30 April 2013

Bahayakah fitnah cinta?

Assalamualaikum,

       Dekat entry ni, saya bukan nak hurai apa apa berkaitan cinta fitrah atau cinta fitnah. Saya cuma nak berikan luahan dan nasihat terutama pada diri saya sendiri. Saya masih ingat lagi bila ada seorang junior bagi tahu saya, "kak, nak tahu jodoh kita, kita kena merapatkan hubungan. and for your information, couple tu tak haram. sebab couple ni boleh mengenali antara satu sama lain. mengeratkan lagi. yang menjadi haram tu apabila kita berzina atau bermaksiat." masa tu saya memang tak balas secara panjang lebar sebab takut dia tak boleh terima. saya hanya menjelaskan bagi saya, couple ibarat bunga-bunga zina. Saya masih ingat lagi pesan Allah dalam surah Al-Isra' ayat 32 "dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan." Dekat sini, Allah bukan sahaja kata jangan berzina malah jangan menghampiri zina.

       Saya ada pendapat dan hujah saya sendiri. terpulang kepada masing-masing untuk menilainya. cuma ingatlah, bila perasaan sayang dah mengusai, benda lain akan dipandang buta sahaja. Saat itulah cinta yang sebenarnya fitrah menjadi fitnah. Saya bukanlah pelajar sekolah agama yang sentiasa diberi update tentang ilmu agama dari semasa ke semasa. tapi disebabkan kekurangan itulah saya cuba mencari apa yang saya tak pasti dalam hidup ni. saya mencari dengan membaca buku. dan buku tu pulak, saya rujuk dengan Al-Quran dan terjemahannya. bukanlah secara meluas, sekadar untuk rujukan diri sendiri. Saya tahu dalam Al-Quran ada khazanah. Bukan sekadar untuk menghalau jin dan dibaca ketika ada orang meninggal sahaja tetapi secara menyeluruh. Saya percaya dalam Al-Quran ada semua jawapan yang diperlukan cuma kita perlu rajin mencar. disamping itu, banyakkan tengok cerita bermanfaat. Macam Reset Minda, Kalau dah Jodoh dan sebagainya.
 

       Bila difikirkan balik, bercinta memang seronok. sebab hari hari ada orang ambil berat tentang kita. Bila kita sering dibuai dengan ayat-ayat cinta, kita akan terawang-awangan. Kita pun sibuk mengejar cinta manusia sedangkan untuk mendapatkan cinta Allah pun kita masih terumbang-ambing. Bagaimana? Itulah yang saya risaukan tentang adik-adik saya. Mereka semua sedang meningkat remaja, pasti ada dugaan tentang cinta. Tapi alhamdulillah, saya bersyukur sangat sebab adik-adik saya selalu minta pendapat saya dan bercerita masalah mereka. Apabila antara saya dan adik-adik saya tiada rahsia, senanglah saya menjaga amanah Allah ni dengan baik. Kakak manakah yang akan membiarkan adik-adik mereka leka? Kakak manakah yang sanggup membiarkan adik-adik mereka jauh dari jalan Allah? Sesungguhnya untuk menjadi seorang kakak bukanlah tugas yang mudah. Ingat, dibawah mereka ada amanah. Jadi, ingatlah pesan ini, walau sekuat manapun dugaan cinta menguji, pagarkan diri dengan cinta hakiki. Iaitu cinta abadi dan kekal sejati.

       Nasihat saya pada adik-adik, terutama adik-adik saya dan diri saya sendiri. Saya tahu apa yang mereka rasai, saya tahu bagaimana hati mereka teruji. Saya pun sedang melalui zaman itu, masakan saya tidak tahu? cuma, bila ada rasa yang berputik di hati, kuatkan diri. Lawan balik. ini bukanlah masa yang sesuai sebab perjalanan kita masih jauh. Takkan nak biarkan cita-cita kita terbengkalai angkara cinta dusta? Jika itu berlaku, jangan sesekali salahkan takdir. salahkan diri sendiri kerana tak pandai mengurus perasaan tu. jangan salahkan orang lain, kerana orang lain dah banyak kali bagi nasihat. Kita yang tak nak dengar nasihat tu. Sanggup ke kita tengok ibu bapa kita bersedih sebab anak dia tak nak belajar tapi nak bercinta. Bila suruh kahwin, tahu pula tak nak. kalau tak nak kahwin kenapa gatal sangat nak bercinta? semuanya boleh menganggu pelajaran. Kalau tak nak pelajaran terganggu, sibukkan diri mencintai buku, sibukkan diri mencintai majlis-majlis ilmu, sibukkan diri bermunajat di malam hari. 

 

       Saya masih ingat lagi cerita adik saya yang berumur 14 tahun. kawan perempuannya minta couple pada seorang lelaki yang tua setahun darinya. Amboi, baru tingkatan 2 sudah pandai bermain cinta. Dulu masa saya tingkatan 2, saya tahu main game dekat myspace je tau :) Sebenarnya, jika perempuan buat macam tu, boleh dianggap dia telah merendahkan maruah diri dia. menjatuhkan harga diri dia yang sepatutnya diletakkan di tempat tertinggi. Bukankah malu itu sebahagian daripada kecantikkan muslim? Itu bukan ciri-ciri seorang muslimah. Seorang muslimah takkan menawarkan dirinya untuk bercouple dengan seorang lelaki. Lagipun, benarkah itu cinta? Cinta itu bersih dan kudus. jika jalannya penuh debu, itu bukan cinta sayangku. Boleh kalau perempuan nak mulakan tapi gunakan khidmat orang tengah yang baik. Oh but wait! not now, buat bila awak dah sedia nak kahwin nanti. seokarang tingakatan 2, sila belajar. banggakan ibu bapa.
 

        Akhir sekali, jagalah diri kita sebaik-baiknya. Jaga hati dan iman kita juga. Menjadi manusia, janganlah mudah dipermainkan. Jika diuji, tepis dengan rasa takut kepada Allah. Jika rindu, mengadu dekat Allah. tak mengapa, Allah ada. Jika kita menjaga batas-batas cinta itu dengan baik, Allah pasti menjaga kita. Ustaz Azhar kata, bercinta tu tak salah cuma kadangkala cara itu yang salah. Ingat, ada cinta yang lebih penting harus kita capai. Cintanya meliputi seluruh langit dan bumi. Sifat Ar-Rahimnya menerobos masuk ke setiap pelusuk dunia ini. muhasabah sejenak, jika terlalu banyak kemanisan yang kita capai sebelum nikah, semakin berkuranglah kemanisan yang akan kita dapat selepas nikah nanti. Siapa kata kalau bercinta kena tengok muka? We love Rasulullah. Islam ni cantik. Islam ada cara untuk mengenal hati budi pasangan. Jika nak tahu, banyakkan membaca dan pergi majlis ilmu. Tengok Astro Oasis dengan TV Al-Hijrah. Banyak ilmu di dalamnya. Last but not least selalulah bersangka baik dengan Allah :)

No comments: