Dulu, masa tengah susun meja untuk SPM, aku menangis. Bukan sebab tak sempat belajar dan bukan juga sebab aku tak duduk satu kelas dengan kawan aku. Langsung tak fikir pasal kawan dah sebab sememangnya aku dah biasa berjauhan dengan kawan. Aku cuma bertarung dengan hati dan kepercayaan diri je. Dah bersediakah aku? adakah aku akan tewas lagi atau aku akan bangkit untuk mengubati semua kekecewaan lepas? Adakah aku akan hunus pisau di masa depan sendiri atau conteng arang di muka orang tua? menangis lagi. kali ni air mata memang tak boleh dibendung. bila bercakap tentang masa depan, terbayang satu per satu cita cita yang harus aku capai. Lantas aku berbisik, selagi aku masih hidup, selagi tu masih ada peluang. dan aku akan berusaha sampai aku berjaya hingga hujung nyawa. biarlah tak ada orang pun yang percaya pada aku asalkan aku percaya pada diri aku. itu sudah cukup sebagai bekalan kekuatan dalaman.
Tutup mata dan buka, lusa kita akan ambil keputusan SPM. berhenti fikir yang buruk-buruk tentang keputusan kita. itu hanya akan merosakkan semangat kita, membunuh cita-cita. Ingat, percaya pada Allah, percaya pada diri. tanpa ragu. percayalah Allah dengar doa kita. Allah ada di setiap Tahajud dan Hajat kita. Allah ada di setiap Dhuha dan Taubat kita. Masih ingat lagi firmanNya di dalam sebuah hadis qudsi? Rasulullah s.a.w bersabda, Allah s.w.t berfirman "Aku berada dalam sangkaan hambaKu terhadaKu." terubat rasa risau kan? ^^ baiknya Allah :D kalau kita tak letak kepercayaan kita dekat Allah, kita nak letak pada siapa lagi? orang lain? ingat balik, berapa banyak kali kepercayaan kita telah dikhianati oleh orang lain tapi Allah kesayangan kita tak pernah pun khianati kepercayaan kita. ingat balik, sudah berapa kali kita lewat lewatkan solat tapi Allah kesayangan kita masih beri kita kesempurnaan rupa. Ingat balik, hanya berapa kali kita menangis kerana Allah, tapi Allah kesayangan kita masih beri kita sihat. baik kan Allah? baik sangat sampai tak terjangkau oleh akal fikiran kita. Malah kalau kita tulis sifat sifat Dia menggunakan air laut, 7 lautan pun masih tak cukup untuk menulis sifat sifatNya. positif la dengan Allah, dengan kekuasaanNya Allah akan positif dengan kita :)
Ada orang tanya, aku terlalu percaya. tak takutkah kecewa? jawapannya tidak. Aku tak takut kecewa sebab aku tahu Allah ada untuk jaga hati aku :) kalaulah lusa, perkara tak seperti yang diimpikan, aku reda. Allah mahu menguji aku lagi. bukan kerana aku bodoh sebaliknya aku telah berusaha sebaik baiknya tapi kalau ini bukan rezeki aku, aku akan terus bersangka baik dengan Allah. terluka? tak apa, Allah ada. bangun, berwuduk, buat solat taubat dan terus baca quran sampai luka tu sembuh. Masih ingat lagi tentang Pasti ada satu pengakhiran yang baik bagi setiap hamba Allah yang bersabar di atas ujian yang diberikan? tak perlulah sampai minum racun atau terjun bangunan. berdosa besar tu. Nauzubillahi min zalik. Jadi, jangan fikir buruk buruk. Hanya tingkatkan keyakinan pada diri dan pada Allah. sujud padaNya dan teruskan berdoa. InsyaAllah kejayaan milik kita sebab success usually comes to those who are too busy looking for it :)
I love you Allah more than everything in this world :')
p/s : Jumpa awak di menara gading! saya takkan mengalah ;D
p/s : Jumpa awak di menara gading! saya takkan mengalah ;D
No comments:
Post a Comment