10 May 2013

Strive to Mardhatillah

Assalamualaikum.

       Iman perlu diteguhkan, andai tersungkur, bangkitlah kembali. Jangan pernah berputus asa dengan rahmat Allah. Allah Maha Penerima Taubat, walau dosa kita bertimbun timbun pun, Allah kesayangan kita masih lagi sudi mengampunkan dosa kita. Hebatnya Allah.. Sifat Ar-Rahimnya terus menyelinap ke dalam jiwa hamba-hambanya. MasyaAllah! Kadangkala langkah yang kita atur tersasar, kita tersungkur di perjalanan. Menangislah kita di malam sunyi, berlagu hiba memohon keampunan dari Yang Maha Esa. Tuhan, Ampunkan aku! aku hanya manusia yang lemah! diriku kerap melakukan dosa! Aku memohon keampunan darimu! terimalah taubatku wahai tuhanku.. menangis lagi. air mata kian laju turunnya. tersedu sedan berteleku di atas sejadah. Mengenangkan dosa-dosa yang telah banyak kita lakukan. "Wahai tuhan, diriku ingin berubah. Tapi mengapa sukar ku rasakan? Adakah kerana dosa ku sudah terlalu banyak? Bimbinglah langkahku wahai tuhanku.. Aku benar-benar lemah tanpaMu..." dengan sisa air mata yang tinggal, dia lena dalam belaian tahajud sepertiga malamnya.


       Kita sering terpedaya dengan dunia. Hati dan jiwa kita asyik mendengar bisikan nafsu je. Hati kita dah kotor, antara bisikan iman dengan bisikan nafsu pun kita tak dapat bezakan lagi. Tidak takutkah kita? Wahai Allah, janganlah kau tarik nyawaku dalam keadaan aku yang masih kufur dengan nikmatmu.. Doa kita. tapi kita masih tidak melakukan apa apa. Kita masih belum bertaubat, kita hanya berdoa. Tahukah anda, orang yang ingin bertaubat itu umpama orang yang ingin mencabut pohon yang mengganggunya. Namun, apabila dia merasakannya susah, dia menangguhnya esok atau lusa atau minggu depan atau.. bila lagi? Wahai jiwa yang hidup, teguhkanlah iman dalam diri semoga nanti kita akan merasai bertapa hebatnya nikmat ilahi dan semoga kita akan dirahmati sepanjang hidup. Setiap malam, mohon la pada Allah agar diberi secebis keinsafan sebagai bekalan sepanjang kehidupan. Dengan secebis keinsafan tu la, semoga kita dapat mengingatkan diri agar tidak jauh dari Dia yang Maha Dekat. Itulah ujiannya, semakin jauh kita dariNya, semakin dekat Dia menghampiri kita. Semakin kita mendekatiNya, semakin kuat pula Dia menguji kita. Ujian ini adalah sebahagian daripada tanda cinta daripada Dia.

       Perjuangan ini mungkin susah, kita perlu mencapai semuanya. Kemanisan iman adalah tersangat manis. andai kita kehilangannya, kita adalah manusia yang benar benar rugi. Susah payah dalam mujahadah ini, terselit berjuta hikmah. Allah maha cantik peraturanNya. Kita sebagai hamba perlu beriman dengan apa yang telah ditetapkanNya. Walaupun kerap kali tersungkur, bangkitlah demi kemenangan dan demi Jannah :) Wahai Allah, aku hanya manusia biasa, yang selalu melakukan dosa. Dosaku terlalu banyak, aku pula terlalu lemah. Senang digoda dengan nikmat dunia. hatiku juga rapuh. namun ku tahu, selagi aku tidak berputus asa daripada rahmatNya, selagi itulah aku mampu mengapai kasihNya. Akan ku teruskan perjuangan ini, hingga akhir nafasku. Pintaku Wahai Allah, tariklah nyawaku saat aku sedang bersujud kepadaMu.

Nak jadi muslimah sejati tu susah, mukminah tambah susah, mujahidah juga payah, istiqomah lagi payah. Namun susah payah itu takkan ku endah. akan ku gagah, akan ku tabah. Demi Allah, demi solehah. kerna akhir pasti indah. yakni kemenangan atau Jannah!

No comments: