26 May 2013

Hikayat Seorang Guru Tua

Assalamualaikum,
 

       Semalam, dalam pukul 3 petang. saya dikhabarkan Cikgu Razemin sudah kembali ke rahmatullah pada pukul lebih kurang 1 petang. Cikgu Razemin tu cikgu add math saya tahun lepas. Masa dapat tahu tu, sedih sangat. Macam tak percaya je cikgu tu dah tak ada lagi.. Padahal pada tahun ni, adalah beberapa kali kami berjumpa dan bertegur sapa sekejap. Even tak lama tapi sempat la berborak. Masa tu cikgu sihat lagi, masih mengajar macam biasa. sampailah satu hari tu, kami dikejutkan dengan berita cikgu terjatuh dan kepala dia terhantuk kemudian cikgu koma. lebih kurang macam tu la cerita dia, sampai menyampai. Keesokkan harinya, saya dan kawan ikut dua orang cikgu yang lain pergi melawat Cikgu Razemin.

       masa melawat cikgu tu, hanya dua orang je dibenarkan masuk. Jadi kami bergilir-gilir. ramai betul anak murid dia datang. cikgu-cikgu yang lain pun datang juga. Sampai la tiba giliran saya dan Aqilah masuk ke dalam. Bila tengok keadaan cikgu masa tu, tiba-tiba hati diserang rasa sebak. nak menangis, tapi saya bukannya orang yang suka menangis depan orang lain. Lagi pun saya tak nak menangis depan cikgu. biarlah saya nampak kuat di situ. tak apa. Cikgu tak buka mata pun. Masa saya bercakap dengan dia, dia hanya mengukir senyuman kemudian mengerakkan jari-jarinya menandakan dia dengar apa saya dan aqilah cakapkan. Dekat cikgu, penuh wayar wayar yang berselirat. dengan alat yang menunjukkan denyutan nadi tu turun dan naik. Apa yang saya boleh buat selain mendoakan dia? Isteri dia nampak kuat sangat. tapi di hatinya hanya Allah Maha Mengetahui.
 

       Cikgu tak ajar saya lama pun sebab saya hanya berada di sekolah tu start bulan 2 untuk tingkatan lima. Sepanjang cikgu mengajar, saya tak pernah kena marah pun. Mula-mula memang tak paham apa cikgu ajar sebab cikgu cakap terengganu. Tapi dah lama lama, baru faham. cara cikgu mengajar macam cara seorang ayah mengajar anaknya. Cikgu Razemin memang mempunyai sifat kebapaan. cikgu suka layan kerenah kami budak budak 5 Amanah especially. Entah la, cikgu terlalu baik. kadang-kadang, bila cikgu mengamuk, kecut perut jugak. Biarlah dia tak marah kita pun. Tapi sebenarnya cikgu marah sebab sayang. Saya bukan pelajar yang cemerlang untuk subjek add math pun. Tapi hari hari cikgu bagi semangat. sampai saya tanam dalam hati yang saya akan dapatkan A untuk matematik tambahan.

       Tapi, cikgu dah tak ada lagi dan saya tak membuktikan apa apa pun.. macam tak percaya cikgu dah tak ada. lalu petang semalam saya ajak adik-adik baca yasin untuk sedekahkan pada cikgu. hadiah yang tidak berbungkus tapi berguna buatnya di sana. Begitu ajal sangat dekat dengan manusia. Kita sahaja yang tak sedar. Pemergian cikgu memberi kesedaran kepada saya. Dia kini tidak ada lagi. Hanya kenangan dan ilmunya sahaja dia tinggalkan. berbahagialah cikgu di alam sana. Semoga bahagia di sisi penciptamu. Kami yang hidup akan terus berjuang. Semoga cikgu di tempatkan bersama orang-orang yang beriman..
 

Pergilah cikgu, pergilah menemui tuhanmu
Masamu telah tiba, 
kami menerima dengan rela
Pergilah cikgu dengan senyuman itu
Aku tahu kau pasti bahagia di samping tuhanmu
Biarkan hikayatmu terus bercerita
tentang jasa yang kau tabur dahulu
Kini dan selamanya
Pergilah..

 

No comments: