26 May 2013

The Moments : Calibreian


Dahulu, saat kita bersama.. kita asyik bercerita dan ketawa.
Setiap saat yang ada, kita nikmati bersama
Kini.. Persahabatan yang kita bina
Hanya mampu mengulang cerita
tangis dan tawa

       Di saat semua orang sedang menghitung hari untuk menyambung pelajaran di universiti dan ada juga di antara kita dah berdaftar di sana, azwa masih lagi mengira detik waktu yang kita pernah lalui dulu. ececehh hee azwa daftar Uni 5 June nanti so ni kira hadiah perpisahan la ni. sobb sobbs. masa mula mula azwa masuk ke group Calibre dulu ( ye, saya tahu saya orang terakhir yang masuk ke sana >< ) azwa jumpa syu. Mula mula jumpa syu, syu ramah sangat. Hilang semua rasa risau azwa sebab azwa memang tak reti nak mulakan pergaulan. Lepas tu, korang semua kena bangun dan memperkenalkan diri. azwa takut sangat kalau korang sombong. haha. tapi, korang ya Allah.. baiknya! dah la peramah. Apa yang paling azwa tak boleh lupa, setiap kekurangan kita Calibre akan tutup sampai no one boleh nampak kekurangan tu. setiap kelebihan kita, Calibre meraikan. Sungguh menakjubkan ukhuwwah kita ini. Sampaikan azwa tahu kita akan terus sayangkan satu sama lain sampai bila bila :)


       Dulu, setiap kali kita buka mata, kita akan nampak ehhh Ana! Syu! Alya! and the others. hee. kita boleh dengar diorang panggil nama kita. Pegang tangan kita. Pujuk kita. Bagi nasihat dekat kita. but now.. hanya bila kita tutup mata je, kita dapat lihat kawan kawan kita :) Azwa masih ingat lagi semua memori dan cerita yang kita kongsi bersama.. azwa rindu sangat masa kita bersama. rindu sangat. tapi azwa bersyukur untuk semua detik yang kita dah tempuh bersama. walaupun sekejap, tapi at least Allah bagi kita peluang untuk kita berjumpa dan berkawan dan berkasih sayang juga sambil menuntut ilmu. SubhanaAllah hebatnya apa yang Allah aturkan ni.. :')


       Kita berpisah terlalu cepat, awak semua pergi terlalu cepat. sedih dan sebak rasa. dan azwa tahu, bukan azwa sorang je yang sedih tapi semua orang pun sedih sebab hari tu Taufik buat pengakuan dia menangis bila baca tentang Calibre. haha. Apapun, setiap air mata yang jatuh tu jadikan ia sebagai kekuatan kita. kuatkan hati kita untuk berdiri hari ini dan tempuh hari esok. perpisahan memang menyakitkan, tapi kita terima jugak. hari tu azwa baca Asyraf dengan Alya tweet sedih nak berpisah dengan kawan diorang. azwa yang baca lagi la sedih. NO! persahabatan yang dibina kerana Allah takkan terpisah malah ia akan kekal sampai syurga. InsyaAllah sahabat semua, kita akan berjiran di syurga nanti. Keep on praying ye :) em.. korang pernah tak mimpi Calibreians? mesti ada kan? azwa pun sama. dah banyak kali dah azwa mimpi kita dan TLC. tapi bila bangun semua hilang. azwa pernah mimpi semua Calibreians tanpa satu pun tertinggal. yang hebatnya, Cik Na dengan En. Fauzi pun ada sama XD


       Setiap hari, setiap saat. walaupun azwa ada sekolah azwa sendiri, tapi nama kelas Calibre juga la yang azwa selalu sebut sebut. entah la, mungkin korang semua ada juga rapat dengan budak kelas korang. sebab korang dah lama kan dekat sekolah tu? azwa baru satu tahun dekat terengganu jadi susah nak sesuai dengan keadaan. kadang kadang ada orang tak boleh terima orang luar. tapi semuanya berubah bila sampai dengan TLC. Kita macam keluarga. sama kelas atau lain kelas, kita tetap keluarga. jumpa Calibre, bertambah lagi kagumnya sebab korang semua terima macam kita ni adik beradik. sebab tu azwa sayangg sangat dekat Calibre. Secara jujurnya, azwa memang sayangkan korang dan azwa harap korang pun sayangkan kita semua :)


OUR MEMORIES

1. Setiap kali ada dalam kelas madam zura, we really enjoyed ourselves for every moments.
2. The time when we sang the songs. ahaha
3. Masa kita semua pergi kelantan. yeah masa merayau di KB Mall
4. Masa buat kerja di dalam bas eh sepahkan bas dengan surat khabar XD
5. Dengar Taufik main guitar dalam bas masa balik
7. Masa kita tolong each others siapkan assignment
8. still remember masa kita buat latihan drama? umpama kena denda tu? T.T
9. Hari terakhir di TLC
10. Masa kita ada jamuan Calibre dengan madam zura
11. masa kita BBQ sambil main bola beracun
12. Masa kita swimmingg~ yeayy (girls only)

apa lagi eh? hee. miss this moments!

 


Hikayat Seorang Guru Tua

Assalamualaikum,
 

       Semalam, dalam pukul 3 petang. saya dikhabarkan Cikgu Razemin sudah kembali ke rahmatullah pada pukul lebih kurang 1 petang. Cikgu Razemin tu cikgu add math saya tahun lepas. Masa dapat tahu tu, sedih sangat. Macam tak percaya je cikgu tu dah tak ada lagi.. Padahal pada tahun ni, adalah beberapa kali kami berjumpa dan bertegur sapa sekejap. Even tak lama tapi sempat la berborak. Masa tu cikgu sihat lagi, masih mengajar macam biasa. sampailah satu hari tu, kami dikejutkan dengan berita cikgu terjatuh dan kepala dia terhantuk kemudian cikgu koma. lebih kurang macam tu la cerita dia, sampai menyampai. Keesokkan harinya, saya dan kawan ikut dua orang cikgu yang lain pergi melawat Cikgu Razemin.

       masa melawat cikgu tu, hanya dua orang je dibenarkan masuk. Jadi kami bergilir-gilir. ramai betul anak murid dia datang. cikgu-cikgu yang lain pun datang juga. Sampai la tiba giliran saya dan Aqilah masuk ke dalam. Bila tengok keadaan cikgu masa tu, tiba-tiba hati diserang rasa sebak. nak menangis, tapi saya bukannya orang yang suka menangis depan orang lain. Lagi pun saya tak nak menangis depan cikgu. biarlah saya nampak kuat di situ. tak apa. Cikgu tak buka mata pun. Masa saya bercakap dengan dia, dia hanya mengukir senyuman kemudian mengerakkan jari-jarinya menandakan dia dengar apa saya dan aqilah cakapkan. Dekat cikgu, penuh wayar wayar yang berselirat. dengan alat yang menunjukkan denyutan nadi tu turun dan naik. Apa yang saya boleh buat selain mendoakan dia? Isteri dia nampak kuat sangat. tapi di hatinya hanya Allah Maha Mengetahui.
 

       Cikgu tak ajar saya lama pun sebab saya hanya berada di sekolah tu start bulan 2 untuk tingkatan lima. Sepanjang cikgu mengajar, saya tak pernah kena marah pun. Mula-mula memang tak paham apa cikgu ajar sebab cikgu cakap terengganu. Tapi dah lama lama, baru faham. cara cikgu mengajar macam cara seorang ayah mengajar anaknya. Cikgu Razemin memang mempunyai sifat kebapaan. cikgu suka layan kerenah kami budak budak 5 Amanah especially. Entah la, cikgu terlalu baik. kadang-kadang, bila cikgu mengamuk, kecut perut jugak. Biarlah dia tak marah kita pun. Tapi sebenarnya cikgu marah sebab sayang. Saya bukan pelajar yang cemerlang untuk subjek add math pun. Tapi hari hari cikgu bagi semangat. sampai saya tanam dalam hati yang saya akan dapatkan A untuk matematik tambahan.

       Tapi, cikgu dah tak ada lagi dan saya tak membuktikan apa apa pun.. macam tak percaya cikgu dah tak ada. lalu petang semalam saya ajak adik-adik baca yasin untuk sedekahkan pada cikgu. hadiah yang tidak berbungkus tapi berguna buatnya di sana. Begitu ajal sangat dekat dengan manusia. Kita sahaja yang tak sedar. Pemergian cikgu memberi kesedaran kepada saya. Dia kini tidak ada lagi. Hanya kenangan dan ilmunya sahaja dia tinggalkan. berbahagialah cikgu di alam sana. Semoga bahagia di sisi penciptamu. Kami yang hidup akan terus berjuang. Semoga cikgu di tempatkan bersama orang-orang yang beriman..
 

Pergilah cikgu, pergilah menemui tuhanmu
Masamu telah tiba, 
kami menerima dengan rela
Pergilah cikgu dengan senyuman itu
Aku tahu kau pasti bahagia di samping tuhanmu
Biarkan hikayatmu terus bercerita
tentang jasa yang kau tabur dahulu
Kini dan selamanya
Pergilah..

 

22 May 2013

Travelog Hati Manusia

Assalamualaikum,

       Manusia ini adalah sangat indah ciptaanya. Allah telah mencipta kita dengan sangat indah. Kita cantik, kita kacak, kita ada hati dan perasaan. Kita boleh bergerak. Kita bernyawa dan macammacam lagi. secara fitrahnya, sebagai seorang manusia, hati kita sentiasa mahukan seorang kekasih yang setia, kita nak ada penyembahan, kita nak ada pelindung, kita nak ada tempat yang boleh mendengar luahan hati kita, memujuk setiap kesedihan kita. Sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya benar-benar memerlukan ia. hakikatnya, siapa yang boleh beri kita semua ini selain DIA? saya nak kongsi sedikit pengalaman saya tentang keagungan Dia. Sebelum itu, tujuan saya menulis semua ini bukanlah lambang sebuah egoistik tetapi lambang kekerdilan saya di sisiNya. Saya dalam cerita ini adalah seorang hamba yang masih mencari-cari kebenaran yang hakiki. Astaghfirullah! saya dahulukan penulisan ini dengan memohon keampunan Allah. Sesungguhnya Dia adalah tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

 

       Masa tu, saya baru je dapat keputusan SPM. Malam sebelum keputusan SPM keluar, saya telah bermunajad kepadaNya. malam itu saya tak boleh tidur, saya asyik terfikir apalah yang akan saya dapat nanti. bagi saya, tiada istilah lewat bagi seorang hamba. Saya akan terus memohon kepada Allah selagi semua itu belum berlaku, tentu saya mampu mengubahnya. Malam itu, saya telah bermohon supaya Allah tidak menguji saya dengan ujian yang tidak tertanggung oleh saya. Keesokkan harinya, saya telah ke sekolah. saya tekadkan dalam hati, andai aku dapat keputusan yang bagus, aku akan buat sujud syukur. kalau aku dapat keputusan yang tidak bagus, aku akan buat solat taubat. Tapi bila saya ambil keputusan SPM saya.

       Saya hanya mendapat 4A. saya menangis, tapi anehnya saya tak tahu apa rasa itu. Nak kata saya gembira, mustahil saya bergembira dengan keputusan yang tidak boleh dibanggakan itu sedangkan target saya lebih tinggi dari saya dapat. Nak kata saya sedih, mungkin juga. tapi kenapa hati saya tidak turut sama bersedih? lalu, saya terus call ibu. Ibu bagi nasihat and kata-kata semangat. Sejurus selepas itu, saya terus ke surau untuk mengambil wudhuk. Saya bentangkan sejadah, kemudian saya memakai telekung yang dibawa. 

       Saya berfikir, aku nak buat solat taubat atau sujud syukur? tanpa berfikir panjang, saya terus buat sujud syukur. dalam hati saya berkata, Wahai Allah, aku redha dengan ketentuanMu. Dalam sujud yang panjang, saya terus memuji-muji kebesaranNya. lama kelamaan baru saya sedar. rupa-rupanya perasaan yang saya rasa tadi adalah redha. Saya terpesona dengan kekuasaan Allah, saya mohon Allah jangan uji saya, tapi Allah beri saya kekuatan untuk melaluinya. SesungguhNya ujian Allah tu lagi mendekatkan saya dengan Dia. Saya seolah-olah merasakan Dia sedang mengesat air mata saya dengan lembut dan rasa cinta. Allah berkata "La tahzan! InnaAllaha ma'na" subhanaAllah!
 

       Macam tu juga dengan kita, indahnya hidup ini bila kita sentiasa dekatkan diri dengan Allah. Kenapa kita tidak menyelaraskan fitrah hati kita ini dengan mencari Allah dalam hidup kita? Kita nak seseorang mendengar luahan hati kita, Allah itu Maha Mendengar. Kita perlukan seseorang membantu kita, sesungguhnya Allah itu Maha Pelindung lagi Maha Berkuasa. Apa lagi yang kita inginkan? nanti, jika kita sudah ada kekasih sendiri sekali pun (suami/isteri) biarlah kita mencintai kekasih hati kita itu dengan cara yang betul tanpa membelakangkan kekasih Teragung kita. Allah benar-benar ada saat kita perlukan dia. malah saat kita lupakan Dia pun, Dia masih lagi bersama kita. MashaAllah, hebatnya kasih sayang Allah ni.. 

       Nanti, bila dah terbiasa melakukan semua ini. Kita akan rasakan satu perasaan yang tidak pernah kita rasakan sebelum ini. Ianya adalah perasaan di mana kita rindu untuk berjumpa denganNya. rindu untuk berdua duaan dengan Dia. rindu untuk sujud kepadaNya. Sampai ada satu tahap, kita akan mengutamakan Dia lebih dari segalanya. Alaa yang macam awak semua rasa bila dengan kekasih awak, macam tu orang-orang beriman rasa dengan kekasih dia, Allah Azzawajala. Sedih cari Dia, gembira cari Dia. Mungkin itulah yang dinamakan kemanisan iman. SubhanaAllah..
   
       Sebagai seorang perempuan, kita ada masa cuti setiap bulan. kita diberi cuti lebih kurang 1 minggu. masa tu 1 minggu kita tak boleh solat, kita tak boleh mengaji. Iaitu saat ketika kita datang haid. bila kita dah tengah syok beribadat, merasakan rindu yang tak terhingga kepada kekasih kita, tiba-tiba kita kena berhenti dari 'dating' dengan Dia. Mula-mula tu mestilah rasa macam sedih je sebab kita tak boleh mengaji, tak boleh solat. sampai tiba waktu solat, kita pun macam nak pergi solat tiba-tiba teringat 'eh, aku tak boleh solat.' tapi, saya faham. bila dah seminggu kan kita tak melakukan amalan seperti ini, iman kita berada di tahap rendah. Biasalah, iman manusia memang ada saatnya bertambah dan berkurang. Bila kita dah mandi hadas, kita dah boleh solat, kita masa tu berada di mood bermalas-malasan sebab yela, seminggu tak solat. kadang-kadang subuh pun terbuat akhir waktu. padahal kita tak sengaja. syaitan memang berusaha menghasut kita.
      
        Jadi, untuk mendapatkan kembali rasa cinta kita, saya nak kongsikan satu tips yang saya selalu buat. Iaitu :

1. Mohon kepada Allah.
'Wahai Allah, kasihanilah aku. Aku inginkan kembali rasa cinta dan nikmat ketika beribadat kepadaMu. Pulangkanlah ia kembali kepadaku.' Ulang-ulang ayat ni dengan penuh penghayatan dan rasa insaf.

2. Hukum diri kita.
Jika kita lewat menunaikan solat fardhu, hukum diri kita, istighfar sebanyak 1000 kali. saat ini kita perlu amanah dalam menghukum diri kita.

3. Berusaha mendapatkan kembali cinta kita.
Kita set jam, lepas tu kita mohon pada Allah supaya Allah bantu kita. Contohnya : sebelum tidur, buat solat sunat taubat. set jam pukul 2, solat tahajud. set jam pukul 5, buat solat sunat sebelum subuh.


Sama ada kita sedar atau tidak, percayalah setiap permintaan, keluhan dan persoalan kita telah dijawab oleh Allah. Alla berkata   “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita ” (QS 9 : 40).


18 May 2013

result UPU and about letting go

Assalamualaikum

       Semalam result UPU dah keluar. macam biasalah hati pun dah berdegup laju sebab saya kan menaruh hati dekat Universiti Islam Antarabangsa (UIA) tapi bila check tu, tak terpilih. Sedih sangat sangat sampai lebih satu jam menangis di atas sejadah. hehe. takpe, saya ada kekasih. DIA la kekasih saya. jadi saya mengadu pada DIA je. lepas tu terus mandi nak bagi hilang rasa sebak. dalam bilik air pun menangis lagi. haishh sedih sangat. sampai hati UPU buat kita macam ni. rasa macam nak lari dari Malaysia je. merajuk. haha. dalam hati mula bina semangat baru, "Takpe Malaysia, one day I'll be standing on the hall of fame." namun pada hakikatnya, siapa tak sayang Malaysia? itu hanya ugutan dan luahan orang yang sedang kecewa je. dalam hati masih lagi bersinar hasrat ingin menjadi seorang yang Malaysia akan banggakan. lepas mandi tu, baring dalam bilik, buka lagu lagu semangat. Berjalan Tanpa Henti dan Langkah Tercipta. dan bersaksikan detik itulah saya mula bangkit dan menerima kenyataan. jadi 5 June ni saya akan sambung belajar dekat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dalam bidang Diploma in TESL selama 2 tahun setengah.

 

       Saya pasti mesti ramai juga yang kecewa, sama macam saya. sebab kita semua sedang berharap. tapi ini bukanlah pengakhiran bila kita tak dapat masuk Universiti yang kita nak sebaik sahaja selepas tamat SPM. kita ada macam macam lagi cara lain selain daripada layu lemah. siapa yang berminat untuk ke tingkatan 6 atau matriks, boleh pergi. dan boleh juga pergi ke universiti swasta untuk melanjutkan cita-cita. awak semua boleh menangis, tiada siapa yang menghalang awak menangis. daripada air mata itu awak tahan, lebih baik awak biarkan ianya jatuh. sekurang-kurangnya biarkan ia merawat rasa sebak dalam diri awak tu. saya ingat lagi ketika berdoa saya ada kata ;

'Wahai Allah kekasihku, aku bukan menyalahkan takdir yang telah kau tetapkan. Malah aku masih lagi beriman pada qada dan qadarmu cuma ini hanyalah tangisan sekeping hati lemah yang sedang mengharap'

       Kadang-kadang, Allah sengaja beri kita ujian untuk lihat sejauh mana kesabaran dan keimanan kita dan yang paling penting, sejauh mana kita percayakan DIA.  Apapun kita tak boleh berputus asa sebaliknya dengan ujian yang Allah beri itulah kita kena bangkit dan berjalan dengan langkah yang berani. Mungkin rezeki kita bukan sekarang, mungkin rezeki kita nanti. Allah itu Maha Cantik peraturan yang ditetapkan buat kita. Hidup ini tentu akan lebih indah dan bahagia jika kita belajar bersyukur dengan apa yang kita ada :)

 

       Daripada kesilapanlah kita mula belajar sesuatu. Apapun yang kita buat, walaupun kita berjalan agak lambat, yang paling penting kita perlu tetap bergerak. Sabar dan tabah adalah sifat yang perlu dipupuk. Sentiasa fikir positive terhadap ketentuan Allah. InsyaAllah kita akan bahagia. satu hari nanti, apabila kita toleh balik ke belakang, kita pasti akan tersenyum dengan takdir yang Allah sedang aturkan sekarang. hebat bukan? Kepada sesiapa yang berjaya mendapatkan tempat di Universiti idaman saya ucapkan tahniah. jangan lupa niatkan di hati, kita menuntut ilmu kerana Allah. Selamat berjihad, semoga berjaya :)

” … Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” 
 [Surah At-Talaq, 65: 2-3]

Kenapa tukar nama?

Assalamualaikum,


Mana Blog Miss Coklat?

Hai readers, hari ni hari pembukaan blog Nurul Azwa. cewahh macam ada acara rasmi je. No more Miss Coklat. Sebenarnya berat hati juga nak tukar sebab yela, nanti semuanya jadi berserabut. Followers dah tak boleh tengok kita punya updated, link yang kita comment dekat blog orang pun dah jadi tak dapat detect macam tu. Tapi.. hidup ni macam bisnes. Kalau kita takut ambil risiko, kita takkan berjaya. Lagipun kadangkala kita kena buat perubahan dalam hidup ni. Untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik, kita kena korbankan sesuatu. Dan kadangkala, bila strategi lama tidak berkesan, kita kena tukar kepada strategi baru. semuanya tentang pandang ke hadapan. Akhirnya Miss Coklat telah ditukar kepada blog Nurul Azwa.


Kenapa tak guna nama Miss Coklat lagi?

       Sebab nama Miss Coklat tu saya guna masa saya tingkatan satu lagi. Masa tu pun masih lagi budak budak. Tak matang lagi. pemikiran pun sama. So bagi saya, ehemm, hehe, nama Miss Coklat tu macam budak budak sikit. Memang la sampai sekarang saya masih cintakan coklat tapi saya takkan selamanya muda belia macam ni. Mungkin nama Miss Coklat tu sesuai walaupun masa 5 tahun akan datang. tapi bila saya fikir, saya seorang yang suka menulis dan bercerita tentang semuanya. dan walaupun setelah saya ada cucu pun saya tetap mahu menulis, takkan nak guna nama Miss Coklat juga kan? nanti kawan cucu saya tanya, 'fuyoo nenek kau ada blog ke? apa nama blog beliau?' takkan cucu saya nak kata 'Miss Coklat' macam tak kena je. haha. apa? umur 50-60 pun masih boleh blogging juga apa. blog seorang nenek. kekeke~

       See? kena look ahead juga. sebab zaman tidak pernah berhenti. Kita akan dimamah usia. bila saya guna nama saya, memang akan sesuai walau umur saya berapa sekali pun. Jadi saya ambil keputusan untuk membawa nama sebenar saya dalam dunia blogger. hee ^^


Apa yang menarik pada blog yang terbaru ni? 

       Bukan la baru pun. Cuma blog lama yang diberi nafas baru. apa yang menarik dekat blog yang diberi nafas baru ni adalah rupa blog yang semakin simple jadi orang yang membaca takkan serabut tengok. hehe. saya cuba membawa ketenangan kepada sesiapa sahaja yang membaca blog saya. ala ala spa macam tu :P haha. tapi memang itu pun harapan saya. saya nak membawa ketenangan dalam hidup semua orang. saya nak orang rasa tenang dan selesa setiap kali bersama saya. selain tu, blog ni akan cuba mengulas secara matang dan profesional dalam menulis apa apa isu. Satu hari nanti, saya nak jadi seorang manusia yang dikenali di mata dunia sebagai seorang yang berjaya serba serbi dan apa yang penting, saya bermula dari bawah. sekian :)


10 May 2013

Strive to Mardhatillah

Assalamualaikum.

       Iman perlu diteguhkan, andai tersungkur, bangkitlah kembali. Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah. Allah Maha Penerima Taubat, walau dosa kita bertimbun timbun pun, Allah kesayangan kita masih lagi sudi mengampunkan dosa kita. Hebatnya Allah.. Sifat Ar-Rahimnya terus menyelinap ke dalam jiwa hamba-hambanya. MasyaAllah! Kadangkala langkah yang kita atur tersasar, kita tersungkur di perjalanan. Menangislah kita di malam sunyi, berlagu hiba memohon keampunan dari Yang Maha Esa. Tuhan, Ampunkan aku! aku hanya manusia yang lemah! diriku kerap melakukan dosa! Aku memohon keampunan darimu! terimalah taubatku wahai tuhanku.. menangis lagi. air mata kian laju turunnya. tersedu sedan berteleku di atas sejadah. Mengenangkan dosa-dosa yang telah banyak kita lakukan. "Wahai tuhan, diriku ingin berubah. Tapi mengapa sukar ku rasakan? Adakah kerana dosa ku sudah terlalu banyak? Bimbinglah langkahku wahai tuhanku.. Aku benar-benar lemah tanpaMu..." dengan sisa air mata yang tinggal, dia lena dalam belaian tahajud sepertiga malamnya.


       Kita sering terpedaya dengan dunia. Hati dan jiwa kita asyik mendengar bisikan nafsu je. Hati kita dah kotor, antara bisikan iman dengan bisikan nafsu pun kita tak dapat bezakan lagi. Tidak takutkah kita? Wahai Allah, janganlah kau tarik nyawaku dalam keadaan aku yang masih kufur dengan nikmatmu.. Doa kita. tapi kita masih tidak melakukan apa apa. Kita masih belum bertaubat, kita hanya berdoa. Tahukah anda, orang yang ingin bertaubat itu umpama orang yang ingin mencabut pohon yang mengganggunya. Namun, apabila dia merasakannya susah, dia menangguhnya esok atau lusa atau minggu depan atau.. bila lagi? Wahai jiwa yang hidup, teguhkanlah iman dalam diri semoga nanti kita akan merasai bertapa hebatnya nikmat ilahi dan semoga kita akan dirahmati sepanjang hidup. Setiap malam, mohon la pada Allah agar diberi secebis keinsafan sebagai bekalan sepanjang kehidupan. Dengan secebis keinsafan tu la, semoga kita dapat mengingatkan diri agar tidak jauh dari Dia yang Maha Dekat. Itulah ujiannya, semakin jauh kita dariNya, semakin dekat Dia menghampiri kita. Semakin kita mendekatiNya, semakin kuat pula Dia menguji kita. Ujian ini adalah sebahagian daripada tanda cinta daripada Dia.

       Perjuangan ini mungkin susah, kita perlu mencapai semuanya. Kemanisan iman adalah tersangat manis. andai kita kehilangannya, kita adalah manusia yang benar benar rugi. Susah payah dalam mujahadah ini, terselit berjuta hikmah. Allah maha cantik peraturanNya. Kita sebagai hamba perlu beriman dengan apa yang telah ditetapkanNya. Walaupun kerap kali tersungkur, bangkitlah demi kemenangan dan demi Jannah :) Wahai Allah, aku hanya manusia biasa, yang selalu melakukan dosa. Dosaku terlalu banyak, aku pula terlalu lemah. Senang digoda dengan nikmat dunia. hatiku juga rapuh. namun ku tahu, selagi aku tidak berputus asa daripada rahmatNya, selagi itulah aku mampu mengapai kasihNya. Akan ku teruskan perjuangan ini, hingga akhir nafasku. Pintaku Wahai Allah, tariklah nyawaku saat aku sedang bersujud kepadaMu.

Nak jadi muslimah sejati tu susah, mukminah tambah susah, mujahidah juga payah, istiqomah lagi payah. Namun susah payah itu takkan ku endah. akan ku gagah, akan ku tabah. Demi Allah, demi solehah. kerna akhir pasti indah. yakni kemenangan atau Jannah!