09 January 2013

friends through high and low

assalamualaikum



       Kawan. satu patah perkataan yang semua orang pun tahu apa maksudnya tanpa merujuk kamus :) macam.. kita dah selesa kawan dengan dia, tiba tiba ada orang nak putuskan persahabatan kita. agak agak, mampu tak mereka lakukannya? tak. mereka takkan mampu memutuskan sebarang ikatan persahabatan yang kuat dan utuh. walaupun mereka berjaya membuatkan salah faham menang, tapi di hati sepasang sahabat itu masih ada satu perkataan iaitu 'trust'. perkataan tu yang mampu menguatkan lagi ikatan persahabatan yang dah diikat mati di alam fana nie. pengakhirannya, mereka tetap akan berkawan untuk selama lamanya.

      
       Bayangkan, dah banyak kita habiskan masa bersama dia. ketawa, senyum, makan, main gitar or even tak segan pun menangis depan dia. kita kongsi masalah dengan dia. bukan bermakna kita tak percayakan tuhan Yang Maha Berkuasa tapi apabila seorang sahabat datang pada kita dan risau melihat keadaan kita, dengan serta merta mulut kita akan bercerita semuanya masalah yang ada dan kemudian kita rasa lapang. kita pernah bergaduh dengan dia, bermasam muka tapi until now kita masih berbaik dengan dia. sebab dia kawan kita. masa kita jatuh, dia pimpin kita untuk bangun. berdiri dan berjalan seiring kita. tapi, tak semua orang sebertuah kita. tak semua orang dapat kawan seperti kita. kawan yang setia di sisi through high and low.



       Bila dia ketawa, ramai orang di samping dia. bila dia kaya, semua orang keliling dia buat buat turut sama gembira. tapi bila risau, dia mencari mereka yang tadinya mengelilinginya. tiada. mana mereka? adakah kawan khas untuk masa suka dan senang je? kalau sahabat sejati boleh dibeli dengan wang ringgit, sebutkan sahaja harganya. dia akan beli. tapi tiada. sahabat sejati tidak dijual di Mid Valley ataupun  Pavillion. kenapa jadi begitu? adakah tuhan tu tak adil kerana orang lain ada BFF tapi dia hanya kawan lima saat. sedih dihantuk sebak! tuhan tolonglah aku..

        Dia berdiri di hadapan cermin berjam jam untuk tanya diri sendiri. apa kekurangan aku? aku kacak, aku kaya, aku pandai, tapi kenapa kawan yang ada hanya pada waktu senang je? adakah aku perlu berkorban demi seorang sahabat? seorang sahaja dia tak minta lebih. 

 

       Satu satunya perkara yang aku mampu cakap adalah, tabahlah. renung kelemahan kita dari dalam bukan kelebihan kita. tanya, aku nie selalu mengutuk orang ke? aku nie suka cakap lepas ke, betul. kita memang tak boleh hidup dengan fake tapi kalau tu perkara buruk and orang sekeliling tak boleh terima why not kita tinggalkan je? kadang kadang benda yang kita suka yang kita sangka baik untuk kita sebenarnya membawa keburukan pada kita tapi benda yang kita tak suka buat, benda yang kita rasa 'asal aku kena buat pulak?' sebenarnya baik untuk kita. cubalah mana tahu rezeki kita Allah hadirkan kawan sejati setelah lama menunggu :)



No comments: