19 March 2014

Suhaida MK Marriage and ...

Assalamualaikum,

Pictures by Suhaida Mustaffa Kamal
 


       Suhaida Mustaffa Kamal dah kahwin?! Alhamdulillah. Tahun ni dua orang kaksu yang aku kenal dah kahwin. Sorang bulan Februari, sorang Mac. Its okay, aku cerita Kaksu Kuis dulu. Nanti sorang lagi kaksu dah upload gambar, aku membebel lagi. *sempat pulak aku nak membebel masa exam ni kan. biasalah, internet laju :P* haha. lambat kan aku punya info? dah beratus budak Kuis dah tahu. tapi lantak la. aku baru add dia nak buat macammana --" Kaksu punya suami nama dia Lukman. Tu pun aku tahu sebab aku tengok dekat FB beliau. heheh. Kaksu akad nikah dekat Masjid Kuis. Sweet je. Kata hati aku buat teori sendiri. Kaksu : antara cita dan cinta. Cita-cita dia bermula di Kuis dan Kuis juga merupakan saksi cinta dia apabila akad dilafazkan. Hebat bukan? Tengok gambar kaksu ni, aku teringat sesuatu.


       To be honest, nasihat untuk diri sendiri jugak. Aku tak berani comment lebih sebab aku tahu aku berada di sekeliling ustaz dan ustazah. Ini hanya pendapat peribadi. Bercinta tu tak salah, suka orang pun tak salah tapi biarlah dengan niat nak menikahinya. Dengan cara menjaga nilai cinta tu sendiri. Dengan cara menjaga maruah diri masing masing. Lagi-lagi kalau lelaki tu lelaki yang baik. Tapi jangan la berlebih lebihan sangat dengan cinta tu. Tengah belajar kan, kena la tahu keutamaan untuk diri sendiri. Keutamaan bagi seorang pelajar itu adalah belajar. Maka belajarlah dengan bersungguh-sungguh dan jagalah cinta itu. Pegang satu benda je, jodoh itu milik Allah. Genggamlah sekuat manapun, tariklah serapat manapun, tak ada jodoh tetap tak ada. Campaklah sejauh manapun, pisahkanlah selama manapun, jika jodoh itu ada, ia tetap ada.


       Remaja itu ada cita-cita, remaja itu ada cinta. Tentukanlah mana yang terbaik untuk kamu. Aku sendiri ada cita-cita. Aku utamakan cita-cita buat masa ni. Aku belajar dan kadangkala terlupa semua. Aku kadangkala terlalu leka kejar cita-cita. Bila dapat rehat pulak, aku terleka dengan kelapangan yang ada. Aku bangun semula demi cita-cita. Masa menyaksikan bagaimana aku perlu lawan untuk capai apa yang aku nak. Aku bukanlah pelajar yang belajar sikit tapi terus dapat. Malah selepas aku belajar sungguh-sungguh pun, aku hanya mampu mencapai HAMPIR sahaja. Kau tahu bagaimana aku terlalu utamakan cita-cita. Tapi kalau ada keadaan yang memaksa aku untuk mengubah keputusan, untuk kebaikan bersama, aku tak ada masalah untuk beralah. Ia terpulang balik kepada kita untuk mencorakkan masa depan kita. Apapun, letaklah Allah sebagai keperluan tertinggi kita sebab kita sentiasa perlukan Dia.

WaAllahu alam.


       "Kehidupan ni macam kita nak bawa kapal terbang. kita sebagai pilot, kita je yang tahu hala tuju kita, kita je yang tahu destinasi kita. kita je yang tahu kita nak jadi apa satu masa nanti.. Kala kita berusaha untuk sampai ke destinasi, insyaAllah, Allah akan tolong kita, kalau sebaliknya, yakin lah Allah bagi sesuatu kepada manusia apabila sesuai dan tepat pada waktunya. Awak, yakin tau. Jodoh tu akan sampai tepat pada waktunya. Yakin pada Allah."
-Suhaida Mustaffa Kamal-

       "Kaksu, terima kasih sebab tanpa akak sedar, aku selalu bagi saya semangat. Akak melayan saya walaupun masa tu akak tengah sibuk praktikum. hee~ kaksu, tahniah ye? Selamat Pengantin Baru! Semoga kekal bahagia hingga ke syurga. Semoga sentiasa di dalam rahmat Allah. Aminn.."
-Nurul Azwa Addy-

SUHAIDA : ANTARA CITA DAN CINTA




No comments: