Mula mula aku nak minta maaf kat Habeb sebab lambat update. Benda ni pun sebab Habeb yang suruh update. Excited nampak dia ni. Aku lambat update sebab mensuri rumahkan diri. Harus lah kau fahami kan. busy kalah menteri :P lagi satu internet slow sangat sebab quota dah habis. thats why -_- Habeb suruh cerita perjalanan sepanjang kerjakan umrah. Aku pun tak tahu macammana nak cerita. Aku ada 12 hari takkan nak cerita semua kan. aku cerita mana yang aku rasa nak cerita jela. I try my best Beb. Beb je aku panggil dia --"
Kami punya flight naik Saudi Arabia. Aku tak pernah pergi luar negara. dan belum pernah naik MAS pergi luar negara. Ni first time aku merentas lautan dan kami naik Saudi Arabia jadi aku cerita pasal kapal terbang ni jela. hehe. dari Malaysia nak ke Lapangan Terbang Jeddah ambil masa 6 jam. Sepanjang perjalanan tu aku berdoa je banyak banyak. Aku pandang sebelah, adik bongsu aku sibuk melayan cerita kartun. ayah masih berdoa. ibu baca panduan umrah. Doa yang orang pesan aku dah start baca dalam musafir dah. makan, tidur, terbangun sambung berdoa balik. tu jela kerja aku sebab ni peluang terbaik nak berdoa. tak buat apa, keep praying la. doa orang musafir kan makbul. apa lagi musafir untuk buat umrah :)
Sampai je dekat Madinah, mutawif dah kejut dan bimbing semua orang baca doa bangun tidur. dia suruh ikut dia selawat kepada Rasulullah memandangkan kami dah sampai ke Bumi Madinah. Keadaan sepanjang berada dekat Madinah tenang, aman macam dalam mimpi. Panas yang orang cakap aku rasa macam mendung pula. Dekat Madinah semua tempat bersih. Jalan raya macam dicuci je. Masa masuk waktu solat, orang yang berniaga tinggalkan je barang barang diorang dekat tepi jalan. Fuhh respect! Orang orang Madinah ramah, baik dan murah dengan senyuman. Aku takkan lupakan diorang. Walaupun aku jumpa diorang sekali imbas je, tapi aku rindukan diorang ouh. jujur ni. Kadang-kadang masa berjalan nak beli barang atau nak ke masjid, aku lemparkan je senyuman dekat perempuan yang pandang aku. Diorang balas balik. Manis. dah la cantik :)
Kalau sampai dekat Masjid Nabawi, bermalam dekat sana pun kau takkan kesah. Sebab bila dah ada dekat sana, hati dah terikat. Macam orang bercinta. Lagi lagi bila kau sedar dalam masjid tu ada jasad Rasulullah. Setiap kali sujud dalam masjid tu, sayu. Bayangkan, kepala kau benar benar berada selevel dengan kaki kau. Kita tunduk kepada Tuhan pemilik nyawa kita. Kepala kita yang selama ini berada di atas, sekarang berada sama rendah dengan kaki kita. sedar bahawa kita adalah hamba Allah! bukan hamba harta, pangkat atau apa apa. Dekat sana walaupun suhu 43'C, aku rasa macam Malaysia lagi panas pulak. sedar sedar je bibir dah pecah, kulit dah kering. Jadi banyakkan minum air ye. Tak apalah, sakit tu kifarah dosa dosa :)
Masa dah nak sampai ke Masjid Kuba, kami sama sama ikut mutawif ucapkan apa yang orang Madinah pernah ucap masa sambut Rasulullah sampai ke Madinah dulu. Tola'al badru alaina.. until the end. Rindu. Rindu sangat. Orang Madinah sambut Kekasih kita dengan kasih sayang. Semua orang tua dan muda keluar bagi menyambut Baginda. Gembira sebab aku dah sampai ke Masjid Kuba. Gembira bila alunkan benda yang sama hati jadi rindu pada Muhammad bin Abdullah s.a.w :') Datang la ke sini.. Kau takkan jumpa lagi nikmat lain sebesar nikmat Islam. Kau akan terus bersyukur kerana kau adalah Islam. Kau akan terus bersyukur.
Dalam perjalanan nak ke Makkah pula, sempat la tidur dalam bas sebab penat sangat. Sampai Makkah pukul 10.30 macam tu. dia bagi masa letak barang dan solat Isyak lepas tu baru buat umrah yang pertama. Masa masuk je ke dalam Makkah tu, kami sekali lagi ikut mutawif bertalbiah. Faham maksudnya, dan kita takkan berhenti bertalbiah sebab kita mengaku kita datang kepada Allah. Aku datang menyahut seruanMu Ya Allah. Aku datang menyahut seruanMu. Tiada sekutu bagiMu. Aku datang memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya segala nikmat dan kekuasaan adalah milikMu dan tiada sekutu bagiMu.
Kami buat umrah pertama pada waktu malam. Bukan terik matahari yang menjadi teman tapi sinaran bulan. Masjidil Haram yang bercahaya setiap masa. Dari awal lagi aku dah terpesona. aura awal awal lagi dah rasa. Jasad dekat hotel tapi hati rindukan masjid. aku betul betul dah tak sabar nak masuk masjid. Nak tengok Kaabah! Bila masuk je, benda pertama yang aku buat tengok Kaabah. Terdiam sebab terpesona. Ya Allah cantiknya Kaabah! inilah arah kiblat kita semua. Seluruh umat Islam di dunia berkiblatkan Kaabah. Seluruh anggota tubuh badan kau takkan berhenti memuji percayalah, walaupun mulut kau diam. Malah setiap molekul darah, air dan gas yang ada dalam tubuh badan kau juga memuji kekuasaan Allah. Allahu..
Masa tengah tawaf pun, mata aku tak lari dari memandang Kaabah. Bayangkanlah kekasih yang dah lama menunggu masa nak berjumpa kini benar benar berjumpa. Rindu.. Rindu sangat. Pernah tengok tak pandangan lelaki yang jumpa perempuan yang cantik, ayu, solehah macammana? mata dia pun tak nak lari kan? pandangan aku pada Kaabah lebih dari tu. Lepas habis tawaf, kami semua buat solat sunat depan Kaabah. Dan itulah kali pertama aku sujud benar benar di hadapan Kaabah. Aku teringat janji aku yang aku nak lafazkan syukur aku atas dekan depan Kaabah. Siapa sangka, semalaman aku tunggu result Sem 2. Semua orang dah tahu result diorang, aku sorang je tak boleh buka. Pagi tu, lepas siap siap nak ke KLIA untuk buat umrah, ayah dengan ibu keluar bilik bagi tahu ayah dah tahu result aku. Muka gembira gila sambil pegang fon. Pointer aku lagi tinggi dari apa yang aku harap. dekan dekat KUIS 3.75 ke atas. dan yang bahagia bila aku tengok senyuman ibu dan ayah untuk pencapaian aku. Syukur. Aku benar benar bersyukur untuk semua yang aku punya.
Lepas tu buat saie dan kemudian baru bertahallul ataupun bergunting sekurang kurangnya 3 helai rambut. Sebelum buat saie, aku bagi salam pada Siti Hajar. Semoga dia dengar salam aku. Di sinilah salah satu lambang cinta seorang ibu kepada anaknya. Masa nak saie tiba tiba pulak kena gastrik. Kami aku memang dah tak larat sangat nak pijak lantai. Tapi aku teruskan juga. Ibu dengan Iman tak ada masa ni sebab hal hal perempuan yang tak dapat dielakkan. Aku pegang tangan ayah masa saie. Sakit tapi aku teruskan berjalan sambil ikut apa yang mutawif baca. Semoga sakit tu menjadi kifarah kepada dosa dosa lalu aku. Alhamdulillah lepas bertahallul, gembira sangat. Alhamdulillah dah selesai buat umrah. alhamdulillah.
Sedih sikit sebab hari kedua ke ketiga di Makkah aku pulak yang kena berhadapan dengan hal hal perempuan. stress tapi last last redha jela. Allah yang mahukan begitu. Siapa aku nak stress? Menangis dalam bilik, mengadu dekat tuhan. Saat orang lain boleh pergi ke masjid dan beribadat kepada Allah. Saat orang lain sedang asyik melihat Kaabah, aku terperap dalam bilik. Teruskan berdoa dan berzikir. Merayu agar tuhan dengar doa aku dan kasihani aku. Tempat yang kami buat lawatan antaranya di Jabal Rahmah. tempat pertemuan Adam dan Hawa. Aku bagi salam pada mereka. Aku berdoa apa yang terlintas dalam fikiran aku. sambil tu bagi merpati makan dengan Iman. Ayah dengan ibu tolong ambil gambar je. Then kami dibawa tengok Istana raja Saudi yang ada atas bukit. Lepas tu pergi dekat tempat tempat orang buat Haji.
Masa nak tinggalkan bumi Makkah, berat sangat hati. Semua orang pun berat hati nak tinggalkan. Sedih la.. Siapa tak sedih. Aku tak puas lagi tatap Kaabah yang aku rindu. Kami salam dan cium pipi satu sama lain dalam keluarga. sampai dekat Malaysia ni pun, masa aku sujud, terbayang bayang Kaabah depan mata. Terbayang bayang setiap benda di Makkah dan Madinah. Terbayang bayang Masjid Nabawi. Ayah asyik cakap yang dia rindukan Madinah. Kalau boleh sekarang juga dia nak daftar umrah. tapi mana boleh. setahun 2x je boleh pergi. 6 bulan sekali. InsyaAllah soon ayah nak bawa satu keluarga pergi lagi.
Kalau kau tanya aku sama ada aku dapat pegang Hajarul Aswad ke tak, tak aku tak dapat. Tak banyak pun benda aku dapat buat dekat Makkah sebab ada 'halangan masalah perempuan'. ayah dapat dua kali pegang Kaabah tu. Dapat banyak kali solat dan berdoa di tempat tempat mustajab berdoa tanpa halangan. Masa birthday ayah pulak, hujan turun pagi, petang dan malam. gembira betul dia. Ayah kata hujan rahmat sempena birthday ayah :)
Aku tak tahu nak cerita apa lagi. tak mampu nak ucap dengan kata kata ataupun ditulis dengan tulisan. Macam mimpi. mimpi yang nyata. Semoga kau juga dapat menjejakkan kaki di sini. tekadkan dalam hati. berdoa tanpa henti. Berdoa dengan penuh yakin. selagi kau yakin Allah dengar dan Maha Memakbulkan doa, insyaAllah doa kau dengan mudahnya diperkenankan. insyaAllah :)
No comments:
Post a Comment