Showing posts with label Info dan tips. Show all posts
Showing posts with label Info dan tips. Show all posts

10 November 2013

Tutorial : Tudung bawal becomes selendang labuh

Assalamualaikum.

       Hari ni disebabkan tak ada kerja, so here is some tutorial macam mana nak buat tudung bawal jadi selendang labuh. Tudung bawal yang aku guna adalah bidang 50. So memang dah labuh. Tak pernah try guna tudung bawal biasa tapi kalau nak try apa salahnya kan. The reason kenapa aku tak guna video sebab aku tak reti nak menggedikkan suara cakap macam "First of all, you guys kena.." and so on. Thats why snap gambar je. The only tujuan buat banyak banyak idea (banyak la sangat) tudung labuh supaya lebih ramai orang berminat pakai tudung labuh. Bukan nak menunjuk, nauzubillah. Cuma nak share ilmu. Dengan bantuan my sis, alhamdulillah here is the tutorial. Bismillah.



 1. Pertama macam biasalah, sebelah panjang sebelah pendek. Pakai inner kalau jarang tapi kalau tak jarang pun nak pakai tak salah.


 2. Then, bawa yang panjang tadi and pin kan kat atas macam dalam gambar guna jarum peniti.


 3. Lepas tu, betulkan bahagian belakang bagi dia centre.


 4. Make sure bahagian belakang jadi macam ni.


 5. Okay, yang ni part paling penting. Korang angkat kedua dua belah sekali gus supaya dapat seimbangkan antara kiri dan kanan dalam masa yang sama jangan bagi bahagian belakang senget. Susah siket la. Baru menguji minda siket. heheh


 6. Seterusnya, pin kan bahagian kanan (berdasarkan gambar)


 7. And kiri (based on picture)


 8. Lepas tu betul-betulkan bagi okay siket.


9. Last sekali, siap ^^ pastikan bahagian depan dan belakang labuh. Tudung make sure tak jarang. sekian. Selamat mencuba. Salam sebarkan ilmu. Assalamualaikum.

06 November 2013

bergaya walau dengan tudung labuh


Assalamualaikum,



       Alhamdulillah, hari ni, insyaAllah, aku telah selangkah lebih baik dari semalam. Kalau dulu, aku hanya bertudung biasa, hari ini alhamdulillah, aku dah berstokin dan bertudung labuh. Perasaan pakai tudung labuh? em.. nyaman dan selamat ^^ so, sekarang. mungkin dengan gambar ni mampu bagi idea bagi orang yang bertudung labuh nak bergaya kot. haha. harapnya macam tu la. cuma aku nak sampaikan, siapa kata bertudung labuh tak boleh bergaya? itu bukan alasan. buktinya aku dah nafikan. Tapi, bukan tudung je kena labuh tau. Baju kita besarkan siket, seluar jangan ketat and pastikan labuh. kalau kain pastikan tak jarang and tudung pun pastikan tak jarang. nahh, perfecto! heheh



       Kalau dekat kolej, aku tak pakai pun macam ni. tak sempat nak melawa. main pin kiri kanan, pastikan kemas lepas tu pergi kelas. tak pun senang cerita, pakai tudung labuh yang macam tudung sekolah tu. haa tu lagi tak payah banyak fikir. hehe >< well, kata nak pergi belajar kan. bukan nak pergi busana muslim muslimah. kadang kadang tu, bila jarak antara kelas then waktu solat then kelas balik, aku tak sempat pakai bedak pun. natural powder, air wuduk je guna pergi kelas. mostly budak kuis memang macam tu la. so, aku pun tak ada la rasa rendah diri sangat. lagi pun bagus apa ^^


       Rasanya sampai sini kot entri kali ni. last pesan dari aku, tak salah berfesyen asalkan tak berlebih lebihan dan yang paling penting, menutup aurat. insyaAllah. Akhlak terpelihara, maruah terjaga. Salam sebarkan ilmu. selamat mencuba ^^

NOTA KAKI : Semoga post ini terpelihara dari sifat riak dan menunjuk-nunjuk. nauzubillah. cuma sedikit perkongsian dan ajakan untuk menutup aurat dengan sempurna tapi tidak berlebihan.  Cukup sekadar mengikut syarak. Bismillah.

30 April 2013

Bahayakah fitnah cinta?

Assalamualaikum,

       Dekat entry ni, saya bukan nak hurai apa apa berkaitan cinta fitrah atau cinta fitnah. Saya cuma nak berikan luahan dan nasihat terutama pada diri saya sendiri. Saya masih ingat lagi bila ada seorang junior bagi tahu saya, "kak, nak tahu jodoh kita, kita kena merapatkan hubungan. and for your information, couple tu tak haram. sebab couple ni boleh mengenali antara satu sama lain. mengeratkan lagi. yang menjadi haram tu apabila kita berzina atau bermaksiat." masa tu saya memang tak balas secara panjang lebar sebab takut dia tak boleh terima. saya hanya menjelaskan bagi saya, couple ibarat bunga-bunga zina. Saya masih ingat lagi pesan Allah dalam surah Al-Isra' ayat 32 "dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan." Dekat sini, Allah bukan sahaja kata jangan berzina malah jangan menghampiri zina.

       Saya ada pendapat dan hujah saya sendiri. terpulang kepada masing-masing untuk menilainya. cuma ingatlah, bila perasaan sayang dah mengusai, benda lain akan dipandang buta sahaja. Saat itulah cinta yang sebenarnya fitrah menjadi fitnah. Saya bukanlah pelajar sekolah agama yang sentiasa diberi update tentang ilmu agama dari semasa ke semasa. tapi disebabkan kekurangan itulah saya cuba mencari apa yang saya tak pasti dalam hidup ni. saya mencari dengan membaca buku. dan buku tu pulak, saya rujuk dengan Al-Quran dan terjemahannya. bukanlah secara meluas, sekadar untuk rujukan diri sendiri. Saya tahu dalam Al-Quran ada khazanah. Bukan sekadar untuk menghalau jin dan dibaca ketika ada orang meninggal sahaja tetapi secara menyeluruh. Saya percaya dalam Al-Quran ada semua jawapan yang diperlukan cuma kita perlu rajin mencar. disamping itu, banyakkan tengok cerita bermanfaat. Macam Reset Minda, Kalau dah Jodoh dan sebagainya.
 

       Bila difikirkan balik, bercinta memang seronok. sebab hari hari ada orang ambil berat tentang kita. Bila kita sering dibuai dengan ayat-ayat cinta, kita akan terawang-awangan. Kita pun sibuk mengejar cinta manusia sedangkan untuk mendapatkan cinta Allah pun kita masih terumbang-ambing. Bagaimana? Itulah yang saya risaukan tentang adik-adik saya. Mereka semua sedang meningkat remaja, pasti ada dugaan tentang cinta. Tapi alhamdulillah, saya bersyukur sangat sebab adik-adik saya selalu minta pendapat saya dan bercerita masalah mereka. Apabila antara saya dan adik-adik saya tiada rahsia, senanglah saya menjaga amanah Allah ni dengan baik. Kakak manakah yang akan membiarkan adik-adik mereka leka? Kakak manakah yang sanggup membiarkan adik-adik mereka jauh dari jalan Allah? Sesungguhnya untuk menjadi seorang kakak bukanlah tugas yang mudah. Ingat, dibawah mereka ada amanah. Jadi, ingatlah pesan ini, walau sekuat manapun dugaan cinta menguji, pagarkan diri dengan cinta hakiki. Iaitu cinta abadi dan kekal sejati.

       Nasihat saya pada adik-adik, terutama adik-adik saya dan diri saya sendiri. Saya tahu apa yang mereka rasai, saya tahu bagaimana hati mereka teruji. Saya pun sedang melalui zaman itu, masakan saya tidak tahu? cuma, bila ada rasa yang berputik di hati, kuatkan diri. Lawan balik. ini bukanlah masa yang sesuai sebab perjalanan kita masih jauh. Takkan nak biarkan cita-cita kita terbengkalai angkara cinta dusta? Jika itu berlaku, jangan sesekali salahkan takdir. salahkan diri sendiri kerana tak pandai mengurus perasaan tu. jangan salahkan orang lain, kerana orang lain dah banyak kali bagi nasihat. Kita yang tak nak dengar nasihat tu. Sanggup ke kita tengok ibu bapa kita bersedih sebab anak dia tak nak belajar tapi nak bercinta. Bila suruh kahwin, tahu pula tak nak. kalau tak nak kahwin kenapa gatal sangat nak bercinta? semuanya boleh menganggu pelajaran. Kalau tak nak pelajaran terganggu, sibukkan diri mencintai buku, sibukkan diri mencintai majlis-majlis ilmu, sibukkan diri bermunajat di malam hari. 

 

       Saya masih ingat lagi cerita adik saya yang berumur 14 tahun. kawan perempuannya minta couple pada seorang lelaki yang tua setahun darinya. Amboi, baru tingkatan 2 sudah pandai bermain cinta. Dulu masa saya tingkatan 2, saya tahu main game dekat myspace je tau :) Sebenarnya, jika perempuan buat macam tu, boleh dianggap dia telah merendahkan maruah diri dia. menjatuhkan harga diri dia yang sepatutnya diletakkan di tempat tertinggi. Bukankah malu itu sebahagian daripada kecantikkan muslim? Itu bukan ciri-ciri seorang muslimah. Seorang muslimah takkan menawarkan dirinya untuk bercouple dengan seorang lelaki. Lagipun, benarkah itu cinta? Cinta itu bersih dan kudus. jika jalannya penuh debu, itu bukan cinta sayangku. Boleh kalau perempuan nak mulakan tapi gunakan khidmat orang tengah yang baik. Oh but wait! not now, buat bila awak dah sedia nak kahwin nanti. seokarang tingakatan 2, sila belajar. banggakan ibu bapa.
 

        Akhir sekali, jagalah diri kita sebaik-baiknya. Jaga hati dan iman kita juga. Menjadi manusia, janganlah mudah dipermainkan. Jika diuji, tepis dengan rasa takut kepada Allah. Jika rindu, mengadu dekat Allah. tak mengapa, Allah ada. Jika kita menjaga batas-batas cinta itu dengan baik, Allah pasti menjaga kita. Ustaz Azhar kata, bercinta tu tak salah cuma kadangkala cara itu yang salah. Ingat, ada cinta yang lebih penting harus kita capai. Cintanya meliputi seluruh langit dan bumi. Sifat Ar-Rahimnya menerobos masuk ke setiap pelusuk dunia ini. muhasabah sejenak, jika terlalu banyak kemanisan yang kita capai sebelum nikah, semakin berkuranglah kemanisan yang akan kita dapat selepas nikah nanti. Siapa kata kalau bercinta kena tengok muka? We love Rasulullah. Islam ni cantik. Islam ada cara untuk mengenal hati budi pasangan. Jika nak tahu, banyakkan membaca dan pergi majlis ilmu. Tengok Astro Oasis dengan TV Al-Hijrah. Banyak ilmu di dalamnya. Last but not least selalulah bersangka baik dengan Allah :)

27 April 2013

Ciri perempuan idaman lelaki

Assalamualaikum,

       Berdasarkan apa yang saya dengar, lihat dan baca, saya dapat perhatikan apa jenis perempuan yang menjadi pilihan lelaki. untuk jadi isteri ye, awek awek belakang kira. haha. lelaki suka perempuan yang menjaga aurat. hari tu saya baca dekat blog sorang abang ni. saya pun tak ingat dah blog apa. dia cakap antara perempuan bertudung biasa dengan bertudung labuh dia pilih tudung labuh. antara yang bertudung labuh dengan berpurdah, dia pilih berpurdah. see? dia yang kata, bukan saya. kann? sebab macam makanan juga la. antara makanan mahal yang terbuka dengan makanan biasa yang tertutup dengan tudung saji. awak pilih yang mana? of course makanan biasa yang tertutup. makanan lagi satu tu, even dia mahal tapi terbuka. habuk ada, kuman ada, lalat datang menyinggah. boleh kena keracunan makanan. jadi tepuk dada, tanya iman :)
 

       Second, beragama. Dah jadi lumrah, walaupun lelaki tu bukan seorang yang baik. Dia tetap inginkan perempuan yang baik untuk jadi suri hidupnya. tapi jangan risau, Allah Maha Adil. Hanya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Beragama dekat sini termasuklah tak meninggalkan solat, taat perintah Allah, faham ilmu agama, anak yang solehah dan sebagainya.

       Third, kecantikkan. entah kenapa lelaki suka pada perempuan yang cantik. tapi biasalah, semua manusia suka pada benda yang cantik. cuma cantik tu satu benda yang umum. kadang-kadang orang kata dia cantik, tapi kita tengok biasa je. bagi saya, kecantikkan tu adalah apabila kita pandang muka dia, kita tak bosan dan hati kita sejuk. sejujurnya saya rasa ratu dunia tak cantik, dan saya belum nampak model yang cantik. di mata saya, wajah orang beriman cantik dan sangat cantik :) nasihat saya, kalau nak cantik, jaga kebersihan diri, jaga iman, jaga hati ♡


       Next, pandai memasak. benarkah? waAllahu alam. tapi hampir keseluruhan benda yang saya baca berkaitan ini bagi tahu benda yang sama. Mereka kata air tangan orang yang mereka sayang dapat menambat hati mereka dengan lebih dalam. Lagipun, boleh baca doa erat kasih sayang macam yang Al-Quran ajar. Saya pernah buat, tapi untuk untuk ibu, ayah dengan adik-adik jela. hee :)

       Lelaki suka perempuan yang memahami dan bersikap keibuan. Hal ini kerana mereka memerlukan seorang yang dapat mendidik dan menjaga anak-anak mereka dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Wanita yang memahami segala masalah dia, dan anak mereka. tapi.. kalau nak seorang wanita yang memahami jadi pasangan hidup, mereka pun haruslah memahami juga, baru saling memahami :D

       Seterusnya, cerdik. mungkin tidak untuk semua lelaki tapi sebahagian besar inginkan perempuan yang cerdik. saya masih ingat Fizo Omar kata dia nak perempuan educated jadi isteri dia. wahh lelaki sekarang ada citarasa yang tinggi. bagus! Perempuan yang cerdik dengan perempuan yang pandai berbeza. Renung-renungkan ;) lelaki juga inginkan seorang perempuan yang dapat menegur silap mereka dengan cara paling halus dan berhikmah supaya apabila dia lalai, perempuan itu boleh menegurnya. baru sama-sama boleh ke syurga :)


       Besides, pandai bergaul dan menyesuaikan diri. Perempuan jenis ini pandai berbual dengan sesiapa sahaja serta pandai pula mengambil hati. dia dapat menyesuaikan diri dengan orang tua atau orang yang muda darinya. jadi lelaki tak perlu risau ingin membawa dirinya kemana sahaja. Perempuan jenis ini pasti akan menjaga maruah suaminya dan menjaga maruah dirinya. Mungkin sebab itu perempuan jenis ini mempunyai nilai lebih di mata seorang lelaki.

      Menjaga kebersihan dan setia. Kenapa lelaki mahukan perempuan yang menjaga kebersihan? kerana mereka mahukan rumah yang bersih dan teratur serta perempuan yang menjaga kebersihan diri itu cantik. mereka perlukan perempuan yang setia kerana kadangkala pekerjaan mereka banyak meninggalkan isteri di rumah. contoh, pilot dan sebagainya. jadi mereka tak perlu risau jika perlu berjauhan dengan isteri. hanya perlu merindu je. haha. okay, enough :)

       Tak kira la siapa kita, kita hanya perlu merindui dan mencintai orang yang halal untuk kita je. Mujahadah memang pahit tapi pengakhirannya indah dan manis. Assalamualaikum :)

21 April 2013

4 cara menceriakan suasana

Assalamualaikum,

4 cara menceriakan suasana edisi bersama keluarga :)


       Benda ni, korang boleh buat di mana mana sahaja. tak kira dalam kereta, tengah makan, tengah belajar or apa apa sahaja. but remember, niatkan ikhlas kerana Allah. Yang penting kita kena utamakan Allah lebih dari semuanya. Saya ingat lagi pesan ayah masa kecil-kecil dahulu. ayah kata, kalau kita terlalu sayangkan sesuatu, Allah akan uji kita dengan sesuatu yang amat kita sayang itu.Tapi, kalau kita terlalu sayangkan Allah, walau Allah uji kita sekuat mana sekalipun, perasaan cinta itu terus kukuh dan utuh. hebat bukan?


1. Tanya mereka sama ada mereka sayangkan kita atau tidak walaupun kita dah tahu jawapan.
contoh : "Ibu, ibu sayang kaklong tak?"

2. Bagitahu mereka kita sayangkan mereka. Well you know, we are only given today and never promise tomorrow so be sure you tell someone you love them.
contoh : Kaklang, kaklong ada satu benda nak bagi tahu ni. I love youuuu

3. Nyayikan lagu untuk mereka. Walaupun suara kita tak sedap, tapi dengan perangai yang menceriakan macam inilah yanga akan buat kita takkan dilupakan dan selalu dirindui.
contoh : Ayah, kaklong ada lagu untuk ayah. *start menyanyi*

haha. yang ni setiap kali saya buat, mereka akan suruh saya berhenti tapi saya go on je :P and saya hanya menyanyi serangkap je untuk satu lagu. supaya tak bosan. niat nak memeriahkan suasana je kan? hee

4. Bagi hadiah walaupun pada hari yang tidak penting.
contoh : Berikan apa sahaja hadiah even murah dekat mereka. sebenarnya, dengan cara ini kita dapat terus mendekatkan diri dengan ahli keluarga yang lain. apa salahnya sebarkan kasih sayang dekat orang yang Allah redha? *wink*

       Keluarga ibarat dunia kita. kesedihan mereka, kesedihan kita. bila melihat mereka gembira, kita juga akan gembira. Orang yang paling dekat dengan kita adalah mereka. mereka tahu semuanya tentang perangai kita. Dalam keluarga, macam macam kita kena lalui sebelum kita sendiri mempunyai keluarga sendiri. Jadi kita perlu saling bertolak ansur dan saling memahami. juga menghormati untuk dihormati. semoga ikatan kekeluargaan yang kuat berlandaskan syariat dapat bersatu semula di syurga dengan harapan dapat melihat wajah Allah bersama-sama. amin..


18 April 2013

Piano cover and songs (Romantic and harmony)

Assalamualaikum,

         Today, I would like to share with you some piano cover that I was falling in love with. haha. so, here it is. Enjoy the songs where is full with harmony :)

Missing you - ost winter sonata
My Memory - ost winter sonata
Reason - ost Autumn in my heart
Kiss the rain - Yiruma

River flows in you - Yiruma
Dreams - Yiruma

One Man's dream - Yanni
Until the last moment - Yanni

       Dannnnn yang ni kesayangan saya ^^

  In the morning light - Yanni

14 December 2011

tips jaga rambut

 

assalamualaikum,

Rambut adalah mahkota wanita. Walaupun bertudung, penjagaan rambut mestilah diambil berat. Masalah - masalah kerosakan rambut ialah seperti rambut kering, kelimumur, rambut bercabang, mudah terputus dan sebagainya mungkin disebabkan oleh penjagaan yang tidak betul dan memilih syampu yang salah. berikut adalah tips untuk menjaga rambut awak :)


1. Pilih syampu yang tepat.
2. Jangan lupa pakai conditional selepas bersyampu
3. Jangan keringkan rambut mengunakan tuala sebaliknya biarkan ia kering dengan sendiri kerana penggeseran di antara rambut boleh membuatkan rambut rosak.
4. Jangan ikat rambut terlalu ketat kerana rambut akan mudah terputus.
5. Elakkan mengguna pengering rambut kerana suhu yang terlalu panas boleh menyebabkan rambut kering.
6. Syampu rambut paling kurang 2 hari sekali.
7. Elakkan sikat rambut terlalu kerap kerana pengeseran diantara rambut dengan sikan akan menghasilkan satu tenaga.. apa ye? lupa la. but, dia akan jadi macam kena current. haha :P

okayy, ini sahaja yang aku ingat sebenarnya so take a good care of your hair. Belai rambut dengan lembut. Jangan terlalu berkasar dengannya. Bermanjalah dengan rambut anda! :DD