24 October 2017

Adakah anda mencari kelas tutorial muzik?

Bismillah,


Adakah anda mencari kelas tutorial untuk bermain alat muzik tapi kebanyakkan kelas yang ada terlalu mahal? Anda mahu cikgu muzik datang ke rumah anda sendiri untuk mengajar anak-anak anda? Anda teringin anak anda pandai bermian piano kerana di negara luar, kanak-kanak main piano dengan mahir sekali walaupun baru berumur 3 tahun! Adakah anda tahu dengan bermain alat muzik, anda dapat mengaktifkan kedua-dua otak kiri dan kanan anak-anak anda? Anak-anak tak tahu nak buat apa semasa hujung minggu? Anda berada di tempat yang betul! 

Kami menyediakan kelas tutorial untuk bermain 3 jenis alat muzik.

Ukulele
Piano / Keyboard
Guitar(fingerstyle)


"Dikwa, anak akak baru 4 tahun boleh ke nak bagi dia main piano?"

Boleh kak. Asalkan anak akak jenis tak takut orang dan boleh dengar arahan. Kami sebagai tenaga pengajar ni faham perangai budak-budak dan kami tak nak budak-budak stress. Sebagai orang yang menghargai seni muzik yang datang dari alat muzik, kami juga mahu orang-orang yang kami ajar turun rasa sayang terhadap alat muzik dan bermain dengan hati. Bila kita bermain dengan hati, bunyi lagu yang dihasilkan sangat merdu dan ikhlas :)

"Dikwa, anak akak autism. Boleh ke main alat muzik juga?"

Boleh kak, tapi anak akak perlukan penjaga sepanjang kelas berlangsung dan tidak dibenarkan bersama pengajar sahaja. InshaaAllah, semoga muzik dan alat muzik boleh menjadi terapi untuk anak-anak autism sebab bagi kami, anak-anak autism ni ada kelebihan mereka sendiri cuma perlu dicungkil dan diasah.

"Berapa umur yang boleh main alat muzik ni dikwa?"

Perempuan : 4-15 tahun sahaja
Lelaki : 4 tahun ke atas (tiada had umur)

**Tenaga pengajar adalah lelaki

"Kenapa panggil kelas tutorial eh?"

Kami bukan tenaga pengajar yang ada sijil dari mana mana sekolah muzik. Kami hanya orang biasa yang pandai main alat muzik dan sukakan muzik dan kami nak lahirkan lebih ramai lagi orang yang hargai muzik dan boleh bermain alat muzik. Kami akan mengajar sampai anak akak boleh main lagu-lagu dengan baik dan boleh reka lagu sendiri. InshaAllah.

"Apa skop pelajaran dia?"

Kami hanya akan mengajar anak puan untuk bermain alat muzik, cara bermain dan kenal key sahaja. Kami tidak akan mengajar untuk membaca notesheets sebab perlu diingat kami adalah kelas tutorial yang cuba untuk memberi harga terendah bukan kelas muzik terkemuka yang ada sijil dan peperiksaan. Saya juga nak ingatkan, skop pelajaran kami mungkin tidak sama dengan kelas-kelas muzik terkemuka yang lain sebab kami hanya kelas tutorial sahaja.

"Tempatnya dimana dikwa?"

Tempatnya di semenyih kak. Nanti whatsapp je saya, saya bagi alamat lengkap ye :*

"Okay dikwa, akak berminat sangat nak hantar 2 orang anak akak kat kelas muzik dikwa ni. Bayarannya berapa?"

Sedih sangat sebab promo yang kami buat hari tu dah habis. Promo semperna pembukaan kelas tutor ni. Tapi jangan risau! Harga terkini pun masih lagi murah! waaa seronoknya~~~ 

Harganya RM100 SAHAJA untuk 4 jam kelas.
1 minggu = 1 kelas
1 kelas = 1 jam
Pendaftaran : Rm10 sahaja

**Tambah masa dibenarkan. RM25/jam

 CONTACT US 

TAIP "Saya nak join kelas piano/gitar/ukulele" DAN HANTAR KE   013 29 39 123


Biodata Tutor

Iskandar Zulfaqar
Pelajar lepasan Diploma in Maritime Technology Engeneering
Main alat muzik dari umur 8 tahun
22 tahun