30 April 2013

Bahayakah fitnah cinta?

Assalamualaikum,

       Dekat entry ni, saya bukan nak hurai apa apa berkaitan cinta fitrah atau cinta fitnah. Saya cuma nak berikan luahan dan nasihat terutama pada diri saya sendiri. Saya masih ingat lagi bila ada seorang junior bagi tahu saya, "kak, nak tahu jodoh kita, kita kena merapatkan hubungan. and for your information, couple tu tak haram. sebab couple ni boleh mengenali antara satu sama lain. mengeratkan lagi. yang menjadi haram tu apabila kita berzina atau bermaksiat." masa tu saya memang tak balas secara panjang lebar sebab takut dia tak boleh terima. saya hanya menjelaskan bagi saya, couple ibarat bunga-bunga zina. Saya masih ingat lagi pesan Allah dalam surah Al-Isra' ayat 32 "dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan." Dekat sini, Allah bukan sahaja kata jangan berzina malah jangan menghampiri zina.

       Saya ada pendapat dan hujah saya sendiri. terpulang kepada masing-masing untuk menilainya. cuma ingatlah, bila perasaan sayang dah mengusai, benda lain akan dipandang buta sahaja. Saat itulah cinta yang sebenarnya fitrah menjadi fitnah. Saya bukanlah pelajar sekolah agama yang sentiasa diberi update tentang ilmu agama dari semasa ke semasa. tapi disebabkan kekurangan itulah saya cuba mencari apa yang saya tak pasti dalam hidup ni. saya mencari dengan membaca buku. dan buku tu pulak, saya rujuk dengan Al-Quran dan terjemahannya. bukanlah secara meluas, sekadar untuk rujukan diri sendiri. Saya tahu dalam Al-Quran ada khazanah. Bukan sekadar untuk menghalau jin dan dibaca ketika ada orang meninggal sahaja tetapi secara menyeluruh. Saya percaya dalam Al-Quran ada semua jawapan yang diperlukan cuma kita perlu rajin mencar. disamping itu, banyakkan tengok cerita bermanfaat. Macam Reset Minda, Kalau dah Jodoh dan sebagainya.
 

       Bila difikirkan balik, bercinta memang seronok. sebab hari hari ada orang ambil berat tentang kita. Bila kita sering dibuai dengan ayat-ayat cinta, kita akan terawang-awangan. Kita pun sibuk mengejar cinta manusia sedangkan untuk mendapatkan cinta Allah pun kita masih terumbang-ambing. Bagaimana? Itulah yang saya risaukan tentang adik-adik saya. Mereka semua sedang meningkat remaja, pasti ada dugaan tentang cinta. Tapi alhamdulillah, saya bersyukur sangat sebab adik-adik saya selalu minta pendapat saya dan bercerita masalah mereka. Apabila antara saya dan adik-adik saya tiada rahsia, senanglah saya menjaga amanah Allah ni dengan baik. Kakak manakah yang akan membiarkan adik-adik mereka leka? Kakak manakah yang sanggup membiarkan adik-adik mereka jauh dari jalan Allah? Sesungguhnya untuk menjadi seorang kakak bukanlah tugas yang mudah. Ingat, dibawah mereka ada amanah. Jadi, ingatlah pesan ini, walau sekuat manapun dugaan cinta menguji, pagarkan diri dengan cinta hakiki. Iaitu cinta abadi dan kekal sejati.

       Nasihat saya pada adik-adik, terutama adik-adik saya dan diri saya sendiri. Saya tahu apa yang mereka rasai, saya tahu bagaimana hati mereka teruji. Saya pun sedang melalui zaman itu, masakan saya tidak tahu? cuma, bila ada rasa yang berputik di hati, kuatkan diri. Lawan balik. ini bukanlah masa yang sesuai sebab perjalanan kita masih jauh. Takkan nak biarkan cita-cita kita terbengkalai angkara cinta dusta? Jika itu berlaku, jangan sesekali salahkan takdir. salahkan diri sendiri kerana tak pandai mengurus perasaan tu. jangan salahkan orang lain, kerana orang lain dah banyak kali bagi nasihat. Kita yang tak nak dengar nasihat tu. Sanggup ke kita tengok ibu bapa kita bersedih sebab anak dia tak nak belajar tapi nak bercinta. Bila suruh kahwin, tahu pula tak nak. kalau tak nak kahwin kenapa gatal sangat nak bercinta? semuanya boleh menganggu pelajaran. Kalau tak nak pelajaran terganggu, sibukkan diri mencintai buku, sibukkan diri mencintai majlis-majlis ilmu, sibukkan diri bermunajat di malam hari. 

 

       Saya masih ingat lagi cerita adik saya yang berumur 14 tahun. kawan perempuannya minta couple pada seorang lelaki yang tua setahun darinya. Amboi, baru tingkatan 2 sudah pandai bermain cinta. Dulu masa saya tingkatan 2, saya tahu main game dekat myspace je tau :) Sebenarnya, jika perempuan buat macam tu, boleh dianggap dia telah merendahkan maruah diri dia. menjatuhkan harga diri dia yang sepatutnya diletakkan di tempat tertinggi. Bukankah malu itu sebahagian daripada kecantikkan muslim? Itu bukan ciri-ciri seorang muslimah. Seorang muslimah takkan menawarkan dirinya untuk bercouple dengan seorang lelaki. Lagipun, benarkah itu cinta? Cinta itu bersih dan kudus. jika jalannya penuh debu, itu bukan cinta sayangku. Boleh kalau perempuan nak mulakan tapi gunakan khidmat orang tengah yang baik. Oh but wait! not now, buat bila awak dah sedia nak kahwin nanti. seokarang tingakatan 2, sila belajar. banggakan ibu bapa.
 

        Akhir sekali, jagalah diri kita sebaik-baiknya. Jaga hati dan iman kita juga. Menjadi manusia, janganlah mudah dipermainkan. Jika diuji, tepis dengan rasa takut kepada Allah. Jika rindu, mengadu dekat Allah. tak mengapa, Allah ada. Jika kita menjaga batas-batas cinta itu dengan baik, Allah pasti menjaga kita. Ustaz Azhar kata, bercinta tu tak salah cuma kadangkala cara itu yang salah. Ingat, ada cinta yang lebih penting harus kita capai. Cintanya meliputi seluruh langit dan bumi. Sifat Ar-Rahimnya menerobos masuk ke setiap pelusuk dunia ini. muhasabah sejenak, jika terlalu banyak kemanisan yang kita capai sebelum nikah, semakin berkuranglah kemanisan yang akan kita dapat selepas nikah nanti. Siapa kata kalau bercinta kena tengok muka? We love Rasulullah. Islam ni cantik. Islam ada cara untuk mengenal hati budi pasangan. Jika nak tahu, banyakkan membaca dan pergi majlis ilmu. Tengok Astro Oasis dengan TV Al-Hijrah. Banyak ilmu di dalamnya. Last but not least selalulah bersangka baik dengan Allah :)

27 April 2013

Ciri perempuan idaman lelaki

Assalamualaikum,

       Berdasarkan apa yang saya dengar, lihat dan baca, saya dapat perhatikan apa jenis perempuan yang menjadi pilihan lelaki. untuk jadi isteri ye, awek awek belakang kira. haha. lelaki suka perempuan yang menjaga aurat. hari tu saya baca dekat blog sorang abang ni. saya pun tak ingat dah blog apa. dia cakap antara perempuan bertudung biasa dengan bertudung labuh dia pilih tudung labuh. antara yang bertudung labuh dengan berpurdah, dia pilih berpurdah. see? dia yang kata, bukan saya. kann? sebab macam makanan juga la. antara makanan mahal yang terbuka dengan makanan biasa yang tertutup dengan tudung saji. awak pilih yang mana? of course makanan biasa yang tertutup. makanan lagi satu tu, even dia mahal tapi terbuka. habuk ada, kuman ada, lalat datang menyinggah. boleh kena keracunan makanan. jadi tepuk dada, tanya iman :)
 

       Second, beragama. Dah jadi lumrah, walaupun lelaki tu bukan seorang yang baik. Dia tetap inginkan perempuan yang baik untuk jadi suri hidupnya. tapi jangan risau, Allah Maha Adil. Hanya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Beragama dekat sini termasuklah tak meninggalkan solat, taat perintah Allah, faham ilmu agama, anak yang solehah dan sebagainya.

       Third, kecantikkan. entah kenapa lelaki suka pada perempuan yang cantik. tapi biasalah, semua manusia suka pada benda yang cantik. cuma cantik tu satu benda yang umum. kadang-kadang orang kata dia cantik, tapi kita tengok biasa je. bagi saya, kecantikkan tu adalah apabila kita pandang muka dia, kita tak bosan dan hati kita sejuk. sejujurnya saya rasa ratu dunia tak cantik, dan saya belum nampak model yang cantik. di mata saya, wajah orang beriman cantik dan sangat cantik :) nasihat saya, kalau nak cantik, jaga kebersihan diri, jaga iman, jaga hati ♡


       Next, pandai memasak. benarkah? waAllahu alam. tapi hampir keseluruhan benda yang saya baca berkaitan ini bagi tahu benda yang sama. Mereka kata air tangan orang yang mereka sayang dapat menambat hati mereka dengan lebih dalam. Lagipun, boleh baca doa erat kasih sayang macam yang Al-Quran ajar. Saya pernah buat, tapi untuk untuk ibu, ayah dengan adik-adik jela. hee :)

       Lelaki suka perempuan yang memahami dan bersikap keibuan. Hal ini kerana mereka memerlukan seorang yang dapat mendidik dan menjaga anak-anak mereka dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Wanita yang memahami segala masalah dia, dan anak mereka. tapi.. kalau nak seorang wanita yang memahami jadi pasangan hidup, mereka pun haruslah memahami juga, baru saling memahami :D

       Seterusnya, cerdik. mungkin tidak untuk semua lelaki tapi sebahagian besar inginkan perempuan yang cerdik. saya masih ingat Fizo Omar kata dia nak perempuan educated jadi isteri dia. wahh lelaki sekarang ada citarasa yang tinggi. bagus! Perempuan yang cerdik dengan perempuan yang pandai berbeza. Renung-renungkan ;) lelaki juga inginkan seorang perempuan yang dapat menegur silap mereka dengan cara paling halus dan berhikmah supaya apabila dia lalai, perempuan itu boleh menegurnya. baru sama-sama boleh ke syurga :)


       Besides, pandai bergaul dan menyesuaikan diri. Perempuan jenis ini pandai berbual dengan sesiapa sahaja serta pandai pula mengambil hati. dia dapat menyesuaikan diri dengan orang tua atau orang yang muda darinya. jadi lelaki tak perlu risau ingin membawa dirinya kemana sahaja. Perempuan jenis ini pasti akan menjaga maruah suaminya dan menjaga maruah dirinya. Mungkin sebab itu perempuan jenis ini mempunyai nilai lebih di mata seorang lelaki.

      Menjaga kebersihan dan setia. Kenapa lelaki mahukan perempuan yang menjaga kebersihan? kerana mereka mahukan rumah yang bersih dan teratur serta perempuan yang menjaga kebersihan diri itu cantik. mereka perlukan perempuan yang setia kerana kadangkala pekerjaan mereka banyak meninggalkan isteri di rumah. contoh, pilot dan sebagainya. jadi mereka tak perlu risau jika perlu berjauhan dengan isteri. hanya perlu merindu je. haha. okay, enough :)

       Tak kira la siapa kita, kita hanya perlu merindui dan mencintai orang yang halal untuk kita je. Mujahadah memang pahit tapi pengakhirannya indah dan manis. Assalamualaikum :)

26 April 2013

Belajar menerima ujian Allah

Assalamualaikum,


Kita perlu belajar dari kesilapan orang lain
Bukan ambil kesilapan yang sama untuk belajar
-Nurul Azwa-

SATU

       Tahu tak, saya sedih sangat sangat. tak tahu la kenapa. rasa macam ada je benda yang buat saya sedih. ataupun biasa la di akhir-akhir bulan macam ni. hormon tak stabil ke tak tahu la. kertas karangan bahasa inggeris saya hilang. saya tak pasti la hilang atau saya pinjamkan dekat kawan masa sebelum SPM dulu. tapi kalau betul la saya pinjamkan dekat dia, hm.. saya terpaksa merelakan kertas tu pergi. sebenarnya, ia bukanlah berkaitan dengan kertas karangan semata-mata. ia adalah berkaitan dengan hasil kerja saya. Kalau saya dah menulis, saya akan menulis dengan sepenuh hati dan menghayati apa yang saya tulis. tak kira la saya tulis dalam bm atau bi. dan bila kertas tu hilang, rasa macam sia-sia je hasil kerja saya.

       Saya jenis orang yang suka mengumpul hasil karangan saya. Lagi lagi essay bi. Saya akan menulis macam-macam jenis cerita. Happy ending, sad ending, cerita hantu, cerita fairytale dan lain-lain. Saya gembira bila apa yang saya tulis sampai ke hati pembaca. :) Sebelum SPM, kawan saya nak pinjam karangan karangan bi saya. then saya pun bagi. I dont mind bout it. but dah sebulan lepas SPM dia masih tak pulangkan. saya sayangkan semua hasil kerja saya. tapi dia selalu menangguhkan sedangkan rumah dia tak la jauh dari rumah saya kalau naik motor. sampailah satu hari, dia bagi tahu yang kertas tu kakak dia dah terhantar dekat recycle masa kemas bilik dia. Hanya Allah je yang tahu apa yang saya rasa. Saya betul-betul sayangkan karangan-karangan tu.. 

       Saya bukan marahkan dia, saya cuma kecewa dengan dia sebab dia tak amanah menjaga barang saya. sampai sekarang, even saya dah relakan benda tu pergi tapi bila saya teringat balik, ia betul-betul buat saya nak menangis. beberapa karangan bahasa inggeris lebih dari 5 page ditulis dengan sepenuh hati akhirnya pergi macam tu je. lama-lama saya belajar menerima melepaskan sesuatu pergi dengan rela. Jika itu yang Allah mahukan, saya akan lepaskan. saya takkan salahkan takdir. saya hanya akan cuba pujuk diri saya untuk terima semua ketentuan tuhan.

 DUA

       Sejak dulu, saya memang menjaga tubuh badan saya. Saya cukup risau kalau ada parut di badan saya. Bila terkena je apa apa, terluka, terhantuk atau terkena minyak panas, saya akan risau dan segera mencari jalan supaya ia tak meninggalkan parut. Saya puas bila badan saya bersih tanpa kesan apa-apa walaupun tak ada orang yang nampak. Saya jaga untuk orang yang halal sahaja. Saya terlalu obses menjaganya sampai saya terlupa kecantikkan seseorang tak kekal. Even saya bukanlah lakukannya untuk berbangga-bangga tapi saya tetap dikategorikan sebagai orang yang lupa. Itulah label yang saya letakkan untuk orang yang macam saya.
       Sampailah satu hari, Allah datangkan ujian chickenpox pada saya. seperti yang semua orang tahu, ia meninggalkan kesan parut pada tubuh badan. Walaupun parut tu akan hilang juga nanti, tapi ia tetap memberi kesan dekat saya. Masa tu la mata saya terbuka dengan ujian yang Allah nak tunjuk. Ya Allah, aku ni terlalu bahagia dengan nikmat yang Kau berikan sehingga aku lupa Kau mengujiku dengan kesempurnaan itu.. Baru saya buka mata, ingat semula yang kecantikkan itu takkan kekal. badan saya takkan selamanya tak ada parut. Saya benar-benar terpukul. Saya insaf. Saya bertaubat. Ingat lagi apa yang kawan saya katakan pada saya beberapa hari lalu. 
 

       "Tak boleh juga Azwa kalau awak selalu jaga badan awak sebab tak nak ada parut walaupun alasan awak untuk suami awak. Cuba kalau Allah uji awak dengan excident meninggalkan ketidaksempurnaan pada tubuh awak, nanti takut suami awak tak boleh menerima keadaan itu sebab dia dah selalu tengok awak sempurna." Saya diam dan biarkan kata-kata dia meninggalkan kesan pada ingatan saya..

24 April 2013

Muslimah itu..

Assalamualaikum,



       Ramai orang yang tengok seorang muslimah tak couple ( bukan semua, ada juga yang ya ) lepas tu mereka akan fikir, "hey, how they do that?" or "nobody want them" or "titanium heart" tapi tahukah anda sebenarnya seorang muslimah juga seorang manusia biasa yang ada rasa untuk sayang dan disayangi. lagi lagi pada usia remaja. tipu la kalau dia tak ada langsung rasa terbuai bila dilayan atau rasa suka dekat someone even dia seorang yang kaki study atau bookworm. Dia juga manusia. ingat, dia manusia. tapi kenapa mereka tak suka layan lelaki? kenapa kenapa? ye, dulu saya pun pernah terfikir benda yang sama tapi lepas saya pun melaluinya, saya dah dapatkan jawapannya. sebenarnya, mereka juga terbuai bila dilayan sebab tu mereka tanamkan dalam hati mereka tidak mahu melayan dengan harapan lelaki itu akan berhenti mengambil berat tentangnya.

       Sebenarnya, mereka juga boleh dapatkan seorang kekasih jika mereka mahukannya tapi mereka memilih untuk tak nak. seperti cerita saya, apa yang saya rasa adalah seakan-akan ada sesuatu yang menghalang saya daripada terus melayan lelaki yang tidak halal untuk saya. saya pun tak tahu cuma saya cuba kawal diri saya untuk bertindak selaras iman, akal dan peredaran zaman. semuanya baru bermula pada akhir tahun 2012, dan semenjak dari itu saya tak lagi melayan perbualan meleret yang tak bersebab. saya juga akan gemuruh dan tak senang duduk bila didekati lelaki. tapi saya cuba juga atasi sebab saya bersama mereka atas urusan kerja dan cuba tidak memutuskan hubungan silaturahim dengan kawan lelaki yang baik dengan berhubung dengan mereka sekali sekala.


       Okay, berbalik kepada cerita asal. Sebenarnya, tujuan seorang muslimah berbuat sedemikian ada banyak selepas saya mula menyedarinya. sebab pertama adalah kerana takutkan Allah dan kerana cintakan Allah. kadang-kadang mungkin di mata orang lain mereka menganggap perkara kecil je melayan lelaki ni tapi besar di mata seorang muslimah. selalu sahaja di hati mereka bertanya "Allah redha tak aku buat macam ni?" but dont worry guys, seorang muslimah juga masih lagi dapat bertindak professional dalam kerjanya tapi awas! jangan ambil kesempatan jika tidak mahu terluka dengan duri dari mawar larangan. sebab kedua, mereka tak nak menjadi sebab kelalaian lelaki. jauhnya fikiran seorang muslimah ni.. bukan hanya fikir diri sendiri malah turut fikirkan orang lain juga.

       Jika muslimah itu dilayan selepas itu mereka pula melayan, sudah tentu lama kelamaan timbul perasaan cinta yang kemudiannya melalaikan. solat pun tak khusyuk, asyik nak cepat sahaja bila teringatkan si dia. itulah sebenarnya seorang muslimah risaukan. takut menjadi sebab kelalaian seorang lelaki sedangkan seorang lelaki ada banyak tanggungjawab yang mereka perlu galas. sebab itu seorang muslimah tidak mahu mulakan. kalau boleh mereka tak nak langsung menarik perhatian seorang lelaki dari memandang mereka. ada yang sanggup menutup mukanya juga semata-mata tidak mahu ditatap wajahnya. ada juga muslimah yang pakai baju besar-besar dan tudung yang sangat labuh kerana tidak mahu menarik perhatian lelaki.


       Kadang-kadang pada peringkat permulaan penghijrahan, apabila seorang muslimah itu ditegur oleh seorang kenalan lelakinya, dia akan melayan dengan niat persahabatan. tapi sedaya upaya dia berfikir untuk segera mematikan message yang meleret-leret. manusia, cara seorang muslimah itu memang kelihatan terpinggir dan ketinggalan zaman. malah caranya juga sukar untuk difahami tetapi sebenarnya muslimah itu sifatnya cukup berjaga-jaga. muslimah juga sikapnya amat lemah lembut. walaupun dia seorang yang kasar tapi hatinya lembut. dan dengan hatinya yang lembut itulah akan mempengaruhi tingkah lakunya.

       Awak fikir ianya mudah? tidak. ia merupakan satu peperangan menentang syaitan dan hawa nafsu sendiri yang kadangkala buas dan susah dijinakkan. ia memerlukan proses mujahadah yang tinggi. tapi bagaimana muslimah itu masih mampu bertahan? mereka sebenarnya ada Allah. mereka bergantung sepenuhnya pada Allah. itulah alasan mereka masih bertahan hinggalah saat diijabkabulkan. ada juga muslimah yang sudah terpaut dengan lelaki yang baik. tapi tak pernah bagi tahu langsung pada lelaki itu. mestilah dia risau kalau orang yang dia suka dalam diam tu jadi milik orang lain. puas dia mengadu dan meminta pada Allah supaya jangan izinkan hatinya mencintai dan merindui lelaki yang tidak halal untuknya tapi perasaan itu masih belum hilang. muslimah itu tidak mula menghantar sms dekat orang yang dia suka malah menundukkan pandangan bila berjumpa. Allah.. hebatnya.. bagaimana mereka mengurus rindu?


       Rindu yang bertamu bukan rindu biasa-biasa. syaitan asyik sahaja ingin mengoda. tapi seorang muslimah itu bila dia rindu, dia akan terus menunaikan solat sunat. selepas solat, beria-ia dia menangis memohon keampunan daripada Allah dan meminta ditukarkan hati yang baru. dia tak nak hati yang selalu merindui hambaNya. dia hanya mahukan hati yang teguh terus mencintaiNya dan hati yang selalu menyayangi orang yang halal buatnya sahaja. dia mengurus rindu dengan solat sunat taubat. dia mengurus rindu dengan berdoa malah mengubat rindunya dengan zikir-zikir taubat. itulah dia seorang muslimah.
       Muslimah itu sifatnya tertutup. dia tidak suka bergaul dengan orang yang salah. dia suka membina ukhuwwah tetapi membantaskan pergaulannya sesuai dengan kehendak syarak. walaupun seorang muslimah itu tidak sempurna, malah ada saatnya imannya berkurang, dia merasakan dirinya cukup hina di sisi Pencipta, namun di hatinya tak pernah putus asa untuk terus menghisap kemanisan iman di sepanjang jalan kehidupannya. seorang muslimah itu, akan terus bangkit walau dirinya kerap diuji. Muslimah itu sifatnya mahu selalu menjaga hatinya, menahan nafsunya dari bermaharajalela. dia takkan mudah menyerah cinta pada seorang pemuda. muslimah itu walaupun rindunya bergelora mulutnya tetap diam seribu bahasa. menidakkan bahasa hatinya. kerana baginya hati tetap harus dipelihara untuk seorang suami sahaja. dan sebelum itu, cinta yang perlu diraihnya adalah cinta hakiki iaitu cinta Ilahi :)





22 April 2013

About Nurul Azwa's Blog

Assalamulaikum,


       Blog ini dibuat pada tahun 2008 where is masa tu aku baru je masuk tingkatan 1. Tapi masa tu nama blog ni Mizz Coklat. hee. Mula-mula blog ni aku buat sebab nak bercerita semua tentang kerja rumah, cikgu dan kawan-kawan. biasalah budak budak. apa je yang nak diceritakan. haha. Tapi lepas aku 'agak' dewasa, baru aku mula menulis untuk bagi kesedaran dekat diri sendiri dan insyaAllah orang yang membaca blog aku. konsep blog (pun ada :P) :-



   ketenangan    peringatan    kesedaran    perkongsian


Matlamat Blog Nurul Azwa

  berkongsi maklumat tentang apa sahaja kepada pembaca
  berharap dapat memberi sedikit kesedaran kepada mereka yang memerlukan bimbingan
  memberi peringatan tentang kasih sayang, azab, janji dan rahmat Allah 
  memberi ketenangan bagaikan seorang sahabat kepada pembaca yang mempunyai masalah saat itu
  berharap dapat menyampaikan kepada pembaca bahawa mereka tidak keseorangan bila ada masalah

Cita-cita Blog Nurul Azwa

       Aku harap sangat dapat meninggalkan sesuatu yang baik pada dunia dan pada manusia yang masih hidup bila aku dah tak ada nanti. Aku harap, walaupun selepas ketiadaan aku, semua orang masih lagi rasa kehadiran aku terutama keluarga dan kawan-kawan. Apa yang aku tinggalkan di blog ini kebanyakkannya insyaAllah dapat memberi manfaat kepada mereka (khususnya remaja) selagi mereka ikhlaskan diri membaca kerana Allah. Semoga pahalanya tetap mengalir ke kubur aku, insyaAllah menjadi bekalan buat aku di sana.

Nota kaki

       Aku tak bercadang langsung nak men-famous-kan blog Nurul Azwa ni. Aku cuma harap ada yang sudi membacanya. Aku tak kejar status status Blogger paling hot atau blog paling famous. Aku cuma harap apa yang aku tulis dapat memberi impak yang baik bagi mereka yang membaca sebab aku main tulis je apa aku suka. Salam ukhuwwah :)

About me

Assalamualaikum,


       Nama saya Nurul Azwa dan saya memang selalu kalah dengan godaan coklat.  haha. ada juga orang panggil saya azwa, awa atau nurul. ikut diorg la. paling malas panggil Wa je --' saya selalu berpindah randah sebab ikut ayah. Saya lahir di Kuala Lumpur pada bulan September 1995 dan rumah saya ada di Kuala Lumpur dan Bangi. Azwa adalah seorang yang tak suka bercakap banyak-banyak. Hanya cakap bila dah serasi dengan seseorang. Yeke? --' Lepas tu lupa daratan cakap tak reti berhenti. Suka membantu orang lain. Tak suka tengok orang menangis. Tak sukakan pujian dari orang lain kecuali ahli keluarga sebab takut benda yang dibuat jadi tak iklas kerana Allah. berlagak tenang. Berlagak jela --' Kekasih saya buku. Wakaka. Saya sukakan kanak-kanak dan saya sayangkan mereka

        Nurul Azwa di dalam rumah dan di luar rumah adalah orang yang berbeza. kalau dekat rumah, saya seorang yang ceria, 'gila-gila', suka bercakap, suka memasak dan mencipta resepi baru, tak suka rumah bersepah, sukakan kasih sayang. suka tidur peluk adik, suka cium pipi ibu dan ayah, suka buat kejutan, tak reti hadapi kejutan. Takut gelap, takut petir. Anak manja. Suka menulis dan membaca. memilih apa yang dibaca dan ditonton. Hanya baca dan tonton sesuatu yang takkan mempengaruhi diri sendiri. suka merancang dan berfikiran jauh. saya juga suka main piano tapi saya tak serious mempelajarinya. hee tak ada masa


       Saya suka sesuatu yang tenang dan romantik. I am a romantic person and yes its true. hahahahaha. saya suka muzik balada. Saya sayangkan Bahasa Melayu dan saya mencintai Bahasa Inggeris. Saya ambil masa kurang 5 minit untuk kenal kawan-kawan perempuan setiap kali ke satu tempat baru tapi ambil masa lebih kurang 1 minggu untuk kenal semua lelaki kat tempat tu  kecuali kalau mereka semua kena bangun berdiri untuk memperkenalkan diri mereka la. Cinta bukan perkara main main. Ingat! matlamat saya, saya nak capai cinta Allah sebelum capai cinta hambaNya dan saya takkan buka hati saya untuk mana-mana lelaki kecuali bila saya dah bersedia nak kahwin. Harap maklum.

       Saya ada 3 orang adik dan dalam 3 orang tu hanya ada seorang sahaja adik lelaki. Yupp saya anak sulung. Saya ada keluarga yang amat rapat dengan diri saya. They are Zulfaqar's family.  Mereka ni sangat awesome dan baik dan saya sayangkan mereka. saya tak suka orang yang meracuni fikiran saya dan takkan mempercayai sesuatu perkara tanpa bukti. Saya nak, nak sangat. saya nak sangat rasai kemanisan iman untuk seumur hidup saya. Saya tahu susah tapi saya takkan mengalah dengan rahmat Allah.

       Cita-cita saya ada banyak. Saya nak jadi hamba Allah yang taat, anak yang solehah, remaja beradab, pelajar cemerlang, penulis yang tajam penanya, isteri yang disayangi, ibu yang cerdik, pejuang agama yang beriman dan saya harap sangat dapat mati syahid. InsyaAllah. Saya nak sangat nyawa saya ditarik saat saya sedang sujud kepadaNya. Dan saya selalu berdoa untuk itu.

       English teacher-to-be. Saya pelajar tesl.

"Pandang ke hadapan, jangan mengalah walau sesukar manapun hidup ni. Bercinta tak salah cuma kita perlu pandai mengurus cinta. Kena tahu mana yang utama. Jangan terlalu berlebih-lebihan selagi belum ada akad sebab kita tak tahu di mana masa depan akan bawa kita. Letakkan Allah sebagai keutamaan. May Allah bless us and grand us Jannah. InsyaAllah"

I am not available :*

21 April 2013

4 cara menceriakan suasana

Assalamualaikum,

4 cara menceriakan suasana edisi bersama keluarga :)


       Benda ni, korang boleh buat di mana mana sahaja. tak kira dalam kereta, tengah makan, tengah belajar or apa apa sahaja. but remember, niatkan ikhlas kerana Allah. Yang penting kita kena utamakan Allah lebih dari semuanya. Saya ingat lagi pesan ayah masa kecil-kecil dahulu. ayah kata, kalau kita terlalu sayangkan sesuatu, Allah akan uji kita dengan sesuatu yang amat kita sayang itu.Tapi, kalau kita terlalu sayangkan Allah, walau Allah uji kita sekuat mana sekalipun, perasaan cinta itu terus kukuh dan utuh. hebat bukan?


1. Tanya mereka sama ada mereka sayangkan kita atau tidak walaupun kita dah tahu jawapan.
contoh : "Ibu, ibu sayang kaklong tak?"

2. Bagitahu mereka kita sayangkan mereka. Well you know, we are only given today and never promise tomorrow so be sure you tell someone you love them.
contoh : Kaklang, kaklong ada satu benda nak bagi tahu ni. I love youuuu

3. Nyayikan lagu untuk mereka. Walaupun suara kita tak sedap, tapi dengan perangai yang menceriakan macam inilah yanga akan buat kita takkan dilupakan dan selalu dirindui.
contoh : Ayah, kaklong ada lagu untuk ayah. *start menyanyi*

haha. yang ni setiap kali saya buat, mereka akan suruh saya berhenti tapi saya go on je :P and saya hanya menyanyi serangkap je untuk satu lagu. supaya tak bosan. niat nak memeriahkan suasana je kan? hee

4. Bagi hadiah walaupun pada hari yang tidak penting.
contoh : Berikan apa sahaja hadiah even murah dekat mereka. sebenarnya, dengan cara ini kita dapat terus mendekatkan diri dengan ahli keluarga yang lain. apa salahnya sebarkan kasih sayang dekat orang yang Allah redha? *wink*

       Keluarga ibarat dunia kita. kesedihan mereka, kesedihan kita. bila melihat mereka gembira, kita juga akan gembira. Orang yang paling dekat dengan kita adalah mereka. mereka tahu semuanya tentang perangai kita. Dalam keluarga, macam macam kita kena lalui sebelum kita sendiri mempunyai keluarga sendiri. Jadi kita perlu saling bertolak ansur dan saling memahami. juga menghormati untuk dihormati. semoga ikatan kekeluargaan yang kuat berlandaskan syariat dapat bersatu semula di syurga dengan harapan dapat melihat wajah Allah bersama-sama. amin..


18 April 2013

Piano cover and songs (Romantic and harmony)

Assalamualaikum,

         Today, I would like to share with you some piano cover that I was falling in love with. haha. so, here it is. Enjoy the songs where is full with harmony :)

Missing you - ost winter sonata
My Memory - ost winter sonata
Reason - ost Autumn in my heart
Kiss the rain - Yiruma

River flows in you - Yiruma
Dreams - Yiruma

One Man's dream - Yanni
Until the last moment - Yanni

       Dannnnn yang ni kesayangan saya ^^

  In the morning light - Yanni