Natrah yang
berada di atas kerusi roda diam merenung keluar jendela. Dia kini hanya
menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Jika bukan kerusi roda, orang-orang
terdekatlah yang membantu dia untuk bangun atau baring di katilnya. Sebak.
Itulah yang dirasakan.
“Natrah, tak
baik buat macam tu. Berkali-kali Fahmi call
kitorang tanya tentang kau. Kau nak kitorang menipu untuk kau juga? Kau kata
dia kawan baik kau. Kenapa kau menipu dia?” Marah Hanan dengan sikap Natrah.
Yuyun mengangguk setuju. Mereka bertiga memang sudah bersahabat baik sejak dari
sem 1 namun kali ini mereka benar-benar buntu dengan sikap Natrah.
“Katakan pada
Fahmi, aku sudah keluar negara. Tolonglah aku. Aku tak sempurna untuk dia.
Biarkan dia cari yang lain.” Rayu Natrah lemah. Kalau boleh dia tidak mahu
Fahmi melihat dia dalam keadaan begitu.
“Lagi pun
seorang meninggalkan dia, sepuluh perempuan sudi menemaninya.” Tambah Natrah
perlahan.
“Kau hanya
menyiksa diri kau sendiri Natrah!” Hanan meninggalkan Natrah di dalam bilik. Yuyun
memegang tangan Natrah.
“Dah setahun
kau macam ni Natrah. Setahun juga Fahmi tak pernah berhenti tanya pasal kau.
Sampai bila kau nak sembunyikan diri dari Fahmi? Kau sebenarnya kuat Natrah.
Buktinya kau masih hidup walau separuh badan kau lumpuh. Baru setahun kau sudah
setapak lebih sihat dari orang lumpuh yang lain sebab semangat kau kuat.” Lembut
suara Yuyun berbicara seolah memujuk diri Natrah Mawaddah.
* * *
“Fahmi, tengah
buat apa tu?” Tanya Kak Husna tatkala melihat adiknya sibuk melihat kawasan perumahan
di internet.
“Fahmi tengah
nak beli rumah ni kak. Tapi nak tengok dulu tempat mana yang sesuai. Sebelum
jumpa Natrah, Fahmi nak pastikan Fahmi dah ada rumah dan kereta. Tapi Fahmi
belum mampu beli rumah mahal-mahal kak. Duit yang Fahmi simpan masa kerja cuti
sem pun nak kumpul untuk duit kahwin lagi.” Jawab Fahmi selamba tanpa melihat
wajah kakaknya.
“Eh, nak kahwin
dah adik kakak? Alaa takpelah Fahmi. Fahmi pun dah ada kereta, duit untuk
kahwin dah dikumpul. Sekarang nak beli rumah pula. Itu satu kejayaan bagi orang
yang masih belajar macam Fahmi ni. Akak kenal Natrah tu. Dia bukan orang yang
perlu dimewahkan. Apa yang ada, dia akan bersyukur. Jangan risaulah Mi, Natrah
pasti gembira.” Balas Kak Husna sambil menepuk-nepuk bahu adiknya.
* * *
Hanan dan Yuyun
yang datang ke Terengganu untuk melawat Natrah bermalam di rumah sahabatnya
untuk dua hari. Dalam masa yang sama, mereka menyimpan hajat untuk membawa
Natrah bercuti di Pulau Pangkor memandangkan tidak lama lagi mereka berdua akan
sibuk kerana menyambung ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia.
“Pakcik,
makcik, kami ingat nak bawa Natrah bercuti di Pulau Pangkor untuk beberapa
hari. Memandangkan tidak lama lagi kami akan meyambung ijazah. InsyaAllah kami
akan menjaganya sebaik mungkin. Urusan chalet semua kami dah uruskan.” Terang
Hanan kepada ibu bapa Natrah semasa mereka sedang makan malam.
Lama ayah
Natrah diam namun selepas itu dia mengangguk membuatkan Hanan dan Yuyun
tersenyum lebar.
“Terima kasih
pakcik.” Ucap mereka serentak.
* * *
Fahmi menghirup
teh panas yang berada di atas meja kemudian meletakkannya semula. Bosan
seharian berada di rumah, akhirnya dia mengajak dua kawannya untuk minum di
luar. Sengaja ingin mengambil angin dan merehatkan minda. Dua sahabatnya sedang
asyik berborak sedangkan dirinya hanya mencelah sekali sekala.
“Fahmi, macam
mana dengan Natrah? Dah jumpa?” Tanya Aidil mengalih cerita.
“Hm..” Fahmi
menggeleng. Tangannya sibuk mengetuk-ngetuk kunci kereta di atas meja.
“Sudahlah
Fahmi, hentikan pencarian kau. Setahun dah pencarian kau. Sampai bila kau nak
mencari? Cari sahaja yang lain bukannya tak ada yang minat kau. Berderet weh.”
Aidil meluahkan pendapat.
“Aku nak cari
siapa lagi? Hati aku hanya pada dia. Biarlah, aku cari Natrah sampai jumpa.”
“Aku rasa dia
tak sayang kaulah Fahmi. Kau ingat tak, dia tak pernah izinkan kau simpan
gambar dia malahan dia tak izinkan kau panggil dia sayang. Padahal sayangkan
orang bukan berdosa pun.” Hakimi membuat kenyataan berani mati.
Berderau darah
Fahmi dibuatnya. Nafas Fahmi turun naik menahan geram namun segera diuruskan
dengan istighfar. Kalau nak diikutkan nafsu, ingin sahaja ditumbuknya orang
yang tak reti menjaga mulut ini.
“Kau tahu tak
apa beza seorang muslimah dengan seorang wanita biasa? Aku lebih kenal dia!”
Jawab Fahmi dengan suara sedikit tinggi.
* * *
Hanan menolak
kerusi roda Natrah di tepi pantai kemudian berhenti di satu tempat. Tiga
sahabat itu sedang asyik bercerita sambil mendengar bunyi ombak yang menghempas
pantai. Natrah lebih banyak mendengar cerita kawan-kawannya berbanding
bercerita. Tumpuannya lebih tertumpu pada bunyi ombak yang sedang rancak
menghasilkan halwa telinga buatnya.
“Natrah, macam
mana dengan pengajian kau nanti?” Tanya Yuyun tiba-tiba
.
“Alhamdulillah, aku sempat habiskan praktikum aku sebelum kemalangan
dulu. Cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi dan pihak kolej terima alasan aku.
Aku perlu tangguh pengajian untuk ijazah sampai aku boleh urus diri aku sendiri
dengan baik. Aku akan teruskan cita-cita aku. Aku takkan putus asa walaupun
tanpa kaki.” Natrah bersuara tekad.
Hanan dan Yuyun
melemparkan pandangan jauh ke tengah laut. Mendengar Natrah yang tekad, mereka
besyukur atas nikmat yang Allah kurniakan pada mereka. Ya Allah, pulihkanlah
Natrah seperti biasa.. Doa Yuyun dan Hanan.
Langit berubah
warna, hari berganjak malam. Natrah melihat Hanan dan Yuyun sudah nyenyak tidur
manakala dirinya masih sukar untuk melelapkan mata. Matanya menatap syiling chalet yang cantik sambil fikirannya melayang entah ke mana. Tiba-tiba
telinganya menangkap bunyi piano yang sayup kedengaran. Diteliti lagi bunyi
itu. Ya, benar bunyi piano.
Hatinya
mendesak ingin melihat siapa yang memainkan piano tersebut namun semua itu
mustahil. Dia ingin ke kerusi rodanya pun sudah payah. Ini pula ingin keluar
dan mencari dari mana bunyi itu datang. Lalu Natrah membiarkan sahaja bunyi itu
menemani malamnya sehingga dia tertidur.
Keesokkan harinya,
semasa menikmati sarapan pagi di café chalet penginapan mereka, Natrah bertanya
kepada pelayan perempuan di situ tentang bunyi piano yang didengarnya semalam.
Akhirnya Natrah tersenyum kerana ternyata bunyi yang dia dengar itu datang dari
café yang menghadap pantai tempat mereka menginap itu. Kerana café itu terletak
tidak jauh daru chalet mereka.
“Yuyun, Hanan,
aku minta maaf. Disebabkan aku, korang tak boleh pergi ke mana-mana walaupun
dah sampai Pangkor ni.” Luah Natrah kesal.
“Alaa relax la Natrah. Kitorang datang sini
bukan nak melawat sangat pun tempat ni. Kitorang cuma nak luangkan masa dengan
kau je. Nanti rindu pula kan. Lagi pun sengaja pilih tempat ni. Nak bagi kau
tenang sikit. Kau jangan risau la. Aku dengan Yuyun gembira je kat sini sebab
ada kau.” Ucap Hanan menyakinkan.
Natrah
tersenyum, kemudian bertanya. “Apa nak buat lepas ni?”
“Kita buat
benda yang kita tak pernah buat nak? Asalkan kita gembira. Yeayy!” Yuyun
bersuara gembira.
Selepas
menunaikan solat asar, Hanan mengeluarkan DSLR miliknya. Seronok benar mereka
bertiga bergambar dengan perlbagai aksi dan ragam. Sesekali kedengaran suara
mereka ketawa memecah.
“Weh Hanan, kau
ke sana la sikit. Bagi Natrah kat tengah. Okay gaya bebas. Satu.. Dua..”
Bunyi piano
kedengaran lagi. Sayup dari arah yang sama Natrah dengar semalam.
“Yun, kejap
kejap. Bawa aku ke sana.” Pinta Natrah seolah merayu.
“Kau nak pergi
mana ni Natrah? Bunyi piano tu ke?” Tanya Yuyun manakala Hanan nampak buntu.
“Bawa aku ke
café. Cepat sebelum bunyi tu pergi.” Natrah cuba untuk mengerakkan kerusi
rodanya. Tudungnya yang berada dekat dengannya segera dicapai. Melihat keadaan
Natrah yang bersungguh-sungguh, Yuyun dan Hanan segera memakai tudung kemudian
menolak kerusi roda Natrah ke café tadi.
Setelah mereka
bertiga menghampiri seorang lelaki yang sedang bermain piano mewah yang
terletak di café tersebut, tiba-tiba Natrah meminta ingin pergi dari situ.
Wajah Natrah berubah gelisah. Yuyun bertindak lambat-lambat kerana tidak faham
dengan sikap Natrah yang berubah serta-merta.
Lelaki yang
sedang asyik bermain piano tadi tiba-tiba berhenti dan menoleh ke belakang. Sikap
Yuyun yang enggan bekerjasama dengan Natrah menyebabkan pergerakkan Natrah
terhalang. Hanan diam membatu melihat sikap Natrah yang berubah, namun sebaik
sahaja si pemain piano itu menoleh ke belakang, barulah dia faham.
“Natrah
Mawaddah?” Panggil Fahmi kuat dan jelas.
Semua yang ada
di situ memandang wajah Fahmi dan Natrah silih berganti. Bagaikan berjuta
cerita yang tersimpan. Setahun pencarian Daniel Fahmi kini terjawab. Natrah
yang selama ini lari darinya kini datang kepadanya. Betapa tuhan Maha Berkuasa
di atas setiap sesuatu.
Fahmi melangkah
perlahan kepada Natrah kemudian menolak kerusi roda gadis itu ke tempat yang
lebih tertutup dari pandangan mata orang ramai ditemani Yuyun dan Hanan di
sisi. Sepanjang kerusi roda itu ditolak perlahan, tidak seorang pun bersuara.
Hanya sepi bersama air mata Natrah.
Setelah sampai
di tempat duduk yang dirasakan sesuai, Fahmi duduk berhadapan dengan Natrah
manakala Yuyun dan Hanan duduk di meja sebelah memberi peluang kepada mereka
berdua berbincang apa yang tersimpan di hati.
“Natrah, kenapa
awak lari daripada saya? Kerana saya mencintai awak? Salahkah? Awak kata mahu
kita berkawan untuk selama-lamanya lalu perkahwinanlah jalannya! Saya tunggu
awak Natrah.. Saya cari awak tapi mereka semua tak nak membantu saya. Saya tak
pernah berhenti berdoa supaya Allah kuatkan jodoh kita. Tahukah awak saya
hampir berputus asa? Apa salah saya Natrah?!” Fahmi melepaskan semua yang
terbuku di hati. Air matanya yang ditahan akhirnya jatuh bersama luahan
hatinya. Lebih pedih tatkala melihat insan yang dicari kini tidak mampu
berjalan sendiri.
“Setahun yang
lalu, saya kemalangan dan disahkan lumpuh dari pinggang hingga ke kaki. Saya
tidak sempurna seperti dahulu lagi. Saya takkan boleh menjaga awak malahan saya
akan menyusahkan awak sebab tak boleh uruskan diri saya sendiri. Saya malah
terpaksa menangguh pembelajaran saya disebabkan kaki saya! Bagaimana awak fikir
saya boleh berhadapan dengan awak dalam keadaan saya yang lemah macam ni
Fahmi?” Tersedu-sedu Natrah membalas persoalan Fahmi. Hidung dan bibirnya merah
kerana asyik menangis.
“Lalu awak
fikir saya mencintai awak kerana kesempurnaan awak? Awak fikir saya mencintai
awak hanya ketika awak sihat dan berdaya? Tolong terima saya Natrah Mawaddah.
Jangan tinggalkan saya lagi. Demi Allah, Natrah. Bersaksikan dua sahabat awak,
saya ingin awak menjadi isteri saya!” Bersungguh-sungguh Fahmi berbicara
menyakinkan wajah yang dirindu berada di depan mata.
“Saya sendiri
masih sukar untuk menerima keadaan saya yang macam ni. Bagaimana saya ingin serahkan
diri saya pada awak? Bagi saya masa, Fahmi..” Pinta Natrah. Air matanya jatuh
lagi.
* * *
Fahmi mendekati
ibunya yang semakin sihat dari sakit yang pernah ditanggung dahulu. Ibunya
sudah boleh berjalan sendiri dan badannya juga sudah semakin berisi. Cantik!
Bahagia Fahmi melihat keadaan ibunya yang semakin pulih. Ibu Fahmi yang baru
sahaja membaca al-Quran menutup kitab suci itu kemudian menumpukan perhatian
pada anak ketiganya.
“Ibu, apakah
yang ada di antara cita-cita dan cinta?” Tanya Fahmi ingin tahu.
“Takdir tuhan
sayang. Buatlah keputusan yang terbaik untuk Fahmi dan Natrah. Ibu percaya anak
ibu sudah cukup dewasa untuk membuat keputusan sendiri.” Jawab Ibu Fahmi sambil
membelai rambut anaknya yang kian dewasa.
* * *
(Bersambung)
(Bersambung)
No comments:
Post a Comment