Labels

Showing posts with label heart theraphy. Show all posts
Showing posts with label heart theraphy. Show all posts

26 April 2013

Belajar menerima ujian Allah

Assalamualaikum,


Kita perlu belajar dari kesilapan orang lain
Bukan ambil kesilapan yang sama untuk belajar
-Nurul Azwa-

SATU

       Tahu tak, saya sedih sangat sangat. tak tahu la kenapa. rasa macam ada je benda yang buat saya sedih. ataupun biasa la di akhir-akhir bulan macam ni. hormon tak stabil ke tak tahu la. kertas karangan bahasa inggeris saya hilang. saya tak pasti la hilang atau saya pinjamkan dekat kawan masa sebelum SPM dulu. tapi kalau betul la saya pinjamkan dekat dia, hm.. saya terpaksa merelakan kertas tu pergi. sebenarnya, ia bukanlah berkaitan dengan kertas karangan semata-mata. ia adalah berkaitan dengan hasil kerja saya. Kalau saya dah menulis, saya akan menulis dengan sepenuh hati dan menghayati apa yang saya tulis. tak kira la saya tulis dalam bm atau bi. dan bila kertas tu hilang, rasa macam sia-sia je hasil kerja saya.

       Saya jenis orang yang suka mengumpul hasil karangan saya. Lagi lagi essay bi. Saya akan menulis macam-macam jenis cerita. Happy ending, sad ending, cerita hantu, cerita fairytale dan lain-lain. Saya gembira bila apa yang saya tulis sampai ke hati pembaca. :) Sebelum SPM, kawan saya nak pinjam karangan karangan bi saya. then saya pun bagi. I dont mind bout it. but dah sebulan lepas SPM dia masih tak pulangkan. saya sayangkan semua hasil kerja saya. tapi dia selalu menangguhkan sedangkan rumah dia tak la jauh dari rumah saya kalau naik motor. sampailah satu hari, dia bagi tahu yang kertas tu kakak dia dah terhantar dekat recycle masa kemas bilik dia. Hanya Allah je yang tahu apa yang saya rasa. Saya betul-betul sayangkan karangan-karangan tu.. 

       Saya bukan marahkan dia, saya cuma kecewa dengan dia sebab dia tak amanah menjaga barang saya. sampai sekarang, even saya dah relakan benda tu pergi tapi bila saya teringat balik, ia betul-betul buat saya nak menangis. beberapa karangan bahasa inggeris lebih dari 5 page ditulis dengan sepenuh hati akhirnya pergi macam tu je. lama-lama saya belajar menerima melepaskan sesuatu pergi dengan rela. Jika itu yang Allah mahukan, saya akan lepaskan. saya takkan salahkan takdir. saya hanya akan cuba pujuk diri saya untuk terima semua ketentuan tuhan.

 DUA

       Sejak dulu, saya memang menjaga tubuh badan saya. Saya cukup risau kalau ada parut di badan saya. Bila terkena je apa apa, terluka, terhantuk atau terkena minyak panas, saya akan risau dan segera mencari jalan supaya ia tak meninggalkan parut. Saya puas bila badan saya bersih tanpa kesan apa-apa walaupun tak ada orang yang nampak. Saya jaga untuk orang yang halal sahaja. Saya terlalu obses menjaganya sampai saya terlupa kecantikkan seseorang tak kekal. Even saya bukanlah lakukannya untuk berbangga-bangga tapi saya tetap dikategorikan sebagai orang yang lupa. Itulah label yang saya letakkan untuk orang yang macam saya.
       Sampailah satu hari, Allah datangkan ujian chickenpox pada saya. seperti yang semua orang tahu, ia meninggalkan kesan parut pada tubuh badan. Walaupun parut tu akan hilang juga nanti, tapi ia tetap memberi kesan dekat saya. Masa tu la mata saya terbuka dengan ujian yang Allah nak tunjuk. Ya Allah, aku ni terlalu bahagia dengan nikmat yang Kau berikan sehingga aku lupa Kau mengujiku dengan kesempurnaan itu.. Baru saya buka mata, ingat semula yang kecantikkan itu takkan kekal. badan saya takkan selamanya tak ada parut. Saya benar-benar terpukul. Saya insaf. Saya bertaubat. Ingat lagi apa yang kawan saya katakan pada saya beberapa hari lalu. 
 

       "Tak boleh juga Azwa kalau awak selalu jaga badan awak sebab tak nak ada parut walaupun alasan awak untuk suami awak. Cuba kalau Allah uji awak dengan excident meninggalkan ketidaksempurnaan pada tubuh awak, nanti takut suami awak tak boleh menerima keadaan itu sebab dia dah selalu tengok awak sempurna." Saya diam dan biarkan kata-kata dia meninggalkan kesan pada ingatan saya..

24 April 2013

Muslimah itu..

Assalamualaikum,



       Ramai orang yang tengok seorang muslimah tak couple ( bukan semua, ada juga yang ya ) lepas tu mereka akan fikir, "hey, how they do that?" or "nobody want them" or "titanium heart" tapi tahukah anda sebenarnya seorang muslimah juga seorang manusia biasa yang ada rasa untuk sayang dan disayangi. lagi lagi pada usia remaja. tipu la kalau dia tak ada langsung rasa terbuai bila dilayan atau rasa suka dekat someone even dia seorang yang kaki study atau bookworm. Dia juga manusia. ingat, dia manusia. tapi kenapa mereka tak suka layan lelaki? kenapa kenapa? ye, dulu saya pun pernah terfikir benda yang sama tapi lepas saya pun melaluinya, saya dah dapatkan jawapannya. sebenarnya, mereka juga terbuai bila dilayan sebab tu mereka tanamkan dalam hati mereka tidak mahu melayan dengan harapan lelaki itu akan berhenti mengambil berat tentangnya.

       Sebenarnya, mereka juga boleh dapatkan seorang kekasih jika mereka mahukannya tapi mereka memilih untuk tak nak. seperti cerita saya, apa yang saya rasa adalah seakan-akan ada sesuatu yang menghalang saya daripada terus melayan lelaki yang tidak halal untuk saya. saya pun tak tahu cuma saya cuba kawal diri saya untuk bertindak selaras iman, akal dan peredaran zaman. semuanya baru bermula pada akhir tahun 2012, dan semenjak dari itu saya tak lagi melayan perbualan meleret yang tak bersebab. saya juga akan gemuruh dan tak senang duduk bila didekati lelaki. tapi saya cuba juga atasi sebab saya bersama mereka atas urusan kerja dan cuba tidak memutuskan hubungan silaturahim dengan kawan lelaki yang baik dengan berhubung dengan mereka sekali sekala.


       Okay, berbalik kepada cerita asal. Sebenarnya, tujuan seorang muslimah berbuat sedemikian ada banyak selepas saya mula menyedarinya. sebab pertama adalah kerana takutkan Allah dan kerana cintakan Allah. kadang-kadang mungkin di mata orang lain mereka menganggap perkara kecil je melayan lelaki ni tapi besar di mata seorang muslimah. selalu sahaja di hati mereka bertanya "Allah redha tak aku buat macam ni?" but dont worry guys, seorang muslimah juga masih lagi dapat bertindak professional dalam kerjanya tapi awas! jangan ambil kesempatan jika tidak mahu terluka dengan duri dari mawar larangan. sebab kedua, mereka tak nak menjadi sebab kelalaian lelaki. jauhnya fikiran seorang muslimah ni.. bukan hanya fikir diri sendiri malah turut fikirkan orang lain juga.

       Jika muslimah itu dilayan selepas itu mereka pula melayan, sudah tentu lama kelamaan timbul perasaan cinta yang kemudiannya melalaikan. solat pun tak khusyuk, asyik nak cepat sahaja bila teringatkan si dia. itulah sebenarnya seorang muslimah risaukan. takut menjadi sebab kelalaian seorang lelaki sedangkan seorang lelaki ada banyak tanggungjawab yang mereka perlu galas. sebab itu seorang muslimah tidak mahu mulakan. kalau boleh mereka tak nak langsung menarik perhatian seorang lelaki dari memandang mereka. ada yang sanggup menutup mukanya juga semata-mata tidak mahu ditatap wajahnya. ada juga muslimah yang pakai baju besar-besar dan tudung yang sangat labuh kerana tidak mahu menarik perhatian lelaki.


       Kadang-kadang pada peringkat permulaan penghijrahan, apabila seorang muslimah itu ditegur oleh seorang kenalan lelakinya, dia akan melayan dengan niat persahabatan. tapi sedaya upaya dia berfikir untuk segera mematikan message yang meleret-leret. manusia, cara seorang muslimah itu memang kelihatan terpinggir dan ketinggalan zaman. malah caranya juga sukar untuk difahami tetapi sebenarnya muslimah itu sifatnya cukup berjaga-jaga. muslimah juga sikapnya amat lemah lembut. walaupun dia seorang yang kasar tapi hatinya lembut. dan dengan hatinya yang lembut itulah akan mempengaruhi tingkah lakunya.

       Awak fikir ianya mudah? tidak. ia merupakan satu peperangan menentang syaitan dan hawa nafsu sendiri yang kadangkala buas dan susah dijinakkan. ia memerlukan proses mujahadah yang tinggi. tapi bagaimana muslimah itu masih mampu bertahan? mereka sebenarnya ada Allah. mereka bergantung sepenuhnya pada Allah. itulah alasan mereka masih bertahan hinggalah saat diijabkabulkan. ada juga muslimah yang sudah terpaut dengan lelaki yang baik. tapi tak pernah bagi tahu langsung pada lelaki itu. mestilah dia risau kalau orang yang dia suka dalam diam tu jadi milik orang lain. puas dia mengadu dan meminta pada Allah supaya jangan izinkan hatinya mencintai dan merindui lelaki yang tidak halal untuknya tapi perasaan itu masih belum hilang. muslimah itu tidak mula menghantar sms dekat orang yang dia suka malah menundukkan pandangan bila berjumpa. Allah.. hebatnya.. bagaimana mereka mengurus rindu?


       Rindu yang bertamu bukan rindu biasa-biasa. syaitan asyik sahaja ingin mengoda. tapi seorang muslimah itu bila dia rindu, dia akan terus menunaikan solat sunat. selepas solat, beria-ia dia menangis memohon keampunan daripada Allah dan meminta ditukarkan hati yang baru. dia tak nak hati yang selalu merindui hambaNya. dia hanya mahukan hati yang teguh terus mencintaiNya dan hati yang selalu menyayangi orang yang halal buatnya sahaja. dia mengurus rindu dengan solat sunat taubat. dia mengurus rindu dengan berdoa malah mengubat rindunya dengan zikir-zikir taubat. itulah dia seorang muslimah.
       Muslimah itu sifatnya tertutup. dia tidak suka bergaul dengan orang yang salah. dia suka membina ukhuwwah tetapi membantaskan pergaulannya sesuai dengan kehendak syarak. walaupun seorang muslimah itu tidak sempurna, malah ada saatnya imannya berkurang, dia merasakan dirinya cukup hina di sisi Pencipta, namun di hatinya tak pernah putus asa untuk terus menghisap kemanisan iman di sepanjang jalan kehidupannya. seorang muslimah itu, akan terus bangkit walau dirinya kerap diuji. Muslimah itu sifatnya mahu selalu menjaga hatinya, menahan nafsunya dari bermaharajalela. dia takkan mudah menyerah cinta pada seorang pemuda. muslimah itu walaupun rindunya bergelora mulutnya tetap diam seribu bahasa. menidakkan bahasa hatinya. kerana baginya hati tetap harus dipelihara untuk seorang suami sahaja. dan sebelum itu, cinta yang perlu diraihnya adalah cinta hakiki iaitu cinta Ilahi :)





16 March 2013

muhasabah : aurat wanita

Assalamualaikum,

       Bercakap tentang aurat wanita, semua orang sudah maklum aurat wanita adalah semua kecuali muka dan tapak tangan. Tapi pada zaman milenium ini mengapa masih ada wanita yang sanggup mempertontonkan aurat mereka di khalayak ramai? Dahulu mungkin kita jahil tentang agama dan hidayah belum lagi terbentang di hadapan mata. Mungkin kita tidak kisah berapa saiz baju yang kita pakai asalkan ia berlengan panjang atau kita sekadar memakai tudung namun langsung tidak menghiraukan sama ada tudung tersebut menutup dada atau tidak dan sama ada tudung tersebut jarang atau tidak.



       Firman Allah di dalam Surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud - Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.” Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun  lagi Maha Penyayang.”
   
       Dahulu, mungkin Humaira juga seperti sebahagian daripada remaja-remaja moden yang gemar berfesyen dan amat mementingkan penjagaan rupa. Dilahirkan di tengah ibu kota, Humaira juga seorang yang freehair sehinggalah dia berumur  9 tahun dan ketika itu dia berada di Perak. Saat itu, Humaira bersekolah di SK Methodist, Tanjung Malim. Sebahagian pelajar perempuan memakai tudung dan ada juga yang tidak. Di akhir darjah 3, barulah hatinya terbuka nak pakai tudung. Humaira meminta ayahnya belikan tudung sekolah buatnya dan mula berjinak-jinak dengan memakai tudung ibu.


       Tapi masa tu, Humaira suka pakai tudung yang kebanyakkanya tak menutup dada kerana tudung itu dia ‘simpangkan’ kedua-dua belah di bahu. Ayahnya ada menegur tapi sedikit pun tidak berkesan kerana ramai pelajar perempuan memakai tudung begitu. Ibu juga ada berpesan, jangan berbangga dengan wajah yang cantik kerana kecantikan itu tidak kekal. Hanya nasihat itu yang berkesan, dia bermuhasabah.

        Ayah dan ibu Humaira tidak pernah penat memberi nasihat dan motivasi buat puteri sulung mereka supaya berubah dan menjadi seorang solehah. Tambahan pula dia perlu menjadi contoh terbaik buat adik-adiknya. Namun dia gagal. Adik-adik yang sememangnya rapat dengannya mudah benar mengikut rentaknya. Ibu sering berpesan, “kepimpinan melalui teladan” tapi dia masih lagi mencari-cari siapa dirinya dan dimanakah jalan yang harus dia pilih? Hari demi hari berlalu, kedewasaanlah yang mematangkan dia. Akhirnya dia terjumpa cahaya yang dicari di tebing-tebing tahajud dan taubat. Itulah Cahaya Hidayah. Sinarnya memancar bagaikan matahari menerangi segenap hati yang tidak putus mencari.


       kali ini, tekadnya hanya satu. Dia ingin berjaya di dunia dan akhirat. Menjadi wanita solehah yang terpelajar merupakan impiannya. Dia ingin mengumpul sebanyak-banyak amalan untuk dibawa ke negeri abadi. Apa sahaja larangan Allah, dia jauhi. Bersungguh-sungguh dia bermujahadah. Walaupun perih, dia reda. Dia tahu kemanisan yang dicari ada di hujungnya.  Apa yang sunat, dia cuba mencapainya. Dia ingin menjadi khalifah Allah yang berbakti di jalan tuhannya. Dialah mawar suci perindu syurga.

       "Alamak, kain dengan tudung ni nampak jarang la.” Kata Humaira ketika berdiri di depan cermin.

         Dia mengambil kain dalam dan tudung Syria untuk dipakainya di bahagian dalam. Kalau pakai semua ni mesti nampak gemuk. Bisik hatinya. “Tak mengapa nampak gemuk di mata manusia asalkan Allah reda.” Pujuk Humaira. Sejak hari itu, Humaira tidak kisah jika terpaksa kelihatan gemuk kerana pakai tudung, baju dan kain berlapis-lapis kerana tujuannya hanya satu. Lillahi taala.


       "Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku yang lalu. Terimalah taubatku wahai Allah. Terimalah segala usahaku untuk mencari redaMu. Bantulah aku dalam menjadi contoh terbaik buat adik-adikku dan untuk menjadi hamba-Mu yang solehah. Jadikanlah aku seorang srikandi terhormat yang sentiasa menegakkan panji agamaMu. Jadikanlah aku wanita yang kematiannya ditangisi dunia dan disambut gembira oleh penghuni Syurga. Wahai Allah, janganlah kau hukum aku dengan dosa dan kejahilanku yang lama. Kini, dalam sujudku berserah taubatku hanya untukMu.”

21 December 2012

Farisya Najwa, The Nice One :)

Assalamualaikum,


        Hari nie aku nak bercerita tentang kawan aku yang lagi satu nie. kawan baiklah sebab geng aku ada empat orang semua. Hani Zalikha, Hani Zalifah and Farisya Najwa. Tadi aku contact dia so rasa rindu tu yang membawa aku buat entry pasal Farisya pula :)
Ada orang yang Allah ciptakan memang untuk buat orang lain ketawa dan gembira. Bila dia ada, keadaan sekeliling persis cerianya warna pelangi. Itulah kawan aku, Nur Farisya Najwa. Walaupun dia tak la selalu ada dengan aku sebab 24 jam dia asyik berkepit dengan Ifa je. haha. Tapi setiap kali dia ada dengan aku, demi Allah, dia selalu buat aku senang dan berlapang dada dengan kehadirannya.

UNTIL THE END
  
        Farisya is a beautiful girl with a beautiful heart and mind :) Diorang tiga orang nie masa aku tingkatan 4 semuanya kelas 4 science 1. aku sorang je 4 science 3 kiranya diorang lagi pandai dari aku la. apa yang aku nak bagi tahu dekat sini, walaupun ada jurang between kelas kami tapi diorang dengan ikhlas terima aku sebagai kawan. kitorang selesa setiap kali bersama. diorang pun tak pernah nak beza-bezakan aku. Itulah hakikatnya erti persahabatan. berkawan tanpa mengira darjat, harta, kedudukan, rupa atau pelbagai lagi alasan dunia tapi bersahabat kerana agama yang ada pada mereka dan menyayangi mereka kerana Allah. alhamdulillah, masa aku tingkatan 5, walaupun aku tak dapat satu kelas dengan diorang, tapi akhirnya aku juga dapat berada di kelas pertama di terengganu.


UNTIL THE END
  
    Farisya ni jenis 'gila gila' siket. kalau dia ada memang riuh rendah dengan suara dia yang serancak bunga api masa tahun baru :p dapat pulak bila dia jumpa Hanis bertambah haru jadinya. haha. Farisya ni selalu buat orang ketawa dengan perangai dia. kadang-kadang, walaupun dia tak dapat nak selesaikan masalah aku tapi bila dia ada, dia dapat membantu aku untuk melupakan masalah aku. Aku harap, aku akan berkawan dengan Farisya, Ika and Ifa sampai syurga. Setiap kali dengan diorang, masa merupakan harta paling berharga untuk diingati sebagai satu memori terindah :)

UNTIL THE END


Kalau Ika nak jadi Doktor Pakar Sakit Puan, Farisya pula sama dengan aku. Dia nak jadi Ahli Farmasi. tapi sayang la sebab masa aku nak sambung belajar dekat KL balik, dia pulak nak sambung belajar dekat USM,Penang. Sedih memanglah sedih sebab aku memanglah nak spend time dengan kawan kawan baik aku tapi demi kejayaan, masing masing menunjukkan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. semoga Allah permudahkan jalan bagi kami berempat mencapai cita-cita masing masing. amin..

Ika, Husna, Danial, Amal, Amin, Ifa, Farisya
   
       Gambar kat atas ni diorang ambil lepas aku balik. cess betul (-_-!!) haha. Selepas 1 abad berkawan bersama, Ifa dengan Farisya memutuskan kali ni diorang nak berjauhan. kalau Farisya nak sambung dekat USM, Ifa pula nak sambung dekat Johor. Bukan bergaduh tapi mungkin diorang dah fikirkan yang terbaik. Aku dengan Ika pun menyokong jela sebagai kawan. tapi jauh dalam hati aku menyimpan hasrat untuk menjadi rakan kongsi dengan Farisya bila dah besar nanti. aku rancang, nanti bila dah habis practical as pharmacyst, aku memang nak timba pengalaman dengan berkerja dengan goverment. nanti bila dah kukuh and stabil, aku nak bekerja sendiri. nak buka pharmacy sendiri. masa ni la aku nak Farisya berkerjasama dengan aku. jadikan farmasi tu milik kami berdua :)


UNTIL THE END


         Biarlah, mungkin berjauhan bagi kami berempat adalah sesuatu yang terbaik untuk kami. Detik-detik sukar tanpa 'sahabat sejati' di samping kita bukanlah satu yang senang untuk kita, tapi aku berdoa semoga kita berempat tabah melalui setiap dugaan yang datang. Cabaran hidup buat kita lebih dewasa dan lebih berani meniti hari hari esok kan? aku harap, nanti bila kita semua dah berjaya, kita boleh hangout sama-sama. Yang pasti mesti masa tu kita dah dewasa. Kita boleh bercuti sama-sama maybe dekat Pangkor ke, Pulau Perhentian ke.. masa tu kita semua dah berjaya capai cita-cita kita dan menara gading dah pun berada di depan mata. mesti seronok kan bila kita dapat bersatu semula sebagai kawan baik lagi selepas beberapa tahun terpisah jarak? masa tu boleh la diolog nie diaplikasikan. haha


Di suatu petang semasa empat orang sahabat sedang menikmati cuti mereka di Pulau Kapas sambil melihat pemandangan indah dan mendengar bunyi rancak ombak yang sedang meghempas pantai.
Hani Zalikha : Hai pharmacyst muda, muka kau siket pun tak berubah kan?
Farisya Najwa : Hai doktor muda, kau pun apa kurangnya? semenjak jadi doktor ni bertambah busy aku tengok kau nie.
Nurul Azwa : Haha. ha, kau pulak arkitek muda. jadi tak nak rekakan aku sebiji banglo menghadap pantai tu?
Hani Zalifah : kawan punya pasal, mestilah jadi wahai cik pharmacyst ^^
Hani Zalikha : aku dengar cerita kau dengan Azwa nak buka farmasi sendiri, betul ke?
Farisya Najwa : yupp. kitorang jadi rakan kongsi buka farmasi sendiri. InshaAllah kitorang dalam proses mencari tempat yang sesuai :)





UNTIL THE END




04 December 2012

tenangkan hati melalui berdoa :)

 Power by PERUBATAN ISLAM bersama Hj Lokman Abd Hamid


assalamualaikum :)

       Dunia kadang-kadang tak berjalan seperti apa yang kita mahukan. Masa pun kadangkala bertindak kejam dengan kita. Ingin mengadu kepada manusia, manusia langsung tak menyebelahi kita malah terus meninggalkan kita sendiri. Kita pun pergi ke taman, menikmati keindahan ciptaan tuhan yang maha esa. Tenang. Kita rasai ketenangan lebih dari erti ketenangan yang sebenar. Tapi, ketenangan ini tak kekal. Ia akan hilang apabila kita meninggalkan tempat itu.

                                


       Allah is always by our side :) dia tak pernah tinggalkan kita saat kita susah ataupun senang. Tapi kita yang sering meninggalkan dia. saat kita kecapi indahnya dunia, kita lupa kewajipan kita untuk menunaikan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Apa yang harus kita lakukan adalah kembali kepadaNya dengan solat dan berdoa.

" Hai manusia, tenangkanlah diri kamu, sesungguhnya kalian bukanlah berdoa kepada yang tuli dan tidak pula kepada yang ghaib, sesungguhnya kamu sedang berdoa kepada Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Dekat. Dia selalu bersama kamu.. "
(Riwayat Bukhari dan Muslim melalui Abu Musa r.a.)


" Sesungguhnya tuhan kalian itu adalah Dzat Yang Maha Pemalu dan Maha Pemurah. Dia berasa malu terhadap hambaNya yang menadahkan tanganNya kepadaNya kemudian Dia mengembalikannya tanpa hampa. "
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

                               

       Doa merupakan terapi perubatan dan penenang jiwa yang sangat mujarab dan berkesan. Doa adalah medium komunikasi kita dengan Allah. Semasa berdoa, kita sebenarnya sedang bercakap dan mengadu kepada Allah. Siapa lebih layak untuk kita mengadu selain daripada Allah? Hanya Allah sahajalah sebaik-baik pendengar. Ingat, kita berdoa, Allah pasti makbulkan dengan syarat kita berdoa dengan penuh pengharapan dan keyakinan dan bukan kerana arahan atau suruhan sesiapa.


SOLAT TAHAJUD
kajian menunjukkan solat tahujd yang diamalkan secara konsisten, berupaya meningkatkan sistem pertahan diri di mana kualiti oksigen yang amat segar di waktu awal pagi yang dihirup khusus untuk hambaNya yang bangun untuk solat tahajud.
Sememangnya, solat pada waktu malam dan awal pagi dalam waktu dan persekitaran tenang akan membawa jiwa hampir kepada Allah.

SOLAT TAUBAT
solat taubat dapat membersihkan jiwa dan rohari seseorang. Apabila kita bertaubat kepada Allah dan memohon kepada Allah dengan ikhlas, tawaduk dan rendah diri, InsyaAllah taubat kita akan diterima. Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Maka bertaubatlah kepadaNya, agar diri dan jiwa kita dibersihkan.

Musibah yang menimpa kita adalah sebagai kafarah kepada dosa-dosa kita yang terdahulu. Justeru, segeralah memohon keampunan daripada Allah dan segeralah melakukannya. Ingatlah, dosa-dosa kita dalah penghalang kepada termakbulnya doa kita. Maka sujudlah!

" Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima Taubat.. "
(An Nasr ; 3)

                           

SOLAT HAJAT
solat ini dilakukan selepas solat taubat. Setelah menyesal dan mengakui dosa kita, maka selepas itu kita mohonlah kepada Allah. Sebaik-baik cara bermohon, adalah bersolat hajat dan sebaik-baik masa bermohon dalam solat hajat adalah semasa sujud. Pintalah kepada Allah dengan penuh keyakinan, Allah pasti akan kabulkan.

ZIKIR TAHLIL (LA ILA HA ILLA ALLAH)
kalimah mulia ini bermaksud tiada tuhan selain Allah. Tiap kali berzikir tahlil ini, hati kita mengingati Allah dan menafikan tuhan yang lain, selain daripada Allah. Kadangkala, musibah yang menimpa kita dalah sebagai cemeti, untuk memukul kita supaya kembali kepada Allah.

Kajian sains turut mendapati dengan berzikir tahlil ini perjalan darah dalam tubuh akan lebih lancar.
Jadikanlah hati kita ini sentiasa mengingati Allah. Amalan itu akan membuat kita tenang. Jadi, sebagai seorang Islam,terapi yang paling baik untuk menjadikan diri kita tenang adalah dengan mengingati Allah setiap masa.

" Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah(zikrullah). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.. " 
(Ar Ra'ad ; 28)

hm.. nie la serba siket yang boleh dikongsi dengan korang. Aku jumpa article nie dekat dalam surat khabar mingguan malaysia tentang perubatan islam. tapi aku edit siket and jadikan dia umum so sesuai untuk aku yang menunggu keputusan SPM yang akan keluar bulan 3 next year.

risau risau.. siapa kata tak risau? penantian yang penuh pengharapan sebab kita dah berusaha. sekarang masa untuk kita bertawakal. Apa yang penting, sentiasa fikir positif terhadap Allah. Terlalu berharap kepada manusia, manusia akan mengecewakan kita tapi kalau kita terlalu berharap kepada Allah, Allah akan membantu kita. Ingat, ayah pesan jika kita nak Allah jaga hak kita, kita pun kena jaga hak Allah. semoga kejayaan dunia dan akhirat milik kita. Aminn :)