30 January 2013

Rahsia Hati

Assalamualaikum,


       Dahulu, di sebuah taman tinggal banyak bunga bunga indah. pelbagai jenis bunga ada ada di taman itu. Taman itu dipanggil Seindah Dunia. Mawar, Tulip, Daisy, Cempaka dan macam macam lagi bunga ada di situ. Di taman itu terdapat banyak kumbang dan rama rama yang datang untuk melihat bunga bunga cantik yang sedang mekar nan indah itu. Manusia juga ramai yang datang untuk menghabiskan masa di taman itu. Namun, di dalam Taman Seindah Dunia itu terdapat satu Taman Larangan yang diberi nama Seindah Syurga. Jarang ada manusia yang dapat masuk ke Taman Seindah Syurga itu. Ada yang berani masuk namun tewas di tengah jalan untuk membawa bunga itu keluar dengan cara terhormat. Ada juga yang tersungkur, kecundang dan sakit terkena duri si bunga mawar. Namun ada juga yang berjaya. Mawar yang terletak di Taman Syurga Dunia itu mempunyai bau wangi yang kekal abadi. Warnanya pun cantik. Lagi mengangkat martabat bunga tersebut kerana tiada tangan tangan ganas lagi bernafsu serakah menodai bunga bunga itu. Entah kenapa, kumbang dan rama-rama juga tidak menghirup madu madu bunga di situ. Mereka hanya mampu melihat indahnya ciptaan Allah itu sahaja. Mungkin kerana mereka menghormati bunga bunga tersebut.

 

       Di satu sudut Taman Seindah Syurga itu, terdapat sekuntum bunga mawar yang mempunyai ceritanya sendiri. Dia berada di tepi tingkap yang menghiasi Taman Larangan itu. Kedudukannya yang hampir dengan tingkap menyebabkan dirinya mudah digoda dengan kuasa luar. Setiap hari, di melihat pahit manis cerita di Taman Seindah Dunia. Bunga bunga di Taman Seindah Dunia semuanya cantik cantik dan layak menerima anugrah superflower! Bunga di situ jauh lebih banyak berbanding bunga di Taman Seindah Syurga. Namun bunga bunga itu selalu menjadi tatapan umum sehinggakan ramai manusia yang tergoda menarik dengan kasar bunga bunga di situ. Rama rama menghisap madu bunga itu berkali kali dan apabila madunya habis  bunga bunga di situ dibiarkan sepi. Kehadiran kumbang juga banyak merosakkan bunga di situ. Apabila bunga itu telah rosak, kumbang tidak mahu lagi hinggap di situ. Kumbang lebih tertarik kepada bunga yang hidup subur di taman itu berbanding yang telah rosak dikerjakannya.
  

         Bunga bunga di Taman Seindah Syurga jarang dapat dilihat oleh manusia, kumbang dan rama rama. Walaupun Taman Larangan itu ada di situ namun kehadirannya sukar dilihat. Hanya orang yang betul betul peka sahaja yang dapat melihatnya. Taman itu dikatakan Taman larangan kerana Tembok besar di sekeliling taman itu yang kuat dan kukuh. Ia juga dijaga oleh pengawal yang besar dan gagah. Untuk masuk menemui bunga bunga, mereka perlu melalui satu kawasan yang tinggi rumput rampainya yang bernama Mujahadah Melawan Bisikan Syaitan. sehingga ada yang sesat dan hilang. kemudian mereka perlu berlawan dengan pahlawan pahlawan yang kuat di kubu Godaan Nafsu. Ramai juga yang tersungkur di sini. Kemudian, mereka perlu melalui arus sungai yang deras iaitu Istiqomah.


      Jika mereka berjaya, barulah mereka akan nampak sebuah mahligai indah tempat bunga bunga indah bersemayan. tempat itu wangi, cantik dan menakjubkan. penuh dengan rahmat dan keredaanNya. Tapi setiap bunga ada kawat durinya sendiri. Jika salah caranya, tangan yang memegang pasti akan terluka dan sukar untuk sembuh kerana bunga bunga di sini keimanannya teguh. Jika ingin mendapatkan Mawar, mereka ada duri yang jauh lebih tajam. Mereka yang ingin mendapatnya perlu meredah kawat dan duri duri yang melindunginya. perlu mengambil dengan cara terhormat jika tidak bakal melukakan sesiapa yang silap percaturan. Bunga bunga di taman larangan ini akan menjadi bidadari dunia dan ketua bidadari di syurga jika ada yang dapat mengambil mereka dengan cara terhormat iaitu pernikahan.
  

        Bunga mawar yang terletak di tepi tingkap penghias itu pula, tidak seperti bunga bunga yang lain. Ketika dia kecil, durinya masih lagi lembut. jika disentuh pasti tidak akan melukakan. Tambahan pula dia melihat kuasa kuasa jahat di luar tingkap itu. kadang kadang dia juga lemah tetapi mujurlah dia masih berada di taman larangan. dirinya masih terjaga. walaupun bunga bunga lain juga mempunyai duri yang lembut semasa kecil, mereka berada di tengah tengah Taman Seindah Syurga. Atma mereka lebih senang terjaga. Bunga di tepi tingkap perlu berusaha keras untuk melawan musuh yang bakal merosakkan dirinya. meskipun seronok apabila diberi perhatian oleh manusia, kumbang dan rama rama tapi dia tidak rela dirinya diambil dengan cara yang tidak terhormat. Ternyata Allah masih sayangkan dia, walaupun dia digoda oleh manisnya perhatian di Taman Seindah Dunia, Allah masih memelihara dirinya dengan meletakkan dia di golongan bunga bunga yang terpelihara. setiap hari mereka berbicara tentang Cinta Hakiki, Ilmu dan Kebesaran Allah.


       Walaupun begitu, setiap hari dia selalu berdoa supaya suatu hari nanti dia akan dipindahkan di bahagian tengah Taman Larangan Seindah Syurga supaya atmanya lebih terjaga dan terpelihara. Bagi bunga di tepi tingkap itu, bukan Allah tidak sayangkan bunga di Taman Seindah Dunia sebaliknya banyak benda yang buat mereka jauh dari hidayah Allah atau mereka sendiri yang mengabaikan hidayah itu. maka mereka perlu berusaha sendiri untuk meletakkan diri mereka di Taman Larangan. Kadang kadang kealpaan mereka berdoa dan merintih kepada Allah menampakkan diri mereka yang sombong menyangka hidup ini mereka yang punya. Mereka bahagia dengan keindahan dunia mungkin itu antara sebab mereka diperlakukan sebegitu. WaAllahu Alam.. Bunga di tepi tingkap tak pernah putus berdoa supaya satu hari nanti akan datang seorang manusia yang dapat mencari penawar bagi bisa duri wardahnya. 


       Bunga di tepi tingkap hanya mahukan manusia bukan kumbang atau rama rama untuk mengambilnya kerana manusia adalah sebaik baik kejadian. Dia berharap manusia itu dapat membawa dia ke bahagian tengah Taman Larangan supaya atmanya lebih terpelihara. manusia ini akan lebih mendekatkan dia dengan tuhanNya. manusia ini yang akan menjaga dan memeliharanya. membaja dan menyiram air tepat pada waktunya. tidak pernah menyakiti. dan dia berjanji, jika manusia itu hadir, dia akan bertukar menjadi bidadari di dunia buat manusia itu dan ketua bidadari di syurga buat manusia itu. kehadiran manusia itu akan benar benar dihargai kerana manusia itu telah bersusah payah melalui pelbagai cabaran untuk mengambil si mawar di tepi tingkap dengan cara terhormat. dia akan melayan manusia itu dengan baik sekali supaya perkahwinan mereka penuh sakinah, mawaddah dan rahmah. Jika dia mencari sebab sementara untuk mencintai manusia itu maka cintanya akan lenyap bersama lenyapnya sebab. Dia akan mencari sebab yang hakiki untuk mencintai manusia itu iaitu mencintainya kerana Allah kerana dia yakin hanya Allah yang hakiki dan takkan lenyap. itulah dia, seindah mawar berduri :)

22 January 2013

maruah bangsaku, kembalilah!

Assalamualaikum,


       Tadi aku jalan jalan dengan ibu, ayah and Iman dekat sekitar bangi. lepas penat berjalan, kami makan di salah satu kedai makan yang ada. Aku masuk dengan bawa sebuah buku bertajuk Kalimah Cinta. Buku yang bagus dan sarat dengan pengajaran. Aku sengaja bawa buku tu ke mana je aku pergi sebab masa yang ada boleh la dihabiskan dengan membaca. tambahan pula buku yang bagus untuk santapan minda pelajar. Lagi pun, kalau dah habis baca buku ini, bolehlah aku baca tiga lagi buku yang aku beli kat Alamanda tadi. Cinta High Class (Fatimah Syarha), How Successful People Think (John C. Maxwell) dan Biografi Nafsu Manusia (Muhd Hasan Al Basri).Walaupun tadi jiwa aku mendesak desak supaya aku membeli novel atau buku buku cinta, Alhamdulillah satu novel atau buku cinta pun aku tak beli. Aku sedar, aku seorang pelajar. Bukan cinta biasa yang aku cari sebaliknya cinta sejati pada yang berhak mendapatkannya dan cinta teragung milik Allah dan rasul. Buku Kalimah Cinta dan Cinta High Class ni bukan buku cinta eiuww eiuww yang mengejar dunia dan mengeyangkan nafsu sebaliknya cinta yang terpelihara kesuciannya seperti pada suami, rakan, pada agama dan pada yang Maha Esa atau lebih tepat lagi hanya 'Cinta High Class' :)


       Setelah memesan makanan di restoran tersebut, aku sambung membaca. siket pun tak ambil kesah orang sekeliling yang sibuk dengan hal masing masing. lepas makanan sampai, aku makan and sementara tunggu adik Iman habis makan, aku sambung membaca lagi. Tak lama lepas tu, semua dah siap makan. sementara tunggu ibu bayar, aku, ayah dan Iman tunggu di luar kedai. "Ya Allah!" hanya itu yang keluar dari mulutku. langkahku terdorong setapak ke belakang. Aku memerhati remaja yang mungkin seusia denganku dan mungkin juga tua sedikit daripadaku. tengah duduk sembang sambil makan dan minum bersama sama. tapi bukan itu yang menyebabkan hati aku menangis. tapi kerana keruntuhan bangsa, moral dan akhlak remaja. benda pertama yang menjadi santapan mata aku malam itu adalah seorang perempuan melayu yang sedang asyik menghisap rokok. megah sungguh lagaknya dapat menghembuskan kepulan asap asap rokok ke udara. di sekelilingnya terdapat beberapa orang lelaki dan perempuan. semuanya berseluar pendek, lelaki dan perempuan.


       Aku berdiri mendekatkan diri di belakang ayah, mendambakan perlindungan. "Ya Allah, bertapa aku terlalu sibuk melayan dunia aku sendiri sampai saat bangsa aku leka pun aku tak ambil peduli.." jiwaku merintih. sayu. Aku lihat ke meja makan yang lain, ada abang tengah main laptop sementara kawan dia yang lain minum dan tengok bola. mungkin dia tengah siapkan kerja dia sebab ada lambang microsoft word kat laptop dia. Dia pandang aku atas bawah, aku pandang tangan dia. rokok? kenapa rokok seakan menjadi benda asasi yang perlu diambil oleh mereka saat ini? aku toleh ke meja sebelah tempat abang tu berada. seorang kakak dengan kertas kerja, buku dan kalkulator di sampingnya. segaris garisan menghiasi bibirku teringat aku juga begitu dahulu. Aku menjauhi kedai makan tu sementara tunggu ibu. sekali lagi aku perhatikan pemandangan manusia dari kedai makan itu di kejauhan. kakak yang berada satu meja dengan kakak yang hisap rokok tadi tengah bergurau dengan kawan kawannya. sambil gelak gelak, jari tengahnya diangkat. "Wahai Allah, ampunkan aku kerana tak pernah peduli tentang bangsa dan keadaan sekeliling. Apa yang aku mampu buat untuk selamatkan bangsaku? tak mampu rasanya sekadar membutakan mata sahaja. tuhan, selamatkanlah bangsaku.."

 

         Ibu dah datang, sudahlah, aku harus pandang ke depan. Ayah pegang tangan aku dan Iman untuk melintas jalan. Aku ikut sahaja sebab aku bukan pro sangat bab bab lintas jalan tak pegang tangan orang nie >< kemudian, ibu suruh ayah tunggu sebab dia nak beli air mineral. sekali lagi, tampangku alih memandang kiri dan kanan. Ramai juga kaum Adam keluar malam malam nie dan ada juga kaum Hawa cuma masa yang aku tengok tu ramai lelaki mungki sebab nak tengok bola kowt. Dari jauh aku nampak sekumpulan lelaki dengan rokok di tangan 'lagi'. aduhai.. di manakah akan ku cari suami andai beginilah dunia kini :( Wahai atma yang hidup, bangkitlah! marilah sama sama kita kembalikan maruah bangsa yang seakan akan hilang dimamah waktu. Remaja, sedarlah kita pewaris negara! Peliharalah maruah diri, keluarga, agama dan negara. Jadilah manusia berguna dan bacalah sesuatu yang bermanfaat selagi hayatmu ada kerana semuanya bermula dengan membaca :)

Sincerely, Nurul Azwa

glosari
Sarat : penuh
Damba : harap
tampang : wajah
Atma : jiwa

20 January 2013

Nur Jannah Alia - You lyric

Assalamualaikum,



 
YOU
 
you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you
 
how can i forget all that
when you're the one who make me smile
you'll always be a part of me
how i wish you were still mine

never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
but somehow it has to end up here

i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you

for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope you will forgive me baby
cause that wasn't what i meant to do 

 

18 January 2013

Kesetiaan menanti yang halal :)

Assalamualaikum,


  
       Bila aku tengok orang lain ada couple, aku tengok dari sudut mood suka suka. mesti diorang enjoy kan. nak berabang sayang bagai. hari hari tengok fon ada 10 misscall, 15 text. tu baru lambat reply, belum masuk merajuk dan bergaduh lagi. hari hari ada orang ingatkan time to eat, time to pray, time to take a bath. erk?--" tapi bila tengok guna akal dan mata. macam buang masa dan duit pun ada. aku rasa satu hari ada RM5 di dermakan kepada talian yang digunakan. lepas tu bila nak study, handphone bunyi encik boyfriend call, message kata bosan dan sebagainya. bila brake pula, kena pula time exam memang haru biru jadinya. tak pasal pasal result hancur hanya disebabkan cinta. tiba tiba cinta dipersalahkan--" Bagi aku, aku tak nak terburu buru pun cari jodoh aku. Biarlah siapa dia or di mana dia atau berapa umur dia sekarang, aku tahu dia akan datang pada masanya. memanglah jodoh perlu dicari tapi tidaklah pada umur 18 tahun yang mentah macam nie.


 


        Bila makcik makcik and orang orang tua tengok aku, dia tanya; "nie dah ada pakwe ke belum ni?" lepas tu aku senyum je and jawab "nak belajar dulu." jawab sambil malu malu. hm.. tak tahu la ayat macam mana lagi nak jawab bagi kedengaran sopan dan tak menjengkelkan. sebenarnya dulu memang pernah couple pun tapi pengalaman la yang bagi aku pembelajaran. lepas tu aku terus menerus berdoa supaya aku tak jatuh hati dekat mana mana lelaki yang bukan suami aku. tiap tiap kali lepas habis solat aku selalu doa macam tu mungkin sebab tu la hati aku macam tertutup kowt. bukan macam tapi memang tertutup. semua lelaki aku anggap kawan. tak ada yang special. mungkin bagi lelaki mudah sangat ucap sayang. mungkin sekadar main main dengan ayat atau apapun alasan mereka. tapi bagi aku, aku memang takkan ucap sayang or cinta dengan mana mana kaum Adam suka suka. aku tak nak bagi orang harapan palsu. aku ada adik lelaki. cuba kalau ada perempuan buat macam tu kat adik aku. apa aku rasa? yupp. memang sakit hati. sebab tu jangan buat kat orang lain :)




        Aku ada banyak benda nak capai sementara masih muda nie. yang paling penting aku nak capai matlamat aku iaitu aku nak belajar betul betul dan berjaya. aku betul betul nak berjaya dan nak study abroad. nak spend time lihat dunia yang indah nie tanpa diikat dengan mana mana ikatan selain ikatan perkahwinan. ikatan suci dan murni. bertunang pun aku tak nak lama lama. kalau boleh nak bertunang 6 bulan - 1 tahun je lepas tu kawen. kalau aku boleh jumpa future husband aku sendiri, aku akan buat la sendiri. tapi aku rasa aku tak boleh la sebab aku tak reti. dari dulu sampai sekarang aku memang nak ibu dengan ayah yang carikan. diorang pun dah tahu and diorang tak kesah pun. biarlah aku bercinta selepas kawen sekalipun. aku tak kisah. ada orang tanya, aku tak takut ke kalau parents pilih nanti depan parents je tunjuk baik belakang tunjuk belang.




       Kenapa kena terburu buru fikirkan tentang kawen sedangkan aku sendiri belum bersedia. zahir dan batin. kemahiran yang aku ada belum mampu lagi untuk mengendalikan sebuah keluarga untuk mencapai redhaNya. Bagi aku kalau kita nak dapat pasangan yang baik, kita kena jadi baik. pendek kata, pasangan kita adalah cermin. jika kita nak pasangan kita begitu maka begitulah kita perlu jadi. dan sekarang aku pun tengah memperbaiki dan bersedia dari sekarang sebelum berjumpa dengan 'dia'. aku baru 18 tahun la. masa depan aku pun tak nampak lagi macammana. walaupun aku seorang perempuan, biarlah aku dapat mengapai segulung ijazah dulu, ekonomi yang stabil, ilmu agama yang cukup dan faham tanggungjawab yang perlu aku galas nanti. Aku yakin, orang yang betul akan hadir pada tempat dan masa yang betul. lagi pun untuk apa kita menyerahkan jiwa dan raga kita kepada seseorang yang belum tentu jadi milik kita? kejarlah cinta Yang Maha Esa sebelum mengejar cinta manusia. Kejarlah cinta ibu bapa kerana di situ terletaknya syurga :)




      buka mata buka minda. inilah yang anak anak muda seusia aku malah lebih muda dari aku seawal tingkatan satu dah pandai bermain cinta! apa yang aku tulis dekat sini, mungkin untuk memperingatkan tentang diri aku tapi orang lain pun perlu nampak alasannya. alasan yang hati kita nie tak boleh diberi sesuka suka hati kepada sesiapa sahaja yang kita suka. adakah hati kita semurah itu? mengucapkan kata kata cinta kepada lelaki ini dan itu dan bila dah brake cari yang lain dan ucap sekali lagi. macammana awak lakukan? saya langsung tak berbakat! tapi bila aku fikir fikir balik, mungkin tuhan nak makbulkan doa aku. sebab tu la aku rasa kosong je dengar kata kata cinta lelaki nie. biarlah mereka terus bermadah nanti dah penat mereka pergilah cari yang lain. bagi aku la kan, aku tak kisah pun dengan lelaki yang tak berapa nak kenal aku datang jumpa parents aku nak melamar aku. aku akan terima dia kalau lelaki tu ekonomi stabil, berpegang teguh pada agama dan berilmu. walaupun aku tak kenal dia. sebab nampak ketulusan dan kesungguhan dia. berbanding lelaki kacak bergaya, kaya, genious tapi tak solat dan ajak couple je. serious aku tak terima.

 


       Kalaulah seluruh dunia tahu bertapa indahnya mencintai sesuatu yang halal berbanding mencintai sesuatu yang belum pasti jadi milik kita, mesti tiada istilah couple lagi. Dengan izinNya, aku takkan mencintai mana mana lelaki yang bukan suami aku dan semoga Allah memelihara aku dari memilih lelaki yang salah sebagai suamiku. 

Dear Future Husband,

Walau dimana pun awak berada sekarang, walau siapa pun awak, semoga awak dirahmati Allah. mungkin terlalu awal untuk saya mengucapkan perkataan 'future husband' tapi saya nak awak tahu saya setia menunggu awak walaupun kita masih lagi belum berjumpa. saya tak tahu dimana kita akan berjumpa tapi tuhan pasti akan pertemukan kita pada waktu yang betul. Jaga diri, hati dan iman awak baik baik. saya selalu doakan kesejahteraan awak.

sincerely,
Nurul Azwa


14 January 2013

Berdosakah aku?

Assalamualaikum,

       Aku dalam dilema :( sekarang kan aku duduk kat kampung. aku tak biasa la berpisah dengan parents aku, adik adik aku. tapi untuk masa depan, aku go on jela dengan plan ambil lesen memandu kat negeri sembilan. mula mula memang susah tapi aku tabahkan jugak. well, kakak kena tunjuk kuat :p *konon* tapi lepas aku balik kampung, banyak pula problem yang datang kat family aku. aku jadi risau la. sepatutnya aku dengan diorang, jaga diorang. baru baru nie, ular sawa masuk rumah aku. ibu aku dah trauma. then adik lelaki aku tahun nie nak PMR, dia pulak kena kacau dengan benda benda halus nie. dulu aku, sekarang dia. dengan nada cuak dia call aku tanya bila nak balik. yang nombor tiga tu pulak penakut jugak. yang bongsu tak nak kawan aku kalau aku tak call dia sehari. apa aku mampu buat weh?


 

       Tapi aku okay lagi, yang aku tak okay sebab aku tak pernah tinggal dengan orang tua. memang la aku bersabar. aku tak pernah pun lawan cakap wan aku. sebelum ni wan tinggal sorang, so bila aku datang dia nak aku selalu ada dengan dia. semua dia kawal. aku cuba faham dia, tapi hm.. siapa nak faham aku? perbezaan umur buat naluri kami berbeza. aku kesian dia tinggal sorang sorang so aku duduk negeri sembilan and kadang kadang baru balik melaka sebab kat melaka nenek ada datuk and busu. so, tak sunyi. wan memang baik, tak dinafikan. semua nenek akan baik dengan cucunya lebih dari anak mereka tapi bebelan tu tak sanggup. kalau sekejap takpe, ini lamaa :( aku pulak jenis kalau bengang ke, marah ke, aku memang tak bercakap. memang terus jadi bisu sebab aku tanam dalam dalam. lepas tu kalau aku buka mulut, dua je kemungkinan akan jadi. tak menangis, aku mengamuk. tapi selalunya aku menangis. jadi lebih baik aku diam. then, ambil wuduk solat and baca yasin. sambil baca sambil nangis baru puas.


       Then, just now. ibu call aku tanya nak sambung belajar memandu kat terengganu ke kampung? sebab ibu aku memang faham perangai aku nie. even aku tak bagi tahu pun dia tetap tahu. jadi tak perlulah aku bagi tahu yang sememangnya aku susah nak hidup berjauhan dengan dia :p mula mula aku jawab kampung. sebab aku malas nak tukar tukar. nanti leceh. lepas tu wan kata, "kaklong tak nak balik kat ibu ke? wan tak kesah. wan tak nak paksa paksa kau." then, sambil main game aku fikir adik adik aku. aku sepatutnya ada dengan diorang, ajar diorang sebab diorang dah habis sekolah. jaga diorang. tolong ibu aku. teman dia sebab dia pun sorang sorang kat rumah. tapi aku dah biasa dengan Abang Faizal. abang yang ajar aku memandu tu. dia baik, tak marah and yang paling penting, dia cool, dia peramah, dia senang diajak berbual and dia tak gatal. itu keselamatan tu. haha


       Tapi bila aku fikir fikir, takpelah. biar aku korban pasal aku dulu. fikir adik adik aku dulu. sebab lepas ni kalau ada rezeki sambung belajar aku dah tak boleh selalu habiskan masa dengan diorang dah. lagi pun.. *mengaku jela yang sebenarnya kau rindu diorang Nurul Azwa! :*) itu hakikat. oh takpe, diorang tak baca blog aku. kalau tak malu aku >< so, aku terus call ibu balik suruh bagi tahu Abang Faizal, tolong tukarkan aku kat Terengganu. so, dia kata dia uruskan. aku bagi tahu wan. aku tambah lagi alasan, sebenarnya memang ibu dengan ayah nak suruh aku ambil khusus bahasa inggeris pun. so nanti teruskan jela. lepas tu wan membebel. dia kata dalam kampung nie, wan tak pernah dengar pun budak budak kampung ni ambil tuisyen sana sini. kau sorang je. diorang berjaya jugak. Ayie tu, (umur sama dengan aku) betul betul harap tuisyen sekolah je. pandai jugak. 


  

       Pakcik Ilan tu, (pharmacyst) balik sekolah dulu terus balik rumah. tak ada pun pergi tuisyen. Mak cik Ani (pensyarah) balik sekolah terus tolong mak dia basuh baju kat perigi tapi kerja hebat hebat jugak. kau tuisyen sana sini kalau tak berjaya jugak tak tahu la kaklong. wan tak suka sebenarnya kau ambil tuisyen tuisyen ni. macam nak menunjuk nunjuk je. lepas tu, sebelum aku touching lebih lebih, aku ambil headphone, pasang maximum volume buka lagu secondhand serenade. memang tak dengar. tapi lepas lagu tu habis pun ada lagi dia cakap. aduhh. sebenarnya aku langsung tak sokong apa yang wan cakap. tapi aku tak nak menjawab, aku diam jela. sedih la.. aku buat semua tu bukan untuk menunjuk nunjuk. aku buat semuanya untuk masa depan aku.


       kalau nak diikutkan, aku pun malas nak pergi tuisyen. baik aku layan cerita Merlin lagi bagus. tapi aku buat sebab aku ada keinginan nak berjaya. aku tahu aku tak genius, sebab tu aku kena belajar. aku tak minta duit orang lain pun suruh bayar duit tuisyen aku. yang pasal Pak cik Ilan dengan Mak cik Ani tu dah berumur. lagi tua dari ayah aku. masa zaman diorang mana ada tuisyen semua ni. sebab tu la diorang tak pergi. Ayie tu pulak, wan nampak dia je sebab dia je sorang budak yang duduk kampung ni. yang cucu cucu manusia yang duduk KL tu wan tak tengok pulak. lagi merata diorang pergi. lagi pun kebolehan manusia berbeza beza. semua ada kelemahan dan kelebihan masing masing. kemampuan manusia berbeza, jadi aku ada cara aku sendiri macammana nak berjaya. aku perlukan tuisyen untuk bantu aku. biarlah. entah la. nak cakap lebih lebih, keluarga aku juga. mungkin orang muda sifatnya perlu menerima je kot sebab orang tua takkan nak mengalah :') aku harap aku buat pilihan yang tepat. tuhan, peliharalah aku :)

 
Im just a girl who have a big dream and all I need is all support ..

09 January 2013

friends through high and low

assalamualaikum



       Kawan. satu patah perkataan yang semua orang pun tahu apa maksudnya tanpa merujuk kamus :) macam.. kita dah selesa kawan dengan dia, tiba tiba ada orang nak putuskan persahabatan kita. agak agak, mampu tak mereka lakukannya? tak. mereka takkan mampu memutuskan sebarang ikatan persahabatan yang kuat dan utuh. walaupun mereka berjaya membuatkan salah faham menang, tapi di hati sepasang sahabat itu masih ada satu perkataan iaitu 'trust'. perkataan tu yang mampu menguatkan lagi ikatan persahabatan yang dah diikat mati di alam fana nie. pengakhirannya, mereka tetap akan berkawan untuk selama lamanya.

      
       Bayangkan, dah banyak kita habiskan masa bersama dia. ketawa, senyum, makan, main gitar or even tak segan pun menangis depan dia. kita kongsi masalah dengan dia. bukan bermakna kita tak percayakan tuhan Yang Maha Berkuasa tapi apabila seorang sahabat datang pada kita dan risau melihat keadaan kita, dengan serta merta mulut kita akan bercerita semuanya masalah yang ada dan kemudian kita rasa lapang. kita pernah bergaduh dengan dia, bermasam muka tapi until now kita masih berbaik dengan dia. sebab dia kawan kita. masa kita jatuh, dia pimpin kita untuk bangun. berdiri dan berjalan seiring kita. tapi, tak semua orang sebertuah kita. tak semua orang dapat kawan seperti kita. kawan yang setia di sisi through high and low.



       Bila dia ketawa, ramai orang di samping dia. bila dia kaya, semua orang keliling dia buat buat turut sama gembira. tapi bila risau, dia mencari mereka yang tadinya mengelilinginya. tiada. mana mereka? adakah kawan khas untuk masa suka dan senang je? kalau sahabat sejati boleh dibeli dengan wang ringgit, sebutkan sahaja harganya. dia akan beli. tapi tiada. sahabat sejati tidak dijual di Mid Valley ataupun  Pavillion. kenapa jadi begitu? adakah tuhan tu tak adil kerana orang lain ada BFF tapi dia hanya kawan lima saat. sedih dihantuk sebak! tuhan tolonglah aku..

        Dia berdiri di hadapan cermin berjam jam untuk tanya diri sendiri. apa kekurangan aku? aku kacak, aku kaya, aku pandai, tapi kenapa kawan yang ada hanya pada waktu senang je? adakah aku perlu berkorban demi seorang sahabat? seorang sahaja dia tak minta lebih. 

 

       Satu satunya perkara yang aku mampu cakap adalah, tabahlah. renung kelemahan kita dari dalam bukan kelebihan kita. tanya, aku nie selalu mengutuk orang ke? aku nie suka cakap lepas ke, betul. kita memang tak boleh hidup dengan fake tapi kalau tu perkara buruk and orang sekeliling tak boleh terima why not kita tinggalkan je? kadang kadang benda yang kita suka yang kita sangka baik untuk kita sebenarnya membawa keburukan pada kita tapi benda yang kita tak suka buat, benda yang kita rasa 'asal aku kena buat pulak?' sebenarnya baik untuk kita. cubalah mana tahu rezeki kita Allah hadirkan kawan sejati setelah lama menunggu :)



02 January 2013

Doctor? okay pharmacyst (:

assalamualaikum,

       Apa pentingnya cita cita? bagi aku cita cita tu menunjukkan kita tahu apa misi kita. kenapa kita belajar? untuk mencapai cita cita kerana Allah. cita cita juga bertindak sebagai agen pembakar semangat supaya kita lebih berusaha untuk berjaya. now, nampak kepentingan cita cita di situ? tu pendapat aku la. kita ada pendapat masing masing kan? aku ada tiga cita cita. pertama, aku nak jadi ahli farmasi. kedua aku nak jadi novelis. ketiga aku nak jadi pianist. so apa cita cita korang? :)

http://img.icbdr.com/images/cbsalary/ophthalmologist_salary.jpg


       Nak kongsi cerita siket, bak kata zue 'Nurul Azwa The Story Teller' hehe. aku dulu kan cita cita nak jadi doktor then cita cita aku berubah masa form 5 sebab fikir punya fikir untuk kebaikan masa depan. lagipun doktor nie busy siket. faham faham la doctor's life. sebagai seorang doktor, jangan angan nak pandang benda yang cantik cantik je. tadi aku ada melawat beberapa FB doktor. aduhh macam tengok cerita hantu je aku rasa. main tutup tutup mata guna tangan lagi. seriau wehh. lepas tu dalam hati aku cakap, syukurlah cita cita aku dah berubah. hehee

http://i1112.photobucket.com/albums/k488/sqacct7/Topic%20Photos/Section%20T/tranquilityquotes.jpg

       Ramai orang kata 'alaa tak payah la sibuk fikir pasal cita cita. yang belajar nie pun tak lepas lagi. kita tumpukan pada study je dulu. lagi pun selalunya apa yang kita citakan lain dari pekerjaan kita dewasa nanti.' ishh tak cool la korang fikir macam tu. tak up-to-dated. sekarang nie untuk mencapai wawasan 2020 cewahh, kita kena yakin pada diri sendiri. memang la kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan tapi kenapa kita tak mencuba? salahkah kita yakin pada diri sendiri?

http://i1112.photobucket.com/albums/k488/sqacct7/Topic%20Photos/Section%20A/ambitionquotes.jpg

       Aku bukan la seorang pelajar genius yang dah dapat agak apa masa depan aku. masih lagi samar samar. bila aku keep on angan angan, keep on talk about bright future, talk about an ambition, budak genius pandang serong. 'budak nie dah tengok cermin ke belum hari ni? sibuk bercerita pasal future ni. result dia taklah gempak mana pun.' sedih la orang pandang macam tu. bukan selamanya kita di atas dan bukan selamanya kita di bawah kan? lupa ke? :) aku rasa untuk berjaya bukan kebijaksanaan tapi semangat yang utuh dan takkan pernah runtuh. kebijaksanaan tu aku kurang ada tapi semangat aku tinggi tau ^^ hee (sesi puji diri sendiri lima saat)


        Aku janji aku akan belajar betul betul untuk capai semua cita cita aku. sekurang kurangnya aku cuba, baru aku puas. kalau aku jatuh sekalipun, aku takkan biarkan diri aku terus berada kat bawah. aku tak nak ibu bapa aku sedih. aku akan bangkit dan cuba lagi. buat sampai dapat di samping berdoa pada Allah. Allah kan selalu ada dengan kita? :) aku berdoa semoga aku dan adik adik aku berjaya mencapai cita cita kami. Ya Allah, kau peliharalah masa hadapan ku dan kau permudahkanlah jalan bagiku untuk mencapai cita cita ku. aku dah lakukan yang terbaik, tuhanku. bantulah aku. Andai aku jatuh, kuatkanlah hatiku untuk bangkit semula. aku percaya padaMu. aminn..