05 November 2011

rapuh by opick

assalamualaikum.

sedihnya dengar lagu nie.. :( rapuh


           hari demi hari terus datang dan pergi. kita tak sedar pun, cepatnya masa berlalu.. tak terasa pun kita setabah nie. macam-macam kesedihan dan kegembiraan kita dah lalui. kita ketawa, kita menangis, kita jatuh, kita bangkit. semuanya terlukis bagai lukisan atas kanvas kehidupan.



 
    kadang-kadang kita rasa sunyi. entah kenapa rasa seolah-olah semua orang menjauhi kita. meninggalkan kita. sepi menjadi mimpi yang menemani, air mata jadi teman sejati. tapi kenapa kita masih tak sedar, Dia bersama kita? tidak pernah sesaat pun menjauh atau meninggalkan kita. ya, tidak pernah sekali pun Dia mengabaikan kita. kerapuhan iman dalam mengatur langkah mencari keredhaanMu kadangkala mengundang ketidaksetiaan kepadaMu. godaan iblis melemahkan aku, kecewa. bagaimana aku boleh tewas dengannya?! namun, percayalah tuhanku bahawa hidup mati ini hanya untukMu. Cinta dan jiwa ini tak pernah berpaling darimu. cinta ini kuteguhkan padaMu kerana kaulah pemilik cinta terulung. Ya Allah, ampunkan aku bila hatiku tidak sempurna mencintaiMu.. kerap aku lupa dan hanyut dengan belaian dunia yang palsu ini namun percayalah bahawa dalam hatiku hanya ada engkau tuhanku. masa terus berlalu, semua yang hidup akan kembali padanya..

No comments: