30 January 2013

Rahsia Hati

Assalamualaikum,


       Dahulu, di sebuah taman tinggal banyak bunga bunga indah. pelbagai jenis bunga ada ada di taman itu. Taman itu dipanggil Seindah Dunia. Mawar, Tulip, Daisy, Cempaka dan macam macam lagi bunga ada di situ. Di taman itu terdapat banyak kumbang dan rama rama yang datang untuk melihat bunga bunga cantik yang sedang mekar nan indah itu. Manusia juga ramai yang datang untuk menghabiskan masa di taman itu. Namun, di dalam Taman Seindah Dunia itu terdapat satu Taman Larangan yang diberi nama Seindah Syurga. Jarang ada manusia yang dapat masuk ke Taman Seindah Syurga itu. Ada yang berani masuk namun tewas di tengah jalan untuk membawa bunga itu keluar dengan cara terhormat. Ada juga yang tersungkur, kecundang dan sakit terkena duri si bunga mawar. Namun ada juga yang berjaya. Mawar yang terletak di Taman Syurga Dunia itu mempunyai bau wangi yang kekal abadi. Warnanya pun cantik. Lagi mengangkat martabat bunga tersebut kerana tiada tangan tangan ganas lagi bernafsu serakah menodai bunga bunga itu. Entah kenapa, kumbang dan rama-rama juga tidak menghirup madu madu bunga di situ. Mereka hanya mampu melihat indahnya ciptaan Allah itu sahaja. Mungkin kerana mereka menghormati bunga bunga tersebut.

 

       Di satu sudut Taman Seindah Syurga itu, terdapat sekuntum bunga mawar yang mempunyai ceritanya sendiri. Dia berada di tepi tingkap yang menghiasi Taman Larangan itu. Kedudukannya yang hampir dengan tingkap menyebabkan dirinya mudah digoda dengan kuasa luar. Setiap hari, di melihat pahit manis cerita di Taman Seindah Dunia. Bunga bunga di Taman Seindah Dunia semuanya cantik cantik dan layak menerima anugrah superflower! Bunga di situ jauh lebih banyak berbanding bunga di Taman Seindah Syurga. Namun bunga bunga itu selalu menjadi tatapan umum sehinggakan ramai manusia yang tergoda menarik dengan kasar bunga bunga di situ. Rama rama menghisap madu bunga itu berkali kali dan apabila madunya habis  bunga bunga di situ dibiarkan sepi. Kehadiran kumbang juga banyak merosakkan bunga di situ. Apabila bunga itu telah rosak, kumbang tidak mahu lagi hinggap di situ. Kumbang lebih tertarik kepada bunga yang hidup subur di taman itu berbanding yang telah rosak dikerjakannya.
  

         Bunga bunga di Taman Seindah Syurga jarang dapat dilihat oleh manusia, kumbang dan rama rama. Walaupun Taman Larangan itu ada di situ namun kehadirannya sukar dilihat. Hanya orang yang betul betul peka sahaja yang dapat melihatnya. Taman itu dikatakan Taman larangan kerana Tembok besar di sekeliling taman itu yang kuat dan kukuh. Ia juga dijaga oleh pengawal yang besar dan gagah. Untuk masuk menemui bunga bunga, mereka perlu melalui satu kawasan yang tinggi rumput rampainya yang bernama Mujahadah Melawan Bisikan Syaitan. sehingga ada yang sesat dan hilang. kemudian mereka perlu berlawan dengan pahlawan pahlawan yang kuat di kubu Godaan Nafsu. Ramai juga yang tersungkur di sini. Kemudian, mereka perlu melalui arus sungai yang deras iaitu Istiqomah.


      Jika mereka berjaya, barulah mereka akan nampak sebuah mahligai indah tempat bunga bunga indah bersemayan. tempat itu wangi, cantik dan menakjubkan. penuh dengan rahmat dan keredaanNya. Tapi setiap bunga ada kawat durinya sendiri. Jika salah caranya, tangan yang memegang pasti akan terluka dan sukar untuk sembuh kerana bunga bunga di sini keimanannya teguh. Jika ingin mendapatkan Mawar, mereka ada duri yang jauh lebih tajam. Mereka yang ingin mendapatnya perlu meredah kawat dan duri duri yang melindunginya. perlu mengambil dengan cara terhormat jika tidak bakal melukakan sesiapa yang silap percaturan. Bunga bunga di taman larangan ini akan menjadi bidadari dunia dan ketua bidadari di syurga jika ada yang dapat mengambil mereka dengan cara terhormat iaitu pernikahan.
  

        Bunga mawar yang terletak di tepi tingkap penghias itu pula, tidak seperti bunga bunga yang lain. Ketika dia kecil, durinya masih lagi lembut. jika disentuh pasti tidak akan melukakan. Tambahan pula dia melihat kuasa kuasa jahat di luar tingkap itu. kadang kadang dia juga lemah tetapi mujurlah dia masih berada di taman larangan. dirinya masih terjaga. walaupun bunga bunga lain juga mempunyai duri yang lembut semasa kecil, mereka berada di tengah tengah Taman Seindah Syurga. Atma mereka lebih senang terjaga. Bunga di tepi tingkap perlu berusaha keras untuk melawan musuh yang bakal merosakkan dirinya. meskipun seronok apabila diberi perhatian oleh manusia, kumbang dan rama rama tapi dia tidak rela dirinya diambil dengan cara yang tidak terhormat. Ternyata Allah masih sayangkan dia, walaupun dia digoda oleh manisnya perhatian di Taman Seindah Dunia, Allah masih memelihara dirinya dengan meletakkan dia di golongan bunga bunga yang terpelihara. setiap hari mereka berbicara tentang Cinta Hakiki, Ilmu dan Kebesaran Allah.


       Walaupun begitu, setiap hari dia selalu berdoa supaya suatu hari nanti dia akan dipindahkan di bahagian tengah Taman Larangan Seindah Syurga supaya atmanya lebih terjaga dan terpelihara. Bagi bunga di tepi tingkap itu, bukan Allah tidak sayangkan bunga di Taman Seindah Dunia sebaliknya banyak benda yang buat mereka jauh dari hidayah Allah atau mereka sendiri yang mengabaikan hidayah itu. maka mereka perlu berusaha sendiri untuk meletakkan diri mereka di Taman Larangan. Kadang kadang kealpaan mereka berdoa dan merintih kepada Allah menampakkan diri mereka yang sombong menyangka hidup ini mereka yang punya. Mereka bahagia dengan keindahan dunia mungkin itu antara sebab mereka diperlakukan sebegitu. WaAllahu Alam.. Bunga di tepi tingkap tak pernah putus berdoa supaya satu hari nanti akan datang seorang manusia yang dapat mencari penawar bagi bisa duri wardahnya. 


       Bunga di tepi tingkap hanya mahukan manusia bukan kumbang atau rama rama untuk mengambilnya kerana manusia adalah sebaik baik kejadian. Dia berharap manusia itu dapat membawa dia ke bahagian tengah Taman Larangan supaya atmanya lebih terpelihara. manusia ini akan lebih mendekatkan dia dengan tuhanNya. manusia ini yang akan menjaga dan memeliharanya. membaja dan menyiram air tepat pada waktunya. tidak pernah menyakiti. dan dia berjanji, jika manusia itu hadir, dia akan bertukar menjadi bidadari di dunia buat manusia itu dan ketua bidadari di syurga buat manusia itu. kehadiran manusia itu akan benar benar dihargai kerana manusia itu telah bersusah payah melalui pelbagai cabaran untuk mengambil si mawar di tepi tingkap dengan cara terhormat. dia akan melayan manusia itu dengan baik sekali supaya perkahwinan mereka penuh sakinah, mawaddah dan rahmah. Jika dia mencari sebab sementara untuk mencintai manusia itu maka cintanya akan lenyap bersama lenyapnya sebab. Dia akan mencari sebab yang hakiki untuk mencintai manusia itu iaitu mencintainya kerana Allah kerana dia yakin hanya Allah yang hakiki dan takkan lenyap. itulah dia, seindah mawar berduri :)

No comments: