18 January 2013

Kesetiaan menanti yang halal :)

Assalamualaikum,


  
       Bila aku tengok orang lain ada couple, aku tengok dari sudut mood suka suka. mesti diorang enjoy kan. nak berabang sayang bagai. hari hari tengok fon ada 10 misscall, 15 text. tu baru lambat reply, belum masuk merajuk dan bergaduh lagi. hari hari ada orang ingatkan time to eat, time to pray, time to take a bath. erk?--" tapi bila tengok guna akal dan mata. macam buang masa dan duit pun ada. aku rasa satu hari ada RM5 di dermakan kepada talian yang digunakan. lepas tu bila nak study, handphone bunyi encik boyfriend call, message kata bosan dan sebagainya. bila brake pula, kena pula time exam memang haru biru jadinya. tak pasal pasal result hancur hanya disebabkan cinta. tiba tiba cinta dipersalahkan--" Bagi aku, aku tak nak terburu buru pun cari jodoh aku. Biarlah siapa dia or di mana dia atau berapa umur dia sekarang, aku tahu dia akan datang pada masanya. memanglah jodoh perlu dicari tapi tidaklah pada umur 18 tahun yang mentah macam nie.


 


        Bila makcik makcik and orang orang tua tengok aku, dia tanya; "nie dah ada pakwe ke belum ni?" lepas tu aku senyum je and jawab "nak belajar dulu." jawab sambil malu malu. hm.. tak tahu la ayat macam mana lagi nak jawab bagi kedengaran sopan dan tak menjengkelkan. sebenarnya dulu memang pernah couple pun tapi pengalaman la yang bagi aku pembelajaran. lepas tu aku terus menerus berdoa supaya aku tak jatuh hati dekat mana mana lelaki yang bukan suami aku. tiap tiap kali lepas habis solat aku selalu doa macam tu mungkin sebab tu la hati aku macam tertutup kowt. bukan macam tapi memang tertutup. semua lelaki aku anggap kawan. tak ada yang special. mungkin bagi lelaki mudah sangat ucap sayang. mungkin sekadar main main dengan ayat atau apapun alasan mereka. tapi bagi aku, aku memang takkan ucap sayang or cinta dengan mana mana kaum Adam suka suka. aku tak nak bagi orang harapan palsu. aku ada adik lelaki. cuba kalau ada perempuan buat macam tu kat adik aku. apa aku rasa? yupp. memang sakit hati. sebab tu jangan buat kat orang lain :)




        Aku ada banyak benda nak capai sementara masih muda nie. yang paling penting aku nak capai matlamat aku iaitu aku nak belajar betul betul dan berjaya. aku betul betul nak berjaya dan nak study abroad. nak spend time lihat dunia yang indah nie tanpa diikat dengan mana mana ikatan selain ikatan perkahwinan. ikatan suci dan murni. bertunang pun aku tak nak lama lama. kalau boleh nak bertunang 6 bulan - 1 tahun je lepas tu kawen. kalau aku boleh jumpa future husband aku sendiri, aku akan buat la sendiri. tapi aku rasa aku tak boleh la sebab aku tak reti. dari dulu sampai sekarang aku memang nak ibu dengan ayah yang carikan. diorang pun dah tahu and diorang tak kesah pun. biarlah aku bercinta selepas kawen sekalipun. aku tak kisah. ada orang tanya, aku tak takut ke kalau parents pilih nanti depan parents je tunjuk baik belakang tunjuk belang.




       Kenapa kena terburu buru fikirkan tentang kawen sedangkan aku sendiri belum bersedia. zahir dan batin. kemahiran yang aku ada belum mampu lagi untuk mengendalikan sebuah keluarga untuk mencapai redhaNya. Bagi aku kalau kita nak dapat pasangan yang baik, kita kena jadi baik. pendek kata, pasangan kita adalah cermin. jika kita nak pasangan kita begitu maka begitulah kita perlu jadi. dan sekarang aku pun tengah memperbaiki dan bersedia dari sekarang sebelum berjumpa dengan 'dia'. aku baru 18 tahun la. masa depan aku pun tak nampak lagi macammana. walaupun aku seorang perempuan, biarlah aku dapat mengapai segulung ijazah dulu, ekonomi yang stabil, ilmu agama yang cukup dan faham tanggungjawab yang perlu aku galas nanti. Aku yakin, orang yang betul akan hadir pada tempat dan masa yang betul. lagi pun untuk apa kita menyerahkan jiwa dan raga kita kepada seseorang yang belum tentu jadi milik kita? kejarlah cinta Yang Maha Esa sebelum mengejar cinta manusia. Kejarlah cinta ibu bapa kerana di situ terletaknya syurga :)




      buka mata buka minda. inilah yang anak anak muda seusia aku malah lebih muda dari aku seawal tingkatan satu dah pandai bermain cinta! apa yang aku tulis dekat sini, mungkin untuk memperingatkan tentang diri aku tapi orang lain pun perlu nampak alasannya. alasan yang hati kita nie tak boleh diberi sesuka suka hati kepada sesiapa sahaja yang kita suka. adakah hati kita semurah itu? mengucapkan kata kata cinta kepada lelaki ini dan itu dan bila dah brake cari yang lain dan ucap sekali lagi. macammana awak lakukan? saya langsung tak berbakat! tapi bila aku fikir fikir balik, mungkin tuhan nak makbulkan doa aku. sebab tu la aku rasa kosong je dengar kata kata cinta lelaki nie. biarlah mereka terus bermadah nanti dah penat mereka pergilah cari yang lain. bagi aku la kan, aku tak kisah pun dengan lelaki yang tak berapa nak kenal aku datang jumpa parents aku nak melamar aku. aku akan terima dia kalau lelaki tu ekonomi stabil, berpegang teguh pada agama dan berilmu. walaupun aku tak kenal dia. sebab nampak ketulusan dan kesungguhan dia. berbanding lelaki kacak bergaya, kaya, genious tapi tak solat dan ajak couple je. serious aku tak terima.

 


       Kalaulah seluruh dunia tahu bertapa indahnya mencintai sesuatu yang halal berbanding mencintai sesuatu yang belum pasti jadi milik kita, mesti tiada istilah couple lagi. Dengan izinNya, aku takkan mencintai mana mana lelaki yang bukan suami aku dan semoga Allah memelihara aku dari memilih lelaki yang salah sebagai suamiku. 

Dear Future Husband,

Walau dimana pun awak berada sekarang, walau siapa pun awak, semoga awak dirahmati Allah. mungkin terlalu awal untuk saya mengucapkan perkataan 'future husband' tapi saya nak awak tahu saya setia menunggu awak walaupun kita masih lagi belum berjumpa. saya tak tahu dimana kita akan berjumpa tapi tuhan pasti akan pertemukan kita pada waktu yang betul. Jaga diri, hati dan iman awak baik baik. saya selalu doakan kesejahteraan awak.

sincerely,
Nurul Azwa


No comments: