18 November 2013

kids, you are adorable and awesome!

Assalamualaikum,


       Hari ni aku nak update pasal budak budak. ha'ah la sebab aku suka kat diorang~ tapi ni just update saje saje orang yang tak ada kerja. pada siapa lagi perlu aku cerita benda benda remeh macam ni? pada encik blog je la yang sudi menadah cerita. nak cerita kat ibu pun, ibu dah tahu. kalau cerita lagi nanti dia kata aku dah berulang kali cerita benda yang sama. *sobbsobb* haha.

       But sebelum tu anda perlu tahu. aku ni 'different' sikit orangnya. different ye, bukan pelik :P haa aku suka bila sekeliling aku ada ramai budak budak. kadang kadang bila ada ramai budak budak, aku sengaja je menyebuk duduk tengah tengah. Setiap kali buat macam tu, aku rasa macam imagenasi aku jadi nyata. Iman pun bila dia baik and rendahkan keegoan dan kedegilan dia, aku 100% layan dia macam maharaja.Tapi Iman ni dewasa sikit dari umur dia. Dia suka anggap diri dia dewasa. Dengan budak umur 7 tahun pun dia buat macam budak tu bawah dia. Ego dia mengalahkan ego aku je. But seriously, I do love Iman even dia annoying. Dia manja :)

       Masa tu kat majlis akhir tahun iman. diorang buat kat tempat penginapan tepi pantai. Sementara nak tunggu Iman ambil sijil, ibu suruh aku tengok tengokkan Iman takut dia main jauh jauh dari cikgu dia sebab dia kat luar. So aku pun pergi kat dia. Ramai gila budak budak. ada 4, 5 and 6 tahun. aku nampak ada tikar tempat diorang main. aku pun apa lagi, duduk sebelah Iman then terus main dengan budak budak tu XD


       Aku ingat lagi, masa Iman kecik kecik dulu, aku selalu turutkan semua kehendak dia. baju baju dia, comel sangat! kecikkkk je >< tiap tiap hari aku cium pipi dia, tangan dia, pakaikan baju dia, mandikan dia. masa dukung dia paling best. Apa dia nak, semua aku bagi. Dia baru pegang belum minta pun aku dah belikan. maklumlah, adik bongsu. Lepas tu mengada jadinya :P Jadi kakak adalah antara anugrah terindah yang pernah aku ada. yeah, perlu diakui aku belum layak dianggap kakak terbaik. tapi aku sayang adik adik aku. and aku kuat membebel kat diorang. wahaha XD

       Aku paling suka jaga baby. Sepanjang hari melayan baby pun aku tak kesah. Lagi satu bau baby ni wangi ouh. Kalah bau minyak wangi yang aku selalu pakai sebelum tidur. Aku suka bila diorang genggam jari aku. Erat :') and the moment when I hold them close to my heart. It feel like a heaven. aku pernah minta ibu adik lagi, lepas tu ibu kata iman sorang pun dah macam ada 20 orang adik. Okay, perlu diakui --"

       Satu benda pasal aku, walaupun aku suka main dengan baby atau budakbudak. tapi kalau aku nampak ramai sangat orang kerumun baby or budak tu, aku takkan dekat. sebab aku tahu budak tu rimas. lagi pun aku tak suka berebut. Ye, Nurul Azwa la tu :P


       Haa semalam kan, aku mimpi ada orang bagi aku jaga 3 orang baby. dua orang twins sorang baby boy. tapi ada orang tolong aku la. masa tu kat luar. aku pun tak tahu kat mana tempat tu. baby twins tu duduk dalam baby stroller. Yang baby boy tu aku dukung. Best gila. kerja aku asyik main cium cium pipi diorang je. antara sebab aku mimpi 3 orang baby semalam adalah sebab aku datang kenduri kekah and aku pergi cium baby tu. haha. and baby tu baby lelaki. wee ^^

       Aku suka bila mereka buat aku ketawa bila aku rasa aku malas nak ketawa. Aku suka bila mereka genggam hati aku untuk selama-lamanya. Satu benda yang istimewa pasal kiddos adalah, cinta mereka tulus. ecewahh. macam pakar kanak kanak kejap aku rasa. haha. My love to them is so strong and it will never alter. I love them. Thats all I wanna say.

      Dulu kan masa aku form 4, Zaffir ada lukiskan aku satu lukisan. Ada seorang perempuan dalam satu private garden yang bunganya tengah mekar. Perempuan yang memakai dress labuh tu tengah duduk bersimpuh sambil melayan 3 orang kanak-kanak. 2 orang perempuan, seorang lelaki. Lukisan tu hampir tepat dengan imagenasi aku. tapi sayangnya lukisan tu dah hilang dekat dewan sekolah. sedih :(


       Kalau seharian hari aku dipenuhi dengan study, assignment and stress. Kalau aku kena pilih antara keluar dengan kawan untuk jalan jalan, duduk dalam bilik dan tidur, keluar makan atau main dengan kiddos. Aku pilih main dengan budak budak atau call Iman sehari suntuk. Suara diorang, senyuman diorang, genggaman diorang, cukup untuk buat masalah aku pergi macam tu je :)

Kids, am I was told you that I love you?


       


12 November 2013

Cerpen : Irama Cinta Kita 3



       

       Tatkala tangan si ayah pengantin perempuan berjabat dengan tangan pengantin lelaki, keadaan menjadi sepi seketika. Namun selepas itu suasana di masjid bertukar menjadi haru apabila lafaz akad dilafazkan oleh Daniel Fahmi dengan sekali lafaz. Akhirnya, Natrah Mawaddah binti Asyrad Haris menjadi isteri Daniel Fahmi yang sah.

       Tidak sangka, selepas pertemuan antara Fahmi dan Natrah di Pulau Pangkor tempoh hari, hati Natrah yang keras menjadi lembut tatkala Fahmi tampil berani mendahulukan wali Natrah. Fahmi telah ke rumah Natrah dan menceritakan segalannya. Selepas beberapa hari membiarkan Natrah berfikir, akhirnya kuasa Allah telah menyatukan dua hati.

       Fahmi datang mendekati Natrah yang anggun berbaju pengantin berwarna putih. Senyuman diberikan kemudian tangan kanannya diletakkan diatas  ubun-ubun Natrah yang berada di atas kerusi roda. 

       Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” Doa Fahmi sebaik sahaja selesai akad nikah.

       Natrah mencium tangan suaminya lembut sambil dalam hatinya berbisik kalimah syahadah. Diikuti dengan ciuman di dahi Natrah oleh Fahmi sambil hatinya juga berbisik kalimah syahadah. Biarkan acara pembatalan air wudhuk mereka berserta dengan rasa keislaman yang sebenar. Sesungguhnya hati ini milik Allah dan kepada jalan Allah jugalah ia diserahkan.


* * *
       “Sayang, saya dah minta izin dengan ayah akan bawa awak ke United Kingdom untuk menyambung pelajaran di sana. Saya dah uruskan semua tentang pelajaran dan biasiswa awak. Jangan risau, saya akan bantu awak dalam setiap perkara. Di sana juga saya akan menghantar awak ke hospital pakar supaya awak dapat berjalan semula.” Ucap Fahmi sambil menggenggam tangan isterinya.

       “Bagaimana pula dengan awak dan pelajaran awak?” Tanya Natrah risau. Tak sangka suaminya benar mengambil berat tentang dirinya.

       “Saya akan bekerja di sana supaya dapat menjaga awak. Apabila awak boleh berjalan seperti biasa barulah saya akan menyambung pelajaran saya. Masa tu saya akan bekerja sambil belajar.” Jawab Fahmi sambil tersenyum.

       “Tidakkah ia menyusahkan awak? Tak mengapa. Awak sambung la belajar dahulu. Selepas saya boleh berjalan, baru saya akan menyambung pelajaran saya.” Natrah memegang pipi suaminya. Wajah itu ditatap penuh kasih.

       “Kita akan tempuhinya bersama. Inilah namanya pengorbanan sayang.” Fahmi mencuit dagu Natrah.


* * *

      Musim sejuk telah tiba di United Kingdom. Salji turun bagaikan hujan renyai di bumi London. Fahmi mendukung Alya Sofia yang berumur 1 tahun erat dalam pelukannya. Sesekali diciumnya anak sulung mereka dengan penuh rasa kasih. Natrah pula sedang sibuk menyiapkan coklat panas buat mereka berdua.

      “Abang, jemput minum. Alya sini duduk dengan mama pula.” Natrah mengambil Alya Sofia setelah menghidangkan coklat panas di atas meja.

       “Alya, nanti lepas salji berhenti turun, papa bawa Alya tengok salji dekat luar ye?” Ucap Fahmi bagaikan masih tidak puas bermain dengan anak sulung mereka. Natrah ketawa melihat gelagat Fahmi yang tak boleh berenggang dengan anaknya.

       Pandangan Fahmi beralih pula ke wajah isterinya. Wajah Natrah ditatap. Rasa syukur tak pernah padam dari dalam hatinya tatkala melihat isteri tercinta sudah boleh berjalan menggunakan tongkat selepas enam bulan menjalani rawatan di hospital pakar. Setelah genap setahun, Natrah kini boleh berjalan seperti biasa. Syukur, Alhamdulillah.

       “Sayang, takdir tuhan tu cantik bukan? Awak dan saya. Kita terpisah kemudian Allah temukan kita kerana jodoh. Kehilangan awak mengajar saya erti kesetiaan, kasih-sayang dan menghargai. Ia membuatkan saya lebih matang dan lebih dekat dengan Allah. Saya tak pernah berhenti mencari awak, dalam masa yang sama saya buat persiapan jadi suami awak. Sekarang, awak housemate dan roommate saya. Awak kini isteri saya sayang. SubhanaAllah!” Ucap Daniel Fahmi.

       “Jangan lemah kerana cinta kerana cinta itu bukan melemahkan sebaliknya ia menguatkan hubungan antara manusia dengan tuhan, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Saya mencintai awak kerana Allah, Daniel Fahmi.” Balas Natrah.

       “Ana uhubbiki fillah aidhon, Natrah Mawaddah.” Bisik Fahmi lembut.



The End
* * *


 writer :
Azwa Addy

picture credit to :
- Faris Nazrin
- Tuan Natrah Zulaikha
- Dini Dayana
- Google

Cerpen : Irama Cinta Kita 2



      

       Natrah yang berada di atas kerusi roda diam merenung keluar jendela. Dia kini hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Jika bukan kerusi roda, orang-orang terdekatlah yang membantu dia untuk bangun atau baring di katilnya. Sebak. Itulah yang dirasakan.

       “Natrah, tak baik buat macam tu. Berkali-kali Fahmi call kitorang tanya tentang kau. Kau nak kitorang menipu untuk kau juga? Kau kata dia kawan baik kau. Kenapa kau menipu dia?” Marah Hanan dengan sikap Natrah. Yuyun mengangguk setuju. Mereka bertiga memang sudah bersahabat baik sejak dari sem 1 namun kali ini mereka benar-benar buntu dengan sikap Natrah.

       “Katakan pada Fahmi, aku sudah keluar negara. Tolonglah aku. Aku tak sempurna untuk dia. Biarkan dia cari yang lain.” Rayu Natrah lemah. Kalau boleh dia tidak mahu Fahmi melihat dia dalam keadaan begitu.

       “Lagi pun seorang meninggalkan dia, sepuluh perempuan sudi menemaninya.” Tambah Natrah perlahan.

        “Kau hanya menyiksa diri kau sendiri Natrah!” Hanan meninggalkan Natrah di dalam bilik. Yuyun memegang tangan Natrah. 

       “Dah setahun kau macam ni Natrah. Setahun juga Fahmi tak pernah berhenti tanya pasal kau. Sampai bila kau nak sembunyikan diri dari Fahmi? Kau sebenarnya kuat Natrah. Buktinya kau masih hidup walau separuh badan kau lumpuh. Baru setahun kau sudah setapak lebih sihat dari orang lumpuh yang lain sebab semangat kau kuat.” Lembut suara Yuyun berbicara seolah memujuk diri Natrah Mawaddah.

       Natrah tidak menjawab sebaliknya hanya air mata menjadi jawapan. Maafkan Natrah, Fahmi..


* * *

       “Fahmi, tengah buat apa tu?” Tanya Kak Husna tatkala melihat adiknya sibuk melihat kawasan perumahan di internet. 

       “Fahmi tengah nak beli rumah ni kak. Tapi nak tengok dulu tempat mana yang sesuai. Sebelum jumpa Natrah, Fahmi nak pastikan Fahmi dah ada rumah dan kereta. Tapi Fahmi belum mampu beli rumah mahal-mahal kak. Duit yang Fahmi simpan masa kerja cuti sem pun nak kumpul untuk duit kahwin lagi.” Jawab Fahmi selamba tanpa melihat wajah kakaknya.

       “Eh, nak kahwin dah adik kakak? Alaa takpelah Fahmi. Fahmi pun dah ada kereta, duit untuk kahwin dah dikumpul. Sekarang nak beli rumah pula. Itu satu kejayaan bagi orang yang masih belajar macam Fahmi ni. Akak kenal Natrah tu. Dia bukan orang yang perlu dimewahkan. Apa yang ada, dia akan bersyukur. Jangan risaulah Mi, Natrah pasti gembira.” Balas Kak Husna sambil menepuk-nepuk bahu adiknya.

* * *

       Hanan dan Yuyun yang datang ke Terengganu untuk melawat Natrah bermalam di rumah sahabatnya untuk dua hari. Dalam masa yang sama, mereka menyimpan hajat untuk membawa Natrah bercuti di Pulau Pangkor memandangkan tidak lama lagi mereka berdua akan sibuk kerana menyambung ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia. 

       “Pakcik, makcik, kami ingat nak bawa Natrah bercuti di Pulau Pangkor untuk beberapa hari. Memandangkan tidak lama lagi kami akan meyambung ijazah. InsyaAllah kami akan menjaganya sebaik mungkin. Urusan chalet semua kami dah uruskan.” Terang Hanan kepada ibu bapa Natrah semasa mereka sedang makan malam.

       Lama ayah Natrah diam namun selepas itu dia mengangguk membuatkan Hanan dan Yuyun tersenyum lebar. 

       “Terima kasih pakcik.” Ucap mereka serentak. 

* * *

       Fahmi menghirup teh panas yang berada di atas meja kemudian meletakkannya semula. Bosan seharian berada di rumah, akhirnya dia mengajak dua kawannya untuk minum di luar. Sengaja ingin mengambil angin dan merehatkan minda. Dua sahabatnya sedang asyik berborak sedangkan dirinya hanya mencelah sekali sekala.

       “Fahmi, macam mana dengan Natrah? Dah jumpa?” Tanya Aidil mengalih cerita.

       “Hm..” Fahmi menggeleng. Tangannya sibuk mengetuk-ngetuk kunci kereta di atas meja.

       “Sudahlah Fahmi, hentikan pencarian kau. Setahun dah pencarian kau. Sampai bila kau nak 
mencari? Cari sahaja yang lain bukannya tak ada yang minat kau. Berderet weh.” Aidil meluahkan pendapat.

       “Aku nak cari siapa lagi? Hati aku hanya pada dia. Biarlah, aku cari Natrah sampai jumpa.” 

       “Aku rasa dia tak sayang kaulah Fahmi. Kau ingat tak, dia tak pernah izinkan kau simpan gambar dia malahan dia tak izinkan kau panggil dia sayang. Padahal sayangkan orang bukan berdosa pun.” Hakimi membuat kenyataan berani mati.

       Berderau darah Fahmi dibuatnya. Nafas Fahmi turun naik menahan geram namun segera diuruskan dengan istighfar. Kalau nak diikutkan nafsu, ingin sahaja ditumbuknya orang yang tak reti menjaga mulut ini.

       “Kau tahu tak apa beza seorang muslimah dengan seorang wanita biasa? Aku lebih kenal dia!” Jawab Fahmi dengan suara sedikit tinggi.

* * *

 
       Hanan menolak kerusi roda Natrah di tepi pantai kemudian berhenti di satu tempat. Tiga sahabat itu sedang asyik bercerita sambil mendengar bunyi ombak yang menghempas pantai. Natrah lebih banyak mendengar cerita kawan-kawannya berbanding bercerita. Tumpuannya lebih tertumpu pada bunyi ombak yang sedang rancak menghasilkan halwa telinga buatnya.

       “Natrah, macam mana dengan pengajian kau nanti?” Tanya Yuyun tiba-tiba
.
        “Alhamdulillah, aku sempat habiskan praktikum aku sebelum kemalangan dulu. Cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi dan pihak kolej terima alasan aku. Aku perlu tangguh pengajian untuk ijazah sampai aku boleh urus diri aku sendiri dengan baik. Aku akan teruskan cita-cita aku. Aku takkan putus asa walaupun tanpa kaki.” Natrah bersuara tekad.

       Hanan dan Yuyun melemparkan pandangan jauh ke tengah laut. Mendengar Natrah yang tekad, mereka besyukur atas nikmat yang Allah kurniakan pada mereka. Ya Allah, pulihkanlah Natrah seperti biasa.. Doa Yuyun dan Hanan.

       Langit berubah warna, hari berganjak malam. Natrah melihat Hanan dan Yuyun sudah nyenyak tidur manakala dirinya masih sukar untuk melelapkan mata. Matanya menatap syiling chalet yang cantik sambil fikirannya melayang entah ke mana. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi piano yang sayup kedengaran. Diteliti lagi bunyi itu. Ya, benar bunyi piano.

        Hatinya mendesak ingin melihat siapa yang memainkan piano tersebut namun semua itu mustahil. Dia ingin ke kerusi rodanya pun sudah payah. Ini pula ingin keluar dan mencari dari mana bunyi itu datang. Lalu Natrah membiarkan sahaja bunyi itu menemani malamnya sehingga dia tertidur.

        Keesokkan harinya, semasa menikmati sarapan pagi di café chalet penginapan mereka, Natrah bertanya kepada pelayan perempuan di situ tentang bunyi piano yang didengarnya semalam. Akhirnya Natrah tersenyum kerana ternyata bunyi yang dia dengar itu datang dari café yang menghadap pantai tempat mereka menginap itu. Kerana café itu terletak tidak jauh daru chalet mereka.

       “Yuyun, Hanan, aku minta maaf. Disebabkan aku, korang tak boleh pergi ke mana-mana walaupun dah sampai Pangkor ni.” Luah Natrah kesal.

       “Alaa relax la Natrah. Kitorang datang sini bukan nak melawat sangat pun tempat ni. Kitorang cuma nak luangkan masa dengan kau je. Nanti rindu pula kan. Lagi pun sengaja pilih tempat ni. Nak bagi kau tenang sikit. Kau jangan risau la. Aku dengan Yuyun gembira je kat sini sebab ada kau.” Ucap Hanan menyakinkan.

       Natrah tersenyum, kemudian bertanya. “Apa nak buat lepas ni?” 

       “Kita buat benda yang kita tak pernah buat nak? Asalkan kita gembira. Yeayy!” Yuyun bersuara gembira.

       Selepas menunaikan solat asar, Hanan mengeluarkan DSLR miliknya. Seronok benar mereka bertiga bergambar dengan perlbagai aksi dan ragam. Sesekali kedengaran suara mereka ketawa memecah. 

       “Weh Hanan, kau ke sana la sikit. Bagi Natrah kat tengah. Okay gaya bebas. Satu.. Dua..”

       Bunyi piano kedengaran lagi. Sayup dari arah yang sama Natrah dengar semalam.

       “Yun, kejap kejap. Bawa aku ke sana.” Pinta Natrah seolah merayu.

       “Kau nak pergi mana ni Natrah? Bunyi piano tu ke?” Tanya Yuyun manakala Hanan nampak buntu.

       “Bawa aku ke café. Cepat sebelum bunyi tu pergi.” Natrah cuba untuk mengerakkan kerusi rodanya. Tudungnya yang berada dekat dengannya segera dicapai. Melihat keadaan Natrah yang bersungguh-sungguh, Yuyun dan Hanan segera memakai tudung kemudian menolak kerusi roda Natrah ke café tadi.


       Setelah mereka bertiga menghampiri seorang lelaki yang sedang bermain piano mewah yang terletak di café tersebut, tiba-tiba Natrah meminta ingin pergi dari situ. Wajah Natrah berubah gelisah. Yuyun bertindak lambat-lambat kerana tidak faham dengan sikap Natrah yang berubah serta-merta.

       Lelaki yang sedang asyik bermain piano tadi tiba-tiba berhenti dan menoleh ke belakang. Sikap Yuyun yang enggan bekerjasama dengan Natrah menyebabkan pergerakkan Natrah terhalang. Hanan diam membatu melihat sikap Natrah yang berubah, namun sebaik sahaja si pemain piano itu menoleh ke belakang, barulah dia faham.

       “Natrah Mawaddah?” Panggil Fahmi kuat dan jelas.

       Semua yang ada di situ memandang wajah Fahmi dan Natrah silih berganti. Bagaikan berjuta cerita yang tersimpan. Setahun pencarian Daniel Fahmi kini terjawab. Natrah yang selama ini lari darinya kini datang kepadanya. Betapa tuhan Maha Berkuasa di atas setiap sesuatu.

       Fahmi melangkah perlahan kepada Natrah kemudian menolak kerusi roda gadis itu ke tempat yang lebih tertutup dari pandangan mata orang ramai ditemani Yuyun dan Hanan di sisi. Sepanjang kerusi roda itu ditolak perlahan, tidak seorang pun bersuara. Hanya sepi bersama air mata Natrah.

       Setelah sampai di tempat duduk yang dirasakan sesuai, Fahmi duduk berhadapan dengan Natrah manakala Yuyun dan Hanan duduk di meja sebelah memberi peluang kepada mereka berdua berbincang apa yang tersimpan di hati.

        “Natrah, kenapa awak lari daripada saya? Kerana saya mencintai awak? Salahkah? Awak kata mahu kita berkawan untuk selama-lamanya lalu perkahwinanlah jalannya! Saya tunggu awak Natrah.. Saya cari awak tapi mereka semua tak nak membantu saya. Saya tak pernah berhenti berdoa supaya Allah kuatkan jodoh kita. Tahukah awak saya hampir berputus asa? Apa salah saya Natrah?!” Fahmi melepaskan semua yang terbuku di hati. Air matanya yang ditahan akhirnya jatuh bersama luahan hatinya. Lebih pedih tatkala melihat insan yang dicari kini tidak mampu berjalan sendiri.

       “Setahun yang lalu, saya kemalangan dan disahkan lumpuh dari pinggang hingga ke kaki. Saya tidak sempurna seperti dahulu lagi. Saya takkan boleh menjaga awak malahan saya akan menyusahkan awak sebab tak boleh uruskan diri saya sendiri. Saya malah terpaksa menangguh pembelajaran saya disebabkan kaki saya! Bagaimana awak fikir saya boleh berhadapan dengan awak dalam keadaan saya yang lemah macam ni Fahmi?” Tersedu-sedu Natrah membalas persoalan Fahmi. Hidung dan bibirnya merah kerana asyik menangis.

       “Lalu awak fikir saya mencintai awak kerana kesempurnaan awak? Awak fikir saya mencintai awak hanya ketika awak sihat dan berdaya? Tolong terima saya Natrah Mawaddah. Jangan tinggalkan saya lagi. Demi Allah, Natrah. Bersaksikan dua sahabat awak, saya ingin awak menjadi isteri saya!” Bersungguh-sungguh Fahmi berbicara menyakinkan wajah yang dirindu berada di depan mata.
       “Saya sendiri masih sukar untuk menerima keadaan saya yang macam ni. Bagaimana saya ingin serahkan diri saya pada awak? Bagi saya masa, Fahmi..” Pinta Natrah. Air matanya jatuh lagi.


* * *

       Fahmi mendekati ibunya yang semakin sihat dari sakit yang pernah ditanggung dahulu. Ibunya sudah boleh berjalan sendiri dan badannya juga sudah semakin berisi. Cantik! Bahagia Fahmi melihat keadaan ibunya yang semakin pulih. Ibu Fahmi yang baru sahaja membaca al-Quran menutup kitab suci itu kemudian menumpukan perhatian pada anak ketiganya.

       “Ibu, apakah yang ada di antara cita-cita dan cinta?” Tanya Fahmi  ingin tahu.

       “Takdir tuhan sayang. Buatlah keputusan yang terbaik untuk Fahmi dan Natrah. Ibu percaya anak ibu sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri.” Jawab Ibu Fahmi sambil membelai rambut anaknya yang kian dewasa.

* * *

(Bersambung)

Cerpen : Irama Cinta Kita 1

Assalamualaikum,

Cerpen trailer. Trailer budak baru belajar~ Erk, cerpen pun nak buat trailer ke? haha. lawak la aku ni >< hentam jela. hah, tapi sebelum tengok trailer, tutup dulu lagu asas dalam blog ni kat bahagian bawah sekali. kalau malas nak baca panjang panjang, tengok trailer dulu. tapi kalau tak sabar, baca jela. tiada paksaan. 




       Fahmi tersenyum girang melihat sahabatnya Natrah sedang bermain dengan adik-adiknya. Setelah hampir setahun tidak bersua, akhirnya hari ini menyaksikan pertemuan mereka. Mereka telah dua tahun berkawan. Segala jerih perih dalam persahabatan telah mereka tempuhi bersama. Benar, Natrah Mawaddah memang sahabat baiknya, dengan izin Allah. Alhamdulillah.

       “Kak Natrah, jomlah teman Min main buaian dekat sana.” Pinta Yasmin yang masih kecil sambil menarik-narik hujung baju Natrah.

       “Kak Natrah, cuba tengok Amir pandai bergayut dekat palang ni.” Giliran Amir pula meminta perhatian. 

       Natrah gembira apabila dikelilingi kanak-kanak. Segala gelagat adik-adik Fahmi dilayan tanpa penat. Kadang-kadang dia ikut sama ketawa kerana gembira. Setelah lama menanti, akhirnya dapat juga dia melawat ibu angkatnya merangkap ibu Fahmi di Shah Alam. Natrah turut mengajak Nurul bersama kerana memikirkan dia bakal bermalam di sana.

       “Min, Amir, jom balik. Dah 6.30 petang dah ni.” Ajak Natrah peka dengan peredaran waktu kerana enggan lewat menunaikan solat maghrib. Yasmin dan Amir memegang tangannya. Nurul hanya melihat ragam anak-anak kecil yang mudah rapat dengan Natrah. Memang tidak dinafikan, Natrah memang mudah menarik perhatian kanak-kanak. 

       “Jom, kita jogging sampai rumah!” Jerit Fahmi kemudian adik-adiknya turut berjogging di sebelahnya.

* * *


       Natrah Mawaddah tersedar dari lamunannya. Teringat kisah lama yang telah mengeratkan hubungannya dengan keluarga angkatnya di Shah Alam. Bibirnya mengukir senyuman. Kini telah 2 tahun berlalu. Natrah Mawaddah dan Daniel Fahmi masing-masing melanjutkan pelajaran ke negeri berbeza dan bidang berbeza. Namun ikatan persahabatan mereka masih bertahan hingga ke saat ini. Walaupun jarang berhubung namun apabila ada masa lapang, mereka saling bertanya khabar.

       Sebagai pelajar tahun akhir pemegang Diploma Teaching English As A Second Language (TESL), dia kini sibuk menjalankan praktikum di sebuah sekolah rendah di Selangor. Setiap hari, ada sahaja bahan bantu mengajar yang disediakan bagi menarik minat pelajarnya mempelajari Bahasa Inggeris. 

       Jam menunjukkan pukul 10.30 malam. Natrah menuju ke jendela biliknya lalu membukanya. Bayu dingin menerobos masuk menyapa mukanya. Natrah menarik nafas dalam kemudian melepaskannya. Sengaja dia ingin menenangkan fikirannya yang kebelakangan ini dipenuhi dengan kerja. Tak lama lagi, dia akan menamatkan diplomanya. Tak sabar rasanya ingin menyambung pelajaran ke luar negara. Itulah impian yang disimpan sejak kecil. 

       Kringg kringg.

      Telefon bimbit Natrah berbunyi. Daniel Fahmi. Segera diangkatnya.

       “Assalamualaikum Natrah. Sibuk ke? Lama tak tanya khabar. Awak apa khabar?” Kedengaran suara Fahmi di hujung talian.

       “Waalaikumussalam Fahmi. Macam biasalah sibuk final year. Alhamdulillah sihat. Awak pula?” Giliran Natrah pula bertanya.

       “Alhamdulillah, sihat juga. Natrah, saya ada benda nak bagi tahu awak ni.” Suara Daniel Fahmi bertukar serius. Dia berjeda seketika. Natrah diam memberi ruang kepada Fahmi untuk menyambung ayatnya.

              “Natrah ingat lagi kan dulu saya ada bagi tahu awak saya akan jadikan awak isteri saya. Saya Cuma nak bagi tahu awak, saya masih dengan hajat saya. Saya ingin menjadikan awak isteri saya. Awak tunggu saya sampai saya tamat diploma ye? Selepas itu saya akan terus jumpa ibu bapa awak.” Ucap Fahmi ikhlas.

        Natrah diam. Dia masih ingat hajat Fahmi yang satu itu. Sesungguhnya jika perkara itu benar berlaku, sudah pasti dialah orang yang paling bahagia. Namun dalam berharap, dia hanya mampu berdoa dalam diam. Suara hatinya dibiarkan sepi. Keutamaannya diberikan kepada pelajaran. Enggan jatuh dalam jerat cinta palsu. Cintanya hanya buat seorang suami.

      “InsyaAllah, jika awak bersungguh-sungguh tentu Allah izinkan.” Setelah lama berdiam diri, akhirnya itu sahaja yang keluar dari mulutnya. 

      Natrah Mawaddah memang seorang yang tegas dalam pergaulannya. Walaupun dengan sahabat baiknya sendiri. Dia tidak akan melunakkan suaranya jika bersembang dan auratnnya dijaga sebaik mungkin. Dia selalu berdoa supaya Allah memelihara kesucian persahabatan antara dia dan sahabatnya kerana dia benar-benar ingin berjumpa sahabat-sahabatnya di syurga nanti.

       Oleh itu, dia berhati-hati dengan perasaan yang Allah hadirkan dalam hati Daniel Fahmi. Gusar andai cinta yang kudus merosakkan persahabatannya atau persahabatan yang tulus mencemarkan cinta yang tak berdosa.

       Tidak dinafikan, Fahmi memang suka mendapatkan perhatian Natrah. Kadang-kadang dipanggilnya Natrah dengan panggilan sayang. Mengamuk Natrah dibuatnya. Kadang-kadang gambar Natrah diambil dalam diam. Apabila Natrah mendapat tahu, terus diminta dilupuskan terus dari telefonnya. Bengang Fahmi seketika namun kerana sayangkan sahabatlah Natrah buat begitu.

       “Jangan terlalu turutkan rasa. Kita masih perlukan masa. Kita ada cita-cita.”


* * *

       Kringggggggg!! Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah telah berakhir. Semua pelajar darjah satu berebut-rebut bersalam dengan Natrah. Natrah tersenyum melihat pelajarnya. Setelah mengemas bukunya di atas meja, dia bergerak ke tempat letak kereta. 

       Apabila dia memandang keluar, pelajar-pelajar darjah empat dan lima sedang asyik bermain kejar-kejar di luar sekolah walaupun telah dimarahi oleh pengawal keselamatan di situ. Natrah segera keluar dan mendapatkan pelajar-pelajar tersebut.

       “Hakim, Aidil, Wafiy. Jangan main kejar-kejar kat luar ni. Bahaya. Duduk dekat kerusi sana sementara tunggu bas sekolah datang.” Arah Natrah. Ketiga-tiga pelajar itu akur namun masih mencuit satu sama lain sambil ketawa. Natrah menggelengkan kepalanya beberapa kali sambil tersenyum. Walaupun sekadar guru pelatih di sekolah itu, Natrah merasakan dia mempunyai tanggungjawab sepenuhnya ke atas pendidikan dan pelajar di situ. Itulah dia, seorang guru.

       Semasa sedang sibuk menguruskan pelajar-pelajar tadi, Natrah terpandang seorang pelajar darjah satu yang sedang teragak-agak untuk melintas jalan. Natrah segera menghampirinya, pelajar itu menoleh. Namun bagaikan halilintar, sebaik sahaja tangan pelajar itu digenggam, sebuah kereta Ferrari menuju laju ke arah mereka. Otak Natrah tidak sempat berfikir panjang lalu ditolak pelajar itu kehadapan namun semua yang berlaku umpama angin lalu. Dia sendiri tidak sempat untuk mengelak. 

       Darah memercik membasahi baju kurung Natrah. Mulut dan kepalanya mengeluarkan darah. 
Semua pelajar yang ada di perhentian bas tergamam bagaikan tidak percaya apa yang terjadi di hadapan mata mereka. Kereta Ferrari itu hanya berhenti sesaat dua kemudian pergi begitu sahaja.     
 
       Teacher Natrah!!” Jerit Wafiy yang paling akrab dengan Natrah. Dia mendapatkan Natrah diikuti pelajar lain. Dalam sekelip mata, orang ramai mengerumuni jasad Natrah. Ayah Wafiy yang baru sahaja sampai turun daripada keretanya untuk melihat apa yang berlaku.

       “Tolong bawa teacher ke hospital ayah! Tolong Wafiy!” Pinta Wafiy yang kini berada di darjah lima. Air matanya jatuh, seragam sekolahnya turut dibasahi darah Natrah.

       Menyedari keadaan mendesak, darah Natrah mengalir kian laju. Ayah Wafiy terus mengangkat Natrah dan meletakkan dia di tempat duduk belakang ditemani anaknya. Dia mengambil semua barang Natrah yang bersepah di jalan raya kemudian masuk ke dalam kereta.

       “Tolong maklumkan pada pihak sekolah. Saya bawa Cik Natrah ke hospital berdekatan.” Jerit ayah Wafiy kepada beberapa orang guru di situ. Keretanya terus memecut laju melihat keadaan Wafiy yang kian gelisah.

       Sampai sahaja di bahagian kecemasan, Natrah dibawa masuk ke bahagian rawatan dengan bantuan beberapa orang jururawat. Sampai di pintu hadapan sahaja kemudian langkahnya terhenti membiarkan Natrah kepada jururawat yang lain.

       “Wafiy ikut ayah. Ayah nak uruskan maklumat tentang cikgu Wafiy di kaunter.” Arah si ayah kepada anak tunggalnya. Wafiy hanya menurut. Dia tidak putus-putus berdoa untuk guru kesayangannya itu. Walaupun baru bertemu, namun kesabaran Natrah dalam melayan kerenah para pelajarnya menyebabkan dirinya mudah disayangi.

       Setengah jam kemudian, beberapa orang guru turut sama menyusul ke hospital. Masing-masing dengan wajah yang risau. Minit berganti jam namun doktor masih belum memberi apa-apa jawapan. Segala usaha dibuat bagi menyelamatkan nyawa Natrah. 

       “Kami masih dalam usaha menyelamatkan nyawa Cik Natrah. Sila maklumkan pada keluarga beliau dan sama-sama doakan untuknya.” Hanya itu yang keluar dari mulut jururawat tersebut kemudian dia masuk semula ke bilik rawatan.

       Guru besar dari sekolah di mana Natrah praktikum memaklumkan hal tersebut kepada pihak universiti. Makluman turut disampaikan kepada ahli keluarga Natrah supaya lebih ramai mendoakan Natrah Mawaddah.

       Setelah 2 jam bergelut dengan maut, doktor mengesahkan bahawa Natrah telah hilang upaya kedua-dua kakinya. Natrah disahkan lumpuh dari bahagian pinggang hingga kaki dan masih dalam keadaan koma. 

       “Cik Natrah telah mengalami lumpuh dari bahagian pinggang hingga ke kaki beliau. Namun beliau masih ada harapan untuk sembuh asalkan beliau kuat.” Ujar doktor dalam lingkungan 40-an itu.

       “Ayah, Wafiy nak teacher Natrah..” pinta Wafiy.



* * *
(Bersambung)