28 August 2011

kemaafan dari hati yang sakit

assalamualaikum,
                                          picture search by google

        tadi kau add aku dekat muka buku, aku terkejut gila masa kau add sebab sebelum ni aku add kau, dengan pantas kau deny aku. tapi takpela. mungkin kau tertekan kan?  tapi tadi, masa kau add aku. hati aku tengah berperang dengan nafsu jahat aku. hati aku bisik 'accept jela, berprasangka baiklah. maybe dia betul betul nak berbaik dengan kau.' tapi nafsu rubbish aku suruh abaikan kau. dia kata 'mesti ada niat lain. sebab kawan kawan dia pun bermuka muka.'




tapi tadi aku terjumpa perkataan yang menginsafkan aku. Bersihkan hati dari sifat dendam dan amarah, hiasilah hati dengan kemewahan kata maaf . lepas tu aku sedar aku salah sebab berprasangka buruk dekat kau. aku minta maaf. :/ then, baru tangan aku nk touch perkataan 'accept' tu, muka buku kau dah hilang dari ruang friends request aku. rupa rupanya, kau dah cancel dari add aku ea dik? takpela. mungkin kau malu :) tapi aku janji, lepas nie kalau kau add balik, aku terus accept kau tanpa berkira-kira and berprasangka buruk lagi. aku janji.



      aku nak add kau untuk 2nd time, aku takut kau remove. soo.. aku pun batalkan jela niat aku tu. :) anyway, thanks blog aku yang tersayang sebab sejak keblakangan nie kau selalu jadi medan aku bermohon maaf dekat orang. yela, sekali aku meninggal dia tak maafkan aku, susah pulak aku nak cari dia kat sana nanti. tapi dik, aku tetap tak anggap kau enemy aku. enn semoga kita boleh berbaik sebab aku tak sukaa simpan musuh. ^^,



   kalau nak minta maaf depan depan lagi lagi aku tak paham kenapa sebab aku tak tau apa salah aku. tapi, maybe aku tak sedar sebab tak ada siapa sedarkan aku :( aku percaya nie semua salah faham. kau tak salah dik :D ahh! aku dah merepek. -.- and the moral of this story : setitik hitam jika tidak dibersihkan, lama kelamaan akan mengotori hati kita :D semoga tabah melalui hari hari akan datang. assalamualaikum :)

26 August 2011

hani zalikha is so awesome !

 Assalamualaikum,


unedited pictures

       semuanya start masa kitorang terpilih untuk masuk explorace prs peringkat daerah hari tu . kitorang jadi rapat ^^, lagi lagi masa nak buat movie maker tu . actually , kitorang dah buat awal dah. cuma masa nak save tu tiba-tiba laptop ter-off sendiri. dia ter-off sekali, boleh tahan lagi. ada 10 minit untuk buat balik. sabar sabar. yang bestnye, Hani Zalikha tak tinggalkan aku walau sesaat pun masa tu. dia ada kat sebelah aku and  banyak sabarkan aku adalahh! :')





      then, dalam tinggal kurang dari 5 minit tu siap. tapi masa nak save tu. again, dia ter-off balik! aku dah la tak buat backup apa-apa. tangan dah sejuk. tangan hani kat sebelah aku pegang. ingat nak minta support la nie. sekali tangan dia lagi sejuk.haha. time nie, cikgu bashar dah minta pen drive masing-masing. semua kumpulan dah hantar except 3 kumpulan. termasuk kumpulan kitorang. Aku dah menangis, hani pulak dah takut.


then, masa nie la aku rasa Teacher Jessie macam superman,spiderman and hero hero cerita barat tu sebab dia datang and tenangkan aku and hani. Masa nie aku rasa macam nak give up je sebab dah tak ada masa. tapi, kalau aku give up. kesian pula yang lain. so, aku teruskan. hani still lagi sebelah aku. aku ingat lagi ayat teacher jessie untuk tenangkan kitorang tu.





"Takpe, takpe. buat lagi sekali. nanti teacher pujuk cikgu bashar suruh bagi kamu masa sebab ada problem sikit. Jangan takut, teacher ada dekat sini teman kamu. teacher tak tinggalkan kamu berdua."





aww how sweet ayat dia. i'm touched! :') start hari tu la aku dengan hani mula rapat dengan teacher jessie. masa lappie ter-off tu, dia la orang paling risau. ke hulu hilir cari laptop untuk tolong kitorang. 

       and, kalau tak silap aku la. time aku dengan hani tengah tunggu save untuk kali ketiga tu, dia tarik tangan aku. aku pegang tangan dia. kitorang genggam tangan one of each other lepas tu masukkan dalam beg laptop untuk panaskan tangan yang dah macam ais tu.






       masa nie la aku rasa aku kenal kawan aku. and bermula dari masa tu la, kitorang saling melengkapi. kalau dia bawa barang berat. aku tolong dia angkat and kitorang pun berat sama-sama. dia pun macam tu. :D friends show their love in times of trouble kann? ^^ just wanna said.. Hani Zalikha, Im so lucky to have a friend like you!





Hani Zalikha : kau bukak video kat atas tu tau. setiap kali aku dengar lagu tu, aku mesti teringat dekat kau ouh! kau ada teringat kat aku tak? haha. seronok kenal dengan kau. aku minta sangat sangat, sila la tegur aku kalau aku buat salah and marah aku kalau aku tak dengar cakap okay? :D

aku search kat google, what is friend? then keluar nie : A
friend is one who walks in when others walk out. :D

13 August 2011

forgiveness

assalamualaikum,
pictures search in google

aku nak minta maaf. kat sini serious aku tak tahu siapa yang salah. tapi, takpela. aku minta maaf juga. mana tahu aku tak sedar aku yang salah. tapi aku nak kau tahu yang aku memang tak tahu apa-apa. aku faham apa yang kau rasa. bukan aku tak pernah rasa dik. aku pernah and aku rasa lagi teruk dari yang kau rasa. kau nak exam and aku pun dah nak exam. jadi masalah kalau kau anggap aku musuh utama kau atas benda yang aku sendiri tak tahu apa masalahnya. entry ni bukan sebab aku takut dengan kau atau apa. tapi atas sebab aku ni manusia yang ada perikemanusiaan.







aku nak kau tahu. aku tak ambil pun. yang aku tahu, everything is over. kau tak payah la ajak kawan-kawan kau anti aku. macam aku kesah sangat. macam aku tak tahu. aku hidup dulu sebelum kau. walaupun dengan beza yang sedikit. aku dah rasa apa yang kau rasa. why not kau buka mulut kau and tanya aku apa yang jadi. kenapa kau pergi tanya kat orang lain? kau takkan dapat jawapan. face to face is the best way. aku tak kisah kalau kau nak jumpa aku.





kau tahu, aku tak pernah suka tengok orang lain sedih. yes, including you! aku tak suka. that's why aku rasa bersalah gila even aku tak tahu apa-apa. is it fair for me? aku tahu sebagai orang yang kau anggap musuh, tak sepatutnya aku bagi kau nasihat. but, everything happen with a reason. tu la ayat yang aku selalu ingat masa aku jadi macam kau dulu. and at least aku terima semua.




aku tanya semua orang. bukan sorang tapi semua kawan-kawan yang aku percaya. apa yang aku buat ni betul or salah? sebab aku takut apa yang aku buat ni salah. tapi diorang bagi jawapan yang aku sendiri tak sangka. tak tahu la, mungkin diorang bagi jawapan atas sebab aku kawan diorang atau. tapi, bukan aku tak ingatkan diorang supaya bagi jawapan yang betul. diorang masih bagi jawapan yang sama. salah aku lagi ke?
sumpah aku tak suka tengok penderitaan orang lain.




now, beban aku dah lepas. ikut suka kau la nak cakap apa. aku malas nak gaduh. malas nak tanggung dosa sebab tak bertegur sapa lebih tiga hari. it's up to you.

three words for you. good luck PMR

a glass of happiness

assalamualaikum,

setiap hari adalah sempurna. bukan kerana hari itu benar-benar sempurna tetapi kerana orang yang dekat dengan kita yang menyempurnakannya. belum tentu esok kita masih hidup untuk bergembira bersama mereka dan belum tentu esok mereka masih ada untuk bergembira bersama kita. jadi kenapa hari ini kita perlu bermasam muka dan tidak bertegur sapa dengan mereka? enjoy your life sweety :)

unedited pictures


you are the person who never fails to make me smile


          hidup ni sama macam coklat. rasa coklat bukan manis. tapi dia macam rasa manis campur pahit campur apa lagi ea ? dia jadi sedap ^^, jadi hidup ni sedap macam coklat! alaa.. kena marah siket siket tu biase la. kena kutuk ke, kena maki ke. chill la :D jalani hidup ni dengan kuat. tanak la lemah lemah. yeahh kita kan kuat!


don't cry because it's over, smile because it happened


          tanpa kita sedar, kita telah belajar erti kehidupan. kita bagai berada di atas pentas lakonan. kita belajar bahawa hidup tak selalu gembira. kita belajar apa yang kita nak tak semuanya kita dapat. kita ketawa, kita menangis and kita senyum. indahnya kehidupan! macam air batu campur. dah la sejuuukkk >.<" hidup adalah anugrah. jadi kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada. we're lucky baby :)


you brought colour into my life.


kita cuba menggembirakan orang sekeliling kita. tanpa kita sedar mereka juga cuba menggembirakan kita. sekali lagi kita belajar, hidup ni saling melengkapi. kita tak boleh buat sorang-sorang. macam main bola sepak. kita tak boleh lakukannya sorang-sorang. kita perlukan yang lain. again, kita belajar semangat setia kawan dan kerjasama. sweet :) hidup ni ais krim. nikmati la sebelum ia cair. nanti cair tak sedap! :D

 


 always believe in yourself. They will support you from the back ^^,


belajarla menghargai kehidupan. belajar menghargai kebahagiaan hari ini. bergembira la bersama orang-orang yang kita sayang. hidup awak akan lebih ceria dan berwarna-warni. lebih banyak dari warna pelangi. jadikan hari ini sebagai kenangan terindah untuk hari esok. aww i love you all sunny :D mom, dad and my siblings ;)

07 August 2011

hujan

assalamualaikum,

dah lama tak guna nickname aku masa kat khir johari dulu . they call me 'miss hujan' semata-mata obsesi aku terhadap hujan . walaupun aku takut petir . hee~ aku main masa tak ada petir la . gila apa main masa ada petir , tak pasal pasal gone forever pulak aku . aku nak cerita , tapi cerita aku tak ada la gempak mana pun . tapi aku tetap nak share dengan dunia ! hehe . *menaip




kenangan : tingkatan 2

aku memandang ke arah sahabat disebelah kananku , dia macam dah mengantuk . aku senyum , toleh ke sebalah kiriku pula . zue sedang bermain dengan pensel tekannya . 'dah sah sah semua pakat tak nak belajar math ouh' bisikku . hujan diluar semakin lebat , nafsuku dari tadi memaksa maksa aku untuk ke luar kelas . 'please , for a second.' detiknya .

zue menarik tanganku . ' nak pergi mana ?' aku pandang muka zue dengan wajah penuh persoalan . " let have some fun!' ucapnya separuh menjerit . aku tersenyum . wee~ macam kau tau tau je apa yang bermain kat kotak fikiran aku nie . 'cikgu, nak pergi toilet.' cikgu syarifah mengangguk . mungkin kerana kesian melihat kebosanan di wajahku . *atau mungkin tidak .



lepas keluar dari kelas , aku dan zue terus berlari ke arah tangga yang tidak berbumbung . seronok ! macam baru keluar dari penjara kebosanan . then kitorang terus meneruskan langkah ke belakang makmal science 2 . ( atau mungkin 3 . arhh~ aku tak ingat la makmal berape ) sampai je ke belakang makmal , aku terus melompat lompat kegirangan . memijak mijak lopak air . dalam hati aku bersyukur sangat sangat sebab math waktu terakhir .

mula-mula zue hanya memandang gelagatku . tapi lama kelamaan dia pun ikut serta . aku genggam kedua-dua tangannya . kami berseronok . kemudian ustazah (err .. tak ingat nama) lalu . 'kamu nie azwa , tak habis habis main hujan . nanti basah baju tu.' aku senyum , kemudian memutuskan untuk masuk ke kelas kembali .




'kenapa baju kamu berdua basah?' tanya cikgu syarifah . aku memandang zue . 'maaf cikgu, saya terjatuh tadi.' kemudian kami duduk di tempat asal sebelum keluar kelas tadi . err.. kenapa dia kena menipu demi aku? soalan itu aku biarkan berlegar di ruang mindaku . tapi sekarang , aku dah dapat jawapan . because you're my best friend ever after . and i love you zuhaira aqilah !




dear zue : sorry , aku tak reti nak olah moment kita jadi lebih menarik . tapi aku suka sangat waktu tu . walaupun sejuk . hehe . kau simpan lagi tak rantai 'kita' tu ? aku simpan cuma aku tak pakai . surat surat kau semua aku simpan lagi . rindu sangat kat kau , dayana and ainor . hope korang tak lupakan aku . bestie love forever .

01 August 2011

clik clik ")


"i do love you sweettt"

honey bunny gummy lolly , sugar plum , ice cream , cuppy cake , strawberry , apple pie . hee~ assalamualaikum .

PEHATIAN : make with 100% love . hee~


        anyway , selalunya sugar tu kan manis . tapi kadang kadang dia jadi pahit bila dimakan dengan ubat . --" yeahh . ubat tu la penggangu rasa manis yang selama nie aku rasa . aku benci ubat ! ada ke orang makan gula dengan ubat ? takde kan ? that's why ubat tu hanya penggangu . ke , aku yang menggangu ea ? aduhh . pening .


 click click ")

tapi .. selama nie memang aku tak pernah suka sangat dengan sugar sugar yang wujud dekat muka bumi ni sebab nanti gigi aku rosak . then , setelah aku termakan gula yang satu nie . perhh ! gila manis . dah la  comel . nama dia lollipop. warna warni hidup aku jadinya . sama dengan warna dia . you're my rainbow lollipop (:



click click ")

     bila orang lain makan lollipop , mesti aku rasa jelous . lagi-lagi bila dia makan lagi banyak dari aku . padahal tak ada papepun sebab duit dia kan , bukan duit aku . haha . tapi , entah la . bab lollipop nie aku susah siket nak bertolak ansur . its my best sugar in the world ! hoho . tamak !
  


click click ")

         then then , banyak gila la kenangan aku dengan lollipop nie . hari tu aku makan dekat melaka . rebut dengan adik aku . then makan chuppy chups tu lagi . lollipop jugak kan ? tahuu tak , sugar lollipop nie panggil aku 'sweetie pie' . kau percaya tak ? mesti kau tak percaya punya . apelaa . mesti lollipop tu sayang aku sangat sangat kan ? dah lahh manis . nak sayang sayang orang pulak . any anyway . aku saaayyyaaannnnngggg lollipop jugak !



click click ")

lagi satu , aku suka ... ermm .. suka .. cuppy cake ! ^^ betul nie . dia comell sangat sangat . dah la comel , handsome pulak . dah handsome lawa pulak . dah lah lawa asyik dengan pc dia je 24 jam . *tiba-tiba . kalau boleh memang tak nak makan . nak simpan je . tengok cuppy cake tu hari hari . tu pun kalau boleh la . tapi tak boleh laa~ sebab dia kena tinggal dengan family dia . dengan tepung , sugar , coco , apa lagi ea bahan bahan nak buat cup cake ?



click click ")

lagi satu sifat cuppy cake nie , dia macam manje manje siket . atau , mengada ! setiap kali aku lalu depan kedai yang ada jual cup cake . dia macam buat suara manja dia suruh aku beli . tengok la warna warna dia . memang cair la kan . hari tu aku beli perisa orio kat atas dia , sedappp~

         cuppy cake pernah suruh aku nyanyi untuk dia . walaupun dia tau suara aku tak sedap , mengada ngada nak suruh orang nyanyi juga . soo , lagu nie untuk cuppy cake yang comel comel nie ea? attention : anda sedap gila !

You're my Honeybunch
Sugarplum
Pumpy-umpy-umpkin
You're my Sweetie Pie 



You're my Cuppycake
Gumdrop
Snoogums-Boogums
You're the Apple of my Eye
And I love you so and I want you to know
That I'll always be right here
And I love to sing sweet songs to you
Because you are so dear ^^

 saranghaeyo , te amo , mahal kita , wo ai ni , i love you , ai shiteru , je t'aime ^^


bye bye (: