13 May 2014

Cerita Cinta Tanah Suci

Assalamualaikum,


       Ada 2 cerita berbeza yang aku nak ceritakan hasil perhatian aku masa buat umrah 1 mei 2014 hari tu. haha. tak senonoh azwa suka perhatikan orang >< well, aku belajar ouh masa memerhati. kepoci betul lah. dan aku bersyukur sebab Allah bagi aku belajar melalui orang orang macam tu. sampai ada sekali masa lepas mikat di Bir Ali untuk umrah wajib, aku menangis sebab sedar hakikat tu.

       Cerita pertama adalah tentang sepasang warga emas. aku kenalkan diorang sebagai nenek dan datuk sebab aku pun tak tahu nama diorang siapa. heheh. kenapa diorang yang aku nak ceritakan kat sini? sebab umur datuk tu 73 tahun. nenek tu aku tak tahu. tapi dua dua dah tua sangat. datuk tu menggigil je, kencing manis and sakit jantung. nenek tu sakit lutut, tak boleh berdiri lama lama. masa first aku start perhatikan pasangan ni sebab masa tunggu imigresen nenek tu duduk sebelah aku sebab bapok lama gila kat imigresen sampai 5 jam. memang tak la aku nak diri. ayah sorang je berdiri beratur. nenek tu duduk sebelah aku sementara datuk tu beratur tunggu giliran.


       Nenek tu bagitahu pada aku yang ubat dia tertinggal dalam flight. dia kata ada telekung dia dalam tu. ada ubat sakit jantung datuk tu, ubat sakit lutut, ubat segala ubat la. sebab tu aku start perhatikan diorang. mana tahu diorang perlukan aku bila bila ke, tak adalah aku terlepas pandang kan. masa tunggu tu kadang kadang nenek tu berdiri tengokkan suami dia, suami dia toleh belakang then cakap "duduk lah" sambil tangan dia suruh nenek tu duduk. aku suka tengok gaya datuk tu jaga isteri dia. dia pun macam memerlukan pertolongan tapi dia jaga nenek tu macam dia sihat sangat sangat. 
      
       Diorang tak duduk bilik sama sebab mahal katanya. masa dekat Madinah, bilik aku sebelah bilik nenek tu. bilik datuk tu sebelah bilik nenek tu. kira bilik nenek tu tengah tengah la. diorang datang berdua je tanpa anak ataupun cucu. banyak kali aku terserempak dengan datuk tu kat depan pintu bilik dia. aku tegur lah. dia kata tunggu nenek kau ni. sepanjang di Makkah dan Madinah, tak nenek tu tunggu depan pintu, datuk tu tunggu. ada je yang menunggu. macam orang baru bercinta padahal dah bercucu. sweet gila~


       Setiap masa dia pimpin tangan nenek tu even aku rasa dia pun perlu dipimpin. kalau nak makan, dia akan pastikan nenek tu duduk dulu, nenek tu dah selamat, dah duduk, baru dia ambil makanan dia. dia tak bagi nenek tu berdiri lama lama. nenek tu tengah pegang makanan dia pun, datuk tu suruh ketepi dia tolong pegangkan. masa dekat Makkah, datuk tu tak bagi nenek tu turun pun ambil makanan. datuk tu turun, ambil makanan then dia bawa makanan tu dekat bilik nenek. sampaikan boleh dia jumpa roti canai dekat Makkah tu. jangan tanya aku mana dia jumpa. aku tak tahu. yang aku tahu diorang makan sama sama je. haha. and nenek tu cerita, ada sekali tu dia nak rasa roti arab yang besar tu, boleh datuk tu cari sampai jumpa. 

        Nak pergi toilet masa berhenti makan pun datuk tu temankan. aku tak tahu la kalau kau rasa geli kan. dah tua tua pun nak sweet. tapi aku tak. aku pernah cakap dengan ibu "Mesti isteri dia pun taat dengan suami dia kan?" ibu angguk. ibu kata "Ha ah, ibu nampak dia saling melengkapkan". Masa nak buat umrah, datuk tu berkeras nak tolak isteri dia sendiri even sebenarnya aku rasa dia pun tak tahu macammana. dia cakap je dia nak buat. kira main aci redah jela asalkan bini dia ada dengan dia. aku ceritakan dekat sini sebab aku kagum. benar benar fight for love.

       Sebab aku takut lately banyak berita tentang penceraian. Sebab aku berharap lebih ramai lagi orang yang sweet even dah tua. sebab aku harap akan lebih ramai lagi yang setia. sebab aku harap lebih ramai lagi bahagia. Dan aku berharap aku punya cerita lebih baik lagi.


        Next story, pasal sepasang suami isteri yang dah lama kahwin tapi tak dapat anak lagi. diorang datang bertiga. dengan mak kepada abang tu. mak dia tak boleh nampak. tapi tak buta. kakak tu jaga baik gila. lembut je. nak pergi tandas, ambil wuduk semua kakak tu uruskan dengan sabar. sebelum dia makan, dia akan pastikan mak mentua dia makan dulu. nenek tu sentiasa dengan kakak tu sebab biasalah perempuan dengan perempuan la senang nak urus. masa tu nak makan, masa otw nak ke Makkah. tempat semua penuh. aku tengok kakak tu berjalan ke hulu hilir. sementara tempat aku masih kosong, aku tarik tangan dia. Aku tanya dia dah ada tempat ke belum? dia kata "Belum. Akak tak kesah. Yang penting mak. Mak tak makan lagi." Lepas tu aku suruh dia letak mak dia kat tempat aku, biar aku jagakan nak basuh tangan ke apa. mak dia dah duduk, dah makan baru dia tenang.

       Aku tak tahu kenapa aku kagum dengan kakak tu. mungkin sebab aku nampak dia sabar kot. dia layan mak mentua dia macam dia layan mak dia. atau mungkin sebab aku nampak dia tabah kot. dekat mata dia aku tahu dia nak kan zuriat. akak, kalau akak baca entri ni, saya berdoa akak akan dapat anak soon. insyaAllah berkat sabar akak. Masa dalam flight nak balik ke Malaysia, diorang bertiga duduk depan aku. aku pandang abang tu dari celah kerusi sementara kakak tu uruskan mak mentua dia nak pergi toilet. aku doa dalam hati, semoga abang tu terus setia dengan kakak tu. 

Dia mungkin tak sempurna, 
Belum mampu bagi cahaya mata
Tapi dia ada setiap masa untuk kau bercerita

Dia mungkin tak sempurna
Belum mampu bagi yang kau pinta
Tapi dia ada menjaga ibu kau dengan penuh cinta

Dia mungkin tak sempurna
Dengannya kau punya segala
Hilangnya kau takkan ada apa apa
Kerana dia cinta pertama

No comments: