18 May 2013

result UPU and about letting go

Assalamualaikum

       Semalam result UPU dah keluar. macam biasalah hati pun dah berdegup laju sebab saya kan menaruh hati dekat Universiti Islam Antarabangsa (UIA) tapi bila check tu, tak terpilih. Sedih sangat sangat sampai lebih satu jam menangis di atas sejadah. hehe. takpe, saya ada kekasih. DIA la kekasih saya. jadi saya mengadu pada DIA je. lepas tu terus mandi nak bagi hilang rasa sebak. dalam bilik air pun menangis lagi. haishh sedih sangat. sampai hati UPU buat kita macam ni. rasa macam nak lari dari Malaysia je. merajuk. haha. dalam hati mula bina semangat baru, "Takpe Malaysia, one day I'll be standing on the hall of fame." namun pada hakikatnya, siapa tak sayang Malaysia? itu hanya ugutan dan luahan orang yang sedang kecewa je. dalam hati masih lagi bersinar hasrat ingin menjadi seorang yang Malaysia akan banggakan. lepas mandi tu, baring dalam bilik, buka lagu lagu semangat. Berjalan Tanpa Henti dan Langkah Tercipta. dan bersaksikan detik itulah saya mula bangkit dan menerima kenyataan. jadi 5 June ni saya akan sambung belajar dekat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dalam bidang Diploma in TESL selama 2 tahun setengah.

 

       Saya pasti mesti ramai juga yang kecewa, sama macam saya. sebab kita semua sedang berharap. tapi ini bukanlah pengakhiran bila kita tak dapat masuk Universiti yang kita nak sebaik sahaja selepas tamat SPM. kita ada macam macam lagi cara lain selain daripada layu lemah. siapa yang berminat untuk ke tingkatan 6 atau matriks, boleh pergi. dan boleh juga pergi ke universiti swasta untuk melanjutkan cita-cita. awak semua boleh menangis, tiada siapa yang menghalang awak menangis. daripada air mata itu awak tahan, lebih baik awak biarkan ianya jatuh. sekurang-kurangnya biarkan ia merawat rasa sebak dalam diri awak tu. saya ingat lagi ketika berdoa saya ada kata ;

'Wahai Allah kekasihku, aku bukan menyalahkan takdir yang telah kau tetapkan. Malah aku masih lagi beriman pada qada dan qadarmu cuma ini hanyalah tangisan sekeping hati lemah yang sedang mengharap'

       Kadang-kadang, Allah sengaja beri kita ujian untuk lihat sejauh mana kesabaran dan keimanan kita dan yang paling penting, sejauh mana kita percayakan DIA.  Apapun kita tak boleh berputus asa sebaliknya dengan ujian yang Allah beri itulah kita kena bangkit dan berjalan dengan langkah yang berani. Mungkin rezeki kita bukan sekarang, mungkin rezeki kita nanti. Allah itu Maha Cantik peraturan yang ditetapkan buat kita. Hidup ini tentu akan lebih indah dan bahagia jika kita belajar bersyukur dengan apa yang kita ada :)

 

       Daripada kesilapanlah kita mula belajar sesuatu. Apapun yang kita buat, walaupun kita berjalan agak lambat, yang paling penting kita perlu tetap bergerak. Sabar dan tabah adalah sifat yang perlu dipupuk. Sentiasa fikir positive terhadap ketentuan Allah. InsyaAllah kita akan bahagia. satu hari nanti, apabila kita toleh balik ke belakang, kita pasti akan tersenyum dengan takdir yang Allah sedang aturkan sekarang. hebat bukan? Kepada sesiapa yang berjaya mendapatkan tempat di Universiti idaman saya ucapkan tahniah. jangan lupa niatkan di hati, kita menuntut ilmu kerana Allah. Selamat berjihad, semoga berjaya :)

” … Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” 
 [Surah At-Talaq, 65: 2-3]

3 comments:

Unknown said...

congratz dear at least u got TESL course..ur rite tuhan tahu apa yang terbaik utk kita..all de best n produce a gud result..

Nurul Azwa said...

thank you survana, insyaAllah, I will be a good person for Malaysia :)

Anonymous said...

Klau nak ambik tesl..subject english kena dapat A....