01 December 2013

Kerana dia seorang sahabat

Assalamualaikum, bismillah.


       Kebiasaannya, jika tengok dimana mana, sahabat baik pasti berada di satu tempat yang sama. Sekolah yang sama, kolej yang sama atau pejabat yang sama. Tapi tak untuk aku. Sahabat aku hanya sempat 1 tahun je dekat dengan aku, selebihnya jaraklah pemisah keadaan kami. Tapi demi Allah, aku tak penah salahkan apa apa kecuali percaya pada apa yang ditetapkanNya.

       Sahabat mana yang boleh tengok sahabatnya menangis tanpa dia melakukan apa apa? Aku tak pernah dengar dia menangis sebelum ni. Tapi semalam bila aku bagi dia semangat, bagi tahu dia yang aku percayakan dia, tiba-tiba suara dia bertukar sebak. Tak sempat aku tanya kenapa, dia dah mula menangis. Bila dia mula bercerita, walaupun aku tak henti henti bagi dia semangat, hati aku dah mula redup menunggu masa untuk hujan. Sesungguhnya air mata dia adalah kesedihan untuk aku. Dia sahabat aku Ya Allah, aku sayangkan dia. Tolong jagakan dia. Tolong kuatkan hati dia. Aku tak sampai hati dengar dia menangis tanpa aku melakukan apa apa.

       Bila aku dengar dia menangis, apa yang aku tahu hanyalah, Ya Allah aku nak ada dekat dengan dia. Genggam tangan dia supaya dia tahu aku takkan biarkan dia jatuh sorang sorang. Aku nak ada dengan dia semasa dia di atas dan semasa dia di bawah. Aku tak nak biarkan dia sorang sorang. Aku tak sampai hati Ya Allah..



       Suara dia semalam sedih sangat. Seolah hampir berputus asa. Dia macam hilang keyakinan dengan diri sendiri. Dia macam memandang rendah dengan diri dia. Apa yang aku boleh buat? aku tak nak dia hilang keyakinan dengan diri dia. Aku sedih tapi kalau aku lemah dia mesti lagi lemah jadi aku kuatkan hati aku supaya dia lebih kuat dari aku. Aku cuba keluarkan semua kata-kata semangat untuk dia. Apa sahaja, asalkan dia bangkit semula. Aku tolak semua kata-kata yang melemahkan dia. Aku nak kau bangkit sahabat.. jangan lemah macam ni. aku sedih. aku tak nak tengok kau lemah sebab aku tahu kau kuat. aku percayakan kau.

       Sejujurnya aku kata, aku nak ada dekat dengan kau masa kau sedih dan jatuh. aku tak nak biarkan kau sorang sorang. Aku tak sampai hati. aku nak peluk kau supaya kau tahu aku ada untuk setiap situasi kau. aku nak genggam tangan kau supaya kau tahu aku bersedia tempuh apa je kesusahan dengan kau. Teruskan perjalanan kau sahabat. kau tak boleh berpatah balik. sudah jauh kau berjalan, kau tak ada pilihan lain selain tempuh apa sahaja yang berada di depan.


       Sampai hari ni, aku masih lagi sedih dengar cerita kau. Aku tak boleh buat apa apa selain doakan kau kuat dan sabar. Percayalah sahabat, akan ada satu pengakhiran yang baik bagi mereka yang bersabar. Aku sentiasa doakan kejayaan kau. Kau sudah pun memasuki zon perang, kau tak boleh lari. Nak tak nak, angkat sahaja senjata kau. Usahalah habis habisan. Jangan pernah menyesali keputusan yang kau ambil kalau tak kau seakan menyalahkan takdir. Berdoalah dengan penuh yakin, itu je senjatanya selepas kau berusaha. Aku percaya kau boleh buat dan kau akan berjaya :)

       Ya Allah, kuatkan hati sahabatku. Jangan tinggalkan dia walau sesaat. Bimbing langkahnya, tenangkan hatinya. Sesungguhnya tak ada lain yang aku mahu lihat padanya selain melihat dia gembira. Air mata dia adalah kesedihan untukku. Melihat dia ketawa adalah kegembiraan untukku. DemiMu Ya Allah, persahabatan yang terbina mendambakan keredaanMu. Aku serahkan orang orang yang aku sayang kepadaMu. Tolong jagakan mereka untukku.


        Hani Zalikha, bila Allah takdirkan kita tak berada di tempat yang sama seperti apa yang kita rancang, aku terus letak kepercayaan aku 100% pada DIA. Aku tahu walaupun kau jauh dari aku, tapi DIA sentiasa dekat dengan aku. Walaupun aku tak boleh selalu ada dengan kau, tapi DIA sentiasa ada dengan kau. Sebab tu aku tenang walaupun apa yang kita rancang tak terjadi sebab aku tahu Allah Maha Melindungi dan sentiasa dekat dengan kita.

       Hani Zalikha, manusia boleh sahaja berkata 'aku akan sentiasa ada untuk kau.' Namun hakikatnya takkan selamanya begitu kerana pada akhirnya kita pasti saling meninggalkan. Tapi aku nak ingatkan kau, satu ayat yang sentiasa buat aku rasa tenang dan aku pasti kau juga akan tenang dengannya.


And when My servants ask you, [O Muhammad], concerning Me - indeed I am near. I respond to the invocation of the supplicant when he calls upon Me. So let them respond to Me [by obedience] and believe in Me that they may be [rightly] guided.
      
Kerana kau seorang sahabat :)

      
      

No comments: