Tatkala tangan
si ayah pengantin perempuan berjabat dengan tangan pengantin lelaki, keadaan
menjadi sepi seketika. Namun selepas itu suasana di masjid bertukar menjadi
haru apabila lafaz akad dilafazkan oleh Daniel Fahmi dengan sekali lafaz. Akhirnya,
Natrah Mawaddah binti Asyrad Haris menjadi isteri Daniel Fahmi yang sah.
Tidak sangka,
selepas pertemuan antara Fahmi dan Natrah di Pulau Pangkor tempoh hari, hati
Natrah yang keras menjadi lembut tatkala Fahmi tampil berani mendahulukan wali
Natrah. Fahmi telah ke rumah Natrah dan menceritakan segalannya. Selepas
beberapa hari membiarkan Natrah berfikir, akhirnya kuasa Allah telah menyatukan
dua hati.
Fahmi datang
mendekati Natrah yang anggun berbaju pengantin berwarna putih. Senyuman
diberikan kemudian tangan kanannya diletakkan diatas ubun-ubun Natrah yang berada di atas kerusi
roda.
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya
dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu
dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah
berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan
perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah
melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” Doa
Fahmi sebaik sahaja selesai akad nikah.
Natrah
mencium tangan suaminya lembut sambil dalam hatinya berbisik kalimah syahadah.
Diikuti dengan ciuman di dahi Natrah oleh Fahmi sambil hatinya juga berbisik
kalimah syahadah. Biarkan acara pembatalan air wudhuk mereka berserta dengan
rasa keislaman yang sebenar. Sesungguhnya hati ini milik Allah dan kepada jalan
Allah jugalah ia diserahkan.
* * *
“Sayang,
saya dah minta izin dengan ayah akan bawa awak ke United Kingdom untuk
menyambung pelajaran di sana. Saya dah uruskan semua tentang pelajaran dan
biasiswa awak. Jangan risau, saya akan bantu awak dalam setiap perkara. Di sana
juga saya akan menghantar awak ke hospital pakar supaya awak dapat berjalan
semula.” Ucap Fahmi sambil menggenggam tangan isterinya.
“Bagaimana pula dengan awak dan pelajaran awak?” Tanya Natrah risau. Tak
sangka suaminya benar mengambil berat tentang dirinya.
“Saya
akan bekerja di sana supaya dapat menjaga awak. Apabila awak boleh berjalan
seperti biasa barulah saya akan menyambung pelajaran saya. Masa tu saya akan
bekerja sambil belajar.” Jawab Fahmi sambil tersenyum.
“Tidakkah ia menyusahkan awak? Tak mengapa. Awak sambung la belajar
dahulu. Selepas saya boleh berjalan, baru saya akan menyambung pelajaran saya.”
Natrah memegang pipi suaminya. Wajah itu ditatap penuh kasih.
“Kita
akan tempuhinya bersama. Inilah namanya pengorbanan sayang.” Fahmi mencuit dagu
Natrah.
* * *
Musim
sejuk telah tiba di United Kingdom. Salji turun bagaikan hujan renyai di bumi
London. Fahmi mendukung Alya Sofia yang berumur 1 tahun erat dalam pelukannya.
Sesekali diciumnya anak sulung mereka dengan penuh rasa kasih. Natrah pula
sedang sibuk menyiapkan coklat panas buat mereka berdua.
“Abang, jemput
minum. Alya sini duduk dengan mama pula.” Natrah mengambil Alya Sofia setelah
menghidangkan coklat panas di atas meja.
“Alya, nanti
lepas salji berhenti turun, papa bawa Alya tengok salji dekat luar ye?” Ucap
Fahmi bagaikan masih tidak puas bermain dengan anak sulung mereka. Natrah
ketawa melihat gelagat Fahmi yang tak boleh berenggang dengan anaknya.
Pandangan Fahmi
beralih pula ke wajah isterinya. Wajah Natrah ditatap. Rasa syukur tak pernah padam
dari dalam hatinya tatkala melihat isteri tercinta sudah boleh berjalan
menggunakan tongkat selepas enam bulan menjalani rawatan di hospital pakar.
Setelah genap setahun, Natrah kini boleh berjalan seperti biasa. Syukur,
Alhamdulillah.
“Sayang, takdir
tuhan tu cantik bukan? Awak dan saya. Kita terpisah kemudian Allah temukan kita
kerana jodoh. Kehilangan awak mengajar saya erti kesetiaan, kasih-sayang dan
menghargai. Ia membuatkan saya lebih matang dan lebih dekat dengan Allah. Saya
tak pernah berhenti mencari awak, dalam masa yang sama saya buat persiapan jadi
suami awak. Sekarang, awak housemate
dan roommate saya. Awak kini isteri
saya sayang. SubhanaAllah!” Ucap Daniel Fahmi.
“Jangan lemah
kerana cinta kerana cinta itu bukan melemahkan sebaliknya ia menguatkan
hubungan antara manusia dengan tuhan, manusia dengan manusia dan manusia dengan
alam. Saya mencintai awak kerana Allah, Daniel Fahmi.” Balas Natrah.
“Ana uhubbiki
fillah aidhon, Natrah Mawaddah.” Bisik Fahmi lembut.
The End
* * *
writer :
Azwa Addy
picture credit to :
- Faris Nazrin
- Tuan Natrah Zulaikha
- Dini Dayana
- Dini Dayana
- Google
1 comment:
best , menangis baca T_T
Post a Comment