22 May 2013

Travelog Hati Manusia

Assalamualaikum,

       Manusia ini adalah sangat indah ciptaanya. Allah telah mencipta kita dengan sangat indah. Kita cantik, kita kacak, kita ada hati dan perasaan. Kita boleh bergerak. Kita bernyawa dan macammacam lagi. secara fitrahnya, sebagai seorang manusia, hati kita sentiasa mahukan seorang kekasih yang setia, kita nak ada penyembahan, kita nak ada pelindung, kita nak ada tempat yang boleh mendengar luahan hati kita, memujuk setiap kesedihan kita. Sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya benar-benar memerlukan ia. hakikatnya, siapa yang boleh beri kita semua ini selain DIA? saya nak kongsi sedikit pengalaman saya tentang keagungan Dia. Sebelum itu, tujuan saya menulis semua ini bukanlah lambang sebuah egoistik tetapi lambang kekerdilan saya di sisiNya. Saya dalam cerita ini adalah seorang hamba yang masih mencari-cari kebenaran yang hakiki. Astaghfirullah! saya dahulukan penulisan ini dengan memohon keampunan Allah. Sesungguhnya Dia adalah tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

 

       Masa tu, saya baru je dapat keputusan SPM. Malam sebelum keputusan SPM keluar, saya telah bermunajad kepadaNya. malam itu saya tak boleh tidur, saya asyik terfikir apalah yang akan saya dapat nanti. bagi saya, tiada istilah lewat bagi seorang hamba. Saya akan terus memohon kepada Allah selagi semua itu belum berlaku, tentu saya mampu mengubahnya. Malam itu, saya telah bermohon supaya Allah tidak menguji saya dengan ujian yang tidak tertanggung oleh saya. Keesokkan harinya, saya telah ke sekolah. saya tekadkan dalam hati, andai aku dapat keputusan yang bagus, aku akan buat sujud syukur. kalau aku dapat keputusan yang tidak bagus, aku akan buat solat taubat. Tapi bila saya ambil keputusan SPM saya.

       Saya hanya mendapat 4A. saya menangis, tapi anehnya saya tak tahu apa rasa itu. Nak kata saya gembira, mustahil saya bergembira dengan keputusan yang tidak boleh dibanggakan itu sedangkan target saya lebih tinggi dari saya dapat. Nak kata saya sedih, mungkin juga. tapi kenapa hati saya tidak turut sama bersedih? lalu, saya terus call ibu. Ibu bagi nasihat and kata-kata semangat. Sejurus selepas itu, saya terus ke surau untuk mengambil wudhuk. Saya bentangkan sejadah, kemudian saya memakai telekung yang dibawa. 

       Saya berfikir, aku nak buat solat taubat atau sujud syukur? tanpa berfikir panjang, saya terus buat sujud syukur. dalam hati saya berkata, Wahai Allah, aku redha dengan ketentuanMu. Dalam sujud yang panjang, saya terus memuji-muji kebesaranNya. lama kelamaan baru saya sedar. rupa-rupanya perasaan yang saya rasa tadi adalah redha. Saya terpesona dengan kekuasaan Allah, saya mohon Allah jangan uji saya, tapi Allah beri saya kekuatan untuk melaluinya. SesungguhNya ujian Allah tu lagi mendekatkan saya dengan Dia. Saya seolah-olah merasakan Dia sedang mengesat air mata saya dengan lembut dan rasa cinta. Allah berkata "La tahzan! InnaAllaha ma'na" subhanaAllah!
 

       Macam tu juga dengan kita, indahnya hidup ini bila kita sentiasa dekatkan diri dengan Allah. Kenapa kita tidak menyelaraskan fitrah hati kita ini dengan mencari Allah dalam hidup kita? Kita nak seseorang mendengar luahan hati kita, Allah itu Maha Mendengar. Kita perlukan seseorang membantu kita, sesungguhnya Allah itu Maha Pelindung lagi Maha Berkuasa. Apa lagi yang kita inginkan? nanti, jika kita sudah ada kekasih sendiri sekali pun (suami/isteri) biarlah kita mencintai kekasih hati kita itu dengan cara yang betul tanpa membelakangkan kekasih Teragung kita. Allah benar-benar ada saat kita perlukan dia. malah saat kita lupakan Dia pun, Dia masih lagi bersama kita. MashaAllah, hebatnya kasih sayang Allah ni.. 

       Nanti, bila dah terbiasa melakukan semua ini. Kita akan rasakan satu perasaan yang tidak pernah kita rasakan sebelum ini. Ianya adalah perasaan di mana kita rindu untuk berjumpa denganNya. rindu untuk berdua duaan dengan Dia. rindu untuk sujud kepadaNya. Sampai ada satu tahap, kita akan mengutamakan Dia lebih dari segalanya. Alaa yang macam awak semua rasa bila dengan kekasih awak, macam tu orang-orang beriman rasa dengan kekasih dia, Allah Azzawajala. Sedih cari Dia, gembira cari Dia. Mungkin itulah yang dinamakan kemanisan iman. SubhanaAllah..
   
       Sebagai seorang perempuan, kita ada masa cuti setiap bulan. kita diberi cuti lebih kurang 1 minggu. masa tu 1 minggu kita tak boleh solat, kita tak boleh mengaji. Iaitu saat ketika kita datang haid. bila kita dah tengah syok beribadat, merasakan rindu yang tak terhingga kepada kekasih kita, tiba-tiba kita kena berhenti dari 'dating' dengan Dia. Mula-mula tu mestilah rasa macam sedih je sebab kita tak boleh mengaji, tak boleh solat. sampai tiba waktu solat, kita pun macam nak pergi solat tiba-tiba teringat 'eh, aku tak boleh solat.' tapi, saya faham. bila dah seminggu kan kita tak melakukan amalan seperti ini, iman kita berada di tahap rendah. Biasalah, iman manusia memang ada saatnya bertambah dan berkurang. Bila kita dah mandi hadas, kita dah boleh solat, kita masa tu berada di mood bermalas-malasan sebab yela, seminggu tak solat. kadang-kadang subuh pun terbuat akhir waktu. padahal kita tak sengaja. syaitan memang berusaha menghasut kita.
      
        Jadi, untuk mendapatkan kembali rasa cinta kita, saya nak kongsikan satu tips yang saya selalu buat. Iaitu :

1. Mohon kepada Allah.
'Wahai Allah, kasihanilah aku. Aku inginkan kembali rasa cinta dan nikmat ketika beribadat kepadaMu. Pulangkanlah ia kembali kepadaku.' Ulang-ulang ayat ni dengan penuh penghayatan dan rasa insaf.

2. Hukum diri kita.
Jika kita lewat menunaikan solat fardhu, hukum diri kita, istighfar sebanyak 1000 kali. saat ini kita perlu amanah dalam menghukum diri kita.

3. Berusaha mendapatkan kembali cinta kita.
Kita set jam, lepas tu kita mohon pada Allah supaya Allah bantu kita. Contohnya : sebelum tidur, buat solat sunat taubat. set jam pukul 2, solat tahajud. set jam pukul 5, buat solat sunat sebelum subuh.


Sama ada kita sedar atau tidak, percayalah setiap permintaan, keluhan dan persoalan kita telah dijawab oleh Allah. Alla berkata   “ La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita ” (QS 9 : 40).


3 comments:

Anonymous said...

:)

Unknown said...

Sebak bile bace azwa :'(

Nurul Azwa said...

sebak juga masa menulis ae :(