18 December 2012

Kalaulah aku ada abang..

assalamualaikum,

       woahh tajuk nak gempak je. mana tak gempaknya sebab cik blogger korang ni kan anak sulung. tak sedar diri pulak tu. asyik mengaku yang dia ada abang je. hah, aku la tu -____-" kau tak tahu betapa aku nak sangat abang. bila tengok orang lain ada abang atau cerita pasal abang diorang, aku diam. sebab yela, aku mana ada abang. haish.. manusia tak reti bersyukur! ampunilah aku Ya Allah..
aku selalu berangan yang aku ni ada abang kembar. seiras tak seiras belakang kira yang penting dia abang aku. disebabkan dia kembar aku, mesti banyak hobi dan perangai dia macam aku. yang pasti mesti dia handsome :D hehe


       kalau aku ada abang kembar, aku tahu dia akan jadi abang yang terbaik. menjaga dan melindungi aku kat mana je aku berada dengan bola keranjang kat tangan dia. senang la dia nak baling kat manamana lelaki yang nak kacau aku. cool! ayah boleh harapkan dia. haha.
aku pun berharap yang abang aku ni seorang anak yang mendengar kata dan kaki surau. seorang abang yang soleh dan boleh membimbing aku dan adik adik aku ke jalan Allah. bukannya sekarang ni tak cuma iman manusia kan bertambah dan berkurang. kan? :)

thingking of you brother 

       kalau aku ada abang kembar, mesti seronok sebab kami satu kelas. aku nak duduk sebelah dia sebab jangan harap aku nak bagi orang lain duduk sebelah abang kembar aku! haha >< bila exam boleh la kami study sama sama sebab aku ni kan penakut~ mesti abang aku pandai punya. boleh la aku suruh dia ajar aku kimia and add math. hehehe ^^ aku nak abang aku selalu ada dengan aku sebab bagi aku, kembar umpama satu hati dua jasad.

       kalau aku ada abang kembar, abang aku pun mesti hobi and kegemaran dia sama dengan aku. i do love music mesti abang kembar aku pun sama kan? boleh la kami berlumba-lumba buat benda yang kami suka. tengok siapa yang paling bagus :p haha.  abang aku mesti pandai main gitar and piano lepas tu boleh la dia ajar adik kembar dia yang banyak cekadak ni. hee~ oh, satu lagi aku terfikir kalau abang kembar aku tu wujud. dia perlu banyak membebel dengan aku. of course punya aku suruh dia diam sebelum aku selotape mulut dia yang tak beli insurans tu tapi sebenarnya aku rindu bebelan dari seorang abang yang tak pernah wujud. kalau ibu pergi pasar ke apa ke, boleh dia sambung bebelan ibu tu :D


       kalaulah aku ada abang, aku nak bergaduh dengan dia. sound weird right? tapi itulah hakikatnya. setiap kali aku tengok adik adik aku bergaduh, aku rasa jelous sebab aku tak bergaduh pun. diorang sedap la dapat gaduh. jerit jerit panggil "ibuuu~" macam tu. aku mana ada. nanti kalau join gaduh dengan diorang dah tentu tentu aku yang menang. tak mencabar langsung. haha
kalau aku ada abang kembar, aku tahu dia akan bela aku bila ada orang nak marah aku. and i will do the same. aku takkan biarkan orang lain ganggu abang kembar aku *buat muka agen FBI* haha. aku tahu abang kembar aku akan ada dengan aku through high and low. pujuk aku bila aku menangis and sacrifice everthing untuk buat aku senyum. so sweet ^^ haha


       kalau aku ada abang kembar, aku rasa cita-cita dia taklah tercampak jauh sangat dari aku. aku nak jadi pharmacyst, aku rasa kalau dia wujud mesti dia nak jadi doktor pakar jantung. haha. agak agak kalau aku ada abang kembar, siapa nama dia ye? biar aku bagi. nama dia Muhammad Azhan. dekat siket dengan nama aku. Muhammad Azhan, Nurul azwa. hehe. apapun, walaupun aku tak ada abang kat dunia ni, aku selalu berdoa supaya aku ada abang kat akhirat kelak. dan aku sentiasa menanti saat itu :)

i do love you twin brother :)

2 comments:

Anonymous said...

Kesiannya adik abang yang sorang ni.. maaflah, Allah tak izinkan kita berjumpa di dunia tapi insya Allah, Dia izinkan kita berjumpa di syurga. -Muhd Azhan

mizz coklat said...

siapa anonymous yang comment sedih sedih ni :'(