10 November 2011

ciri ciri sahabat sejati (karangan final exam selangor)

Assalamualaikum,


" karangan nie keluar masa final exam 2011 tingkatan 4 untuk negeri selangor . so aku harap, karangan nie dapat membantu korang yang memerlukan and kalau nak jadikan sebagai contoh karangan korang, dipersilakan. :) markah penuh untuk karangan nie, 100 but i just got 96 only. so kalau salah, harap maaf and tolong betulkan ye? here we go! "




    Sahabat sejati sukar untuk dicari apatah lagi untuk dimiliki. Untuk mencari kawan begitu mudah, namun untuk mencari seorang sahabat sejati umpama mencari sebutir mutiara di tengah lautan dalam. Berapa ramaikah kawan yang sanggup bersusah payah bersama kita? Di saat kita ketawa menikmati indahnya kehidupan ini begitu ramai kawan bersama kita. Namun apabila kita bersedih, menangis terjatuh dan menyalahkan takdir kita lihat sekeliling mencari suara tawa yang menemani kita tadi, tiada. Di manakah mereka saat kita perlukan teman tempat bergantung? Di manakah mereka saat kita perlukan suara semangat bagi membantu kita bangun dan berjalan semula? Ya. Mereka hanya kawan yang akan bersuka bersama kita namun tidak rela berduka bersama.

       Pada zaman yang serba moden ini, lebih ramai kawan yang 'gemar menangkuk di air yang keruh' jika hendak dibandingkan dengan sahabat sejati. Mereka lebih gemar mengambil kesempatan ke atas kekurangan kita. Sahabat sejati adalah seorang yang sanggup membela hak kita. Seperti Hang Jebat yang ingin menuntut bela di atas kematian sahabat yang sudah dianggap seperti saudaranya sendiri, Hang Tuah. Di fikirannya, Tuah haruslah mendapat pembelaan walaupun sehingga ke titisan darahnya yang terakhir. Mampukah seorang kawan biasa berbuat sedemikian rupa? Tidak, hanya sahabat sejati yang mampu.


       Seorang sahabat sejati juga sanggup bersusah payah bersama kita.  Dia tidak akan terus membiarkan kita dalam kesusahan. Dia tidak akan sanggup melihat kita menderita malah turut bersama-sama merasai penderitaan itu. Contohnya ketika Nabi Muhammad s.a.w dan sahabatnya Abu Bakar di Gua Hira'. Baginda sedang tidur dan Abu Bakar melihat ada seekor ular mengeluarkan kepala dari lubang gua untuk mematuk baginda. Saidina Abu Bakar tidak sanggup ingin mengejut baginda lalu dia menutup lubang tersebut menggunakan tangannya. Apabila Rasulullah terbangun dari tidur, dia mendapati wajah sahabatnya begitu pucat menahan sakit. Sungguh tinggi nilai persahabatan yang ada dalam diri Abu Bakar.

      Selain itu, sahabat sejati juga seorang yang setiakawan. Dia ada bersama kita saat semua orang meninggalkan kita. Dia tetap mendekati kita saat semua orang menjauhi kita. Ya, saat itulah kita mengenali siapa sebenarnya sahabat sejati kita. Sahabat sejati terus menjadi lilin yang membakar api semangat untuk kita meniti hari esok dengan kuat dan tabah.

      Selama ini kita mencari-cari teman sejati untuk menemani perjuangan dalam kehidupan ini. Puas kita mencari di setiap sudut  di muka bumi ini namun masih belum ditemui. Usah risau, seorang sahabat sejati akan bersama kita dengan relanya tanpa dipaksa. Menerima dengan ikhlas kelemahan dan kekurangan yang ada dalam diri kita. Sahabat sejati tidak akan memburuk-burukan kita malah akan saling melengkapi antara satu sama lain. Sahabat seperti ini sukar untuk dicari. Andai dia pergi buat selama-lamanya hidup ini akan menjadi kosong lebih dari nilai kosong yang sebenarnya. Pemergiannya dirasai dan tak mungkin berganti.

      Kenangan bersama sahabat sejati menjadi kenangan terindah yang tertulis si setiap helaian diari kehidupan kita. Seorang sahabat sejati akan sentiasa membimbing sahabatnya di jalan yang benar. Dia tidak akan membiarkan sahabatnya terus di landasan yang salah. Seorang sahabat sejati adalah orang ynag membimbing sahabatnya ke syurga dan saling mengingatkan apabila terlupa. Firman Allah dalam Surah Al-Asr, demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.

      Seorang sahabat seharusnya bersikap jujur,boleh menyimpan rahsia dan menganggap sahabatnya seperti darah dagingnya sendiri. Menyimpan rahsia yang diamanahkan seperti menjaga maruahnya sendiri. Begitu tinggi nilai sahabat sejati sehingga nilainya dapat mengalahkan intan dan permata. Sahabat sejati tidak akan menjadi 'seperti duri dalam daging' dan tidak pula menjadi 'seperti api dalam sekam.' Dia memiliki semangat setiakawan dan kejujuran yang menebal dalam diri.

      Suatu hari, kita diherdik dan dihina kerana memiliki rupa yang hodoh dan tak punya apa-apa. Kita merasakan kesunyian di tengah ramai. Malunya kerana merasa maruah diri dipijak-pijak. Hendak bersuara namun siapalah kita. Kita hanya mentimun dan mereka durian. bergolek kita sakit, digolek pun kita sakit. Saat ini sahabat sejati datang bagaikan wira. Sekeliling yang gelap tadi kini bercahaya. Sahabat sejati tadi sanggup merendahkan dirinya dengan menggengam tangan kita dan memapah untuk bangun dan mematahkan kata-kata mereka. Seorang sahabat sejati bukan sahaja memiliki sifat simpati malah berempati terhadap kita. Pada era globalisasi ini, pasti sukar untuk mencari sahabat seperti ini. Malah ada yang sanggup tidak mengaku kawan hanya kerana sifat malu kerana mempunyai sahabat yang dibenci masyarakat.

      Sedarlah semua, kita bukan berada dalam dunia fantasi mahupun cerita dongeng untuk melakukan penindasa terhadap orang lain. Sahabat sejati tidak akan menindas sahabatnya sendiri malah akan bersama-sama bangkit untuk terus maju dalam apa jua cara sekalipun. Dia akan seiring tangan dan berganding bahu bersama kita dalam melawan arus rintangan dunia ini.

     Sebagai kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa untuk mencari seorang sahabat sejati amat sukar sekali. Ini kerana, sahabat sejati tidak berada dimana-mana walaupun kita merentas lautan api, kita mendaki gunung yang tinggi waima masuk ke dalam hutan yang tebal sekalipun kita tetap tidak akan menemuinya. Sahabat sejati tidak diperdagangkan dan tidak boleh diwarisi kerana ia lahir dari hati yang ikhlas. semoga sahabat seperti ini tidak akan pergi meninggalkan kita dahulu. Jika boleh, biarlah kita yang melelapkan mata buat selama-lamanya dahulu kerana tidak sanggup merasakan kekosongan apabila ditinggalkan sahabat seperti ini.
(832 patah perkataan)




thanks for reading ^^ bye bye :)



05 November 2011

Maha Pemurah

assalamualaikum,



       Surah Ar Rahman nie antara  surah yang palingggggg aku suka. aku baca berulang ulang kali terjemahan dia since aku tingkatan dua kalau tak silap. tersentuh sangat dengan maksud dia. kalau baca surah nie pun rasa sebak je :') dekat sini aku sertakan terjemahan dia. jom kita baca tentang sifat Allah, Ar Rahman. here we go! :D

 

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. [1] Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. [2] Dia lah yang telah menciptakan manusia [3] Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. [4] Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu [5] Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. [6] Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan [7] 





Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan [8] Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. [9] Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain: [10] Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; [11] Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum; [12] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? [13]




Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar [14] Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang; [15] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [16]



(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat [17] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [18]




Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu [19] Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya [20] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [21]



Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan [22] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [23] Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang [24] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [25]



Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa [26] Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan: [27] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [28]





Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! [29]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)? [30]




kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! [31] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [32] Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! [33] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [34]




Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu); [35] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [36] Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak [37] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [38]




Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya) [39]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [40] 



Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka) [41] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [42]
 Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ". [43] Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya! [44] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [45]



Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga [46] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [47]




(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan[48]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [48]


Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir[50]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan. [51]








Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa). [52] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [53]





Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik. [54] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [55]


Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin; [56] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [57]








Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan. [58] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [59]







Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga? [60] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?  [61]




Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua); [62] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [63]Kedua-duanya menghijau subur tanamannya; [64] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [65]





TO BE CONTINUE

Maha Pemurah (sambungan)


maha pemurah sambungan..


Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya: [66] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [67] Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima, [68] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [69]




Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya; [70] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [71] Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing; [72] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [73]






(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin; [74] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [75]
 
 

 

Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah. [76] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? [77] Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.[78]

      and aku dapat tahu, dekat ayat yang ke-19 telah membuktikan kewujudan 2 sungai dekat selatan africa berdekatan dengan Cape Town yang mengalir ke dalam laut yang sama. tapi, air kedua-duanya tidak bercampur rasanya dimana sebahagian laut berasa masin dan sebelah lagi berasa manis.Sungai dan laut ini hanyalah detemui pada awal abad ke 20 oleh manusia tetapi telahpun dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran nya sebelum 1400 tahun dahulu lagi. Maha suci Allah :)

rapuh by opick

assalamualaikum.

sedihnya dengar lagu nie.. :( rapuh


           hari demi hari terus datang dan pergi. kita tak sedar pun, cepatnya masa berlalu.. tak terasa pun kita setabah nie. macam-macam kesedihan dan kegembiraan kita dah lalui. kita ketawa, kita menangis, kita jatuh, kita bangkit. semuanya terlukis bagai lukisan atas kanvas kehidupan.



 
    kadang-kadang kita rasa sunyi. entah kenapa rasa seolah-olah semua orang menjauhi kita. meninggalkan kita. sepi menjadi mimpi yang menemani, air mata jadi teman sejati. tapi kenapa kita masih tak sedar, Dia bersama kita? tidak pernah sesaat pun menjauh atau meninggalkan kita. ya, tidak pernah sekali pun Dia mengabaikan kita. kerapuhan iman dalam mengatur langkah mencari keredhaanMu kadangkala mengundang ketidaksetiaan kepadaMu. godaan iblis melemahkan aku, kecewa. bagaimana aku boleh tewas dengannya?! namun, percayalah tuhanku bahawa hidup mati ini hanya untukMu. Cinta dan jiwa ini tak pernah berpaling darimu. cinta ini kuteguhkan padaMu kerana kaulah pemilik cinta terulung. Ya Allah, ampunkan aku bila hatiku tidak sempurna mencintaiMu.. kerap aku lupa dan hanyut dengan belaian dunia yang palsu ini namun percayalah bahawa dalam hatiku hanya ada engkau tuhanku. masa terus berlalu, semua yang hidup akan kembali padanya..