24 April 2013

Muslimah itu..

Assalamualaikum,



       Ramai orang yang tengok seorang muslimah tak couple ( bukan semua, ada juga yang ya ) lepas tu mereka akan fikir, "hey, how they do that?" or "nobody want them" or "titanium heart" tapi tahukah anda sebenarnya seorang muslimah juga seorang manusia biasa yang ada rasa untuk sayang dan disayangi. lagi lagi pada usia remaja. tipu la kalau dia tak ada langsung rasa terbuai bila dilayan atau rasa suka dekat someone even dia seorang yang kaki study atau bookworm. Dia juga manusia. ingat, dia manusia. tapi kenapa mereka tak suka layan lelaki? kenapa kenapa? ye, dulu saya pun pernah terfikir benda yang sama tapi lepas saya pun melaluinya, saya dah dapatkan jawapannya. sebenarnya, mereka juga terbuai bila dilayan sebab tu mereka tanamkan dalam hati mereka tidak mahu melayan dengan harapan lelaki itu akan berhenti mengambil berat tentangnya.

       Sebenarnya, mereka juga boleh dapatkan seorang kekasih jika mereka mahukannya tapi mereka memilih untuk tak nak. seperti cerita saya, apa yang saya rasa adalah seakan-akan ada sesuatu yang menghalang saya daripada terus melayan lelaki yang tidak halal untuk saya. saya pun tak tahu cuma saya cuba kawal diri saya untuk bertindak selaras iman, akal dan peredaran zaman. semuanya baru bermula pada akhir tahun 2012, dan semenjak dari itu saya tak lagi melayan perbualan meleret yang tak bersebab. saya juga akan gemuruh dan tak senang duduk bila didekati lelaki. tapi saya cuba juga atasi sebab saya bersama mereka atas urusan kerja dan cuba tidak memutuskan hubungan silaturahim dengan kawan lelaki yang baik dengan berhubung dengan mereka sekali sekala.


       Okay, berbalik kepada cerita asal. Sebenarnya, tujuan seorang muslimah berbuat sedemikian ada banyak selepas saya mula menyedarinya. sebab pertama adalah kerana takutkan Allah dan kerana cintakan Allah. kadang-kadang mungkin di mata orang lain mereka menganggap perkara kecil je melayan lelaki ni tapi besar di mata seorang muslimah. selalu sahaja di hati mereka bertanya "Allah redha tak aku buat macam ni?" but dont worry guys, seorang muslimah juga masih lagi dapat bertindak professional dalam kerjanya tapi awas! jangan ambil kesempatan jika tidak mahu terluka dengan duri dari mawar larangan. sebab kedua, mereka tak nak menjadi sebab kelalaian lelaki. jauhnya fikiran seorang muslimah ni.. bukan hanya fikir diri sendiri malah turut fikirkan orang lain juga.

       Jika muslimah itu dilayan selepas itu mereka pula melayan, sudah tentu lama kelamaan timbul perasaan cinta yang kemudiannya melalaikan. solat pun tak khusyuk, asyik nak cepat sahaja bila teringatkan si dia. itulah sebenarnya seorang muslimah risaukan. takut menjadi sebab kelalaian seorang lelaki sedangkan seorang lelaki ada banyak tanggungjawab yang mereka perlu galas. sebab itu seorang muslimah tidak mahu mulakan. kalau boleh mereka tak nak langsung menarik perhatian seorang lelaki dari memandang mereka. ada yang sanggup menutup mukanya juga semata-mata tidak mahu ditatap wajahnya. ada juga muslimah yang pakai baju besar-besar dan tudung yang sangat labuh kerana tidak mahu menarik perhatian lelaki.


       Kadang-kadang pada peringkat permulaan penghijrahan, apabila seorang muslimah itu ditegur oleh seorang kenalan lelakinya, dia akan melayan dengan niat persahabatan. tapi sedaya upaya dia berfikir untuk segera mematikan message yang meleret-leret. manusia, cara seorang muslimah itu memang kelihatan terpinggir dan ketinggalan zaman. malah caranya juga sukar untuk difahami tetapi sebenarnya muslimah itu sifatnya cukup berjaga-jaga. muslimah juga sikapnya amat lemah lembut. walaupun dia seorang yang kasar tapi hatinya lembut. dan dengan hatinya yang lembut itulah akan mempengaruhi tingkah lakunya.

       Awak fikir ianya mudah? tidak. ia merupakan satu peperangan menentang syaitan dan hawa nafsu sendiri yang kadangkala buas dan susah dijinakkan. ia memerlukan proses mujahadah yang tinggi. tapi bagaimana muslimah itu masih mampu bertahan? mereka sebenarnya ada Allah. mereka bergantung sepenuhnya pada Allah. itulah alasan mereka masih bertahan hinggalah saat diijabkabulkan. ada juga muslimah yang sudah terpaut dengan lelaki yang baik. tapi tak pernah bagi tahu langsung pada lelaki itu. mestilah dia risau kalau orang yang dia suka dalam diam tu jadi milik orang lain. puas dia mengadu dan meminta pada Allah supaya jangan izinkan hatinya mencintai dan merindui lelaki yang tidak halal untuknya tapi perasaan itu masih belum hilang. muslimah itu tidak mula menghantar sms dekat orang yang dia suka malah menundukkan pandangan bila berjumpa. Allah.. hebatnya.. bagaimana mereka mengurus rindu?


       Rindu yang bertamu bukan rindu biasa-biasa. syaitan asyik sahaja ingin mengoda. tapi seorang muslimah itu bila dia rindu, dia akan terus menunaikan solat sunat. selepas solat, beria-ia dia menangis memohon keampunan daripada Allah dan meminta ditukarkan hati yang baru. dia tak nak hati yang selalu merindui hambaNya. dia hanya mahukan hati yang teguh terus mencintaiNya dan hati yang selalu menyayangi orang yang halal buatnya sahaja. dia mengurus rindu dengan solat sunat taubat. dia mengurus rindu dengan berdoa malah mengubat rindunya dengan zikir-zikir taubat. itulah dia seorang muslimah.
       Muslimah itu sifatnya tertutup. dia tidak suka bergaul dengan orang yang salah. dia suka membina ukhuwwah tetapi membantaskan pergaulannya sesuai dengan kehendak syarak. walaupun seorang muslimah itu tidak sempurna, malah ada saatnya imannya berkurang, dia merasakan dirinya cukup hina di sisi Pencipta, namun di hatinya tak pernah putus asa untuk terus menghisap kemanisan iman di sepanjang jalan kehidupannya. seorang muslimah itu, akan terus bangkit walau dirinya kerap diuji. Muslimah itu sifatnya mahu selalu menjaga hatinya, menahan nafsunya dari bermaharajalela. dia takkan mudah menyerah cinta pada seorang pemuda. muslimah itu walaupun rindunya bergelora mulutnya tetap diam seribu bahasa. menidakkan bahasa hatinya. kerana baginya hati tetap harus dipelihara untuk seorang suami sahaja. dan sebelum itu, cinta yang perlu diraihnya adalah cinta hakiki iaitu cinta Ilahi :)





2 comments:

Anonymous said...

Wahh..bru j sminggu xbkk bnyknyew article..sblum nim klu bkk xupdate..huhuhu
Teruskan beerjuang wahai srikandi..

Nurul Azwa said...

insyaAllah :)