19 March 2013

SPM result and our future

Bismillahirrahmanirahim,


       Lusa, keputusan SPM dah keluar. Takut? Sememangnya saya takut :) tapi kita dah berusaha kan? masih ingat lagi macam mana kita struggle for study dulu? tidur lewat, bangun awal. tak faham je, pergi rumah cikgu. Ada masa terluang je, buat latihan add math banyak banyak. hafal formula fizik dengan kimia. tanam rasa cinta dekat bio. Pergi tuisyen. Hujan ke, panas ke, redah juga. ini usaha kita untuk masa depan kita. Tak ada 1 saat pun kita biarkan pergi tanpa diisi dengan benda bermanfaat. Nak tidur pun rasa bersalah sebab masa tu berlalu. kalau masa tu boleh dihentikan, nak je berhentikan masa untuk tidur. Nak makan pun bawa buku. Buku 24 jam dekat tangan. Abaikan semua orang kata tentang 'poyo, menunjuk-nunjuk atau terlampau rajin'. Ingat lagi masa lepas trial SPM 2012 dulu, nak makan pun rasa buang masa. last sekali untuk menjimatkan masa, makan nestum dengan air milo. 2 in 1. jimat masa dan boleh bawa mug ke meja study ^^


       Penat? of course saya penat :) sampai tidur pun tak sempat bermimpi. Tapi apa sangat erti penat kalau nak dibandingkan dengan erti penyesalan. apa sangat erti penat kalau nak dibandingkan erti pengharapan ibu dan ayah. dan apa sangat erti penat kalau nak dibandingkan dengan erti kejayaan :') I just want you to know this. I am not a genious student but I try hard to become a super educated student. apa sahaja yang kita boleh buat untuk berjaya, kita akan buat. tak ada niat langsung nak menunjuk-nunjuk cuma tak rela mengalah sebelum berjuang. my opinion, kita tak boleh tengok apa yang ada di sekolah kita je. kita kena tengok apa yang ada di Malaysia. kalau rasa sekolah kita sekolah elit, bagaimana pula sekolah sekolah elit yg ada di ibu kota dan di Sabah Sarawak? Sekolah Tun Fatimah dan Sekolah Sains Alam Shah antara sekolah yang terbaik di Malaysia. Kalau kita hanya pandang usaha yang ada di sekeliling kita, kita akan berada di bawah. Mampukah kita bangun, dan berjalan seiring mereka untuk dapatkan tempat di IPT? ingat balik segala usaha yang kita dah lakukan dulu. menyesal? jangan. kita dah lakukan yang terbaik :)


       Dulu, masa tengah susun meja untuk SPM, aku menangis. Bukan sebab tak sempat belajar dan bukan juga sebab aku tak duduk satu kelas dengan kawan aku. Langsung tak fikir pasal kawan dah sebab sememangnya aku dah biasa berjauhan dengan kawan. Aku cuma bertarung dengan hati dan kepercayaan diri je. Dah bersediakah aku? adakah aku akan tewas lagi atau aku akan bangkit untuk mengubati semua kekecewaan lepas? Adakah aku akan hunus pisau di masa depan sendiri atau conteng arang di muka orang tua? menangis lagi. kali ni air mata memang tak boleh dibendung. bila bercakap tentang masa depan, terbayang satu per satu cita cita yang harus aku capai. Lantas aku berbisik, selagi aku masih hidup, selagi tu masih ada peluang. dan aku akan berusaha sampai aku berjaya hingga hujung nyawa. biarlah tak ada orang pun yang percaya pada aku asalkan aku percaya pada diri aku. itu sudah cukup sebagai bekalan kekuatan dalaman.


       Tutup mata dan buka, lusa kita akan ambil keputusan SPM. berhenti fikir yang buruk-buruk tentang keputusan kita. itu hanya akan merosakkan semangat kita, membunuh cita-cita. Ingat, percaya pada Allah, percaya pada diri. tanpa ragu. percayalah Allah dengar doa kita. Allah ada di setiap Tahajud dan Hajat kita. Allah ada di setiap Dhuha dan Taubat kita. Masih ingat lagi firmanNya di dalam sebuah hadis qudsi? Rasulullah s.a.w bersabda, Allah s.w.t berfirman "Aku berada dalam sangkaan hambaKu terhadaKu." terubat rasa risau kan? ^^ baiknya Allah :D kalau kita tak letak kepercayaan kita dekat Allah, kita nak letak pada siapa lagi? orang lain? ingat balik, berapa banyak kali kepercayaan kita telah dikhianati oleh orang lain tapi Allah kesayangan kita tak pernah pun khianati kepercayaan kita. ingat balik, sudah berapa kali kita lewat lewatkan solat tapi Allah kesayangan kita masih beri kita kesempurnaan rupa. Ingat balik, hanya berapa kali kita menangis kerana Allah, tapi Allah kesayangan kita masih beri kita sihat. baik kan Allah? baik sangat sampai tak terjangkau oleh akal fikiran kita. Malah kalau kita tulis sifat sifat Dia menggunakan air laut, 7 lautan pun masih tak cukup untuk menulis sifat sifatNya. positif la dengan Allah, dengan kekuasaanNya Allah akan positif dengan kita :) 


       Ada orang tanya, aku terlalu percaya. tak takutkah kecewa? jawapannya tidak. Aku tak takut kecewa sebab aku tahu Allah ada untuk jaga hati aku :) kalaulah lusa, perkara tak seperti yang diimpikan, aku reda. Allah mahu menguji aku lagi. bukan kerana aku bodoh sebaliknya aku telah berusaha sebaik baiknya tapi kalau ini bukan rezeki aku, aku akan terus bersangka baik dengan Allah. terluka? tak apa, Allah ada. bangun, berwuduk, buat solat taubat dan terus baca quran sampai luka tu sembuh. Masih ingat lagi tentang Pasti ada satu pengakhiran yang baik bagi setiap hamba Allah yang bersabar di atas ujian yang diberikan? tak perlulah sampai minum racun atau terjun bangunan. berdosa besar tu. Nauzubillahi min zalik. Jadi, jangan fikir buruk buruk. Hanya tingkatkan keyakinan pada diri dan pada Allah. sujud padaNya dan teruskan berdoa. InsyaAllah kejayaan milik kita sebab success usually comes to those who are too busy looking for it :)

I love you Allah more than everything in this world :')

p/s : Jumpa awak di menara gading! saya takkan mengalah ;D

No comments: