha. nak taip dekat message panjang ouh aku nak ceramahkan kau ni. haha. alang alang tu boleh orang lain baca sekali mana tahu ada yang dalam keadaan sama dengan kau ke. hehe. Dear Adibah's soul, please come back :)


Tertanya-tanya apa tajuk assignment ni? tajuk dia.. Kembalilah identiti diri. kehkeh ><
                                                                                                                                                                   

INFO : Dari Malaysia ke Tanah Suci

Assalamualaikum,


       Baru hari ni aku nak update entri ni. hahaha. pemalas benau. haha. emm ibu suruh update untuk tolong orang yang baru pertama kali nak buat umrah mahupun haji. aku pergi masa 1 mei 2014. Masa tu suhu 43' kalau tak salah. dinasihatkan untuk jangan membawa baju banyak banyak sebab nanti beg penuh nak bawa barang dari sana ke Malaysia. percayalah. beg yang bawa dari Malaysia tu untuk isi barang sana ke sini je. untuk orang yang buat umrah barang solat bawalah 2 pasang. contoh macam telekung kan, bawa 2 je. nanti senang satu basuh, satu guna. baju bawa 2 jugak. baju rumah pun bawa dua.

       Duit kalau tukar kat sana lagi untung. pergi tukar kat pengurup wang. mula-mula kitorang tukar kat Malaysia. ingat nanti kat sana senang. tapi rugi. tukar dekat Malaysia RM100 dapat 110 Riyal je. kalau tukar kat sana dapat 120 Riyal. hehe. memandangkan sekarang tengah ada virus MERS-Cov tu, anda dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan tutup la apa yang nak ditutup kecuali masa tawaf.

Ayah dan mutawif Indonesia, Rizqan Soleh

       Sebab masa tawaf kan tak boleh tutup muka kan, nanti masa sebelum naik flight akan ada ceramah dari pihak agency. kalau ikut Andalusia, dia ada jual penapis hidung tu. nanti beli je yang tu. tak mahal sangat. 1 RM20. beli satu sorang cukup. seriously dengar cakap aku jangan membazir. sebab dalam tu ada 2. kalau ikut Andalusia memang ada mutawif Indonesia dan memang ramai pun mutawif Indonesia tapi diorang tu baik je dan beradab dan berpengalaman dan muda serta sihat dan berdaya lagi (macam banyak je dan aku tu) Bahasa diorang kita boleh faham punya. jangan risau. alahh macam tak biasa tengok sinetron. Makanan semua okay, jangan risau. kalau kita terlepas makan nanti keluar je dari hotel cari kedai makan. berlambak. tak ada kelaparan punya.

       Kalau sim card pula, guna Zain SA. murah dari Mobili. Ntah macammana ntah ejanya. Nanti dekat airport pun diorang ada jual. dalam tu dia dah bagi RM30. Nak guna internet pun murah guna si Zain ni. sebab ayah guna internet, aku yang tolong kerjakan. siap ada wifi lagi aku guna la. haha. Alaa beli je yang Zain SA, nanti dah guna baru kau tahu murah. susah la nak cerita sebab yang bayar tu ayah bukan aku jadi aku tak tahu macammana nak terangkan. Ibu guna mobili dan mahal. kalau nak message Malaysia 0.15 Riyal. Kalau Malaysia message sini tengok guna sim card apa la. Kalau Digi RM0.50 kalau celcom RM0.58 (kalau tak salah sebab adik aku guna bil) Kalau Maxis RM0.45. Beria aku promote si Zain ni. Sepatutnya dia bagi aku komisyen. hahahaha


       Kalau nak topup pulak, kalau dekat Madinah senang je. merata rata orang jual. kat hotel ada, dalam perjalanan nak ke Masjid Nabawi pun ada. kat kaki lima je dia jual. kalau dekat Makkah susah sikit nak cari. Kau kena pergi satu ke satu kedai tanya ada jual topup tak. haa macam tu. Yang barang keperluan peribadi, macam syampu, sabun basuh baju semua tu tak payah bawa dari Malaysia. buat penat je. Beli dekat sana je botol kecil. barang kat sana pun murah murah je. ubat kalau tertinggal kat sana merata-rata Farmasi.

       Kalau naik Andalusia (aku tak tahu agensi lain macammana sebab tu aku cerita pasal Andalusia je) tak payah risau la kalau tak hafal doa itu dan ini, tak hafal nak kena baca apa. lek je. nanti mutawif baca kau ikut je sebab dia baca bahasa arab pun sepatah sepatah nak bagi kita dapat tangkap. Kalau dapat Ustaz Rizqan tu lagi bagus. Suara dia bapok jelas, kuat dan mudah difahami. kalau macam masa nak Miqat tu pun dia ulang sampai 3x takut ada yang tak dapat tangkap. lepas tu dia tanya lagi dapat ke tak? lagi pun sebelum pergi Andalusia akan buat ceramah umrah. so pergi jela dengar mana tak faham sila tanya. aku pernah pergi sekali je ceramah sebab tengah belajar kat kolej kan. ibu dengan ayah sokmo la pergi.


      Dekat sana nanti panas dan berdebu, banyak banyakkan minum air. dah ada dekat sana tu, manfaatkan air zam zam yang ada. sakit je ambil air zam zam minum. haus je minum air zam zam kalau tak nanti rindu. kat sana nanti kulit akan jadi kering, bibir pecah pecah. sakit jugak la sebab tu aku suruh minum air banyak banyak. lagi pun air yang kau guna untuk mandi, ambil wuduk tu air laut. pandai pandai pilih pencuci muka dan syampu. bawa la pelembab ke serum ke, lepas tu bawa lip balm yang mengandungi bahan pelembab dan losyen yang dapat melembabkan badan. aku kat sana guna serum, lip balm dengan losyen je. tayah makeup makeup nak pergi solat je pun. beg jaga elok elok, ubat jangan tertinggal dalam flight pulak. benda penting jaga elok elok la sebab kat sana ada je perampoknya walaupun tempat yang baik. lumrah la.

       Kalau nak suruh upah tolak kerusi roda, 300 riyal. Orang melayu yang tolak. diorang berpengalaman la. Andalusia yang carikan orang. Dia ambil dekat bilik dan dia akan hantar ke bilik. Bacaan bacaan semua akan diajar oleh orang yang menolak. jangan suruh orang Bangla atau orang Arab sana yang tolak. bayaran memang murah. 50 Riyal je. Tapi nanti dia buat kerja aci lebur je. Tolak cepat cepat, kiraan tak cukup. nanti sia sia je datang jauh jauh, umrah tak sah sebab tak cukup 7 kali tawaf. Pasal kurma dan kacang kacang semua tu, dicadangkan beli dekat pasar sebab pasar murah. Pasar tu agak dekat jugak dengan Masjid Nabawi. Kalau kat ladang mahal. tapi mungkin segar. ke macammana? ikut kau la. point dia nak cakap yang beli kat pasar murah, ladang mahal. thats all.


       Nanti kalau ada apa apa nak tanya pasal umrah ataupun nak tanya pasal KUIS ke nak tanya pasal Andalusia ke, add je FB aku. Nurul Azwa Addy. Aku jawab dengan jujur kelebihan dan kekurangannya. insyaAllah tolong saudara sendiri. sebab atas nama Islam kita bersaudara. Kalau dah pergi sana memang rasa tak nak balik. Nak balik tu rasa aduhh sayu je. ingat lagi masa kita bersujud dekat sana. Allahu.. rasa dia berkesan dekat hati. rindu rindu. nak sampai KLIA tu rasa macam nak tempah balik flight nak pergi sana balik. Dan aku masih ingat kali terakhir dia pandang muka aku sampai aku hilang dari pandangan dia. *tiba tiba*

       Disebabkan aku tak boleh solat, ayah solat zohor berdua je dengan ibu. Ayah jadi imam, ibu makmum. lepas tu ayah baca doa. sedih, sayu, menangis. tapi aku nangis dalam hati je. ahh tak suka la menangis family nampak. aku tak suka. hahaha >< ibu salam tangan ayah, ayah cium dahi ibu. ayah peluk ibu ayah bisik apatah kat ibu aku tak dengar. sweet gila kat depan aku, aku rasa macam aku tak patut ada kat situ. haha. lepas tu aku salam ayah, cium tangan ayah, cium pipi ayah, peluk ayah sambil kata "Along sayang ayah" ayah kata "Ayah pun sama. Ayah minta maaf ye?" haa sama lah. kalau ayah minta maaf aku ni lagi la beribu dosanya. lepas tu aku buat benda yang sama dekat ibu. Iman pun buat jugak. Itulah detik terakhir sebelum tinggalkan bumi anbiya. dalam bas aku bisik dalam hati, "Kaabah yang dirindui, aku akan kembali" THE END.


14 May 2014

Bebelan Impian Azwa

Bismillah,


      Terlalu banyak benda yang aku nak capai. Kadang-kadang aku rasa ianya terlalu tinggi. Di pandangan aku, semuanya nampak mudah. Macam biasalah, semua benda aku kata boleh walaupun aku tak tahu macammana nak lakukannya. Bila diberi arahan, cepat je mulut aku jawab "boleh boleh boleh" sampai Adibah pernah cakap "Kau ni Azwa, semuanya boleh. Apa je yang tak boleh." Hakikatnya jalannya tak semudah yang ada pada anggapan aku. Bila aku sampai dekat situ, baru aku tahu susah payahnya macammana.

       Dunia ni nampak luas di mata aku. Sampai semua benda aku nak buat walaupun hakikatnya kadang-kadang aku takut. Macam impian nak main bungee jumping dan payung terjun. sebenarnya aku takut ketinggian tapi dua benda tu tak pernah hilang pun dari senarai yang aku nak buat. Aku takut tapi aku tetap nak buat. Dan aku selalu ambil risiko masa final exam. Masa final exam PMR, SPM dan Sem 2 la masa tu tiba-tiba aku nak buat benda yang tak pernah-pernah aku buat. Masa tu la tiba-tiba aku pilih soalan yang tak pernah pernah aku pilih. Masa tu la aku nak guna hook yang tak pernah pernah aku guna. Aku takut markah aku jatuh tapi dalam hati aku tekad. Alhamdulillah A jugak akhirnya. Asalkan kau percaya.



       Di sepanjang kehidupan aku, aku tak nak habiskan keseluruhannya hanya untuk melihat Malaysia. I do love Malaysia. Tapi izinkan aku melihat negara-negara lain juga. Aku tahu aku akan nampak lebih banyak kekuasaan tuhan jika aku pergi lebih jauh. Biarlah, aku ada alasan aku sendiri. bukan aku tak nak dekat dengan orang yang aku sayang. bukan aku nak tinggalkan ibu dan ayah. tapi aku punya cita-cita juga.. dah lama aku simpan mimpi, nak lihat negara-negara lain. banyak benda yang aku nak tahu. banyak benda yang aku nak rasa, pegang dan lihat. aku akan tetap buat sesuatu untuk capai apa yang aku nak. 

       Ayah kata, kalau kita tak mampu mengapai langit pastikan kita mengapai awan. Kalau aku tak mampu capai 100% impian aku, aku akan pastikan aku capai sekurang-kurangnya 80%. Aku ingat lagi, dulu masa lepas SPM, UPU tolak aku. tak ada satu pun IPTA terima aku. Aku pernah berjanji yang satu hari nanti aku akan buat Malaysia bangga dengan aku. Satu hari nanti aku nak bagi tahu dunia aku lah manusia yang pernah gagal dahulu walaupun dah banyak kali usaha keras. Aku nak cakap pada dunia "Lihatlah aku sekarang. Akhirnya aku dapat apa yang aku nak walaupun dahulu aku pernah jatuh di tempat kaki kamu berpijak" Aku nak buktikan pada dunia yang takkan pernah mengalah itu adalah kekuatan yang paling utuh.



       Benar, hidup ni penuh dengan kesusahan dan dugaan. Tapi lebih banyak lagi benda untuk kita nikmati. Terlalu banyak kegembiraan untuk kita rasakan. Ya, senang untuk aku bercakap sebab aku tak rasakan kesusahan yang kau lalui sekarang. Terpulang. Hak kau untuk menilai sebab yang akan membahagiakan diri kita adalah diri kita bukan orang lain. Pilihan di tangan kita. Kosongkan hati kita dari kedengkian. Jangan disebabkan satu kejatuhan, kita percaya yang kita takkan mampu untuk lakukannya. Lalui hari ni dengan gembira. 
       
       Azwa, sana pandang depan. Lihat pada seberang lautan. Itu destinasi citamu. Jambatan London berdiri teguh, burung berkicau, bunga tulip mekar berwarna warni di Keukenhof, salji turun di California, sakura yang jatuh di Jepun. Andai kau serahkan cintamu pada jalan citamu. Bersama redha restu tuhanmu. Itu takkan pernah menipu. Kadang-kadang adalah lebih baik kita perhatikan sekeliling dan nikmati apa yang kita ada sekarang. Kalau kita asyik menanti 'kalau' menjadi kenyataan, bahagia takkan datang pada kita.

psst. bahagia adalah salah satu tips awet muda ^^

13 May 2014

Cerita Cinta Tanah Suci

Assalamualaikum,


       Ada 2 cerita berbeza yang aku nak ceritakan hasil perhatian aku masa buat umrah 1 mei 2014 hari tu. haha. tak senonoh azwa suka perhatikan orang >< well, aku belajar ouh masa memerhati. kepoci betul lah. dan aku bersyukur sebab Allah bagi aku belajar melalui orang orang macam tu. sampai ada sekali masa lepas mikat di Bir Ali untuk umrah wajib, aku menangis sebab sedar hakikat tu.

       Cerita pertama adalah tentang sepasang warga emas. aku kenalkan diorang sebagai nenek dan datuk sebab aku pun tak tahu nama diorang siapa. heheh. kenapa diorang yang aku nak ceritakan kat sini? sebab umur datuk tu 73 tahun. nenek tu aku tak tahu. tapi dua dua dah tua sangat. datuk tu menggigil je, kencing manis and sakit jantung. nenek tu sakit lutut, tak boleh berdiri lama lama. masa first aku start perhatikan pasangan ni sebab masa tunggu imigresen nenek tu duduk sebelah aku sebab bapok lama gila kat imigresen sampai 5 jam. memang tak la aku nak diri. ayah sorang je berdiri beratur. nenek tu duduk sebelah aku sementara datuk tu beratur tunggu giliran.


       Nenek tu bagitahu pada aku yang ubat dia tertinggal dalam flight. dia kata ada telekung dia dalam tu. ada ubat sakit jantung datuk tu, ubat sakit lutut, ubat segala ubat la. sebab tu aku start perhatikan diorang. mana tahu diorang perlukan aku bila bila ke, tak adalah aku terlepas pandang kan. masa tunggu tu kadang kadang nenek tu berdiri tengokkan suami dia, suami dia toleh belakang then cakap "duduk lah" sambil tangan dia suruh nenek tu duduk. aku suka tengok gaya datuk tu jaga isteri dia. dia pun macam memerlukan pertolongan tapi dia jaga nenek tu macam dia sihat sangat sangat. 
      
       Diorang tak duduk bilik sama sebab mahal katanya. masa dekat Madinah, bilik aku sebelah bilik nenek tu. bilik datuk tu sebelah bilik nenek tu. kira bilik nenek tu tengah tengah la. diorang datang berdua je tanpa anak ataupun cucu. banyak kali aku terserempak dengan datuk tu kat depan pintu bilik dia. aku tegur lah. dia kata tunggu nenek kau ni. sepanjang di Makkah dan Madinah, tak nenek tu tunggu depan pintu, datuk tu tunggu. ada je yang menunggu. macam orang baru bercinta padahal dah bercucu. sweet gila~


       Setiap masa dia pimpin tangan nenek tu even aku rasa dia pun perlu dipimpin. kalau nak makan, dia akan pastikan nenek tu duduk dulu, nenek tu dah selamat, dah duduk, baru dia ambil makanan dia. dia tak bagi nenek tu berdiri lama lama. nenek tu tengah pegang makanan dia pun, datuk tu suruh ketepi dia tolong pegangkan. masa dekat Makkah, datuk tu tak bagi nenek tu turun pun ambil makanan. datuk tu turun, ambil makanan then dia bawa makanan tu dekat bilik nenek. sampaikan boleh dia jumpa roti canai dekat Makkah tu. jangan tanya aku mana dia jumpa. aku tak tahu. yang aku tahu diorang makan sama sama je. haha. and nenek tu cerita, ada sekali tu dia nak rasa roti arab yang besar tu, boleh datuk tu cari sampai jumpa. 

        Nak pergi toilet masa berhenti makan pun datuk tu temankan. aku tak tahu la kalau kau rasa geli kan. dah tua tua pun nak sweet. tapi aku tak. aku pernah cakap dengan ibu "Mesti isteri dia pun taat dengan suami dia kan?" ibu angguk. ibu kata "Ha ah, ibu nampak dia saling melengkapkan". Masa nak buat umrah, datuk tu berkeras nak tolak isteri dia sendiri even sebenarnya aku rasa dia pun tak tahu macammana. dia cakap je dia nak buat. kira main aci redah jela asalkan bini dia ada dengan dia. aku ceritakan dekat sini sebab aku kagum. benar benar fight for love.

       Sebab aku takut lately banyak berita tentang penceraian. Sebab aku berharap lebih ramai lagi orang yang sweet even dah tua. sebab aku harap akan lebih ramai lagi yang setia. sebab aku harap lebih ramai lagi bahagia. Dan aku berharap aku punya cerita lebih baik lagi.


        Next story, pasal sepasang suami isteri yang dah lama kahwin tapi tak dapat anak lagi. diorang datang bertiga. dengan mak kepada abang tu. mak dia tak boleh nampak. tapi tak buta. kakak tu jaga baik gila. lembut je. nak pergi tandas, ambil wuduk semua kakak tu uruskan dengan sabar. sebelum dia makan, dia akan pastikan mak mentua dia makan dulu. nenek tu sentiasa dengan kakak tu sebab biasalah perempuan dengan perempuan la senang nak urus. masa tu nak makan, masa otw nak ke Makkah. tempat semua penuh. aku tengok kakak tu berjalan ke hulu hilir. sementara tempat aku masih kosong, aku tarik tangan dia. Aku tanya dia dah ada tempat ke belum? dia kata "Belum. Akak tak kesah. Yang penting mak. Mak tak makan lagi." Lepas tu aku suruh dia letak mak dia kat tempat aku, biar aku jagakan nak basuh tangan ke apa. mak dia dah duduk, dah makan baru dia tenang.

       Aku tak tahu kenapa aku kagum dengan kakak tu. mungkin sebab aku nampak dia sabar kot. dia layan mak mentua dia macam dia layan mak dia. atau mungkin sebab aku nampak dia tabah kot. dekat mata dia aku tahu dia nak kan zuriat. akak, kalau akak baca entri ni, saya berdoa akak akan dapat anak soon. insyaAllah berkat sabar akak. Masa dalam flight nak balik ke Malaysia, diorang bertiga duduk depan aku. aku pandang abang tu dari celah kerusi sementara kakak tu uruskan mak mentua dia nak pergi toilet. aku doa dalam hati, semoga abang tu terus setia dengan kakak tu. 

Dia mungkin tak sempurna, 
Belum mampu bagi cahaya mata
Tapi dia ada setiap masa untuk kau bercerita

Dia mungkin tak sempurna
Belum mampu bagi yang kau pinta
Tapi dia ada menjaga ibu kau dengan penuh cinta

Dia mungkin tak sempurna
Dengannya kau punya segala
Hilangnya kau takkan ada apa apa
Kerana dia cinta pertama