12 November 2013

Cerpen : Irama Cinta Kita 3



       

       Tatkala tangan si ayah pengantin perempuan berjabat dengan tangan pengantin lelaki, keadaan menjadi sepi seketika. Namun selepas itu suasana di masjid bertukar menjadi haru apabila lafaz akad dilafazkan oleh Daniel Fahmi dengan sekali lafaz. Akhirnya, Natrah Mawaddah binti Asyrad Haris menjadi isteri Daniel Fahmi yang sah.

       Tidak sangka, selepas pertemuan antara Fahmi dan Natrah di Pulau Pangkor tempoh hari, hati Natrah yang keras menjadi lembut tatkala Fahmi tampil berani mendahulukan wali Natrah. Fahmi telah ke rumah Natrah dan menceritakan segalannya. Selepas beberapa hari membiarkan Natrah berfikir, akhirnya kuasa Allah telah menyatukan dua hati.

       Fahmi datang mendekati Natrah yang anggun berbaju pengantin berwarna putih. Senyuman diberikan kemudian tangan kanannya diletakkan diatas  ubun-ubun Natrah yang berada di atas kerusi roda. 

       Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” Doa Fahmi sebaik sahaja selesai akad nikah.

       Natrah mencium tangan suaminya lembut sambil dalam hatinya berbisik kalimah syahadah. Diikuti dengan ciuman di dahi Natrah oleh Fahmi sambil hatinya juga berbisik kalimah syahadah. Biarkan acara pembatalan air wudhuk mereka berserta dengan rasa keislaman yang sebenar. Sesungguhnya hati ini milik Allah dan kepada jalan Allah jugalah ia diserahkan.


* * *
       “Sayang, saya dah minta izin dengan ayah akan bawa awak ke United Kingdom untuk menyambung pelajaran di sana. Saya dah uruskan semua tentang pelajaran dan biasiswa awak. Jangan risau, saya akan bantu awak dalam setiap perkara. Di sana juga saya akan menghantar awak ke hospital pakar supaya awak dapat berjalan semula.” Ucap Fahmi sambil menggenggam tangan isterinya.

       “Bagaimana pula dengan awak dan pelajaran awak?” Tanya Natrah risau. Tak sangka suaminya benar mengambil berat tentang dirinya.

       “Saya akan bekerja di sana supaya dapat menjaga awak. Apabila awak boleh berjalan seperti biasa barulah saya akan menyambung pelajaran saya. Masa tu saya akan bekerja sambil belajar.” Jawab Fahmi sambil tersenyum.

       “Tidakkah ia menyusahkan awak? Tak mengapa. Awak sambung la belajar dahulu. Selepas saya boleh berjalan, baru saya akan menyambung pelajaran saya.” Natrah memegang pipi suaminya. Wajah itu ditatap penuh kasih.

       “Kita akan tempuhinya bersama. Inilah namanya pengorbanan sayang.” Fahmi mencuit dagu Natrah.


* * *

      Musim sejuk telah tiba di United Kingdom. Salji turun bagaikan hujan renyai di bumi London. Fahmi mendukung Alya Sofia yang berumur 1 tahun erat dalam pelukannya. Sesekali diciumnya anak sulung mereka dengan penuh rasa kasih. Natrah pula sedang sibuk menyiapkan coklat panas buat mereka berdua.

      “Abang, jemput minum. Alya sini duduk dengan mama pula.” Natrah mengambil Alya Sofia setelah menghidangkan coklat panas di atas meja.

       “Alya, nanti lepas salji berhenti turun, papa bawa Alya tengok salji dekat luar ye?” Ucap Fahmi bagaikan masih tidak puas bermain dengan anak sulung mereka. Natrah ketawa melihat gelagat Fahmi yang tak boleh berenggang dengan anaknya.

       Pandangan Fahmi beralih pula ke wajah isterinya. Wajah Natrah ditatap. Rasa syukur tak pernah padam dari dalam hatinya tatkala melihat isteri tercinta sudah boleh berjalan menggunakan tongkat selepas enam bulan menjalani rawatan di hospital pakar. Setelah genap setahun, Natrah kini boleh berjalan seperti biasa. Syukur, Alhamdulillah.

       “Sayang, takdir tuhan tu cantik bukan? Awak dan saya. Kita terpisah kemudian Allah temukan kita kerana jodoh. Kehilangan awak mengajar saya erti kesetiaan, kasih-sayang dan menghargai. Ia membuatkan saya lebih matang dan lebih dekat dengan Allah. Saya tak pernah berhenti mencari awak, dalam masa yang sama saya buat persiapan jadi suami awak. Sekarang, awak housemate dan roommate saya. Awak kini isteri saya sayang. SubhanaAllah!” Ucap Daniel Fahmi.

       “Jangan lemah kerana cinta kerana cinta itu bukan melemahkan sebaliknya ia menguatkan hubungan antara manusia dengan tuhan, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Saya mencintai awak kerana Allah, Daniel Fahmi.” Balas Natrah.

       “Ana uhubbiki fillah aidhon, Natrah Mawaddah.” Bisik Fahmi lembut.



The End
* * *


 writer :
Azwa Addy

picture credit to :
- Faris Nazrin
- Tuan Natrah Zulaikha
- Dini Dayana
- Google

1 comment:

Aisyah Aqiilah said...

best , menangis baca T_T