Cerpen trailer. Trailer budak baru belajar~ Erk, cerpen pun nak buat trailer ke? haha. lawak la aku ni >< hentam jela. hah, tapi sebelum tengok trailer, tutup dulu lagu asas dalam blog ni kat bahagian bawah sekali. kalau malas nak baca panjang panjang, tengok trailer dulu. tapi kalau tak sabar, baca jela. tiada paksaan.
Fahmi tersenyum girang melihat sahabatnya Natrah sedang
bermain dengan adik-adiknya. Setelah hampir setahun tidak bersua, akhirnya hari
ini menyaksikan pertemuan mereka. Mereka telah dua tahun berkawan. Segala jerih
perih dalam persahabatan telah mereka tempuhi bersama. Benar, Natrah Mawaddah
memang sahabat baiknya, dengan izin Allah. Alhamdulillah.
“Kak Natrah,
jomlah teman Min main buaian dekat sana.” Pinta Yasmin yang masih kecil sambil menarik-narik
hujung baju Natrah.
“Kak Natrah,
cuba tengok Amir pandai bergayut dekat palang ni.” Giliran Amir pula meminta
perhatian.
Natrah gembira
apabila dikelilingi kanak-kanak. Segala gelagat adik-adik Fahmi dilayan tanpa
penat. Kadang-kadang dia ikut sama ketawa kerana gembira. Setelah lama menanti,
akhirnya dapat juga dia melawat ibu angkatnya merangkap ibu Fahmi di Shah Alam.
Natrah turut mengajak Nurul bersama kerana memikirkan dia bakal bermalam di
sana.
“Min, Amir, jom
balik. Dah 6.30 petang dah ni.” Ajak Natrah peka dengan peredaran waktu kerana
enggan lewat menunaikan solat maghrib. Yasmin dan Amir memegang tangannya.
Nurul hanya melihat ragam anak-anak kecil yang mudah rapat dengan Natrah.
Memang tidak dinafikan, Natrah memang mudah menarik perhatian kanak-kanak.
“Jom, kita jogging sampai rumah!” Jerit Fahmi
kemudian adik-adiknya turut berjogging
di sebelahnya.
* * *
Natrah Mawaddah tersedar dari lamunannya. Teringat kisah
lama yang telah mengeratkan hubungannya dengan keluarga angkatnya di Shah Alam.
Bibirnya mengukir senyuman. Kini telah 2 tahun berlalu. Natrah Mawaddah dan
Daniel Fahmi masing-masing melanjutkan pelajaran ke negeri berbeza dan bidang
berbeza. Namun ikatan persahabatan mereka masih bertahan hingga ke saat ini.
Walaupun jarang berhubung namun apabila ada masa lapang, mereka saling bertanya
khabar.
Sebagai pelajar
tahun akhir pemegang Diploma Teaching
English As A Second Language (TESL), dia kini sibuk menjalankan praktikum
di sebuah sekolah rendah di Selangor. Setiap hari, ada sahaja bahan bantu
mengajar yang disediakan bagi menarik minat pelajarnya mempelajari Bahasa
Inggeris.
Jam menunjukkan
pukul 10.30 malam. Natrah menuju ke jendela biliknya lalu membukanya. Bayu
dingin menerobos masuk menyapa mukanya. Natrah menarik nafas dalam kemudian
melepaskannya. Sengaja dia ingin menenangkan fikirannya yang kebelakangan ini
dipenuhi dengan kerja. Tak lama lagi, dia akan menamatkan diplomanya. Tak sabar
rasanya ingin menyambung pelajaran ke luar negara. Itulah impian yang disimpan
sejak kecil.
Kringg kringg.
Telefon bimbit
Natrah berbunyi. Daniel Fahmi. Segera diangkatnya.
“Assalamualaikum
Natrah. Sibuk ke? Lama tak tanya khabar. Awak apa khabar?” Kedengaran suara
Fahmi di hujung talian.
“Waalaikumussalam Fahmi. Macam biasalah sibuk final year. Alhamdulillah sihat. Awak pula?” Giliran Natrah pula
bertanya.
“Alhamdulillah,
sihat juga. Natrah, saya ada benda nak bagi tahu awak ni.” Suara Daniel Fahmi
bertukar serius. Dia berjeda seketika. Natrah diam memberi ruang kepada Fahmi
untuk menyambung ayatnya.
“Natrah ingat lagi kan dulu saya ada
bagi tahu awak saya akan jadikan awak isteri saya. Saya Cuma nak bagi tahu
awak, saya masih dengan hajat saya. Saya ingin menjadikan awak isteri saya.
Awak tunggu saya sampai saya tamat diploma ye? Selepas itu saya akan terus
jumpa ibu bapa awak.” Ucap Fahmi ikhlas.
Natrah diam.
Dia masih ingat hajat Fahmi yang satu itu. Sesungguhnya jika perkara itu benar
berlaku, sudah pasti dialah orang yang paling bahagia. Namun dalam berharap,
dia hanya mampu berdoa dalam diam. Suara hatinya dibiarkan sepi. Keutamaannya
diberikan kepada pelajaran. Enggan jatuh dalam jerat cinta palsu. Cintanya
hanya buat seorang suami.
“InsyaAllah,
jika awak bersungguh-sungguh tentu Allah izinkan.” Setelah lama berdiam diri,
akhirnya itu sahaja yang keluar dari mulutnya.
Natrah Mawaddah
memang seorang yang tegas dalam pergaulannya. Walaupun dengan sahabat baiknya
sendiri. Dia tidak akan melunakkan suaranya jika bersembang dan auratnnya
dijaga sebaik mungkin. Dia selalu berdoa supaya Allah memelihara kesucian
persahabatan antara dia dan sahabatnya kerana dia benar-benar ingin berjumpa
sahabat-sahabatnya di syurga nanti.
Oleh itu, dia
berhati-hati dengan perasaan yang Allah hadirkan dalam hati Daniel Fahmi. Gusar
andai cinta yang kudus merosakkan persahabatannya atau persahabatan yang tulus
mencemarkan cinta yang tak berdosa.
Tidak
dinafikan, Fahmi memang suka mendapatkan perhatian Natrah. Kadang-kadang
dipanggilnya Natrah dengan panggilan sayang. Mengamuk Natrah dibuatnya. Kadang-kadang
gambar Natrah diambil dalam diam. Apabila Natrah mendapat tahu, terus diminta
dilupuskan terus dari telefonnya. Bengang Fahmi seketika namun kerana sayangkan
sahabatlah Natrah buat begitu.
“Jangan terlalu
turutkan rasa. Kita masih perlukan masa. Kita ada cita-cita.”
* * *
Kringggggggg!!
Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah telah berakhir. Semua pelajar
darjah satu berebut-rebut bersalam dengan Natrah. Natrah tersenyum melihat
pelajarnya. Setelah mengemas bukunya di atas meja, dia bergerak ke tempat letak
kereta.
Apabila dia
memandang keluar, pelajar-pelajar darjah empat dan lima sedang asyik bermain
kejar-kejar di luar sekolah walaupun telah dimarahi oleh pengawal keselamatan
di situ. Natrah segera keluar dan mendapatkan pelajar-pelajar tersebut.
“Hakim, Aidil,
Wafiy. Jangan main kejar-kejar kat luar ni. Bahaya. Duduk dekat kerusi sana
sementara tunggu bas sekolah datang.” Arah Natrah. Ketiga-tiga pelajar itu akur
namun masih mencuit satu sama lain sambil ketawa. Natrah menggelengkan
kepalanya beberapa kali sambil tersenyum. Walaupun sekadar guru pelatih di
sekolah itu, Natrah merasakan dia mempunyai tanggungjawab sepenuhnya ke atas
pendidikan dan pelajar di situ. Itulah dia, seorang guru.
Semasa sedang
sibuk menguruskan pelajar-pelajar tadi, Natrah terpandang seorang pelajar
darjah satu yang sedang teragak-agak untuk melintas jalan. Natrah segera
menghampirinya, pelajar itu menoleh. Namun bagaikan halilintar, sebaik sahaja
tangan pelajar itu digenggam, sebuah kereta Ferrari menuju laju ke arah mereka.
Otak Natrah tidak sempat berfikir panjang lalu ditolak pelajar itu kehadapan namun
semua yang berlaku umpama angin lalu. Dia sendiri tidak sempat untuk mengelak.
Darah memercik
membasahi baju kurung Natrah. Mulut dan kepalanya mengeluarkan darah.
Semua
pelajar yang ada di perhentian bas tergamam bagaikan tidak percaya apa yang
terjadi di hadapan mata mereka. Kereta Ferrari itu hanya berhenti sesaat dua
kemudian pergi begitu sahaja.
“Teacher Natrah!!” Jerit Wafiy yang
paling akrab dengan Natrah. Dia mendapatkan Natrah diikuti pelajar lain. Dalam
sekelip mata, orang ramai mengerumuni jasad Natrah. Ayah Wafiy yang baru sahaja
sampai turun daripada keretanya untuk melihat apa yang berlaku.
“Tolong bawa teacher ke hospital ayah! Tolong Wafiy!”
Pinta Wafiy yang kini berada di darjah lima. Air matanya jatuh, seragam sekolahnya
turut dibasahi darah Natrah.
Menyedari keadaan
mendesak, darah Natrah mengalir kian laju. Ayah Wafiy terus mengangkat Natrah
dan meletakkan dia di tempat duduk belakang ditemani anaknya. Dia mengambil
semua barang Natrah yang bersepah di jalan raya kemudian masuk ke dalam kereta.
“Tolong
maklumkan pada pihak sekolah. Saya bawa Cik Natrah ke hospital berdekatan.”
Jerit ayah Wafiy kepada beberapa orang guru di situ. Keretanya terus memecut
laju melihat keadaan Wafiy yang kian gelisah.
Sampai sahaja
di bahagian kecemasan, Natrah dibawa masuk ke bahagian rawatan dengan bantuan
beberapa orang jururawat. Sampai di pintu hadapan sahaja kemudian langkahnya
terhenti membiarkan Natrah kepada jururawat yang lain.
“Wafiy ikut
ayah. Ayah nak uruskan maklumat tentang cikgu Wafiy di kaunter.” Arah si ayah
kepada anak tunggalnya. Wafiy hanya menurut. Dia tidak putus-putus berdoa untuk
guru kesayangannya itu. Walaupun baru bertemu, namun kesabaran Natrah dalam
melayan kerenah para pelajarnya menyebabkan dirinya mudah disayangi.
Setengah jam
kemudian, beberapa orang guru turut sama menyusul ke hospital. Masing-masing
dengan wajah yang risau. Minit berganti jam namun doktor masih belum memberi
apa-apa jawapan. Segala usaha dibuat bagi menyelamatkan nyawa Natrah.
“Kami masih
dalam usaha menyelamatkan nyawa Cik Natrah. Sila maklumkan pada keluarga beliau
dan sama-sama doakan untuknya.” Hanya itu yang keluar dari mulut jururawat
tersebut kemudian dia masuk semula ke bilik rawatan.
Guru besar dari
sekolah di mana Natrah praktikum memaklumkan hal tersebut kepada pihak
universiti. Makluman turut disampaikan kepada ahli keluarga Natrah supaya lebih
ramai mendoakan Natrah Mawaddah.
Setelah 2 jam
bergelut dengan maut, doktor mengesahkan bahawa Natrah telah hilang upaya kedua-dua
kakinya. Natrah disahkan lumpuh dari bahagian pinggang hingga kaki dan masih
dalam keadaan koma.
“Cik Natrah
telah mengalami lumpuh dari bahagian pinggang hingga ke kaki beliau. Namun
beliau masih ada harapan untuk sembuh asalkan beliau kuat.” Ujar doktor dalam
lingkungan 40-an itu.
“Ayah, Wafiy
nak teacher Natrah..” pinta Wafiy.
* * *
(Bersambung)
No comments:
Post a Comment