20 March 2014

Kermit Yep

Good evening,


       I just wanna say, I miss you like crazy budak! Balik Malaysia cepat then boleh kita jumpa :D Don't you think so? I listened to your voice note in wechat so many times. It had been so long time we did not chatting. Don't you know I miss you? So reply it soon okay. haha

Kbai

19 March 2014

Suhaida MK Marriage and ...

Assalamualaikum,

Pictures by Suhaida Mustaffa Kamal
 


       Suhaida Mustaffa Kamal dah kahwin?! Alhamdulillah. Tahun ni dua orang kaksu yang aku kenal dah kahwin. Sorang bulan Februari, sorang Mac. Its okay, aku cerita Kaksu Kuis dulu. Nanti sorang lagi kaksu dah upload gambar, aku membebel lagi. *sempat pulak aku nak membebel masa exam ni kan. biasalah, internet laju :P* haha. lambat kan aku punya info? dah beratus budak Kuis dah tahu. tapi lantak la. aku baru add dia nak buat macammana --" Kaksu punya suami nama dia Lukman. Tu pun aku tahu sebab aku tengok dekat FB beliau. heheh. Kaksu akad nikah dekat Masjid Kuis. Sweet je. Kata hati aku buat teori sendiri. Kaksu : antara cita dan cinta. Cita-cita dia bermula di Kuis dan Kuis juga merupakan saksi cinta dia apabila akad dilafazkan. Hebat bukan? Tengok gambar kaksu ni, aku teringat sesuatu.


       To be honest, nasihat untuk diri sendiri jugak. Aku tak berani comment lebih sebab aku tahu aku berada di sekeliling ustaz dan ustazah. Ini hanya pendapat peribadi. Bercinta tu tak salah, suka orang pun tak salah tapi biarlah dengan niat nak menikahinya. Dengan cara menjaga nilai cinta tu sendiri. Dengan cara menjaga maruah diri masing masing. Lagi-lagi kalau lelaki tu lelaki yang baik. Tapi jangan la berlebih lebihan sangat dengan cinta tu. Tengah belajar kan, kena la tahu keutamaan untuk diri sendiri. Keutamaan bagi seorang pelajar itu adalah belajar. Maka belajarlah dengan bersungguh-sungguh dan jagalah cinta itu. Pegang satu benda je, jodoh itu milik Allah. Genggamlah sekuat manapun, tariklah serapat manapun, tak ada jodoh tetap tak ada. Campaklah sejauh manapun, pisahkanlah selama manapun, jika jodoh itu ada, ia tetap ada.


       Remaja itu ada cita-cita, remaja itu ada cinta. Tentukanlah mana yang terbaik untuk kamu. Aku sendiri ada cita-cita. Aku utamakan cita-cita buat masa ni. Aku belajar dan kadangkala terlupa semua. Aku kadangkala terlalu leka kejar cita-cita. Bila dapat rehat pulak, aku terleka dengan kelapangan yang ada. Aku bangun semula demi cita-cita. Masa menyaksikan bagaimana aku perlu lawan untuk capai apa yang aku nak. Aku bukanlah pelajar yang belajar sikit tapi terus dapat. Malah selepas aku belajar sungguh-sungguh pun, aku hanya mampu mencapai HAMPIR sahaja. Kau tahu bagaimana aku terlalu utamakan cita-cita. Tapi kalau ada keadaan yang memaksa aku untuk mengubah keputusan, untuk kebaikan bersama, aku tak ada masalah untuk beralah. Ia terpulang balik kepada kita untuk mencorakkan masa depan kita. Apapun, letaklah Allah sebagai keperluan tertinggi kita sebab kita sentiasa perlukan Dia.

WaAllahu alam.


       "Kehidupan ni macam kita nak bawa kapal terbang. kita sebagai pilot, kita je yang tahu hala tuju kita, kita je yang tahu destinasi kita. kita je yang tahu kita nak jadi apa satu masa nanti.. Kala kita berusaha untuk sampai ke destinasi, insyaAllah, Allah akan tolong kita, kalau sebaliknya, yakin lah Allah bagi sesuatu kepada manusia apabila sesuai dan tepat pada waktunya. Awak, yakin tau. Jodoh tu akan sampai tepat pada waktunya. Yakin pada Allah."
-Suhaida Mustaffa Kamal-

       "Kaksu, terima kasih sebab tanpa akak sedar, aku selalu bagi saya semangat. Akak melayan saya walaupun masa tu akak tengah sibuk praktikum. hee~ kaksu, tahniah ye? Selamat Pengantin Baru! Semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Semoga sentiasa di dalam rahmat Allah. Aminn.."
-Nurul Azwa Addy-

SUHAIDA : ANTARA CITA DAN CINTA




13 March 2014

MH370, Pray for them.

Bismillah



       Dimana kau sekarang? Adakah kau berada dalam keadaan selamat? Please say yes.. everyone in Malaysia and even world are waiting for the answer. Mengapa tiba-tiba kau menghilang? Please come back. We are waiting for you. Seluruh dunia menanti berita dari kau. Aku lihat keliling, masing-masing berdoa terus berharap. Mereka takkan berhenti berharap. Jangan pergi terlalu lama, jangan biarkan mereka menanggung rindu yang terlalu lama. Aku memilih untuk tidak berlebih-lebihan sebab aku yakin kau akan kembali. Aku doakan kau kembali dengan selamat :)

       Ya Allah, selamatkan pesawat Malaysia. Pelihara mereka dari apa-apa bencana. Kembalikan mereka ke alam nyata. Ya Allah, ghaibnya mereka atas kehendakMu, munculnya mereka dengan izinMu. Tamatkan penantian Malaysia, dengarlah doa dunia. Kami hanya bergantung harap padaMu. Kami mohon, kembalikan mereka.



       Jika kita mencintai seseorang, kita pasti mahukan yang terbaik untuk dia. Hakikatnya, kita berada di dalam genggaman Kekasih yang mencintai kita. Kita percayakan Dia. Ya, kita percayakan perancanganNya. Kita takkan apa-apa. Tuhan tahu apa yang terbaik untuk mereka. Sains takkan dapat mengatasi kuasa tuhan. Kita bercakap tentang kekuasaan tuhan. Kembali pada pencipta, beriman pada yang Esa.

       Mungkin aku tiada kaitan dengan pesawat itu untuk bersedih. Tiada keluarga atau kenalan aku dalam pesawat itu. Alhamdulillah. Tapi selama mana kau mampu bahagia dengan sesuatu yang lain sedangkan ramai orang bersedih atas perkara yang sama? 239 orang yang berada di dalam sana mempunyai orang-orang yang menyayangi mereka yang sedang bersedih. Apalah erti kebahagiaan kita andai orang lain sedang bersedih.. Sedih kau tak keseorangan, kami tanggung bersama.


O Allah, please ease everything.
#PrayForMH370