04 February 2014

Surat ke masa hadapan (Dear Children)

Images by Bakti Arjuna Fitri


Dear future children,

Sayang, ummi is so excited to have you in my life eventhough (jadah pula aku nak cakap Bahasa Inggeris lepas tu ambil masa baik aku cakap melayu je) awak belum lahir lagi tapi apa yang ummi buat sekarang adalah tanda ummi sayang awak semua (ecehh macam ramai je) :P apa yang ummi buat? ummi jaga kesihatan ummi la. walaupun ummi tak suka makan ubat tapi ummi tabahkan juga hati untuk makan ubat sebab ummi tak nak sakit. ummi tak boleh sakit sebab ummi nak jaga awak dan tengok awak membesar depan mata ummi :)



You know what sayang, I bet nanti bila awak lahir mesti banyak gila gambar awak ummi snap and rakam. Ummi awak ni dah la sangat excited bila nampak budak-budak. Banyak benda yang ummi tak sabar nak buat dengan awak. The most important thing is, I want to hold you in my arms. Ummi tak sabar nak tunggu perkataan pertama yang keluar dari mulut kecil awak. Ummi harap perkataan kedua yang awak belajar sebut selepas Allah adalah "ummi". Ummi pun tak sabar nak tunggu dan lihat langkah pertama awak untuk berjalan. Awak meniarap, lepas tu merangkak, lepas tu berdiri kemudian bertatih sampailah bila awak cukup kuat untuk berjalan sendiri dan berlari.



Sayang, ummi nak bagi tahu awak yang ummi dah bersedia untuk dengar tangisan awak bila awak tak dapat tidur pada waktu malam atau lapar atau nak tukar lampin. Ummi dah bersedia nak layan ragam awak bila awak menangis masa jalan-jalan sebab nakkan ballons and toys. Ummi nak ajar awak mengaji sendiri. Ummi harap ummi dapat didik awak dengan baik. Jadi mujahid/mujahidah yang berguna. Nanti, bila awak dah besar sikit, tiap-tiap hari ummi nak bacakan buku cerita Bahasa Inggeris berkisarkan agama dekat awak sampai awak tertidur. Ummi nak awak tahu yang ummi sentiasa ada dengan awak setiap masa. Ummi dekat dengan awak. Bila awak takut atau kesejukan, ummi janji ummi akan peluk awak sampai awak tenang. Bila awak sakit atau demam, ummi rela tak tidur sebab jaga awak. Awak rasa ummi ni Super Ummi ke sayang? cool kan? awak tahu tak siapa yang ajar ummi semua ni? nenek awak la. Superb Ibu ummi~ ^^


Ummi tak sabar nak main dengan awak. main kejar-kejar dengan awak and dengar cerita awak tentang teddy bear atau robot awak. orang lain mungkin ingat benda tu buang masa tapi tidak bagi ummi. Ummi akan layan kerenah awak. Sesibuk manapun ummi nanti, ummi akan pastikan ummi ada masa untuk awak. Ummi akan luangkan masa untuk check kerja rumah awak. Ummi nak bawa awak pergi jalan-jalan and we eat ice cream together. ummi nak belikan awak baju yang comel comel and ummi nak tidurkan awak. Ummi akan pastikan, ummi jaga keperluan awak. Makan dan pakai awak, biarlah ummi uruskan dengan tangan ummi sendiri walaupun seharian penat bekerja.

Ummi belajar psikologi perkembangan and ummi imagine kalau ummi jadi ummi. Nah, now I know how to handle you sayang. If let say awak pecahkan pinggan ummi atau nakal nak jalan sorang-sorang tak nak pegang tangan ummi, ummi tahu macam mana nak buat! Haa pernah tak ummi bagi tahu awak ummi nak sambung minor bidang psikologi perkembangan nanti? tahu tak kenapa ummi nak ambil? sebab ummi nak belajar macammana ummi nak handle anak anak ummi nanti ^^ awak nampak tak yang ummi sayangkan awak sayang? ummi harap bila awak dah besar nanti, awak dah ada kekasih hati, awak tak lupakan ummi.


Sayang, awak mungkin nampak tangan ummi lembut dan lemah. Tapi awak tak tahu kekuatan tangan ini. Sini sayang ummi nak bagi tahu awak. Allah tunjukkan kasih sayangnya melalui seorang Ibu. Ummi takkan biarkan awak terjatuh dan terluka. Selagi ummi ada, ummi akan lindungi awak sebaik-baiknya. Ummi takkan biarkan awak keseorangan atau kesusahan. Walau di depan ummi adalah benda yang paling ummi takut. walau di depan ummi adalah haiwan yang paling ummi takut. ummi takkan berundur in order to protect you my child. I will protect you anyway I am :)

Sincerely,
Ummi

5 comments:

nurhamiza shuhada said...

you'll be such a great mother in future,insyaallah :)

Nurul Azwa said...

aminn.. inyaAllah. you too :)

Awan Mendung said...

I surely want to find a wife like you.hahaha

Nurul Azwa said...
This comment has been removed by the author.
Nurul Azwa said...

you'll find the great one :)