15 May 2014

INFO : Dari Malaysia ke Tanah Suci

Assalamualaikum,


       Baru hari ni aku nak update entri ni. hahaha. pemalas benau. haha. emm ibu suruh update untuk tolong orang yang baru pertama kali nak buat umrah mahupun haji. aku pergi masa 1 mei 2014. Masa tu suhu 43' kalau tak salah. dinasihatkan untuk jangan membawa baju banyak banyak sebab nanti beg penuh nak bawa barang dari sana ke Malaysia. percayalah. beg yang bawa dari Malaysia tu untuk isi barang sana ke sini je. untuk orang yang buat umrah barang solat bawalah 2 pasang. contoh macam telekung kan, bawa 2 je. nanti senang satu basuh, satu guna. baju bawa 2 jugak. baju rumah pun bawa dua.

       Duit kalau tukar kat sana lagi untung. pergi tukar kat pengurup wang. mula-mula kitorang tukar kat Malaysia. ingat nanti kat sana senang. tapi rugi. tukar dekat Malaysia RM100 dapat 110 Riyal je. kalau tukar kat sana dapat 120 Riyal. hehe. memandangkan sekarang tengah ada virus MERS-Cov tu, anda dinasihatkan untuk memakai penutup mulut dan tutup la apa yang nak ditutup kecuali masa tawaf.

Ayah dan mutawif Indonesia, Rizqan Soleh

       Sebab masa tawaf kan tak boleh tutup muka kan, nanti masa sebelum naik flight akan ada ceramah dari pihak agency. kalau ikut Andalusia, dia ada jual penapis hidung tu. nanti beli je yang tu. tak mahal sangat. 1 RM20. beli satu sorang cukup. seriously dengar cakap aku jangan membazir. sebab dalam tu ada 2. kalau ikut Andalusia memang ada mutawif Indonesia dan memang ramai pun mutawif Indonesia tapi diorang tu baik je dan beradab dan berpengalaman dan muda serta sihat dan berdaya lagi (macam banyak je dan aku tu) Bahasa diorang kita boleh faham punya. jangan risau. alahh macam tak biasa tengok sinetron. Makanan semua okay, jangan risau. kalau kita terlepas makan nanti keluar je dari hotel cari kedai makan. berlambak. tak ada kelaparan punya.

       Kalau sim card pula, guna Zain SA. murah dari Mobili. Ntah macammana ntah ejanya. Nanti dekat airport pun diorang ada jual. dalam tu dia dah bagi RM30. Nak guna internet pun murah guna si Zain ni. sebab ayah guna internet, aku yang tolong kerjakan. siap ada wifi lagi aku guna la. haha. Alaa beli je yang Zain SA, nanti dah guna baru kau tahu murah. susah la nak cerita sebab yang bayar tu ayah bukan aku jadi aku tak tahu macammana nak terangkan. Ibu guna mobili dan mahal. kalau nak message Malaysia 0.15 Riyal. Kalau Malaysia message sini tengok guna sim card apa la. Kalau Digi RM0.50 kalau celcom RM0.58 (kalau tak salah sebab adik aku guna bil) Kalau Maxis RM0.45. Beria aku promote si Zain ni. Sepatutnya dia bagi aku komisyen. hahahaha


       Kalau nak topup pulak, kalau dekat Madinah senang je. merata rata orang jual. kat hotel ada, dalam perjalanan nak ke Masjid Nabawi pun ada. kat kaki lima je dia jual. kalau dekat Makkah susah sikit nak cari. Kau kena pergi satu ke satu kedai tanya ada jual topup tak. haa macam tu. Yang barang keperluan peribadi, macam syampu, sabun basuh baju semua tu tak payah bawa dari Malaysia. buat penat je. Beli dekat sana je botol kecil. barang kat sana pun murah murah je. ubat kalau tertinggal kat sana merata-rata Farmasi.

       Kalau naik Andalusia (aku tak tahu agensi lain macammana sebab tu aku cerita pasal Andalusia je) tak payah risau la kalau tak hafal doa itu dan ini, tak hafal nak kena baca apa. lek je. nanti mutawif baca kau ikut je sebab dia baca bahasa arab pun sepatah sepatah nak bagi kita dapat tangkap. Kalau dapat Ustaz Rizqan tu lagi bagus. Suara dia bapok jelas, kuat dan mudah difahami. kalau macam masa nak Miqat tu pun dia ulang sampai 3x takut ada yang tak dapat tangkap. lepas tu dia tanya lagi dapat ke tak? lagi pun sebelum pergi Andalusia akan buat ceramah umrah. so pergi jela dengar mana tak faham sila tanya. aku pernah pergi sekali je ceramah sebab tengah belajar kat kolej kan. ibu dengan ayah sokmo la pergi.


      Dekat sana nanti panas dan berdebu, banyak banyakkan minum air. dah ada dekat sana tu, manfaatkan air zam zam yang ada. sakit je ambil air zam zam minum. haus je minum air zam zam kalau tak nanti rindu. kat sana nanti kulit akan jadi kering, bibir pecah pecah. sakit jugak la sebab tu aku suruh minum air banyak banyak. lagi pun air yang kau guna untuk mandi, ambil wuduk tu air laut. pandai pandai pilih pencuci muka dan syampu. bawa la pelembab ke serum ke, lepas tu bawa lip balm yang mengandungi bahan pelembab dan losyen yang dapat melembabkan badan. aku kat sana guna serum, lip balm dengan losyen je. tayah makeup makeup nak pergi solat je pun. beg jaga elok elok, ubat jangan tertinggal dalam flight pulak. benda penting jaga elok elok la sebab kat sana ada je perampoknya walaupun tempat yang baik. lumrah la.

       Kalau nak suruh upah tolak kerusi roda, 300 riyal. Orang melayu yang tolak. diorang berpengalaman la. Andalusia yang carikan orang. Dia ambil dekat bilik dan dia akan hantar ke bilik. Bacaan bacaan semua akan diajar oleh orang yang menolak. jangan suruh orang Bangla atau orang Arab sana yang tolak. bayaran memang murah. 50 Riyal je. Tapi nanti dia buat kerja aci lebur je. Tolak cepat cepat, kiraan tak cukup. nanti sia sia je datang jauh jauh, umrah tak sah sebab tak cukup 7 kali tawaf. Pasal kurma dan kacang kacang semua tu, dicadangkan beli dekat pasar sebab pasar murah. Pasar tu agak dekat jugak dengan Masjid Nabawi. Kalau kat ladang mahal. tapi mungkin segar. ke macammana? ikut kau la. point dia nak cakap yang beli kat pasar murah, ladang mahal. thats all.


       Nanti kalau ada apa apa nak tanya pasal umrah ataupun nak tanya pasal KUIS ke nak tanya pasal Andalusia ke, add je FB aku. Nurul Azwa Addy. Aku jawab dengan jujur kelebihan dan kekurangannya. insyaAllah tolong saudara sendiri. sebab atas nama Islam kita bersaudara. Kalau dah pergi sana memang rasa tak nak balik. Nak balik tu rasa aduhh sayu je. ingat lagi masa kita bersujud dekat sana. Allahu.. rasa dia berkesan dekat hati. rindu rindu. nak sampai KLIA tu rasa macam nak tempah balik flight nak pergi sana balik. Dan aku masih ingat kali terakhir dia pandang muka aku sampai aku hilang dari pandangan dia. *tiba tiba*

       Disebabkan aku tak boleh solat, ayah solat zohor berdua je dengan ibu. Ayah jadi imam, ibu makmum. lepas tu ayah baca doa. sedih, sayu, menangis. tapi aku nangis dalam hati je. ahh tak suka la menangis family nampak. aku tak suka. hahaha >< ibu salam tangan ayah, ayah cium dahi ibu. ayah peluk ibu ayah bisik apatah kat ibu aku tak dengar. sweet gila kat depan aku, aku rasa macam aku tak patut ada kat situ. haha. lepas tu aku salam ayah, cium tangan ayah, cium pipi ayah, peluk ayah sambil kata "Along sayang ayah" ayah kata "Ayah pun sama. Ayah minta maaf ye?" haa sama lah. kalau ayah minta maaf aku ni lagi la beribu dosanya. lepas tu aku buat benda yang sama dekat ibu. Iman pun buat jugak. Itulah detik terakhir sebelum tinggalkan bumi anbiya. dalam bas aku bisik dalam hati, "Kaabah yang dirindui, aku akan kembali" THE END.


No comments: