22 September 2012

I hate you, liar

Assalamualaikum,


       Kadang kadang aku pelik la, aku susah nak tipu orang. tapi orang suka sangat tipu aku. why? apapun menipu tu hanya akan menghancurkan jika kebenaran terbongkar satu hari nanti. lagi pun, tak ke susah nak reka cerita lagi. nanti esok lusa orang lain tanya buatnya kau lupa. benda lain yang kau reka kan dah bercanggah? berhentilah menipu orang. aku tak suka lah manusia lidah bercabang nie.  --"

      Aku rela berkawan dengan orang yang jujur. kebenaran tetap kebenaran. kau tak boleh sorok kebenaran untuk seumur hidup kau. lambat laun kebenaran akan terbongkar kelak kau juga yang susah. guys, dah tiba masanya untuk kita bertanggungjawab atas apa yang kita lakukan dan berhenti menipu untuk kepentingan diri sendiri.

       Honestly, aku benci penipu. alasannya aku susah nak menipu. jadi, berhati-hatilah sebelum menipu orang. Sebab kalau orang tu jenis macam aku, no problem kalau kau na tipu. tapi bila kebenaran terbongkar, aku takkan percayakan dia untuk seumur hidup aku. Aku memang titik beratkan tentang benda benda macam nie. lagi-lagi benda yang aku tak buat orang buat kat aku. haihh, be patient Nurul Azwa :)

       Lagi satu, kalau aku susah menipu kenapa perlu ragui aku? peliknyaa~ mungkin ada yang tak kenal aku. yela, belum setahun lagi jumpa macammana nak kenal. satu je benda aku nak tegaskan, jangan nilai seseorang kalau kita tak mengenalinya. jika tidak akan jatuhlah hukuman tanpa bukti. 


"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

2 comments:

ibnu hussin said...

Kenapa nim cik azwa ouii. ? Cer citer skit...nk tau gak ap mslhnye...spe yg mnipu dan dtipu.. ?

mizz coklat said...

tak ada apa. tuhan kan ada :)