27 June 2012

Kuatkan hati dengan ujian tuhan

 assalamualaikum,

 


     kenapa kita tak pernah menipu, kita ditipu?
kenapa kita tak mengkhianati, kita dikhianati?
kenapa kita tak mengutuk, kita dikutuk?
kenapa kita buat kebaikan, orang balas kejahatan?
kenapa kita ikhlas, orang fake?
kenapa kita jujur, orang menipu?
kenapa kita tak lupakan orang, orang lupakan kita?
kenapa kita sayang semua orang, tak semua orang sayang kita?


   bila kita diuji, rasa macam hampir terjatuh. tak mampu lagi nak berdiri. lagi lagi bila kita diuji lima ujian sekaligus. orang yang buat kita rasa teruji takkan fikir yang kita ada masalah lain. mereka hanya lepaskan beban dekat kita sambil tersenyum mengejek. kadang-kadang rasa penat dengan semua permainan dunia yang tak pernah berhenti. tapi, tak nak tunjuk yang kita lemah, lalu kita bangkit dan cuba untuk berjalan.



orang kutuk kita, orang tuduh dan fitnah kita, orang bercakap pasal kita. tak henti henti. walaupun melibatkan dua tiga pihak, hanya kita yang perlu hadapi. apa yang kita buat, semua diperhati oleh mata yang tak puas hati. sakit telinga dengar, tapi apa yang kita mampu buat? berdoa agar ujian ini berakhir? kenapa? kita hanya mampu berdoa agar tetap sabar dan dikuatkan iman. nak balas balik apa yang mereka dah buat? nak mengutuk mereka pulak? hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan membenci orang lain :)



tetaplah berpegang kepada satu prinsip. biarlah berjuta mereka buat jahat dengan kita  sekalipun, tetaplah berlaku baik dengan mereka. percayalah, setiap kebaikan akan dibalas kebaikan. akan berlaku suatu pengakhiran yang baik bagi mereka yang sabar dengan ujian Allah.



 



apa yang kita perlu buat jika kita dikutuk, orang tuduh dan fitnah kita?

      tetaplah untuk menjadi diri kita. biarkan mereka dengan kata kata mereka. senyumlah dan hadapi semua dengan sabar. :)


apa yang kita perlu buat bila berhadapan dengan lelaki?

tak kiralah apa jenis keadaan pun kita dengan lelaki. sama ada lelaki tu pendiam, kuat bercakap, handsome, tak handsome, kaya, miskin, pandai, kurang pandai, muka baik, muka jahat, garang, lembut, pandai berkata kata atau tak pandai nak mengayat. letak tahap kepercayaan kita pada mereka serendah rendah yang boleh kecuali pada suami kita. lelaki bukan semuanya jahat, tapi disebabkan kita tak boleh nak baca hati orang, kita terpaksa berjaga jaga. ingat :


   (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat) mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
   


kalau kita percaya pada jodoh yang telah Allah tetapkan, kita pasti beroleh kebahagian ;)

semua kesusahan, kesedihan, dan kejatuhan yang kita lalui nie sebab, Allah nak uji kita. semakin kuat kita diuji, semakin dekat kita dengan Allah. kadang-kadang dah jadi lumrah dunia. bila kita senang, kita tak ingat tuhan. kita lupa sampai hanyut dengan permainan dunia. bila kita diuji, kita susah. tiada tempat lain lagi kita mengadu selain daripada Allah.