04 December 2012

tenangkan hati melalui berdoa :)

 Power by PERUBATAN ISLAM bersama Hj Lokman Abd Hamid


assalamualaikum :)

       Dunia kadang-kadang tak berjalan seperti apa yang kita mahukan. Masa pun kadangkala bertindak kejam dengan kita. Ingin mengadu kepada manusia, manusia langsung tak menyebelahi kita malah terus meninggalkan kita sendiri. Kita pun pergi ke taman, menikmati keindahan ciptaan tuhan yang maha esa. Tenang. Kita rasai ketenangan lebih dari erti ketenangan yang sebenar. Tapi, ketenangan ini tak kekal. Ia akan hilang apabila kita meninggalkan tempat itu.

                                


       Allah is always by our side :) dia tak pernah tinggalkan kita saat kita susah ataupun senang. Tapi kita yang sering meninggalkan dia. saat kita kecapi indahnya dunia, kita lupa kewajipan kita untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Apa yang harus kita lakukan adalah kembali kepadaNya dengan solat dan berdoa.

" Hai manusia, tenangkanlah diri kamu, sesungguhnya kalian bukanlah berdoa kepada yang tuli dan tidak pula kepada yang ghaib, sesungguhnya kamu sedang berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat. Dia selalu bersama kamu.. "
(Riwayat Bukhari dan Muslim melalui Abu Musa r.a.)


" Sesungguhnya tuhan kalian itu adalah Dzat Yang Maha Pemalu dan Maha Pemurah. Dia berasa malu terhadap hambaNya yang menadahkan tanganNya kepadaNya kemudian Dia mengembalikannya tanpa hampa. "
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

                               

       Doa merupakan terapi perubatan dan penenang jiwa yang sangat mujarab dan berkesan. Doa adalah medium komunikasi kita dengan Allah. Semasa berdoa, kita sebenarnya sedang bercakap dan mengadu kepada Allah. Siapa lebih layak untuk kita mengadu selain daripada Allah? Hanya Allah sahajalah sebaik-baik pendengar. Ingat, kita berdoa, Allah pasti makbulkan dengan syarat kita berdoa dengan penuh pengharapan dan keyakinan dan bukan kerana arahan atau suruhan sesiapa.


SOLAT TAHAJUD
kajian menunjukkan solat tahujd yang diamalkan secara konsisten, berupaya meningkatkan sistem pertahan diri di mana kualiti oksigen yang amat segar di waktu awal pagi yang dihirup khusus untuk hambaNya yang bangun untuk solat tahajud.
Sememangnya, solat pada waktu malam dan awal pagi dalam waktu dan persekitaran tenang akan membawa jiwa hampir kepada Allah.

SOLAT TAUBAT
solat taubat dapat membersihkan jiwa dan rohari seseorang. Apabila kita bertaubat kepada Allah dan memohon kepada Allah dengan ikhlas, tawaduk dan rendah diri, InsyaAllah taubat kita akan diterima. Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Maka bertaubatlah kepadaNya, agar diri dan jiwa kita dibersihkan.

Musibah yang menimpa kita adalah sebagai kafarah kepada dosa-dosa kita yang terdahulu. Justeru, segeralah memohon keampunan daripada Allah dan segeralah melakukannya. Ingatlah, dosa-dosa kita dalah penghalang kepada termakbulnya doa kita. Maka sujudlah!

" Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat.. "
(An Nasr ; 3)

                           

SOLAT HAJAT
solat ini dilakukan selepas solat taubat. Setelah menyesal dan mengakui dosa kita, maka selepas itu kita mohonlah kepada Allah. Sebaik-baik cara bermohon, adalah bersolat hajat dan sebaik-baik masa bermohon dalam solat hajat adalah semasa sujud. Pintalah kepada Allah dengan penuh keyakinan, Allah pasti akan kabulkan.

ZIKIR TAHLIL (LA ILA HA ILLA ALLAH)
kalimah mulia ini bermaksud tiada tuhan selain Allah. Tiap kali berzikir tahlil ini, hati kita mengingati Allah dan menafikan tuhan yang lain, selain daripada Allah. Kadangkala, musibah yang menimpa kita dalah sebagai cemeti, untuk memukul kita supaya kembali kepada Allah.

Kajian sains turut mendapati dengan berzikir tahlil ini perjalan darah dalam tubuh akan lebih lancar.
Jadikanlah hati kita ini sentiasa mengingati Allah. Amalan itu akan membuat kita tenang. Jadi, sebagai seorang Islam,terapi yang paling baik untuk menjadikan diri kita tenang adalah dengan mengingati Allah setiap masa.

" Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah(zikrullah). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.. " 
(Ar Ra'ad ; 28)

hm.. nie la serba siket yang boleh dikongsi dengan korang. Aku jumpa article nie dekat dalam surat khabar mingguan malaysia tentang perubatan islam. tapi aku edit siket and jadikan dia umum so sesuai untuk aku yang menunggu keputusan SPM yang akan keluar bulan 3 next year.

risau risau.. siapa kata tak risau? penantian yang penuh pengharapan sebab kita dah berusaha. sekarang masa untuk kita bertawakal. Apa yang penting, sentiasa fikir positif terhadap Allah. Terlalu berharap kepada manusia, manusia akan mengecewakan kita tapi kalau kita terlalu berharap kepada Allah, Allah akan membantu kita. Ingat, ayah pesan jika kita nak Allah jaga hak kita, kita pun kena jaga hak Allah. semoga kejayaan dunia dan akhirat milik kita. Aminn :)

No comments: