22 January 2013

maruah bangsaku, kembalilah!

Assalamualaikum,


       Tadi aku jalan jalan dengan ibu, ayah and Iman dekat sekitar bangi. lepas penat berjalan, kami makan di salah satu kedai makan yang ada. Aku masuk dengan bawa sebuah buku bertajuk Kalimah Cinta. Buku yang bagus dan sarat dengan pengajaran. Aku sengaja bawa buku tu ke mana je aku pergi sebab masa yang ada boleh la dihabiskan dengan membaca. tambahan pula buku yang bagus untuk santapan minda pelajar. Lagi pun, kalau dah habis baca buku ini, bolehlah aku baca tiga lagi buku yang aku beli kat Alamanda tadi. Cinta High Class (Fatimah Syarha), How Successful People Think (John C. Maxwell) dan Biografi Nafsu Manusia (Muhd Hasan Al Basri).Walaupun tadi jiwa aku mendesak desak supaya aku membeli novel atau buku buku cinta, Alhamdulillah satu novel atau buku cinta pun aku tak beli. Aku sedar, aku seorang pelajar. Bukan cinta biasa yang aku cari sebaliknya cinta sejati pada yang berhak mendapatkannya dan cinta teragung milik Allah dan rasul. Buku Kalimah Cinta dan Cinta High Class ni bukan buku cinta eiuww eiuww yang mengejar dunia dan mengeyangkan nafsu sebaliknya cinta yang terpelihara kesuciannya seperti pada suami, rakan, pada agama dan pada yang Maha Esa atau lebih tepat lagi hanya 'Cinta High Class' :)


       Setelah memesan makanan di restoran tersebut, aku sambung membaca. siket pun tak ambil kesah orang sekeliling yang sibuk dengan hal masing masing. lepas makanan sampai, aku makan and sementara tunggu adik Iman habis makan, aku sambung membaca lagi. Tak lama lepas tu, semua dah siap makan. sementara tunggu ibu bayar, aku, ayah dan Iman tunggu di luar kedai. "Ya Allah!" hanya itu yang keluar dari mulutku. langkahku terdorong setapak ke belakang. Aku memerhati remaja yang mungkin seusia denganku dan mungkin juga tua sedikit daripadaku. tengah duduk sembang sambil makan dan minum bersama sama. tapi bukan itu yang menyebabkan hati aku menangis. tapi kerana keruntuhan bangsa, moral dan akhlak remaja. benda pertama yang menjadi santapan mata aku malam itu adalah seorang perempuan melayu yang sedang asyik menghisap rokok. megah sungguh lagaknya dapat menghembuskan kepulan asap asap rokok ke udara. di sekelilingnya terdapat beberapa orang lelaki dan perempuan. semuanya berseluar pendek, lelaki dan perempuan.


       Aku berdiri mendekatkan diri di belakang ayah, mendambakan perlindungan. "Ya Allah, bertapa aku terlalu sibuk melayan dunia aku sendiri sampai saat bangsa aku leka pun aku tak ambil peduli.." jiwaku merintih. sayu. Aku lihat ke meja makan yang lain, ada abang tengah main laptop sementara kawan dia yang lain minum dan tengok bola. mungkin dia tengah siapkan kerja dia sebab ada lambang microsoft word kat laptop dia. Dia pandang aku atas bawah, aku pandang tangan dia. rokok? kenapa rokok seakan menjadi benda asasi yang perlu diambil oleh mereka saat ini? aku toleh ke meja sebelah tempat abang tu berada. seorang kakak dengan kertas kerja, buku dan kalkulator di sampingnya. segaris garisan menghiasi bibirku teringat aku juga begitu dahulu. Aku menjauhi kedai makan tu sementara tunggu ibu. sekali lagi aku perhatikan pemandangan manusia dari kedai makan itu di kejauhan. kakak yang berada satu meja dengan kakak yang hisap rokok tadi tengah bergurau dengan kawan kawannya. sambil gelak gelak, jari tengahnya diangkat. "Wahai Allah, ampunkan aku kerana tak pernah peduli tentang bangsa dan keadaan sekeliling. Apa yang aku mampu buat untuk selamatkan bangsaku? tak mampu rasanya sekadar membutakan mata sahaja. tuhan, selamatkanlah bangsaku.."

 

         Ibu dah datang, sudahlah, aku harus pandang ke depan. Ayah pegang tangan aku dan Iman untuk melintas jalan. Aku ikut sahaja sebab aku bukan pro sangat bab bab lintas jalan tak pegang tangan orang nie >< kemudian, ibu suruh ayah tunggu sebab dia nak beli air mineral. sekali lagi, tampangku alih memandang kiri dan kanan. Ramai juga kaum Adam keluar malam malam nie dan ada juga kaum Hawa cuma masa yang aku tengok tu ramai lelaki mungki sebab nak tengok bola kowt. Dari jauh aku nampak sekumpulan lelaki dengan rokok di tangan 'lagi'. aduhai.. di manakah akan ku cari suami andai beginilah dunia kini :( Wahai atma yang hidup, bangkitlah! marilah sama sama kita kembalikan maruah bangsa yang seakan akan hilang dimamah waktu. Remaja, sedarlah kita pewaris negara! Peliharalah maruah diri, keluarga, agama dan negara. Jadilah manusia berguna dan bacalah sesuatu yang bermanfaat selagi hayatmu ada kerana semuanya bermula dengan membaca :)

Sincerely, Nurul Azwa

glosari
Sarat : penuh
Damba : harap
tampang : wajah
Atma : jiwa

No comments: