02 January 2013

Doctor? okay pharmacyst (:

assalamualaikum,

       Apa pentingnya cita cita? bagi aku cita cita tu menunjukkan kita tahu apa misi kita. kenapa kita belajar? untuk mencapai cita cita kerana Allah. cita cita juga bertindak sebagai agen pembakar semangat supaya kita lebih berusaha untuk berjaya. now, nampak kepentingan cita cita di situ? tu pendapat aku la. kita ada pendapat masing masing kan? aku ada tiga cita cita. pertama, aku nak jadi ahli farmasi. kedua aku nak jadi novelis. ketiga aku nak jadi pianist. so apa cita cita korang? :)

http://img.icbdr.com/images/cbsalary/ophthalmologist_salary.jpg


       Nak kongsi cerita siket, bak kata zue 'Nurul Azwa The Story Teller' hehe. aku dulu kan cita cita nak jadi doktor then cita cita aku berubah masa form 5 sebab fikir punya fikir untuk kebaikan masa depan. lagipun doktor nie busy siket. faham faham la doctor's life. sebagai seorang doktor, jangan angan nak pandang benda yang cantik cantik je. tadi aku ada melawat beberapa FB doktor. aduhh macam tengok cerita hantu je aku rasa. main tutup tutup mata guna tangan lagi. seriau wehh. lepas tu dalam hati aku cakap, syukurlah cita cita aku dah berubah. hehee

http://i1112.photobucket.com/albums/k488/sqacct7/Topic%20Photos/Section%20T/tranquilityquotes.jpg

       Ramai orang kata 'alaa tak payah la sibuk fikir pasal cita cita. yang belajar nie pun tak lepas lagi. kita tumpukan pada study je dulu. lagi pun selalunya apa yang kita citakan lain dari pekerjaan kita dewasa nanti.' ishh tak cool la korang fikir macam tu. tak up-to-dated. sekarang nie untuk mencapai wawasan 2020 cewahh, kita kena yakin pada diri sendiri. memang la kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan tapi kenapa kita tak mencuba? salahkah kita yakin pada diri sendiri?

http://i1112.photobucket.com/albums/k488/sqacct7/Topic%20Photos/Section%20A/ambitionquotes.jpg

       Aku bukan la seorang pelajar genius yang dah dapat agak apa masa depan aku. masih lagi samar samar. bila aku keep on angan angan, keep on talk about bright future, talk about an ambition, budak genius pandang serong. 'budak nie dah tengok cermin ke belum hari ni? sibuk bercerita pasal future ni. result dia taklah gempak mana pun.' sedih la orang pandang macam tu. bukan selamanya kita di atas dan bukan selamanya kita di bawah kan? lupa ke? :) aku rasa untuk berjaya bukan kebijaksanaan tapi semangat yang utuh dan takkan pernah runtuh. kebijaksanaan tu aku kurang ada tapi semangat aku tinggi tau ^^ hee (sesi puji diri sendiri lima saat)


        Aku janji aku akan belajar betul betul untuk capai semua cita cita aku. sekurang kurangnya aku cuba, baru aku puas. kalau aku jatuh sekalipun, aku takkan biarkan diri aku terus berada kat bawah. aku tak nak ibu bapa aku sedih. aku akan bangkit dan cuba lagi. buat sampai dapat di samping berdoa pada Allah. Allah kan selalu ada dengan kita? :) aku berdoa semoga aku dan adik adik aku berjaya mencapai cita cita kami. Ya Allah, kau peliharalah masa hadapan ku dan kau permudahkanlah jalan bagiku untuk mencapai cita cita ku. aku dah lakukan yang terbaik, tuhanku. bantulah aku. Andai aku jatuh, kuatkanlah hatiku untuk bangkit semula. aku percaya padaMu. aminn..



No comments: