Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

21 December 2012

Farisya Najwa, The Nice One :)

Assalamualaikum,


        Hari nie aku nak bercerita tentang kawan aku yang lagi satu nie. kawan baiklah sebab geng aku ada empat orang semua. Hani Zalikha, Hani Zalifah and Farisya Najwa. Tadi aku contact dia so rasa rindu tu yang membawa aku buat entry pasal Farisya pula :)
Ada orang yang Allah ciptakan memang untuk buat orang lain ketawa dan gembira. Bila dia ada, keadaan sekeliling persis cerianya warna pelangi. Itulah kawan aku, Nur Farisya Najwa. Walaupun dia tak la selalu ada dengan aku sebab 24 jam dia asyik berkepit dengan Ifa je. haha. Tapi setiap kali dia ada dengan aku, demi Allah, dia selalu buat aku senang dan berlapang dada dengan kehadirannya.

UNTIL THE END
  
        Farisya is a beautiful girl with a beautiful heart and mind :) Diorang tiga orang nie masa aku tingkatan 4 semuanya kelas 4 science 1. aku sorang je 4 science 3 kiranya diorang lagi pandai dari aku la. apa yang aku nak bagi tahu dekat sini, walaupun ada jurang between kelas kami tapi diorang dengan ikhlas terima aku sebagai kawan. kitorang selesa setiap kali bersama. diorang pun tak pernah nak beza-bezakan aku. Itulah hakikatnya erti persahabatan. berkawan tanpa mengira darjat, harta, kedudukan, rupa atau pelbagai lagi alasan dunia tapi bersahabat kerana agama yang ada pada mereka dan menyayangi mereka kerana Allah. alhamdulillah, masa aku tingkatan 5, walaupun aku tak dapat satu kelas dengan diorang, tapi akhirnya aku juga dapat berada di kelas pertama di terengganu.


UNTIL THE END
  
    Farisya ni jenis 'gila gila' siket. kalau dia ada memang riuh rendah dengan suara dia yang serancak bunga api masa tahun baru :p dapat pulak bila dia jumpa Hanis bertambah haru jadinya. haha. Farisya ni selalu buat orang ketawa dengan perangai dia. kadang-kadang, walaupun dia tak dapat nak selesaikan masalah aku tapi bila dia ada, dia dapat membantu aku untuk melupakan masalah aku. Aku harap, aku akan berkawan dengan Farisya, Ika and Ifa sampai syurga. Setiap kali dengan diorang, masa merupakan harta paling berharga untuk diingati sebagai satu memori terindah :)

UNTIL THE END


Kalau Ika nak jadi Doktor Pakar Sakit Puan, Farisya pula sama dengan aku. Dia nak jadi Ahli Farmasi. tapi sayang la sebab masa aku nak sambung belajar dekat KL balik, dia pulak nak sambung belajar dekat USM,Penang. Sedih memanglah sedih sebab aku memanglah nak spend time dengan kawan kawan baik aku tapi demi kejayaan, masing masing menunjukkan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. semoga Allah permudahkan jalan bagi kami berempat mencapai cita-cita masing masing. amin..

Ika, Husna, Danial, Amal, Amin, Ifa, Farisya
   
       Gambar kat atas ni diorang ambil lepas aku balik. cess betul (-_-!!) haha. Selepas 1 abad berkawan bersama, Ifa dengan Farisya memutuskan kali ni diorang nak berjauhan. kalau Farisya nak sambung dekat USM, Ifa pula nak sambung dekat Johor. Bukan bergaduh tapi mungkin diorang dah fikirkan yang terbaik. Aku dengan Ika pun menyokong jela sebagai kawan. tapi jauh dalam hati aku menyimpan hasrat untuk menjadi rakan kongsi dengan Farisya bila dah besar nanti. aku rancang, nanti bila dah habis practical as pharmacyst, aku memang nak timba pengalaman dengan berkerja dengan goverment. nanti bila dah kukuh and stabil, aku nak bekerja sendiri. nak buka pharmacy sendiri. masa ni la aku nak Farisya berkerjasama dengan aku. jadikan farmasi tu milik kami berdua :)


UNTIL THE END


         Biarlah, mungkin berjauhan bagi kami berempat adalah sesuatu yang terbaik untuk kami. Detik-detik sukar tanpa 'sahabat sejati' di samping kita bukanlah satu yang senang untuk kita, tapi aku berdoa semoga kita berempat tabah melalui setiap dugaan yang datang. Cabaran hidup buat kita lebih dewasa dan lebih berani meniti hari hari esok kan? aku harap, nanti bila kita semua dah berjaya, kita boleh hangout sama-sama. Yang pasti mesti masa tu kita dah dewasa. Kita boleh bercuti sama-sama maybe dekat Pangkor ke, Pulau Perhentian ke.. masa tu kita semua dah berjaya capai cita-cita kita dan menara gading dah pun berada di depan mata. mesti seronok kan bila kita dapat bersatu semula sebagai kawan baik lagi selepas beberapa tahun terpisah jarak? masa tu boleh la diolog nie diaplikasikan. haha


Di suatu petang semasa empat orang sahabat sedang menikmati cuti mereka di Pulau Kapas sambil melihat pemandangan indah dan mendengar bunyi rancak ombak yang sedang meghempas pantai.
Hani Zalikha : Hai pharmacyst muda, muka kau siket pun tak berubah kan?
Farisya Najwa : Hai doktor muda, kau pun apa kurangnya? semenjak jadi doktor ni bertambah busy aku tengok kau nie.
Nurul Azwa : Haha. ha, kau pulak arkitek muda. jadi tak nak rekakan aku sebiji banglo menghadap pantai tu?
Hani Zalifah : kawan punya pasal, mestilah jadi wahai cik pharmacyst ^^
Hani Zalikha : aku dengar cerita kau dengan Azwa nak buka farmasi sendiri, betul ke?
Farisya Najwa : yupp. kitorang jadi rakan kongsi buka farmasi sendiri. InshaAllah kitorang dalam proses mencari tempat yang sesuai :)





UNTIL THE END




05 December 2012

another 'once upon a time'

Assalamualaikum,

       Okay, hari nie aku la manusia yang paling tak ada kerja *wink wink* kerja banyak boleh buat tapi biasalah aku buat buat tak ada kerja jugak(-_-!!) niat aku nak bercerita je sebab ada orang suruh aku bercerita tentang diri aku dalam blog aku *ecehh, bajet famous :p* aku pun tak tahu apa aku nak cerita tentang aku sebab rasanya kalau tengok kat post post yang lepas pun orang boleh agak semua tentang aku. its okay, demi untuk tidak mengecewakan anda, aku akan berusaha cerita juga pasal aku.
fine, apa aku mengarut? -_______-"


 Tumblr_lxp7znt1aw1r8k6fvo1_500_large

        Hye, nama saya Nurul Azwa *buat muka malumalu* haha. Apa yang menarik tentang saya ialah, saya suka makan orang. serious! okay, tu tipu--" aku ni jenis bukan la orang yang suka bercakap dengan orang yang aku baru kenal.  Tapi kalau dah lama kenal, aku boleh bercerita without stop. haha. apa lagi ye? aku susah percaya lelaki. sorry to say, bukan tak nak percaya cuma berwaspada. tapi aku still boleh berkawan dengan lelaki apa :)

        Cuma bila melibatkan hati, aku kureng siket nak percaya walaupun dekat orang yang aku suka. lagi satu aku tak suka pergi tempat yang ramai lelaki atau dekat dengan lelaki atau makan dekat tempat yang ramai lelaki. Nanti hidup aku jadi serba tak kena. ada je yang tak kena. rasa nak balik pun ada. aku hanya boleh okay dengan lelaki bila aku selesa dengan lelaki tu meant lelaki tu tak buat aku takut or apa apa. aku pun tak tahu apa kena dengan aku tapi macam tu la. just accept who I am.                                                                              

        Aku tak berapa okay dengan kucing sebab kucing pernah cakar peha aku masa aku tengah study. tak pasal pasal ouh, aku tak kacau dia pun--'" tapi aku ada kucing dekat Bukit Mahkota dulu. Nama dia Eva ;) and aku suka ikan. tengok ikan berenang dalam air merupakan satu terapi untuk otak aku bila kepala dah penuh dengan belajar. aku jugak suka bagi nama dekat haiwan XD haiwan yang paling aku takut and geli adalah snake. sebut nama dia dalam bahasa melayu pun aku tak sanggup. kalau nampak gambar dia kat mana mana buku, aku takkan sentuh muka surat tu lagi. ada masa form 3, ada gambar dia dekat buku sains. tak ingat page berapa. lepas tu aku ambil pen, conteng sampai tak nampak muka dia. habis cerita :p                                                        


        Berdasarkan kata-kata kawan aku, diorang kata aku nie pelik. em.. aku tak nafikan pun yang aku nie pelik. sebab kadang-kadang aku pun tak faham dengan diri aku macam mana orang lain nak faham aku. apa aku merepek? -_-" tapi aku rasa, it's okay being different sebab yang pelik tu la orang akan ingat. yang pelik and yang lain dari yang lain tu la orang akan bagi perhatian. kan? kalau tengok benda sama je sure bosan. Jadi, aku hanya cuba jadi diri aku sebab aku dilahirkan hanya untuk jadi diri sendiri :) benda yang paling best sekali untuk aku buat dalam dunia nie adalah mandi and yang paling malas sekali aku nak buat adalah makan. haha. aku pun jenis yang malas nak keluar rumah and akan keluar bila aku betul-betul rasa nak keluar.

       Nombor yang selalu menjadi pilihan utama aku adalah nombor 7 tapi aku sula nombor 9 and 17 jugak. perisa yang selalu menjadi pilihan aku adalah coklat and akan selama-lamanya coklat! :D aku suka warna putih. kalau semuanya putih pun tak apa. rasa macam duduk dekat awan siket ^^ hobi aku membaca and menulis. membaca untuk menambah ilmu while menulis untuk berkongsi ilmu. cita-cita aku nak jadi ahli farmasi. tapi andaikata tak tercapai, aku nak jadi pensyarah. biasalah, hidup nie kena bermatlamat and kena ada banyak plan supaya bila kita jatuh kita tahu macam mana nak bangun. macam ayah kata "tak salah kalau cita-cita ingin ke langit tapi kalau tak dapat, pastikan kita mengapai awan" ;)
                      
                             Tumblr_m1k6a7xzzt1r8k6fvo1_500_large                            

       Aku suka main piano. and aku pernah terfikir nak main piano atas pentas depan semua orang dengan gaun putih labuh yang menutup aurat. haha. besar cita-cita. ingat cerita dongeng agaknya :p tapi aku taklah pandai main piano sangat lebih-lebih lagi dah setahun aku tak sentuh keyboard sebab nak SPM. jadi kaku dan kekok aku dibuatnya. aku pernah terfikir nak ambil kelas piano. tapi, masa dan kesempatan tak mengizinkan. ibu pun kata tak berfaedah. tapi aku tak terima sangat perkataan tak berfaedah tu. rasa sedih pulak. tahu tak pasal minat? kalau kita minat sesuatu, kita sanggup buat apa je untuk capai benda tu. tu la yang aku rasa untuk piano nie. kalau ikut ibu, memang sampai sekarang aku takkan dapat keyboard. tapi disebabkan sifat memahami ayah, ayah belikan jugak aku keybord. sebenarnya ayah nak belikan piano tapi piano mahal lah. aku pun bukan pegang terus pandai main. jadi aku kata kat ayah tak payahlah. save duit dulu. nanti aku dah reti boleh la belikan :D

 

       Aku ada banyak lagi benda yang aku nak capai. rasanya, tak ada masa nak bercinta. rasa suka kat orang tu ada. siapa kata tak ada? aku manusia jugak apa. aku suka Adam Levine ^^ aku dah target, sebelum umur aku 30 tahun, aku dah study dekat oversea untuk peringkat yang lebih tinggi. aku nak jadi manusia yang terpelajar. siapa kita pada masa lepas tak penting. kita takkan dapat balik ke masa lepas. apa yang penting, siapa kita pada masa depan dengan mengubah hari ini. kalau soal jodoh, aku akan serahkan dekat parents. biar diorang cari sendiri. biar la jadi macam orang dulu-dulu pun. jodoh kekal jugak dengan izin tuhan :)

       Apa yang kau perlu tahu tentang aku adalah, aku manusia yang banyak kekurangan. no one perfect kan? kita hanya perlu lalui hidup kita dengan baik dan cuba jadi lebih baik from time to time. tak nak la cerita lebih lebih dekat sini. nanti tak suprise la siapa aku yang sebenarnya. apa yang aku nak dari kau adalah teruskan jadi kawan aku sebab aku ikhlas berkawan dengan kau. jadi kawan aku untuk selama-lamanya.

The end           

25 August 2012

hari raya with the "royal" family :)

  gambar di pagi raya bersama mereka yang tersayang :D
 masa nie kat klebang besar, melaka
Selamat Hari Raya ^^


ibu and ayah a.k.a hati saya :D 


err.. aku anak bongsu :P haha. my king and I



datuk and nenek.

masa nie dekat rumah moyang

bukan salah aku kalau muka dia macam tu--"

us :)


malam raya kedua


with moyang tersayang :D


 
with twins! aku je tak lawa tak boleh pakai baju kurung sebab nak memasak :(
ika yang pakai tudung oren kemerahan tu, ifa yang pakai tudung pink tu
walaupun kami berjauhan terengganu dan selangor
walaupun kami terpisah 10 bulan lepas aku pindah ke terengganu
walaupun kami hanya berpeluang untuk bersama selama 10 minit
walaupun kami berjauhan utara-selatan tanah air
kami akan berkawan untuk selamanya  :')

prepairation sebelum raya

assalamualaikum,

selamat hari raya buat semua umat islam yang berada di seluruh dunia. dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf jika ada melakukan kesalahan sama ada sengaja atau tak. oh ya, tahun nie family kitorang beraya dekat melaka, family sebelah ayah ^^ apapun, untuk yang trial buka sekolah ni, all the best ye ;)




 banyaknya kuih raya nenek buat--"


 pelita always buat rumah jadi lagi meriah :D


 datuk dan kacau dodol. oh, melaka!


 menganyam ketupat


 ini dia, miss coklat sedang membuat kek coklat untuk hari raya :)


ini pula mereka yang menganggu kami :D

10 August 2012

Thanks a lot Allah, for this present

assalamualaikum,

      baru aku tahu, perangai aku yang manja nie menurun perangai siapa.. ayah :D haha. romantik pun ikut ayah jugak. ibu tak romantik sangat sebab dia malumalu >< hee~ entry kali nie khas buat ibu and ayah :)



handle with care and 100% love

kalau aku sakit, orang yang paling risau adalah ibu. dulu aku kerap sakit tengah tengah malam. sampai peluh peluh tahan sakit padahal kipas pasang kuat dah. ayah kata ibu tak boleh tidur sebab risaukan aku. malam malam call wan kat kampung macam mana nak buat. call pak cik la. tapi ibu tak tunjukkan sangat dia sayangkan aku tapi macam mana pun, aku tahu ibu sayangkan aku. 

apa je aku nak makan, ibu masak. kalau dia tak dapat buat hari nie, dia akan buat esok. sedaya upaya dia cuba penuhi kehendak kitorang adik beradik. masa aku kecik, sampai aku darjah 4 ibu yang akan uruskan beg sekolah aku, baju baju aku, kasut. sampailah satu hari tu, ibu kena ikut ayah pergi khusus seminggu. masa tu aku dah risau. siapa nak uruskan aku nie.. lepas tu, ibu ajar cara nak kemas buku. ibu kata dia dah gosokkan baju untuk aku. dia suruh gantung baju setiap kali lepas habis sekolah. then, aku pun okay. 




dulu, aku nie degil siket. eh, bukan siket la. banyak la jugak. kira dulu aku nie trouble maker la kat rumah. hee~ >< ada sekali tu, aku mandi and main syampu sampai habis sebotol aku kerjakan. bilik air penuh dengan buih buih syampu. dah la aku ajak adik-adik aku join sama. apa punya kakak la--" ayah punya mengamuk, pergh~ seriau aku dibuatnya. tapi ayah tak sentuh aku pun. mengamuk je. marah marah sayang la katakan. aku dengan iqbal je yang kena marah. izzati selamat. aku dah nangis sedu sedan dah. ibu la yang tenangkan ayah masa tu. ibu suruh kitorang masuk bilik. lepas tu aku berkurung dalam bilik dari magrib  sampai esok tak keluar keluar. ibu ajak makan, aku kata aku tak nak. takut ayah marah. lepas tu ibu bawa tin biskut dengan air masuk bilik aku. dia teman kitorang makan. lepas tu ibu suruh kitorang tidur. keesokkannya, ibu suruh kami minta maaf kat ayah. start hari tu, setiap kali kitorang buat salah kitorang diajar untuk minta maaf.

masa aku form 1 dulu, aku pernah duduk asrama tapi 2 minggu je. lepas tu aku escape. sebab home sick. aku memang tak boleh hidup tanpa ibu. masa tu, pagi sebelum pergi sekolah, balik sekolah, magrib and sebelum tidur kena call ibu. kalau tak hidup aku tak tenang. senior aku semua bising kata aku call pakwe. eh, apa barang call pakwe bukan diorang yang sayang aku pun sepanjang hidup aku. --"




ibu memang segala-galanya untuk aku. ibulah kehidupan aku. walaupun kasih sayang aku tak mungkin dapat kalahkan kasih sayang ibu dekat aku, tapi aku tetap nak bagi tahu kat ibu yang aku sayang ibu. kalau ibu sanggup gadai nyawa untuk lahirkan aku, aku pun sanggup buat apa je untuk ibu. aku akan jaga ibu dan setia di samping ibu untuk seumur hidup aku.

dear ibu,
kaklong janji, kaklong akan selalu ada untuk ibu kalau ibu perlukan kawan untuk bercerita. kaklong akan jaga ibu sebaiknya. kaklong akan lindungi ibu dan takkan tinggalkan ibu. mungkin tak sebaik apa yang ibu pernah lakukan tapi kaklong janji akan cuba. kaklong minta maaf kalau masih belum dapat banggakan ibu dengan pencapaian kaklong tapi kaklong akan cuba buat ibu tersenyum satu hari nanti. insyaAllah, anak ibu akan berjaya satu hari nanti. macam yang ibu selalu impikan. kaklong sayang ibu sampai syurga :)



_______________________________________________________________________



hanya ada seorang je lelaki dalam hidup aku sepanjang bergelar kanak-kanak dan remaja. dia je satu-satunya lelaki yang aku paling percaya. Ayah. masa aku mula mula lahir lagi ayah sentiasa dekat dengan aku. ayah kenalkan aku tentang dunia dan akhirat sejak umur aku 1 hari lagi. ayah ajar aku tentang kehidupan dan apa yang terkandung dalamnya. aku bersyukur sangat sebab aku dikurniakan seorang ayah yang sentiasa ada dengan aku walau dia selalu sibuk. ayah adalah cermin yang paling baik untuk aku ikuti. semuanya bermula dari ayah.

ayah akan selalu lindungi aku. sejujurnya, dia tak suka sangat mana mana lelaki rapat dengan aku. walaupun dia tak cakap tapi aku tahu riak muka dia. dan aku dah tahu alasannya. ayah yang ajar aku cara nak naik basikal, guna kasut roda, pimpin tangan aku masa melintas jalan sampai sekarang. aku tak malu langsung ayah pegang tangan aku masa melintas sebab dengan cara ni, aku tahu ayah sayangkan aku. lagi pun, aku selalu rasa selamat setiap kali ada dekat dengan ayah. kadang-kadang aku terfikir, akan adakah lelaki yang akan jaga aku sebaik ayah? tak tahu la. aku tak percayakan lelaki kat luar sana.




ibu cakap, masa aku sakit ayah yang angkat aku turun naik tangga dari bilik ke ruang tamu. ye, aku sedar semua tu. masa muka aku pucat and tak lalu nak makan, ayah yang suap aku makan. ayah sanggup beli apa je asalkan aku ada selera nak makan. masa perut aku sakit, ayah letak tangan dia atas perut aku lepas tu dia baca ayat-ayat quran sampai aku terlelap. kadang kadang aku terlelap atas riba ayah. masa aku sakit, menangis sebab tak sanggup terima dugaan nie. saat aku rasa dunia nie tak adil, ayah datang dan nafikan kata-kata aku. ayah bagi aku semangat dan dorongan untuk terus jadi kuat. ayah tak janji akan gantikan tempat aku terima semua dugaan nie tapi ayah janji takkan biarkan aku sorang-sorang hadapinya. masa aku sakit teruk dulu, ayah pernah berdoa supaya semua kesakitan dan dugaan tu dialihkan padanya. mungkin ayah tak sanggup tengok aku sakit and asyik tak pergi sekolah. hampir 3 tahun aku sakit. bila dengar ayah doa macam tu, lagi la aku menangis. terharu dengan pengorbanan seorang ayah..

aku bersyukur sangat sebab dikurniakan sebuah keluarga yang sempurna dan bahagia. Ayah dengan ibu dah bekalkan aku ilmu agama yang sebaiknya. setiap hari ayah bagi aku kata-kata semangat dan nasihat. apa je dugaan yang datang, aku tak takut nak tempuhi lagi. aku tahu Allah sentiasa bersama aku dan keluarga aku sentiasa ada dengan aku. as long as they with me, i will be brave, i could be strong. banyak lagi yang aku nak cerita kat sini pasal ayah dengan ibu. even its take a lifetime to tell about them, it would not end. so, ini untuk ayah.



dear ayah, 
terima kasih untuk segala-galanya. terima kasih sebab jadi pelindung kaklong selama nie. terima kasih jugak untuk perfumes Paris yang ayah beli baru-baru nie. Sayang nak guna. Ayah, kalau satu hari nanti kaklong bukan bawah tanggungjawab ayah lagi, kaklong harap lelaki tu sebaik ayah. yang boleh jaga dan lindung kaklong macam ayah. kaklong tahu ayah dah tahu rahsia kaklong, tapi percayalah tak serious pun. kaklong cuma nak menguji lelaki-lelaki tu. ayah jangan risau sebab kaklong tak nak cari jodoh kaklong sendiri sebab kaklong takut kaklong salah pilih. kaklong serahkan ayah cari bakal menantu ayah sendiri. kaklong percayakan ayah. kaklong tahu ayah takkan lepaskan anak ayah dekat sebarang lelaki. apa je pilihan ayah, kaklong tahu tu yang terbaik untuk kaklong :) ayah, kaklong takkan kecewakan ayah. satu hari nanti kaklong akan buat ayah tersenyum bangga dengan kaklong. i love you ayah. for the rest of my life.

Thank you God for this endless love :')