30 June 2014

Study Hard vs Study Smart.

Assalamualaikum,


       Study maniac sekalian. Memandangkan hari ni kelas cancel, jadi aku menggunakan kesempatan ni untuk update blog sebab macam dah lama je tak update. haha. ada beberapa orang junior datang jumpa aku dan tanya macammana cara aku belajar. em.. ni angkara Aainaa la sebab pergi promosikan aku masa taaruf hari tu. haish. Kalau nak tahu, aku tak rasa pun cara aku study tu betul sepanjang sem 1 dan sem 2. Pointer memang la okay. Tapi to be honest, it is not a good one.

        Just nak share satu benda yang amat amat amat penting untuk orang yang menghargai erti kehidupan dan mahukan kejayaan. Aku seorang yang jenis study hard. Aku tak boleh kalau seharian tak usik buku atau tak berada dekat meja study aku. Aku tak boleh kalau masa belajar aku diganggu. Mood aku akan swing dan orang yang dekat dengan aku akan terima impact dia. Disebabkan aku tak berapa mahir marah orang, impact yang dikatakan adalah aku akan bermasam muka dan tak bercakap. dalam hati panas je. stress. Ini jenis study aku sepanjang sem sem lepas. study macam orang gila. Bandingkan. Ada sorang pelajar Engineering ni pula jenis yang study smart. Masa belajar dia belajar sungguh sungguh. Tiada gangguan telefon atau apa apa yang mengganggu. Dia ada masa untuk bersukan dan masa untuk kawan kawan. Tapi result kitorang, hampir sama. Nampak tak siapa yang rugi kat situ? aku la --"

       Perbezaan antara dia dan aku adalah, aku selalu stress dia tak stress tapi hasilnya sama. So sem ni aku dah buat pilihan, aku kena tinggalkan tabiat lama aku tu. Ini universiti, bukan sekolah. Kita bukan belajar untuk peperiksaan tapi kita belajar untuk survive. Jadi kalau tanya cara aku belajar macammana, aku tak nak sarankan cara study aku yang lepas. stress you know. Ni study plan untuk sem ni dan aku cadangkan yang ini. Jom ramai ramai guna. haha. tak la. kalau korang rasa sesuai dengan korang, guna. tak sesuai jangan guna sebab lain individu lain cara belajarnya.

- Do coursework with your heart.
- Put 100% effort on it.
- Do lots of draf.
- Accept criticism
- Focus in class.
- Put 100% attention in study week
- Be well prepared.
 
       Lepas tu aku jenis suka bertanya. Aku tanya senior dan lecturers. Soalan soalan yang aku tanya pada senior adalah tentang lecturers dan soalan yang aku tanya pada lecturers adalah tentang subjek dia. Aku tak tanya sorang dua, aku tanya ramai. Dah dapat info, aku combine semua then aku tahu apa nak buat. Tu je. Rezeki masing masing, siapa tahu. Kadang kadang kita dah usaha kuat dah tapi Allah belum izinkan kita berjaya. Tak apa, cuba lagi. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Kadang kadang kita nampak orang study pun macam main main je, tapi result dia lagi baik dari kita. Cemburu? mesti lah. haha. Tapi siapa tahu hubungan dia dengan tuhan lebih baik dari kita? Hubungan dia dengan manusia lebih baik dari kita? Siapa tahu kesusahan apa yang dia alami? mungkin berkat sabar dia, Allah tolong dia capai apa yang dia nak. Siapa tahu.


       Nasihat untuk diri aku yang selalu lupa diri dan selalu mengejar kesempurnaan dalam setiap benda yang aku buat. Sebenarnya hidup ni bukan tentang kejayaan dalam pelajaran je. Kalaulah erti hidup ini adalah tentang kecemerlangan dalam pelajaran, bagaimana kalau Allah takdirkan gagal? seluruh hidup kita akan musnah? kita akan menderita? hidup akan sia-sia? lalu bagaimana dengan tujuan sebenar kehidupan seorang manusia iaitu menjadi hamba kepada tuhan? Ya, memang ilmu tu penting. tapi jangan sampai kita mengabaikan orang-orang di sekeliling kita dan terlupa untuk menikmati nikmat hidup yang sebenar. Redha Allah tu penting. Redha ibu bapa dan guru guru. Hubungan dengan kawan kawan.

       Bayangkan kalau kita ni memang jenis study maniac. Kita belajar dari UPSR, PMR, SPM semua straight A. Lepas tu kita ambil Diploma, sambung Degree, sambung Master last sekali PhD. Tu pun Degree siap ambil double. sedar sedar je bila kita tamat PhD, kita berjaya capai langit cita-cita tapi masa tu kita dah tua. Kita berjaya capai satu benda tapi bila kita toleh ke belakang, banyak benda lain yang telah kita abaikan. Ni nasihat untuk diri aku. Sebab aku lebih kenal siapa diri aku. sebab tu aku tak segan untuk bagi tahu, aku jumpa kaunselor untuk masalah aku yang ini. sampailah hari ini aku telah buat pilihan untuk mengubah dari study hard kepada study smart. Jangan. Jangan sesekali abaikan pelajaran. pelajaran tu penting. tapi ingat. hakikat kehidupan juga jangan diabaikan. dapatkan redha Allah dan ibu ayah. buat orang lain gembira. ada bersama mereka yang kita sayang. yang paling penting, buat diri sendiri gembira. agar kita dapat capai impian dan cita-cita kita.

 

       "Saya pernah gagal dulu. saya takkan biarkan saya gagal lagi." "Awak rasa kehidupan awak ni tentang kejayaan dalam pelajaran? bagaimana kalau awak gagal lagi?" Aku pandang mata dia dengan pandangan penuh pengharapan. Dia yang mengajar aku subjek Psikologi. "Jangan la.. saya tak boleh jatuh lagi." dengan suara yang hampir menangis. Aku memang macam tu. Senang menangis kalau melibatkan kejayaan dalam pelajaran. Akhirnya dia mengeluarkan dua keping kertas kecil yang kelihatan agak lama. "Baca dan bagi saya dengar." Aku memerhatikan setiap baris ayat di atas kertas itu dengan teliti.

Sekiranya kita mampu memilih
Hati ini pada siapa yang layak diberikan
Sudah tentulah kita akan pilih
Seseorang yang tidak pernah menghancurkan
Tapi Allah lebih mengetahui
Tiada manusia yang tidak pernah mengecewakan
 Untuk kita sama-sama nilai segala kesilapan
Dan sama-sama membuat pembetulan
Sekiranya kita mampu mengetahui
Apa yang bakal berlaku esok hari
Tentu malam ini kita takkan bermimpi
Malah kita takkan pernah kenal erti sepotong doa
Takkan ada insan yang menikmati
Erti sujud dan rendah diri
Jua tiada rintihan di dinihari
Yang merayu untuk dikasihani
Sekiranya kita mampu menentukan sendiri
Takdir dan jalan hidup yang kita ingini
Pasti kita takkan pernah rasa
Jernih kasih tuhan dalam ukhuwwah kita
Juga kita takkan pernah tahu
Ada manis dalam hempedu
Sebab itu, kerana itu, oleh itu
Kita tak pernah diberi peluang
Untuk memilih, mengetahui dan menentukan
Jalan hidup, ajal maut, pertemuan dan perpisahan
Itu tanda keagunganNya
Jua kasih sayangNya pada hamba
Pada dia yang layak tercurah segala cinta
PadaNya juga yang layak terletak segala pengharapan
Bukankah itu tujuan kita hidup
Mengenal diri bagi mengenal tuhan?

1 comment:

Muhammad Zamri said...
This comment has been removed by the author.